Penghayatan Etika Dan Peradaban

Penghayatan Etika Dan Peradaban A202 Penghayatan Etika & Peradaban
MPU1013 (S)
KUMPULAN 10 Group for educational purpose

[POSTER BERKUMPULAN]TEMA           : ADABISU               : ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIALKUMPULAN : 10279896   LAU CHEN...
29/05/2021

[POSTER BERKUMPULAN]
TEMA : ADAB
ISU : ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL
KUMPULAN : 10

279896 LAU CHENG MUN
279991 NURUL FITRI BINTI SHIDUN
280201 NURUL ATHIRAH BINTI MAT RODZAI
280271 NURUL SYAFIQA BINTI R AZMI
280303 IZZANATUL NADIA BINTI TASAR
280412 NUR ZAHIRAH BINTI ZAKARIA
280420 MUHAMAD ALIFF IRFAN BIN ADENAN
280426 SITI NORSHAFIKAH BINTI ZAINI
280585 SITI ADILAH BALQIS BINTI MOHD AFFENDY
280608 THAMIL CHELVI A/P RAVICHANDRAN

NAMA: SITI NORSHAFIKAH BINTI ZAINI NO MATRIC: 280426TEMA : ADABTAJUK: ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIALMedia sosial merupaka...
14/04/2021

NAMA: SITI NORSHAFIKAH BINTI ZAINI
NO MATRIC: 280426
TEMA : ADAB
TAJUK: ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan oleh para pengguna untuk berhubung secara atas talian termasuk berkongsi dan mencipta isi kandungan mereka yang tersendiri. Penggunaan media sosial adalah sangat meluas sehingga kanak-kanak 5 tahun cekap dalam menggunakannya dan secara tidak langsung, media sosial telah menjadi sebahagian hidup di kalangan rakyat Malaysia tetapi adakah anda tahu bahawa ada adab ketika menggunakan media sosial?

Kewujudan adab menggunakan media sosial adalah untuk mengelakkan kita dari terjebak dengan perkara yang tidak baik seperti penipuan, saman, fitnah dan lain-lain. Oleh itu, sebagai pengguna media yang bertanggungjawab mestilah mengetahui adab apabila menggunakan media sosial. Antara adab-adab tersebut ialah:

1. Menyampaikan perkara baik
Matlamat utama dalam penggunaan media sosial adalah untuk menyebarkan maklumat dan berkomunikasi. Oleh itu, kita digalakkan untuk menyampaikan perkara-perkara baik sahaja. Hal ini demikian kerana perkongsian perkara baik telah dijanjikan akan mendapat ganjaran pahala. Menurut hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu: “Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak mana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya.”

2. Pastikan sahih sebelum disebarkan
Penyebaran maklumat palsu yang telah berleluasa ini boleh menyebabkan seseorang terfitnah. Tahukah anda dosa fitnah adalah sangat berat?
Oleh itu, Kita mestilah memastikan maklumat yang akan kita ingin sebarkan adalah sahih sebelum menyebarkannya. Bagi memastikan maklumat itu sahih, kita boleh memastikan maklumat yang diperoleh telah diambil di platform yang betul contohnya, di laman sesawang sebenarnya.my

3. Menjaga aib
Pengguna pada zaman sekarang kerap memuat naik kisah hal kehidupan seharian mereka. Kemungkinan bahawa kita mungkin tidak akan sedar tentang kita membuka aib orang lain. Membuka aib orang bukan sahaja meliputi memberitahu perkara buruk yang telah dilakukan kepada orang lain malah ia juga boleh melibatkan pendedahan gambar atau video yang tidak sesuai untuk dilihat oleh orang lain. Sebagai contoh, memuat naik gambar atau video suami atau anak-anak yang tidak sesuai.

4. Menjaga batas pergaulan
Berkenalan dan berkomunikasi bersama kawan-kawan adalah digalakkan namun kita perlu menjaga batas-batas pergaulan terutamanya yang berlainan jantina. Kita perlu mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan terlalu mesra bagi mengelakkan daripada keruntuhan akhlak. Hal ini demikian kerana kita boleh tertipu dengan mesej-mesej daripad mulut manis orang lain.

5. Tidak berkata buruk tentang orang lain
Kelemahan atau kesalahan seseorang itu perlulah kita lindungi dari diketahui oleh orang lain. Menyebarkan perkara buruk tentang orang lain adalah sifat yang sangat tidak digalakkan. Hal ini demikian kerana semua manusia adalah tidak sempurna dan semua orang juga pernah melakukan kesilapan di dalam hidup mereka. Oleh itu, belajarlah untuk menutup mulut dan elakkan berkata buruk kerana ini akan merefleks diri kita sendiri juga.

