Penghayatan Etika dan Peradaban R - Kumpulan 2

Penghayatan Etika dan Peradaban R - Kumpulan 2 Halaman ini dibuka bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan isu BULI terutama di Malaysia.

POSTER RUMUSANAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kami merupakan kumpulan 2 dari subjek MPU1013 Penghayatan Etika dan...
28/12/2022

POSTER RUMUSAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kami merupakan kumpulan 2 dari subjek MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (R) telah merumuskan maklumat berkaitan tema Isu Buli ini dalam sebuah poster. Diharapkan semua akan mengambil berat tentang isu ini yang semakin serius pada hari ini bagi menjamin keselamatan masing-masing.

Akhir sekali, kami kumpulan 2 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada kami sepanjang tempoh penyediaan laman ini. Diharapkan semua maklumat yang kami kongsikan dan sebarkan dapat memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan semua.

Ditulis oleh : Leow Rui Zhen (291902)

Based on true story ‼️
26/12/2022

Based on true story ‼️

Kes buli ini berlaku di sebuah asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Mangsa telah dibuli seramai 8 orang pelajar tingkatan 5 hingga menyebabkan k...

DIBULI oleh individu yang tidak berhati perut dan tidak bertanggungjawab meninggalkan banyak kesan negatif kepada indivi...
23/12/2022

DIBULI oleh individu yang tidak berhati perut dan tidak bertanggungjawab meninggalkan banyak kesan negatif kepada individu yang LEMAH. Kesan-kesan ini akan menyebabkan individu yang LEMAH berasa s**ar untuk melakukan kegiatan harian seperti belajar, menyertai sebarang aktiviti, dan beriadah. Kesan-kesan buli ini juga memberi impak yang besar kepada kesihatan mental dan fizikal individu yang DIBULI. Oleh itu, sebagai warganegara yang peka dan prihatin, gejala buli dapat dielakkan dengan melakukan beberapa langkah utama bagi membantu mangsa yang dibuli daripada terus menjadi sasaran PEMBULI iaitu :

Langkah/Peranan utama bagi mengatasi gejala buli ialah :

1.Peranan ibu bapa
Langkah pertama dalam mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar ialah daripada peranan ibu bapa individu itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan sosok tubuh yang paling rapat dengan pembuli atau mangsa yang dibuli. Oleh itu, ibu bapa haruslah cakna dengan setiap tingkah laku dan perlakuan anak-anak mereka pada setiap masa. Sebagai ibu bapa yang penyayang, didikan awal tentang buli haruslah diberikan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi seperti mana yang dapat dipelajari daripada peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

2.Peranan individu
Buli dapat dielakkan secara tidak langsung jika individu itu sendiri dapat mengetahui batas dalam setiap tingkah laku mereka. Sebagai contoh, pemilihan rakan sebaya yang baik juga amat penting bagi mengelakkan berlakunya buli dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya adalah individu kedua yang terdekat dengan pembuli atau mangsa yang dibuli. Pemilihan rakan sebaya yang kurang baik secara tidak langsung akan membimbing kita ke arah yang lebih negatif. Oleh itu, tindakan individu dalam memilih rakan sebaya amatlah penting sebagai langkah awal bagi menangani buli.


3.Pihak sekolah
Pihak sekolah juga berperanan besar dalam menangani masalah buli dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, pihak sekolah haruslah menguatkuasakan lagi undang-undang dan peraturan di sekolah sebagai langkah utama dalam menangani gejala buli. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga haruslah bersikap adil dan bertanggungjawab dengan memberikan hukuman yang setimpal kepada pembuli supaya ianya dapat membantu mengurangkan masalah gejala buli di sekolah. Pihak sekolah juga haruslah memastikan bahawa setiap pelajar memahami s**atan pelajaran yang diajarkan seperti yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.

4.Media massa
Media massa seperti media elektronik dan media cetak juga merupakan salah satu medium yang berkesan dalam menangani masalah buli. Isu-isu berkaitan buli dapat disebar dengan lebih meluas dalam hitungan detik. Sebagai contoh, aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram,Whatsapp dan Twitter dapat dijadikan saluran untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya buli selain saluran televisyen. Media cetak seperti surat khabar, majalah dan risalah juga merupakan sebuah saluran yang dapat digunakan untuk menyebarkan pengetahuan tentang gejala buli kepada semua lapisan masyarakat. Secara tidak langsung, penggunaan media massa amatlah berkesan dalam membantu menyedarkan masyarakat tentang perkembangan gejala buli yang berlaku dalam negara kita.

