Mpu1022EtikaG4

Mpu1022EtikaG4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1022EtikaG4, Education, UUM, Sintok.

Hi, we are UUM students from MPU1022 Penghayatan Peradaban & Etika Group M4.
👉🏻 The following link is for references of posting about "MACAU SCAMMER"
https://docs.google.com/document/d/1xT333-3Obh2ywK0FULYOIPPgy0bGpE9Z2IiYbryniFw/edit?usp=sharing
TQ✨

28/04/2026

🌟 KESAN POSITIF SCAM ALERT: LEBIH BANYAK KEMPEN KESEDARAN & PENDIDIKAN KEWANGAN!
Walaupun Macau Scam dan penipuan lain semakin canggih, ada berita baik untuk masyarakat kita!
Kerajaan dan agensi-agensi kini memperhebatkan usaha pencegahan melalui:
• Pelancaran National Scam Response Centre (NSRC) 997 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu (dilancarkan Mac 2026).
• National Strategy for Financial Literacy 2026–2030 yang bertujuan meningkatkan literasi kewangan rakyat, termasuk kesedaran terhadap scam digital.
• Kempen kesedaran yang lebih meluas di media, pawagam, radio, TV dan komuniti.
Kesan Positif kepada Masyarakat:
• Meningkatkan Kesedaran Awam: Lebih ramai orang tahu cara mengenal pasti Macau Scam, deepfake, voice cloning dan taktik penipuan moden. Ramai yang mula berhati-hati dengan panggilan pelik dan tidak mudah memberikan OTP/TAC.
• Mengurangkan Mangsa Baharu: Dengan pendidikan kewangan yang lebih baik, masyarakat (termasuk belia, warga emas dan penjawat awam) menjadi lebih bijak mengurus wang dan melindungi simpanan mereka.
• Membina Masyarakat yang Lebih Kuat & Selamat: Keyakinan terhadap sistem perbankan digital bertambah. Keluarga lebih selamat, dan wang yang sepatutnya hilang dapat dibekukan atau dikembalikan kepada mangsa (contoh: NSRC berjaya membekukan berbilion ringgit dan mengembalikan jutaan ringgit kepada mangsa).
• Menggalakkan Kerjasama Komuniti: Lebih banyak program pendidikan di sekolah, universiti dan komuniti luar bandar membantu membina generasi yang celik kewangan dan tahan terhadap penipuan.
Ini membuktikan bahawa kesedaran adalah senjata paling kuat melawan scam!
Apa yang boleh kita lakukan?
• Kongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan-rakan di Jitra/Kedah.
• Laporkan segera sebarang cubaan scam ke NSRC talian 997 (24 jam).
• Ikuti kempen kesedaran daripada PDRM, Bank Negara Malaysia dan AKPK.
Mari kita jadikan masyarakat Malaysia lebih bijak dan selamat daripada penipuan. Satu kongsi boleh selamatkan ramai orang!


Nama: TING ZHONG ZHE
No. Matric: 311669
Posting: 4

28/04/2026

🚨 SCAM MEROSAKKAN EKONOMI NEGARA! Kerugian Kewangan RM2.77 Bilion pada 2025 – Satu Ancaman Serius kepada Kestabilan Ekonomi
Sahabat semua,
Penipuan seperti Macau Scam bukan sahaja merugikan individu, tetapi juga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara secara keseluruhan.
Pada tahun 2025, Malaysia mencatatkan kerugian kewangan akibat scam sebanyak RM2.77 bilion – peningkatan 76% berbanding tahun sebelumnya! Ini adalah rekod tertinggi dalam tiga tahun, dengan jumlah kerugian dari 2023 hingga 2025 mencecah RM5.62 bilion.
Kesan Negatif Utama:
• Kerugian Kewangan Besar: Wang mangsa (termasuk simpanan persaraan, wang simpanan keluarga dan modal perniagaan) mengalir keluar dari ekonomi negara. Wang ini sering dipindahkan ke akaun mule atau ke luar negara, mengurangkan peredaran wang dalam negara.
• Mengurangkan Kuasa Beli & Perbelanjaan: Mangsa yang kehilangan wang puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian, pelaburan dan perniagaan. Ini menjejaskan perniagaan kecil, kedai runcit dan sektor perkhidmatan.
• Menjejaskan Kestabilan Ekonomi: Scam berskala besar boleh mengurangkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan. Jika ramai orang takut menggunakan perbankan digital atau melabur, ia akan melambatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan aktiviti perniagaan dan menjejaskan pelaburan asing.
• Beban kepada Kerajaan & Polis: Sumber kerajaan terpaksa digunakan untuk siasatan, pemulihan wang dan kempen kesedaran – wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara.
Macau Scam dan penipuan lain bukan lagi jenayah kecil. Ia adalah ancaman kepada kestabilan ekonomi dan sosial negara.
Mari bertindak!
• Jangan mudah terpedaya dengan panggilan yang meminta OTP/TAC atau transaksi segera.
• Laporkan segera ke NSRC talian 997 (24 jam).
• Kongsi kesedaran ini kepada keluarga dan rakan-rakan.
Lindungi wang anda, lindungi ekonomi negara kita!