Kita mestilah ingat bahawa memuatnaik atau berkongsi maklumat di media sosial adalah sangat berisiko. Hal ini kerana segala perkara yang kita muat naik akan mudah tersebar. Dengan penggunaan internet, kita boleh mencari segala perkara, tidak kira baik ataupun buruk.

NAMA : NURUL FITRI BINTI SHIDUNNO MATRIK : 279991TEMA : ADABISU : ADAB DENGAN JIRANAPA ITU JIRAN?Jiran ialah orang yang ...
13/04/2021

NAMA : NURUL FITRI BINTI SHIDUN
NO MATRIK : 279991
TEMA : ADAB
ISU : ADAB DENGAN JIRAN

APA ITU JIRAN?
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru. Sabda Rasulullah SAW :

( مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ " (متفق عليه "
Maksudnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”

Oleh itu, kita mestilah beradab dengan jiran. Antara adab yang boleh diamalkan sesama jiran ialah:

1) Bertegur sapa
2) Saling menziarahi
3) Tolong menolong
4) Bertolak ansur
5) Bersangka baik
6) Mendoakan keselamatan dan kejayaan jirannya

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN:
1) Keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan
2) Mewujudkan suasana harmoni
3) Melahirkan masyarakat yang penyayang.
4) Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam kesusahan.

AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN:
1) Tiada sifat tolak ansur
2) Disisih oleh masyarakat
3) Tidak mendapat rahmat Allah
4) Wujud sifat sombong
5) Akan berlaku pertelingkahan

PENGHAYATAN:
1) Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2) Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
3) Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
4) Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.

TAMBAHAN:

Hak-hak jiran ke atas kita (Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.)

1. Mula memberi salam kepadanya.

2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.

3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.

4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.

5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegembiraan.

6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.

NAMA : MUHAMAD ALIFF IRFAN BIN ADENAN NO. MATRIK : 280420TEMA : ADAB ISU : ADAB KETIKA MAKAN Makan merupakan satu aktivi...
13/04/2021

NAMA : MUHAMAD ALIFF IRFAN BIN ADENAN
NO. MATRIK : 280420
TEMA : ADAB
ISU : ADAB KETIKA MAKAN

Makan merupakan satu aktiviti harian yang kita lakukan pada setiap hari . Adakah anda semua tahu apa itu definisi makan ? 🤔🍔🥓

🍝🍔 Menurut Kamus Dewan Edisi Yang Keempat , makan ialah memamah serta menelan makanan , mengunyah , (menelan , melulur , menghisap , dll) sesuatu . Tujuan kita makan ialah supaya badan kita dapat dibekalkan dengan sumber tenaga 🏋️‍♂️ . Setiap makanan yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga kepada tubuh badan kita . Amalan pemakanan makanan yang berkhasiat mendatangkan banyak kebaikan kepada tubuh badan kita . Terdapat banyak etika yang dianjurkan ketika kita sedang makan . Setiap agama menganjurkan adab-adab ketika makan kepada seluruh penganutnya .

ANTARA ADAB-ADAB KETIKA MAKAN IALAH :

📌1. MENCUCI TANGAN SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN 👏💦

Semua orang perlulah mencuci tangan mereka sebelum dan selepas makan . Hal ini kerana untuk menjamin kebersihan tangan kita . Kita tidak tahu tahap kebersihan tangan kita . Justeru itu , kita perlulah membersikan tangan dahulu sebelum makan . Hal ini sedemikian kerana membasuh tangan sebelum makan sebelum makan dapat membersihkan tangan kita dari bakteria dan kotoran . Tangan yang bersih dapat mengelakkan kita dari sebarang penyakit .

Makan menggunakan tangan yang tidak bersih boleh mendatangkan banyak penyakit antara ialah boleh menyebabkan keracunan makanan . 🦠 Keracunan makanan yang terjadi adalah akibat daripada bakteria yang terdapat pada tangan yang kotor itu dipindahkan masuk ke perut kita ketika menyuap makanan . Setiap agama mengajar setiap penganutnya untuk menjadi seorang yang pembersih . Apabila kita berada dalam keadaan yang bersih ini akan membuat kita berasa lebih yakin ketika makan .

📌 2. MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN 🤲

Setiap agama mempunyai cara berdoanya yang tersendiri . Tujuan kita berdoa sebelum makan ialah sebagai tanda kita bersyukur terhadap rezeki makanan yang dapat kita nikmati tersebut . Berdoa sebelum makan dapat mengajar kita berasa bersyukur terhadap segala rezeki yang kita perolehi .