5.Peranan pihak kerajaan
Sebagai sebuah negara yang aman dan makmur, peranan pihak kerajaan dalam menangani isu gejala buli juga harus diutamakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dasar-dasar dan undang-undang yang diwujudkan oleh kerajaan akan dipatuhi oleh semua pihak. Bagi individu yang tidak mematuhi dasar undang-undang dan peraturan negara, tindakan yang setimpal akan dikenakan terhadap individu tersebut. Oleh itu, bagi mengatasi masalah buli, kerajaan haruslah menguatkuasakan lagi undang-undang dalam negara. Hukuman yang dikenakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu akan menyedarkan orang ramai bahawa perbuatan membuli juga boleh dibawa sehingga ke mahkamah. Bukan itu sahaja, kempen-kempen kesedaran dan poster-poster tentang buli juga harus ditingkatkan lagi bagi menyedarkan lebih ramai masyarkat tentang bahayanya buli dalam kehidupan seharian.

DISEDIAKAN OLEH: SUHANA A/P PUT
NO. MATRIK: 291884

KESAN BULI SIBER                 Kesan buli siber boleh  menjejaskan emosi  dan mental yang menyebabkan mangsa tertekan....
19/12/2022

KESAN BULI SIBER

Kesan buli siber boleh menjejaskan emosi dan mental yang menyebabkan mangsa tertekan. Mangsa sering memikirkan maklum balas negatif daripada pembuli.. Hal ini menyebabkan mangsa sentiasa merasa resah dan lama-kelamaan, mangsa akan mengalami kemurungan. Oleh itu, mangsa akan mengasingkan diri daripada orang ramai dan lebih s**a menyendiri. Kejadian buli siber ini juga menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri dan takut untuk berhadapan dengan orang lain.

Kesan serius daripada buli siber juga menyebabkan jatuhnya maruah seseorang dan anggota keluarga mangsa. Misalnya, pembuli siber akan menggunakan akaun media sosial seseorang seperti Facebook untuk untuk menyebarkan video-video pornografi di media sosial. Bukan itu sahaja, akaun media sosial mangsa juga mungkin akan diserang oleh warga internet dengan tomahan yang boleh memalukan dan menjatuhkan maruah. Keluarga mangsa juga akan turut dipermalukan di media sosial kerana dianggap mempunyai ahli keluarga yang kecanduan dengan video pornografi.

Kejadian buli siber juga menyebabkan seseorang hilang punca pendapatan dan menjatuhkan karier seseorang. Perbuatan buli siber ini boleh menyebabkan mangsa hilang perkerjaan akibat taburan fitnah kepada mangsa di media sosial sehingga pihak majikan terpaksa memecat mangsa demi menjaga nama baik syarikat. Hal ini menyebabkan mangsa hilang punca pendapatan.

Kesan daripada buli siber juga menyebabkan seseorang akan melakukan tindakan membunuh diri. Hal ini kerana aib masa lalu si mangsa ini disebarkan oleh pembuli siber di media sosial yang menyebabkan si mangsa berasa terlalu hina sehingga membunuh diri dan mangsa yang dibuli di alam maya ini biasanya akan menghadapi tekanan mental yang sangat kritikal . Mangsa merasa ingin menamatkan sahaja hidupnya daripada terus menanggung malu akibat gambar-gambar bogel si mangsa pada masa lalu yang disebarkan oleh pembuli siber di media social.

Kesimpulannya, buli siber ini memberikan kesan yang sangat serius kepada mangsa buli siber. Oleh itu, semua pihak haruslah bersama-sama menangani kes buli dengan segera agar tidak berleluasa pada masa akan datang.

Ditulis oleh :

Nama :Nur Hezreen Camelia binti Kamaruddin
No matrik : 291733

KES BULI DI SEKOLAH MASIH TIADA KESUDAHAN❓Apakah kesan buli terhadap mangsa?Prestasi akademik menurun kerana hilang mina...
19/12/2022

KES BULI DI SEKOLAH MASIH TIADA KESUDAHAN❓

Apakah kesan buli terhadap mangsa?
Prestasi akademik menurun kerana hilang minat untuk belajar, ponteng kelas kerana takut, sering menyalahkan diri sendiri, kurang keyakinan terhadap kebolehan dan potensi diri dan banyak lagi.

Pembuli pon ada kesan juga ke?
Ya, mereka mungkin terlibat dalam jenayah yang lebih serius apabila mereka dewasa.

Malah saksi buli juga tidak dilupakan kerana mereka menerima isyarat apa yang mereka saksikan dan berasa bersalah kerana tidak dapat membantu mangsa.




DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAZWANI BINTI MOHD MUZAKIR
NO. MATRIK: 291724

**KESAN-KESAN BULIBuli merupakan tindakan dengan niat untuk menyakiti hati dan memberi tekanan terhadap individu atau se...
18/12/2022

**KESAN-KESAN BULI

Buli merupakan tindakan dengan niat untuk menyakiti hati dan memberi tekanan terhadap individu atau sekumpulan individu.

Buli juga didefinisikan sebagai tingkah laku agresif yang berulang dilakukan oleh individu atau sekumpulan individu berkuasa yang dengan sengaja menakut-nakut, menyalahgunakan atau memaksa mangsa dengan niat untuk menyakitinya secara fizikal atau emosi.

Oleh itu, perbuatan buli ini boleh memberi kesan yang negatif terhadap individu, masyarakat malah terhadap negara juga. Antara kesannya ialah :

KESAN MASALAH BULI TERHADAP INDIVIDU 🧍‍♀️ :

► Secara emosi, mangsa akan berasa takut.
► Mangsa buli akan mengalami masalah-masalah seperti :
► Kemurungan.
► Tiada keyakinan diri.
► Rasa rendah diri.
► Rasa ingin membunuh diri.


KESAN MASALAH BULI TERHADAP MASYARAKAT 👭 :

►Mereka sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya.
►Timbul perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat.
►Akan menggangu ketenteraman masyarakat.

KESAN MASALAH BULI TERHADAP NEGARA 👫👫👭 :

►Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut.
►Ekonomi s**ar berkembang akibat masalah yang berlaku.
►Negara menjadi mundur.

Disediakan oleh :

NAMA : NUR AZYYATI BINTI ABU BAKAR
NO. MATRIK : 291560

FAKTOR BULI  Dalam berlaku kes buli, pihak sekolah merupakan antara satu faktor yang penting dalam menyebabkan kes buli ...
18/12/2022

FAKTOR BULI

Dalam berlaku kes buli, pihak sekolah merupakan antara satu faktor yang penting dalam menyebabkan kes buli semakin bermaharajalela di sekolah. Hal ini dikatakan demikian, sekolah takut mengambil tanggungjawab dan menjejaskan pembangunan sekolah apabila mengetahui berlaku kes buli di sekolah. Jadi, pihak sekolah melalaikan dan mengabaikan kes buli. Demi pembangunan dan nama sekolah, pihak sekolah melindungi pembuli dan merelakan berlakunya kes buli. Sikap guru terhadap tingkah laku agresif dan kemahiran pengendalian, kaedah disiplin yang tidak sesuai, sikap reda guru terhadap buli, tidak berani bersuara dan tidak mahu mendedahkan perbuatan jahat mereka adalah kunci untuk menambah kekerapan tingkat laku buli. Sebagai contoh, beberapa tahun kebelakangan ini, sebuah Sekolah Rendah Eksperimen Shanxi Yuanping di China pernah berlaku kes buli dan mangsanya dipukul sehingga pergelangan tangan retak tetapi sekolah tidak memberi tanggungjawab kepada perkara ini. Bukan itu sahaja, peningkatan taraf akademik sekolah telah menyebabkan banyak sekolah mengejar pencapaian akademik dan mengabaikan kehidupan persekolahan pelajar. Mereka berasa selagi tidak ada bahaya fizikal yang jelas, ia hanyalah pergaduhan kecil antara rakan-rakan dan guru serta pihak sekolah tidak patut mencampur tangan. Secara ringkas, kes buli berlaku jika pihak sekolah tidak mementingkan kes ini.

Di samping itu, faktor menyebabkan kes buli ialah pengaruh media massa. Pada zaman globalisasi ini, remaja mudah mendapat kemudahan media massa seperti televisyen, media elektronik, media cetak dan sebagainya. Televisyen menyiarkan drama atau filem yang mengandungi aksi pergaduhan dan berbahaya. Sebahagian besar penonton terdiri daripada remaja dan kanak-kanak yang masih tidak matang dan mereka menonton tanpa bimbingan orang dewasa. Siaran filem atau drama ini akan mendedahkan kepada remaja yang menontonnya dan mereka tidak matang untuk membezakan betul dan salah. Jadi, mereka mudah dipengaruhi oleh apa yang ditontoni oleh mereka serta meniru kembali aksinya ke alam realiti dan menjadikan pelakon sebagai ‘role model’. Mereka berasa diri hebat dan berlagak seperti pelakon dalam filem. Ini juga menyebabkan mereka sebagai pembuli kerana mencontohi aksi tersebut kepada rakan yang lemah daripada mereka. Mangsa kes buli yang bersikap lemah dan tidak berani menentang akan menyebabkan pembuli tidak menyedari diri bahawa perbuatan adalah salah dan mengundang bahaya. Di sebaliknya, mereka hanya berasa berapa hebat mereka dan tiada orang yang berani menentangnya. Oleh itu, pengaruh media massa juga merupakan faktor kes buli.