Nama: TING ZHONG ZHE
No. Matric: 311669
Posting: 3

28/04/2026

PUNCA (TAKTIK PENIPUAN YANG SEMAKIN CANGGIH)
🚨 WASPADA! KES MACAU SCAM SEMAKIN BERTAMBAH – TAKTIK PENIPUAN SEMAKIN CANGGIH!
Sahabat semua, tolong ambil perhatian!
Tahun 2025, Malaysia rugi berbilion ringgit akibat penipuan. Macau Scam (penipuan panggilan telefon yang mengaku sebagai polis atau bank) masih antara jenis yang paling kerap berlaku. Penjenayah kini menggunakan AI, deepfake, voice cloning (klon suara) dan teknik sosial yang semakin canggih, menyebabkan ramai mangsa – termasuk warga emas, penjawat awam dan bekas tentera – kehilangan puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit.
Di Kedah pun ada kes direkodkan. Polis Kedah pernah gagalkan beberapa cubaan Macau Scam dengan kerugian melebihi RM500,000 dalam tempoh singkat.
Tanda-tanda Macau Scam:
• Panggilan dari nombor pelik mengaku sebagai pegawai polis/bank
• Kata ada kes jenayah atau akaun bank anda bermasalah
• Minta anda buat transaksi ke “akaun selamat” atau berikan kod TAC/OTP
• Tekan anda supaya cepat buat tindakan
Apa yang perlu dilakukan?
• Jangan jawab panggilan yang mencurigakan
• Jangan sekali-kali berikan OTP, TAC atau maklumat peribadi
• Jika ragu-ragu, terus tutup panggilan dan semak sendiri melalui nombor rasmi bank/polisi
• Segera laporkan ke National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 (24 jam)
Satu kesilapan kecil boleh hancurkan simpanan seumur hidup anda dan keluarga.
Kongsi posting ini kepada keluarga, rakan dan jiran di Jitra/Kedah. Mari kita tingkatkan kesedaran bersama!
Nama: TING ZHONG ZHE
No. Matric: 311669
Posting: 2

28/04/2026

PUNCA (PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH)
Adakah anda tahu ? Menurut State of Scam Report 2024 Malaysia mengalami kerugian RM54.02 bilion setiap tahun akibat penipuan iaitu sejumlah 3% daripada KDNK negara. Sebenarnya dengan amout itu Kerajaan Malaysia boleh membina 400–600 buah sekolah baharu, bakinya boleh menyokong sekolah-sekolah ini beroperasi selama 10–20 tahun (atau pada masa yang sama menaik taraf sekolah sedia ada).
Mengapakah perkara ini akan berlaku? Salah satu puncanya adalah penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
Seorang pemimpin Bersatu telah menggesa kerajaan untuk meminda Kanun Keseksaan bagi membolehkan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap penipu, bagi bertindak sebagai pencegahan yang lebih baik terhadap jenayah tersebut.
Pemangku ketua sayap bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan, berkata Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penipuan, sering digunakan untuk mendakwa penipu tetapi kekurangan definisi khusus dan komprehensif untuk penipuan dan penipuan digital.
Menurut Seksyen 420 (Penipuan dan secara tidak jujur mendorong penyerahan harta) hukuman yang boleh diberikan ialah:
-Penjara tidak kurang daripada 1 tahun, maksimum 10 tahun.
-Wajib dikenakan sebatan (pelaksanaan bergantung kes).
-Dan boleh didenda (fine, tiada had tetap, ditentukan mengikut budi bicara mahkamah).
Walaupun terdapat peruntukan baharu di bawah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang bertujuan untuk membendung penyalahgunaan akaun keldai tetapi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata agensi penguatkuasaan berkaitan hanya berjaya memperoleh RM34 juta iaitu 6% daripada daripada jumlah. Oleh itu,Undang-undang Malaysia boleh dianggap sebagai lemah dan kurang spesifik untuk untuk menghalang penjenayah.

Nama: TING ZHONG ZHE
No. Matric: 311669
Posting: 1

24/04/2026

✨KESAN NEGATIF MACAU SCAM✨

Kesan Negatif: Scam Macau Bukan Sekadar Curi Wang Tetapi Ia Curi Masa Depan Anak-Anak dan Kestabilan Rumah Tangga!