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memakan makanan kemudian berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku. Maka akan diampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang” (Hadis riwayat al-Tirmidzi, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Darimi).

Apabila kita bersyukur terhadap satu nikmat Allah SWT pasti Allah SWT akan menambah nikmat bagi kita lagi. Firman Allah SWT: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." - (Surah Ibrahim ayat 7).

Orang yang bersyukur akan sentiasa dirahmati dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi . Apabila kita menjadi seorang yang bersyukur kita akan dapat merasai kenikmatan terhadap segala rezeki yang kita perolehi .

📌 3. MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK 🍰🥤🪑

Pada masa kini , perbuatan makanan dan minum secara berdiri kerap kali dilakukan oleh setiap orang . Hal ini seperti telah menjadi perkara kebiasaan terhadap kebanyakan orang . Pada dasarnya , makan dan minum mempunyai adab yang sepatutnya . Kita sepatutnya makan dan minum dalam keadaan duduk . Ramai orang yang memandang remeh terhadap isu makan dan minum perlulah ketika duduk .

Dari Anas dan Qatadah Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qatadah berkata: "Bagaimana dengan makan?" beliau menjawab: "Itu lebih buruk lagi" (HR. Muslim dan Tirmidzi).

Makan dan minum sambil berdiri boleh mendatangkan banyak kesan terhadap kesihatan kita . Antara kesan makan dan minum sambil berdiri dari sudut kesihatan ialah makan dan minum sambil berdiri boleh menyebabkan masalah kesihatan pada perut iaitu ia menyebabkan perut s**ar untuk mencerna makanan yang kita makan . Selain itu , makan dan minum sambil berdiri juga akan mengganggu sistem kerja ginjal .

Pengamalan makan dan minum sambil duduk mendatangkan banyak faedah antaranya ialah dapat memudahkan pencernaan makanan di dalam perut . Selain itu , minum sambil duduk juga dapat menyihatkan ginjal . Seseorrang yang makan dan minum ketika duduk dapat menunjukkan seseorang itu mempunyai peribadi yang mulia .

📌 4. TIDAK MENCELA MAKANAN YANG TIDAK DISUKAI 🤐🍛

Perbuatan mencela makanan yang tidak dis**ai merupakan satu tindakan yang tidak beradab . Sebagaimanapun rasa atau rupa sesuatu makanan itu ianya tetaplah rezeki . Setiap agama mengajar para penganutnya untuk sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang diterima .

Islam melarang keras kita mencela sebarang rezeki yang dikurniakan. Jikalau tidak berminat dengan makanan yang disediakan, haruslah berdiam dan meninggalkannya sahaja. Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Apabila baginda berselera, baginda memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, maka baginda meninggalkannya.” - (Muttafaq Ilaih).

Walaupun kita tidak mengemari atau tidak menyukai makanan tersebut janganlah kita menunjukkan perasaan tidak puas hati terus kepada makanan tersebut . Terdapat cara-cara yang lebih beradab untuk dilakukan sekiranya kita tidak menyukai sesuatu makanan itu . Kita perlulah menjaga perasaan orang disekeliling juga . Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan yang Allah SWT berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.

📌 5. AMBIL MAKANAN YANG TERHAMPIR 🍮🍲🍜

Mulailah mengambil hidangan makanan yang terdekat dengan pinggan makanan kita dahulu. Elakkan daripada bersikap kalut dan gelojoh ketika mengambil makanan . Ambil porsi makanan mengikut kemampuan kita dan janganlah berlebih-lebihan . Hal ini sedemikian kerana , mengambil makanan pada porsi yang betul dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran makanan . Selain itu , mengambil makanan tidaklah perlu secara berlebih-lebihan , sebaliknya lebih baik jika sekiranya semua orang dapat juga turut sama untuk merasai makanan tersebut . Sekiranya terdapat orang lain sama yang mahu mengambil makanan dari mangkuk yang sama , berikanlah peluang kepada mereka yang lebih berumur untuk mengambil makanan tersebut dahulu. Tindakan ini menunjukkan sesorang itu bersikap sopan dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya .

🤗 🤔 Sebagai kesimp**an , mengamalkan adab-adab ketika makan akan mendatangkan banyak kebaikan kepada seseorang . Seorang itu dapat melatih dirinya untuk menjadi lebih berdisiplin . Selain itu , makan dengan beradab juga akan mengambarkan seseorang itu mempunyai peribadi yang mulia , seseorang itu akan disenangi dan dihormati oleh masyarakat . Di samping itu , mengamalkan adab-adab ketika makan juga mendatangkan banyak kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan kita. 💪

NAMA : Siti Adilah Balqis Bt Mohd AffendyNO. MATRIK : 280585TEMA : AdabISU : Adab Semasa Di Dalam MajlisApakah itu majli...
13/04/2021

NAMA : Siti Adilah Balqis Bt Mohd Affendy
NO. MATRIK : 280585
TEMA : Adab
ISU : Adab Semasa Di Dalam Majlis

Apakah itu majlis?
Majlis adalah suatu upacara, perjumpaan, keramaian atau perhimpunan yang dianjurkan secara rasmi atau tidak rasmi oleh sesuatu pihak untuk tujuan atau matlamat tertentu yang telah dirancang, dengan penglibatan dan penyertaan oleh pelbagai pihak yang lain dan peserta yang ramai.🥳🥳
Seperti yang kita ketahui, di negara berbilang kaum seperti di Malaysia, terdapat pelbagai jenis majlis yang sering dilakukan saban tahun seperti majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis ilmu, majlis rumah terbuka dan berbagai jenis majlis lagi. 👰🏻‍♀️🤵🏻Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat adab-adab semasa majlis yang semakin lama semakin tidak dihiraukan? Jadi, mari kita kupas adab-adab majlis ini.

1 ) Memberi salam 📌
Sesampai sahaja di sesuatu majlis, kita digalakkan untuk bersalaman dan bertegur sapa dengan orang lain yang telah sampai di majlis tersebut. Jika majlis yang dihadiri adalah majlis keramaian, kita wajarlah berjumpa dengan tuan rumah untuk beramah-mesra dan bertanya khabar.🫂🤝👬👭👨‍👩‍👦

2) Memakai pakaian yang sopan📌
Kita mestilah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata terutamanya bagi kaum wanita sebagai tanda hormat kepada majlis tersebut. Bagi lelaki p**a mestilah berpakaian kemas dan tidak memakai seluar pendek atau selipar. Jika majlis yang dianjurkan mempunyai tema pakaian yang tertentu, kita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk mengikut tema pakaian yang telah ditetapkan. 👖👔🥻👘

3) Menjaga percakapan📌
Semasa berada di dalam majlis, kita mestilah menjaga percakapan dan tidak mengucapkan kata-kata yang tidak baik terutamanya tentang majlis tersebut. Ini dikhuatir akan mengguris hati tuan rumah atau penganjur majlis. Kita juga perlu mengelakkan diri dari bercakap tentang perkara yang sia-sia semasa di dalam majlis seperti mengumpat dan berbangga diri.🗣❌

4) Jangan membazir📌
Jika majlis yang dihadiri menyediakan pelbagai pilihan makanan, kita tidak sepatutnya tamak dengan mengambil makanan dengan banyak. Kita lebih digalakkan untuk mengambil makanan mengikut keperluan sahaja supaya dapat mengelakkan pembaziran. Dengan melakukan sedemikian, kita bukan sahaja dapat memberi peluang kepada orang lain yang baru tiba untuk merasa makanan yang sama, malah kita juga dapat mengawal nafsu diri kerana sesungguhnya sifat tamak meruapakan satu sifat negatif dalam diri manusia.🍔🍜🎂🚯

Sesunggunya menghadirkan diri ke sesuatu majlis dapat mengeratkan hubungan silaturahhim antara satu sama lain serta kita dapat memperoleh banyak lagi faedah yang lain . 🤲🏻Jadi, semoga perkongsian ini akan memberi manfaat yang berguna serta berpanjangan kepada semua pihak untuk diamalkan.✨

NAMA : NURUL ATHIRAH BINTI MAT RODZAI 👧 NO MATRIK : 280201TEMA : ADABTAJUK : ADAB DENGAN PEMIMPIN 👨‍✈️👮🏻‍♀️ Pemimpin ial...
12/04/2021

NAMA : NURUL ATHIRAH BINTI MAT RODZAI 👧
NO MATRIK : 280201
TEMA : ADAB
TAJUK : ADAB DENGAN PEMIMPIN 👨‍✈️

👮🏻‍♀️ Pemimpin ialah orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekump**an manusia atau sesebuah organisasi 📄. Mereka adalah antara manusia yang mempunyai tanggungjawab yang begitu besar dalam Islam.