Antara faktor yang menyebabkan kes buli ialah kekurangan kasih sayang. Sikap ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang atau perhatian kepada kanak-kanaknya di rumah. Ibu bapa yang selalu sibuk bekerja dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Mereka tiada masa untuk mendidik anak-anaknya. Hal ini akan memberikan tekanan kepada seseorang anak muda kerana tiada tempat mengadu dan kemahuan untuk melepaskan dan tekanan tersebut akan disalurkan dengan membuli orang lain. Kanak-kanak sanggat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada orang dewasa. Apabila mereka rasa mereka tidak disayangi untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa perbuatan buli akan berlaku untuk mereka mendapatkan perhatian. Merekan sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Bak kata peribahasa Melayu, bapa borek, anak rintik yang bermaksud teladan ibu dan bapa membentuk keperibadian anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah mendidik anaknya dengan baik dengan meluaskan masa lapang berteman dengan kanak-kanaknya.

Selain itu, faktor yang menyebabkan kes buli adalah pengaruh dengan tindakan orang yang terdekat. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya kerana mereka masih belum mempunyai minda yang matang. Kanak-kanak menerima tekanan daripada rakan sebaya, jika rakan sebaya mereka yang membuat perbuatan membuli orang. Mereka tiada pilihan dan akan terpaksa mengikut perbuatan rakan sebayanya membuli orang lain bersama-sama kerana tindakan tersebut dilihat lebih baik menjadi pembuli daripada orang yang dibuli. Mereka sanggup bersikap kejam dengan memukul, memeras ugut dan menghina rakan-rakan yang lemah untuk menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Perbuatan tersebut juga memudahkan kanak-kanak diterima oleh rakan sebaya. Sebagai contoh, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri seorang pelajar yang berusia 16 tahun bersekolah di Maktab Tentera Diraja (MTD) meninggal dunia disebabkan dibuli oleh sekumpulan pelajar senior. Lima orang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan dengan emapat daripadanya dihukum buang sekolah.

Disediakan oleh:
CHIONG JIA XIN (291693)
TAN PEI PEI (292078)

Astro AWANIBuli | Pelajar cedera, ditendang dan ditampar rakan.
18/12/2022

Astro AWANI
Buli | Pelajar cedera, ditendang dan ditampar rakan.

Polis telah memangil kesemua pelajar yang terlibat dalam kejadian buli berhampiran ladang kelapa sawit di Banting, Selangor, untuk dirakamkan keterangan, pad...

ANDA DI BULI⁉️Selalunya kita berpendapat bahawa buli hanya berkaitan dengan fizikal. Adakah anda tahu buli juga boleh te...
18/12/2022

ANDA DI BULI⁉️

Selalunya kita berpendapat bahawa buli hanya berkaitan dengan fizikal. Adakah anda tahu buli juga boleh terjadi dalam keadaan lisan serta perbuatan yang kita anggap sebagai remeh?. Untuk pengetahuan anda semua buli ni terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah buli fizikal, buli lisan, buli sosial dan buli siber.

Buli fizikal❌
Buli fizikal adalah melibatkan anggota badan dan dapat dilihat dengan mata kasar kerana buli ini akan menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Sering kita dengar kes-kes buli fizikal ini terjadi di sekitar sekolah dan asrama. Hal ini disebabkan, pembuli biasanya membuli mangsa yang lebih kecil dan lemah serta pendiam supaya mangsa tidak berani untuk melaporkan kepada orang lain.

Buli lisan❌
Buli lisan adalah buli yang berkaitan dengan percakapan seseorang kepada mangsa. Pembuli biasanya mengeluarkan kata-kata yang biadab serta mengfitnah mangsa. Hal ini boleh menjatuhkan semangat serta keyakinan diri mangsa buli. Buli ini boleh terjadi di kawasan sekolah, kawasan awam, rumah dan tempat kerja.

Buli sosial❌
Buli sosial selalunya susah untuk dikesan kerana buli ini berlaku dibelakang mangsa. Pembuli biasanya memalau atau mengajak orang lain untuk tidak berkawan dengan mangsa seperti tidak mengambil gambar kumpulan bersama. Mangsa boleh mengalami perubahan emosi disebabkan tiada yang ingin bergaul mahupun berinteraksi. Buli ini sering terjadi di kawasan sekolah dan tempat kerja.

