Asian Research Institute for Corporate Governance - ARICG UUM

Asian Research Institute for Corporate Governance - ARICG UUM ARICG berfungsi dalam menjalankan penyelidikan dan perundingan berkaitan sistem tadbir urus korporat dan awam.

Ia juga berperanan membantu, memperkemaskan, dan menyebarkan dapatan kajian penyelidikan yang dijalankan oleh para penyelidik.

19/05/2026

Program ini adalah untuk memenuhi agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Fokus 5.0, Governan dan Pengukuhan Integriti

Sebentar lagi
19/05/2026

Sebentar lagi

03/02/2026
16/01/2026
KUNJUNGAN HORMAT ARICG, UUM KE LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIKSelang...
14/08/2025

KUNJUNGAN HORMAT ARICG, UUM KE LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

Selangor, 8 Ogos 2025 – Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan Corporate Governance.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran dan Timbalan Pengarah ARICG, Prof. Dr. Halimah Abdul Manaf. Kehadiran delegasi UUM telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Suraya binti Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), bersama pegawai kanan FAMA.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan potensi kolaborasi termasuk pembangunan modul latihan dan mobile apps pengurusan kewangan dalam kalangan penjaja kecil FAMA .
Prof. Dr. Noor Afza menyatakan bahawa kunjungan ini adalah langkah penting dalam merealisasikan peranan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka yang aktif membina jaringan kerjasama dengan agensi strategik berkaitan bidang kepakaran ARICG. Beliau juga yakin bahawa kerjasama ini akan memberi impak langsung kepada pembangunan perniagaan dalam kalangan penjaja kecil yang mampan dan berdaya saing.
Sementara itu, FAMA menyambut baik cadangan kerjasama ini dan menganggapnya sebagai peluang untuk menggabungkan kepakaran akademik dengan pengalaman lapangan, khususnya dalam meningkatkan pembangunan modal insan penjaja kecil FAMA.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan antara UUM dan FAMA.

BUBUR LAMBUK SRI SINTOK DIRASAI BERSAMA KOMUNITI UUM Oleh: Wan Muhamad Hafis Wan KhazaliGambar oleh: ARICGAsian Research...
07/04/2024

BUBUR LAMBUK SRI SINTOK DIRASAI BERSAMA KOMUNITI UUM

Oleh: Wan Muhamad Hafis Wan Khazali
Gambar oleh: ARICG

Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) telah menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Seri Sintok sempena Ramadan anjuran Kelab Ukhuwwah bertempat di dapur memasak Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran berkata, setiap kali Ramadan tiba, sudah menjadi tradisi bagi warga UUM untuk memasak bubur lambuk dan diagihkan kepada komuniti sekitar.

Menurutnya, program seperti ini sememangnya dapat mengerat silaturahim sesama staf pentadbiran dan akademik melalui amalan gotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk.

ARICG bersama stafnya telah membuat edaran bubur lambuk di sekitar UUM, antaranya kepada pelajar antarabangsa yang menginap di Inasis Maybank, UUM International School dan pondok pengawal Unit Keselamatan.

“Kita mahu semua komuniti di UUM dapat merasai bubur lambuk ini yang merupakan resipi turun temurun disediakan,” katanya.

Sebanyak 100 pek bubur lambuk yang disediakan ARICG telah diedarkan ke seluruh komuniti di UUM.

TAHNIAH kepada Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd Sani atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Aka...
29/02/2024

TAHNIAH kepada Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd Sani atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM berkuatkuasa pada 26 Februari 2024.

Selamat Menjalankan Tugas.

TAHNIAH kepada Prof. Dr. Noor Afza Amran dan semua penerima Geran Penyelidikan dan Perundingan LZNK-IPIZ
25/02/2024

TAHNIAH kepada Prof. Dr. Noor Afza Amran dan semua penerima Geran Penyelidikan dan Perundingan LZNK-IPIZ

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf ke Asian Research Institute for Corporat...
17/01/2024

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf ke Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) UUM.

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Noor Afza Amran di atas pelantikan semula sebagai Pengarah Asian Research Institute f...
07/01/2024

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Noor Afza Amran di atas pelantikan semula sebagai Pengarah Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG).

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asian Research Institute for Corporate Governance - ARICG UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Asian Research Institute for Corporate Governance - ARICG UUM:

Shortcuts

Share