Apabila kita berbincang tentang isu Scam Macau, ramai yang focus hanya kepada kerugian wang. Namun, hakikat yang lebih pahit ialah kesan scam ini turut menghancurkan institusi keluarga, merampas masa depan anak-anak dan menggugat kestabilan rumah tangga. Antara kesan negatif yang kita dapat dilihat ialah:

i. Masa Depan Pendidikan Anak-Anak Terancam
- Apabila mengalami beban kewangan yang disebabkan oleh macau scam, peluang pendidikan dan aktiviti luar anak-anak akan terjejas. Hal ini akan menyebabkan ibu bapa terpaksa mengehadkan perbelanjaan dalam kehidupan harian mereka. - - - Pemahaman anak terhadap wang dan tabiat berbelanja akan dibentuk daripada teladan ibu bapa mereka dalam jangka panjang. Tindakan ini juga akan mempengaruhi prestasi anak-anak dalam zaman persekolahan.


ii. Masalah Kewangan: Punca Utama Berlaku Kegugatan Rumah Tangga
- Masalah kewangan masih menjadi salah satu punca utama berlaku keruntuhan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Hal ini disebabkan oleh masalah kewangan dalam rumah tangga boleh menjadi masalah penderaan dan dianggap sebagai kegagalan menjalankan tanggungjawab kepada ahli keluarga terutamnya anak-anak mereka.

iii. Hutang yang Menghimpit Masa Depan: Anak-Anak Turut Menanggung Tekanan Emosi
- Sesetengah keluarga terpaksa berhutang selepas berhadapan dengan scam siber manakala ada yang terpaksa mengambil pinjaman bank untuk menampung kerugian yang dialami. Hutang yang ditanggung bukan sahaja membebankan ibu bapa, tetapi ia juga merampas peluang masa depan anak-anak untuk mendapat pendidikan dan kehidupan yang lebih baik.
- Anak-anak mungkin menjadi resah atau kurang tidur apabila merasakan ketegangan di rumah yang disebabkan oleh tekanan kewangan daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah prestasi di sekolah atau konflik sosial dalam kalangan anak-anak dalam jangka panjang.

Scam Macau bukan sahaja mencuri wang tetapi ia akan mencuri ketenangan, keharmonian rumah tangga dan impian anak-anak kita. Kita haruslah menjaga diri sendiri dan ahli keluarga yang tersayang agar tidak dikenakan dengan penipuan macau.

Nama: LEE WEI HANG
No. Matric: 311893
Posting: 4

24/04/2026

✨KESAN NEGATIF MACAU SCAM✨

Kesan Negatif Terhadap Individu: Wang Boleh Digantikan, Tapi Luka di Jiwa?

Ramai yang hanya melihat kerugian wang apabila berbincang tajuk Scam Macau. Namun begitu, ada satu lagi kerugian yang lebih besar, lebih dalam dan lebih sukar dipulihkan iaitu keletihan mental mangsa atau dikenali sebagai mental fatigue. Antara kesan negative seseorang individu yang akan hadapi selepas melalui peristiwa macau scam ialah:

i. Perasaan tekanan dan stres yang melampau
- Mangsa selalu berasa stres apabila mereka mengalami penipuan macau scam. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak mengetahui cara tindak balas untuk membanteras macau scam apabila menghadapi perkara seperti ini.
- Berdasarkan artikel yang bertajuk “Perasaan Panik, Takut Punca Individu Tertipu Helah ‘Macau Scam’”, Dr. Bernard Ting, pensyarah perubatan di Jabatan Perubatan Psikologi UNIMAS, mengatakan bahawa perasaan panik dan takut merupakan antara faktor utama mangsa mudah terpedaya dengan Macau Scam. Hal ini secara tidak langsungnya menyebabkan mereka bertindak membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir dengan panjang. (Sabah News, 2022)

ii. Perasaan Malu, Bersalah dan Menyalahkan Diri Sendiri
- Mangsa sering menyalahkan diri sendiri seorang yang jahiliah apabila mengalami macau scam, namun yang salahnya ialah penipu bukanlah mangsa.
- Mangsa scam sering mengalami perasaan malu, takut, bersalah dan trauma emosi yang teruk. Ada sebahagian mangsa juga mengalami masalah tidur, paranoia dan hilang kepercayaan diri. Proses pemulihan psikologi bagi simptom-simptom ini boleh mengambil masa berbulan-bulan hingga enam bulan. (Majlis Keselamatan Negara, 2024)

iii. Paranoia – Takut Mengangkat Telefon dan Percaya Sesiapa
- Kenangan traumatik yang tidak diingini oleh mangsa scam boleh mengganggu kehidupan harian mereka. Hal ini akan mencetuskan kebimbangan yang tinggi, penarikan diri dalam sosial dan rasa tidak berdaya yang mendalam. Tindakan ini secara langsungnya menyebabkan mereka sukar untuk mempercayai orang di sekelilingi mereka lagi. (Utusan Malaysia, 2026)

Jangan pernah kata mangsa scam “patut sedar”. Mereka sudah cukup menderita, apa yang kita perlu buat adalah memberikan sokongan kita kepada mereka bukannya penghakiman. Hal ini kerana luka di jiwa, jauh lebih pedih daripada luka di poket.