Tanpa pemimpin organisasi tidak dapat dijalankan seperti yang dimahukan. Bukan itu sahaja, jika adab dengan pemimpin diabaikan 🙅🏻 mereka tidak dapat melaksanakan tugas 🗞 dengan baik yang membawa jepada keruntuhan imej negara 🇲🇾 dan masyarakat berpecah belah. 👥

Dalam Surah An Nisa Allah berfirman ‘Wahai orang orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil amri ( sekelompok orang yang mengurus kepentingan umat-umatnya)’ . Oleh itu, kita sebagai hamba dan ahli perlu menjaga adab kepada pemimpin terutamanya pada musim covid 🦠ini supaya pembangunan 🌆 berjalan lancar, pemimpin dapat menjalankan tugas dengan lancar, negara aman dan tuntutan kepada agama.

👀 Antara adab dengan pemimpin yang perlu kita amalkan ialah :

1️⃣ Memberi sokongan kepada pemimpin 💪🏻
- Tambahan di musim pandemik ini, pelbagai tekanan dialami oleh setiap golongan masyarakat. Jadi, kita perlu memberi sokongan kepada setiap langkah dan arahan daripada pemimpin sama ada untuk terus berada di rumah 🏡 atau sentiasa menjaga jarak sosial sesama masyarakat. Segala polisi dan syarat 🧑‍⚖️ yang ditentukan oleh pemipin tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan kerjasama rakyat.

2️⃣.Membantu pemimpin 🤝
- Setiap pemimpin dan organisasi mempunya objektif dan tujuan masing-masing. Tanpa bantuan ahli dan rakyatnya pemimpin tidak dapat berjuang mencapainya seorang diri. Kita sebagai rakyat, perlu bersungguh-sungguh membantu pemimpin mencapai wawasan negara dan matlamatnya. Sebagai contohnya, membantu meringankan beban pemimpin dengan patuh kepada undang-undang.

3️⃣. Mentaati pemimpin 🙇🏻
- Dalam agama Islam, Rasulullah bersabda ‘wajib keatas seorang muslim untuk mentaati (kepada pemerintah) dalam perkara yang dia s**a dan benci, selagi dia tidak diperintahkan melakukan maksiat. Apabila dia diperintahkan melakukan maksiat, maka tiada kewajipan untuk mendengar dan mentaati’ Jadi, wajib kepada masyarakat terutama umat Islam untuk mendengar arahan pemimpin. Sebagai contohnya, apabila pemimpin mengarahkan rakyat untuk memakai penutup muka 😷 ketika keluar maka, rakyat hendaklah mentaati perintah tersebut.

4️⃣ Menasihati pemimpin dengan cara yang baik 👍🏻
- Jika rakyat ingin menegur salah dan silap pemimpin atau memberi jalan 🛣 tunjuk yang betul, rakyat perlu tegur dengan saluran yang betul dan terbaik. Sebagai contohnya, memberikan pandagan kepada wakil rakyat untuk diambil tindakan terlebih dahulu.

——

📌 Jelaslah adab perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat tidak kira umur dan pangkat untuk memastikan hidup harmoni dan aman. Ketaatan mesti diberikan oleh rakyat sama ada dalam perkara yang dis**ai atau tidak selagi tidak melebihi batas. ✅

NAMA : NUR ZAHIRAH BINTI ZAKARIANO MATRIK : 280412TEMA : ADABTAJUK : ADAB DENGAN RAKAN Rakan?🤔Apakah yang anda faham den...
12/04/2021

NAMA : NUR ZAHIRAH BINTI ZAKARIA
NO MATRIK : 280412
TEMA : ADAB
TAJUK : ADAB DENGAN RAKAN

Rakan?🤔Apakah yang anda faham dengan maksud rakan ini🤨? Mari saya ceritakan😂. Rakan merupakan orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu kump**an🥳. Rakan atau teman juga dikatakan sebagai orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa dan keluarga, lebih-lebih lagi rakan sebaya🤗. Tahukah anda, sebagai manusia kita tidak mampu untuk hidup sendiri😌. Justeru, amat penting untuk kita mempunyai rakan bagi meneruskan kehidupan😬. Dalam usaha kita memilih rakan yang baik, kita juga seharusnya tahu akan adab-adab dengan rakan💖. Antara adab-adab dengan rakan adalah🧐

📌Bertutur dengan bahasa yang sopan.

Sebagai seorang rakan yang baik, kita haruslah bergaul atau bertutur dengan menggunakan bahasa yang sopan👍. Sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini, ramai daripada kalangan rakan kita kurang mempraktikkan adab ini ketika bergaul dengan rakan🤨. Malah, mereka juga mengatakan bahawa bahasa yang digunakan adalah melambangkan keakraban mereka dengan rakan sebaya mereka🤔. Namun demikian, perbuatan ini sebenarnya salah kerana kadangkala ia boleh mengundang kemarahan kepada rakan lain disebabkan hinaan atau cacian telah dilemparkan kepada mereka🥺. Justeru, jagalah adab dalam pergaulan dengan rakan supaya ianya tidak akan menyakiti perasaan rakan kita😌.

