10/12/2022
POSTING 2: JENIS-JENIS RASUAH
NAME: LIM MEI JUN
NO. MATRIK: 295353
💰JENIS-JENIS RASUAH💰
Rasuah bukan setakat menerima atau memberi duit sahaja, tetapi ia mempunyai 8 bentuk rasuah yang sering dilihat di negara kita! Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun.
Sebagai tambahan, terdapat juga beberapa bentuk rasuah yang telah disenaraikan supaya masyarakat Malaysia lebih memahami isu rasuah iaitu:
- Pengambilan kerja keluarga
- Manfaat dan keistimewaan kepada keluarga
- Pergimbangan dan diskaun
- Sokongan wang tunai dan kewangan
- Bayaran pemudahan
- Perjalanan dan hiburan
- Sumbangan politik dan amal
- Tawaran “tipu” yang tidak wajar
- Ejen dan pihak ketiga
- Komisen tambahan
- Bantuan dan perkhidmatan bentuk barangan
- Projek pendidikan dan latihan
💲Berikut merupakan beberapa jenis rasuah yang terdapat di Malaysia:
1. Rasuah Bersifat Transaksi (Transactive corruption)
Perbuatan yang dilakukan secara bersama-sama iaitu timbal-balik antara pemberi dan penerima rasuah demi keuntungan kedua-dua pihak.
2. Rasuah Bersifat Pemerasan (Extortive corruption)
Berlaku apabila seseorang itu secara paksa diminta atau dikehendaki memberi rasuah kepada satu pihak lain untuk mengelakkan sebarang kerugian yang mungkin menimpa dirinya atau menyebabkan kepentingannya tergugat.
3. Rasuah Bersifat Pelaburan (Investive corruption)
Pemberian wang, hadiah atau barangan kepada seseorang untuk keuntungan atau kepentingan pemberi rasuah pada masa hadapan.
4. Rasuah Bersifat Mempertahankan Diri (Defensive corruption)
Dilakukan oleh seseorang yang berada dalam keadaan terdesak. Sebagai contoh, rasuah yang diberikan untuk mengelakkan sebarang tindakan, tuduhan atau hukuman yang akan dikenakan.
5. Rasuah Bersifat Nepotisme (Nepotistic corruption)
Perbuatan pilih kasih melibatkan rakan, keluarga atau saudara mara untuk memegang jawatan dalam organisasi. Kemudian, individu yang terlibat bertindak meluluskan sesuatu projek yang akan menguntungkan diri sendiri, rakan, keluarga dan saudara mara, walaupun perkara itu bertentangan dengan peraturan dalam sesebuah organisasi.
6. Rasuah Bersifat Antegenik (Antegenic corruption)
Satu bentuk rasuah tanpa melibatkan orang lain dan pelakunya hanya seorang sahaja. Sebagai contoh, kesalahan rasuah dalam bentuk mengemukakan tuntutan palsu.
7. Rasuah Bersifat Sokongan (Supportive corruption)
Perlakuan subahat tanpa mengambil tindakan, tidak ambil kisah atau peduli terhadap kesalahan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai atau kakitangan terlibat. Malah, kump**an terbabit menindas pegawai atau kakitangan yang tidak mahu terlibat dalam perbuatan rasuah.