Nama: LEE WEI HANG
No. Matric: 311893
Posting: 3

24/04/2026

✨KESAN POSITIF MACAU SCAM✨

Kesan Positif Terhadap Komuniti: Jom Berganding Bahu Melawan Macau Scam dengan Pihak Berkuasa

Seorang diri kita oleh ditipu, namun bersama pihak berkuasa dan komuniti benteng kita tidak boleh ditembusi! Salah satu hikmah terbesar yang dapat kita dilihat dari fenomena scam macau ini adalah ia telah merapatkan hubungan antara pihak berkuasa dan komuniti dalam usaha untuk membanteras kes scam macau ini. Antara perubahan positif yang kita boleh dilihat ialah:

i. Penubuhan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC)
- Pusat NSRC ditubuhkan untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan dalam talian. NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.
- NSRC mengumpulkan semua sumber dan kepakaran yang ada daripada kesemua pihak tersebut untuk tujuan membanteras penipuan dalam talian. (NSRC, 2026)

ii. Tindakan Tegas Pihak Berkuasa Berdasarkan Laporan Awam
- Apabila macau scam semakin berleluasa dalam komuniti, ramai yang bangkit untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Tindakan ini secara langsung menggalakkan kerjasama antara pelbagai agensi pihak kerajaan untuk melaksanakan tangkapan terhadap individu yang telah didakwa atas kesalahan penipuan dalam talian.
- Berdasarkan artikel yang bertajuk “Scammer di Sebalik Badan Kebajikan”, pihak berkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya membekukan sebanyak RM 24.3 juta transaksi yang dicuriga terlibat dalam pengubahan wang haram termasuk aktiviti penipuan. (Sinar Harian, 2023)

Setiap laporan yang anda membuat hari ini mungkin menyelamatkan nyawa kewangan seseorang esok hari. Kongsikan maklumat ini sebelum seseorang tersayang anda jadi mangsa berikutnya. Bersama pihak berkuasa dan komuniti lawan Scam Macau!

Nama: LEE WEI HANG
No. Matric: 311893
Posting: 2

24/04/2026

✨KESAN POSITIF MACAU SCAM✨

Kesan Positif Terhadap Masyarakat - Lebih Berwaspada Terhadap Panggilan atau Mesej Asing

Musibah scam Macau yang berlaku di sekeliling kita secara tidak langsung telah meningkatkan tahap literasi keselamatan digital masyarakat. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman ini lebih celik dan berwaspada terhadap panggilan atau mesej dari nombor yang tidak dikenali terutamanya nombor luar negara yang tidak bermula dengan (60+). Antara perubahan positif yang kita dapat dilihat ialah:

i. Kebijaksanaan mengendali tanda-tanda scam
- Masyarakat mula memahami bahawa pegawai polis, kastam atau pihak mahkamah tidak akan menghubungi mereka melalui telefon untuk tujuan siasatan.

ii. Kesedaran terhadap maklumat peribadi
- Masyarakat lebih berhati-hati semasa melayari laman web yang memerlukan pengisian maklumat peribadi terutamanya laman web yang tidak disahkan.

iii. Budaya “Tanya dahulu sebelum percaya”
- Masyarakat kini akan berbincang dengan ahli keluarga atau pihak berkuasa yang sah sebelum membuat sesuatu tindakan dalam mesej dari nombor yang tidak dikenali bagi mengelakkan sebarang ketidakinginan daripada berlaku.

- Berdasarkan artikel “Sindiket Macau Scam, Cuci Duit: Apa Tindakan Kita?”, pakar kriminologi dan psikologi, Prof. Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat menegaskan bahawa masyarakat harus mengelakkan daripada mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank kepada pihak yang tidak dikenali. (BERNAMA, 2020)

Setiap musibahnya ada pengajarannya. Jangan membiarkan pengalaman pahit orang lain berlalu begitu sahaja, tetapi jadikan ia perisai untuk diri kita dan orang tersayang. Sebarkan, sebelum ia terlambat!

Nama: LEE WEI HANG
No. Matric: 311893
Posting: 1

Address

UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1022EtikaG4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category