📌Membantu rakan yang dalam kesusahan.

Sebagai rakan, kita seharusnya membantu rakan kita yang dalam kesusahan dengan ikhlas😉. Contohnya, ketika rakan anda mengalami masalah kewangan dan mereka terpaksa mengikat perut untuk membeli makanan. Maka, ringankanlah tangan untuk menyumbangkan sedikit wang anda cukup sekadar yang anda mampu🌻. Bukan itu sahaja, pertolongan juga boleh diberikan ketika rakan anda s**ar untuk faham dalam sesuatu subjek yang diajar oleh guru. Justeru, kongsilah ilmu yang anda perolehi dengan mereka.

📌Bertolak ansur dan bekerjasama.

Sebagai rakan, anda seharusnya memahami perasaan rakan yang lain🍃. Hal ini dapat dilihat terutamanya perbincangan dalam kump**an. Sebagai rakan, anda perlulah mendengar dan berbincang dengan baik bersama rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini, anda perlulah mempunyai sikap tolak ansur apabila satu perdebatan atau permasalahan telah berlaku dalam kump**an anda. Oleh itu, sikap kerjasama amatlah perlu diterapkan agar perpaduan dan kesejahteraan dapat terus dikekalkan😊.

📌Menziarahi rakan ketika sakit.

Sebagai rakan, kita seharusnya mengambil berat tentang keadaan rakan kita terutamanya apabila rakan kita sedang mengalami masalah atau sakit🤢. Justeru, ziarahilah mereka sama ada di rumah atau di hospital🌹. Hal ini penting supaya mereka lebih bersemangat untuk sembuh dari penyakit mereka dengan keizinan Allah swt🤲 di samping mereka menjadi lebih ceria untuk meneruskan kehidupan🤩.

📌Memberi salam ketika berjumpa dengan rakan.

Biasakanlah diri untuk memberi ucapan kepada rakan islam apabila bertemu dengan ucapan Assalamualaikum manakala bagi rakan bukan islam, anda boleh memberikan ucapan salam sejahtera👋. Amalan memberi salam ini amatlah ditekankan kerana ianya mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan🤝.

Memetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul✅. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu💖. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu👤. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita🍃. Oleh itu, peliharalah dan jagalah adab ketika bersama rakan agar hubungan ukhwah dapat terus dieratkan🤲🤝🤲

NAMA : LAU CHENG MUNNO. MATRIK : 279896TEMA : ADABTAJUK : ADAB KEPADA ORANG TUA👴🏻👵🏻Adakah anda benar-benar tahu? Warga t...
11/04/2021

NAMA : LAU CHENG MUN
NO. MATRIK : 279896
TEMA : ADAB
TAJUK : ADAB KEPADA ORANG TUA

👴🏻👵🏻Adakah anda benar-benar tahu? Warga tua juga perlu dikasihi, dihormati, dan dilindungi. 🍯

⌛Seiring dengan perubahan zaman, kebanyakan orang secara beransur-ansur kehilangan akhlak mereka kepada orang tua. Dengan perubahan dalam pendidikan ibu bapa 👩🏻‍🏫 dan perbezaan pemikiran serta tingkah laku anak-anak di zaman sekarang, ramai orang dimanjakan oleh ibu bapa mereka ketika mereka masih kanak-kanak dan mereka menjadi lebih biadap kepada para penatua. Namun, adab kepada orang tua seharusnya ditanamkan diri kita masing-masing sejak kecil. 👶🏻 Sebagai contohnya, adab yang paling asas adalah menghormati orang tua. Malangnya, kepentingan adab telah seolah-olah dilupakan dalam masyarakat hari ini. 🤯✋🏻

🍯Jadi, marilah kita bersama-sama menyedari bagaimana memperlakukan orang tua dengan etika dan adab yang baik. 👍🏻❣️

1️⃣ MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA ORANG TUA.🍀 Apabila orang tua menghampiri pintu masuk bangunan,🚪 sila buka dan tahan pintu terlebih dahulu untuk membolehkan orang tua masuk terlebih dahulu. Memberi bantuan untuk mendapatkan barang di rak tinggi dan rendah di kedai atau di rumah. Perhatikan kecacatan👩🏻‍🦽👨🏻‍🦯 yang mungkin dimiliki oleh orang tua dan berikan pertolongan sesuai dengan keperluannya. Akhirnya, apa jua pertolongan yang anda lakukan untuk menjadikan hidup mereka lebih mudah akan dihargai dan merasa bahagia. 💌

