10/06/2023
Posting 9
Langkah-langkah untuk mengatasi jenayah siber yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.
1. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
Pihak berkuasa harus mengkaji semula keberkesanan undang-undang yang sedia ada dan mengetatkan undang-undang supaya isu jenayah siber dapat diatasi. Pihak berkuasa juga wajar mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelaku jenayah siber seperti denda atau hukuman penjara. Dengan ini, mereka tidak akan melakukan jenayah siber lagi dan mematuhi udang-undang.
2. Memperbanyakkan aktiviti kokurikulum mengenai penggunaan teknologi
Pihak sekolah dapat memperbanyakkan kelab ICT untuk memberikan pendedahan kesan yang akan berlaku sekiranya jenayah siber semakin berleluasa dan cara menggunakan teknologi dalam perkara yang berfaedah. Dalam hal ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan etika dan cara-cara yang betul semasa mengguanakan teknologi. Contoh pengetahuan yang dapat dipelajari oleh pelajar ialah tidak membuka emel atau pautan yang meragu dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh seseorang untuk memindakan wang tanpa hitam putih.
3. Mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa dan luar negara.
Pihak kerajaan dapat mengadakan kerjasama dengan PDRM, SKMM dan sebagainya untuk meningkatkan kemampuan dalam menangani penjenayah siber. Sebagai contoh, PDRM meningkatkan usaha memantau keamanan jenayah siber melalui Bahagian Jenayah Siber Bukit Aman. Melalui kerjasama yang diadakan dengan luar negara, forensik komputer dapat memiliki keupayaan dalam penyiasatan untuk mendapatkan bukti-bukti kukuh. Misalnya, forensik komputer dapat mengesan transaksi wang yang meragukan bukan sahaja di dalam negara malah luar negara. Dengan ini, penggubahan wang haram dapat dikesan dan penjenayah siber dapat dikenakan hukuman.
MAMA: TEO CHEE XIAN
NO MATRIK: 292903