Buli siber❌
Buli siber adalah buli yang melibatkan media sosial. Kini, buli siber semakin berleluasa sejak peningkatan kecanggihan rangkaian sosial. Pembuli biasanya menghantar mesej yang biadab, ancaman, komen berbaur rasis serta menyebarkan berita palsu melalui media sosial dan sms. Mangsa akan mengalami kemurungan akibat ketidakselesaan dari segi emosi dan psikologi.

Katakan tidak pada buli❌
Cari pertolongan sekiranya anda mangsa buli✅

DISEDIAKAN OLEH : NURUL AINA SAFURA BINTI AZHAR
NO MATRIK : 291703

Tajuk: Pengenalan kepada Buli Fizikal dan Buli SiberBuli fizikal adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang be...
17/12/2022

Tajuk: Pengenalan kepada Buli Fizikal dan Buli Siber

Buli fizikal adalah perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi yang berniat untuk menunjukkan kekuatan, menggertak dan mencederakan mangsa yang lebih lemah daripada pembuli. Ia merupakan subkategori tingkah laku agresif yang mempunyai 3 kriteria iaitu niat bermusuhan, ketidakseimbangan kekuatan dan pengulangan dalam jangka waktu tertentu. Kes buli boleh terjadi di sekolah, pusat pengajian tinggi dan juga di tempat berkerja. Kes ini juga banyak direkodkan dan menjadi topik hangat dalam perbahasan seharian para remaja dalam kehidupan seharian. Isu buli di sekolah bukan hal yang baharu di negara kita. Bagaimanapun ia tidak berjaya ditangani sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor. Satu daripadanya keengganan mangsa membuat laporan, sistem sokongan seperti guru, warden dan ibu bapa yang lemah dalam menangani kes.

Manakala, buli siber ialah satu tindakan pencerobohan atau gangguan menggunakan teknologi. Biasanya ia dilakukan melalui teks, sembang, e-mel, aplikasi media sosial dan permainan dalam talian. Ia sering diulang dengan bertujuan untuk menakut-nakutkan, menimbulkan kemarahan dan memalukan mangsa. Salah satu punca aktiviti ini kerana mereka tidak berpuas hati dengan individu tertentu. Lazimnya, pembuli siber tidak berpuas hati dengan penampilan, kemewahan dan tingkah laku mangsa. Pembuli siber mudah mengganggu mangsa dalam talian kerana identiti mereka s**ar dikesan. Pembuli siber juga boleh berlaku disebabkan pembuli ingin berseronok dengan membuat jenaka. Segelintirnya gemar menggunakan kata-kata lucah, berbaur fitnah dan hasutan. Tanpa sedar, tindakan mereka boleh mengguris emosi dan mental orang lain.

Disediakan oleh:
1. MUHAMMAD ZULHAZIM BIN BADROL HISAM (291525)
2. MUHAMMAD KHAIRUL IEZLAN BIN SHAHARUDIN (291609)

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 🔵⚪️Hello semua👋🏻. Kami dari pelajar Universiti Utara Malaysia, Si...
17/12/2022

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 🔵⚪️

Hello semua👋🏻. Kami dari pelajar Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) (Kumpulan 2) dari kelas Penghayatan Etika dan Peradaban (R) ingin menjemput semua warga Facebook membaca serba sedikit maklumat yang kumpulan kami kongsikan bersama dengan semua.🥰 Tajuk kumpulan kami ialah APA ITU BULI?...

Ahli kumpulan kami terdiri daripada

🙋MUHAMMAD ZULHAZIM BIN BADROL HISAM (291525)
🙋‍♀️NUR AZYYATI BINTI ABU BAKAR (291560)
🙋MUHAMMAD KHAIRUL IEZLAN BIN SHAHARUDIN (291609)
🙋‍♀️CHIONG JIA XIN (291693)
🙋‍♀️NURUL AINA SAFURA BINTI AZHAR (291703)
🙋‍♀️NUR SYAZWANI BINTI MOHD MUZAKIR (291724)
🙋‍♀️NUR HEZREEN CAMELIA BINTI KAMARUDDIN (291733)
🙋‍♀️SUHANA A/P PUT (291884)
🙋‍♀️LEOW RUI ZHEN (291902)
🙋‍♀️TAN PEI PEI (292078)

Address

Universiti Utara
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban R - Kumpulan 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share