2️⃣ BERI MASA DAN PERHATIAN KITA.⏳ Ini bermaksud melepak bersama mereka, makan bersama mereka,😋 mengajak mereka keluar. 🚗 Kebanyakan orang yang lebih tua daripada kita ingin menarik perhatian kita dalam dalam jangka masa tertentu. Nikmati perbualan mengenai topik biasa kita. Duduk dengan datuk dan nenek atau orang tua yang lain dan tunjukkan bahawa kita mengambil berat terhadap mereka. Main permainan catur atau menonton filem bersama.🎞️

3️⃣ BERSIKAP SOPAN KEPADA WARGA TUA.💯 Kesopanan biasa adalah cara yang baik untuk memberi tahu para penatua kita bahawa mereka istimewa. Beri salam kepada mereka dengan berjabat tangan, membuat kontak mata dan senyum kepada mereka, atau apa sahaja yang paling mereka s**ai. Semasa kita bersama orang tua, bicaralah dengan mereka dengan suara biasa dan jangan gunakan kata atau frasa yang boleh menyinggung atau membingungkan mereka. Semasa mereka bercakap, letakkan telefon📱 kita dan hilangkan gangguan lain sehingga kita memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Tidak menyampuk perbualan orang tua. 🗣️Sebagai salah satu adab seorang yang lebih muda👦🏻 kepada orang yang lebih tua👴🏻, jangan mengganggu perbualan orang tua yang sedang bercakap. Biarkan mereka mengakhiri perbincangan mereka, dan hanya terus bercakap apabila kita benar-benar mempunyai sesuatu untuk diperkatakan.🙊

4️⃣ MINTA NASIHAT ORANG TUA.✔️ Mereka telah melalui banyak perkara, jadi mereka mungkin mempunyai petunjuk yang bermanfaat. Kita tidak pernah tahu sama ada para penatua kita telah menghadapi masalah yang sama dengan masalah kita, jadi perhatikan apakah mereka mempunyai cadangan bagaimana mengatasi situasi yang s**ar.🌿 Dengarkan nasihat mereka dengan teliti dan terus ajukan soalan kepada mereka agar kita dapat mengetahui lebih lanjut dari pengalaman mereka. Mencari nasihat mereka sangat membantu para penatua anda merasa terdengar dan menunjukkan bahawa anda menghargai input mereka.

5️⃣ KITA PERLU BERSABAR DENGAN ORANG TUA.🌻 Walaupun lebih senang diucapkan daripada dilakukan, tetapi ia masih perlu dilakukan. Walaupun ramai di antara kita cenderung bersabar dengan anak-anak kita ketika menghadapi tingkah laku buruk🙅🏻‍♀️, tetapi amalan ini sering ditinggalkan ketika berurusan dengan warga emas kita. Tolong anggap mereka sebagai anak-anak 👶🏻 sekarang, kerana ini adalah sebahagian daripada kitaran hidup. Kita mesti selalu ingat bahawa mereka lemah secara fizikal dan emosi. Walau bagaimanapun, orang sangat mementingkan pembinaan harga diri anak-anak, tetapi kita sering melihat orang merosakkan harga diri ibu bapa. Oleh itu, kita hanya dapat menghentikan amalan ini dengan merawat orang tua dengan sabar. ✋🏻🌼

📍Harap diingat bahawa warga tua juga manusia. Mereka tidak dilemparkan, mereka tidak membebankan. Mereka dulu seusia kita, muda, dengan impian, cita-cita, dalam kebanyakan kes keluarga. Mereka adalah individu yang telah memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan membesarkan anak-anak, bekerja di sejumlah profesi, dan mereka juga dan dapat menjadi produktif sekarang juga. 👶🏻👦🏻👫🏻👩‍❤️‍👨👨‍👩‍👧‍👦👴🏻👵🏻Lihat mereka sebagai orang, yang pantas dihormati, seperti yang dilakukan oleh atasan anda, misalnya tidak seorang pun di antara kita yang berani berdebat dengan bos👨🏻‍💻 kita, bukan? Haraplah semua orang akan jelas mengenai adab-adab yang disebutkan di atas untuk menunjukkan rasa hormat kepada para warga tua. 👴🏻👵🏻✨🌈

