20/08/2026
Bakal berlangsung Program Rancangan Bual Bicara 'Juh Randau' menampilkan Profesor Madya Dr. Mohd Khaire Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Profesor Madya Dr. Romlah Ramli, Timbalan Dekan SMMTC UUM pada 21 Ogos 2026, Jumaat, jam 9 malam di saluran Youtube dan page Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Program ini bakal mempromosikan Program The 10th International Conference on Communication and Media 2026 (i-COME'26) yang bakal berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 bertempat di Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak.
Saksikan rancangan bual bicara 'Juh Randau' bersama tetamu jemputan, Profesor Madya Dr Mohd Khaire Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Profesor Madya Dr Romlah Ramli, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM), Jumaat ini, jam 9 malam di saluran Youtube dan FB kami