11/04/2021

NAMA: NURUL SYAFIQA BINTI R AZMI
NO MATRIC: 280271
TEMA: ADAB
TAJUK: ADAB DENGAN IBUBAPA

Siapakah Ibubapa?
Ibubapa ialah insan yang melahirkan, membesarkan, mengasuh, mendidik, memberi kasih sayang dan menyediakan keperluan kita semasa kecil hingga dewasa.
Tanpa kehadiran mereka, sudah pasti kita tidak mungkin hidup di dunia ini dan mampu membesar menjadi manusia yang sempurna. Merekalah yang sentiasa menyayangi kita semenjak kita kecil dan berusaha untuk memenuhi segala keperluan hidup kita. Kata orang “Kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah sepanjang masa”. Seorang ibu telah bertarung nyawa antara hidup dan mati untuk melahirkan anaknya dan seorang ayah sentiasa berkorban untuk memberikan anaknya segala-galanya. Setiap agama amat menekankan penganutnya untuk menghormati ibu bapa. Hal ini kerana, jasa dan pengorbanan mereka tiada galang gantinya. Kita mestilah taat kepada ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak serta berbakti kepada ibu bapa. Hal yang paling dititikberatkan terhadap ibubapa ialah adab apabila dengan keduanya.
Oleh itu, apakah adab-adab dengan ibu bapa? Mari saya senaraikan.

1) Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan lembut
Apabila bercakap dengan ibu dan bapa, kita semestinya menggunakan bahasa yang sopan santun dan penuh dengan kelembutan. Menggunakan bahasa yang baik terhadap mereka pastinya akan menyejukkan hati mereka dan kita dilarang sama sekali untuk bercakap kasar dan keras kerana hal ini pastinya akan menyinggung perasaan mereka. Seorang anak diperintahkan untuk berkata-kata yang terlembut kepada kedua orang tuanya kerana Allah ﷻ berfirman:
"Janganlah engkau berkata kepada keduanya "uff" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia." QS surat Al-Isra: 23).
Hanya dengan berkata ‘ah’ kepada ibu bapa sudah dilarang, apatah lagi membentak kepada mereka. Oleh itu, gunalah perkataan yang baik apabila bersama ibubapa.

2) Mendahului mereka dalam segala perkara
Ibubapa sepatutnya didahului dalam setiap perkara dan sebagai contohnya ketika makan dimana kita mestilah memastikan ibubapa menjamah dahulu makanan sebelum kita. Selain itu kita mestilah meminta izin mereka sebelum pergi ke mana-mana. Selain daripada kita mendapat restu mereka ketika ke sesuatu destinasi, pastinya doa mereka akan mengiringi kita. Meminta izin daripada mereka menunjukkan berapa kita memuliakan mereka.

3) Membongkokkan badan apabila berjalan dihadapan mereka
Sebagai seorang anak, kita semestinya membongkokkan badan ketika melintasi mereka kerana ini adalah adab yang sangat penting. Membongkokkan badan menunjukkan tanda hormat kita kepada mereka. Bukan itu sahaja, kita juga tidak boleh melunjur kaki kearah mereka kerana ini adalah perbuatan tidak beretika dan biadab.

4) Mendoakan kesejahteraan mereka
Sebagai seorang anak, kita mestilah mendoakan kebaikan dan kesejahteraan mereka. Kita pastinya ingin perkara yang baik-baik berlaku buat kedua mereka setelah segala pengorbanan mereka dan oleh itu, kita semestinya meminta supaya mereka sentiasa dilindungi dan dirahmati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Oleh hal yang demikian, kita mestilah mendoakan mereka bermula dari sekarang supaya kita dapat membantu mereka.

5) Membantu menguruskan rumah
Seharian menguruskan anak-anak dan rumah pastinya sesuatu perkara yang meletihkan. Sebagai anak, kita mestilah membantu mereka dalam menguruskan hal-hal dirumah seperti mencuci pinggan, membasuh baju ataupun menyapu rumah. Membantu mereka menguruskan rumah dapat memberi mereka masa untuk berehat. Ibu dan bapa pastinya terharu dan gembira jika kita melakukan perkara tersebut dan secara tidak langsung, kita mendapat berkat dan redha mereka.

Kesimp**annya, kita mestilah menjaga hubungan kita dengan ibu bapa. Terlampau banyak jasa dan pengorbanan mereka dan semuanya tidak akan terbalas walau berjuta kebaikan kita lakukan. Namun, kita boleh berusaha untuk meraih redha mereka dengan sentiasa beradab dengan mereka serta berusaha untuk membahagiakan mereka dengan apa cara sekalipun. Kita tidak sepatutnya melupakan mereka seperti kacang melupakan kulit. Keberkatan daripada mereka akan memudahkan urusan kita didunia dan akhirat. Sementara mereka masih hidup, rebutlah peluang untuk berbakti kepada mereka 🤲

Address

Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category