Mpu-1013 Penghayatan ETIKA dan Peradaban GP 9

Mpu-1013 Penghayatan ETIKA dan Peradaban GP 9 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Kami pelajar dari kump**an 9 kursus Penghayatan Etika dan Per

DISEDIAKAN: SOO XIAO YANGNO MATRIK : 287512TEMA : LGBTTAJUK : PERSAMAAN LGBT DALAM MENUNTUT HAK-HAK MEREKA DALAM SESEBUA...
05/06/2022

DISEDIAKAN: SOO XIAO YANG
NO MATRIK : 287512
TEMA : LGBT
TAJUK : PERSAMAAN LGBT DALAM MENUNTUT HAK-HAK MEREKA DALAM SESEBUAH NEGARA

Golongan LGBT di seluruh dunia sentiasa bersuara untuk mendapatkan hak mereka dengan komuniti dan penyokongnya. Namun, terdapat banyak negara yang menentang isu ini. Terutamanya, negara kita yang mempunyai agama Islam sebagai agama rasmi melarang kebangkitan isu ini. Golongan ini sentiasa menyuarakan keinginan, impian, cita-cita dan sebagainya. Bagi menunjukkan kesaksamaan golongan LGBT dengan manusia lain, terdapat beberapa hak LGBT yang dituntut oleh mereka dalam sesebuah negara bagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai hak tersendiri untuk hidup seperti orang lain di dalam sesebuah negara.
GeraPada 26 Jun 2015, mahkamah dengan majoriti 5-4 memutuskan bahawa berdasarkan Pindaan Keempat Belas (Four-teenth Amendment) semua negeri di AS diarahkan untuk membenarkan perkahwinan sejenis dan mengiktiraf perkahwinan sejenis yang dijalankan di negeri lain.LGBT telah mendapat kejayaan besar dengan keputusan mahkamah berkenaan perkahwinan sejenis di AS, malah pentadbiran Presiden Joe Biden juga melantik pengamal LGBT sebagai pegawainya.
Di Malaysia, tiada peruntukan perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT. Namun, perbuatan homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan berdasarkan undang-undang di Malaysia. Merujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa ‘Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara s**arela akan dihukum penjara maksimum 20 tahun termasuk sebatan.
Malaysia tidak lari daripada cubaan untuk pengiktirafan hak golongan LGBT. Sebagai usaha untuk memberi pengiktirafan dan hak sama rata kepada golongan LGBT, Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) telah menuntut Malaysia menerima syor-syor mereka dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) tahun 2013, anjuran Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. Secara ringkas, tuntutan COMANGO berkaitan LGBT adalah seperti berikut:
1. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Pengiktirafan orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia sejagat.

2. Syor meminda seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Hujahan bahawa jenayah liwat merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman.
3.
Syor agar Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dimansuhkan dan pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai ‘mengganggu hak peribadi’.

4. Bagaimanapun, syor-syor berkai-tan LGBT tidak akan terhenti setakat itu kerana pusingan Semakan Berkala Sejagat untuk Malaysia adalah dija-dualkan pada Oktober 2022. Diharapkan delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland kelak akan terus berusaha mempertahankan kesucian Islam dalam menghadapi syor-syor melibatkan Hak Asasi Manusia.

Justeru, walaupun golongan LGBT ini banyak menuntut hak-hak kesamaan dalam sesebuah negara yang didiami mereka, namun terdapat juga negara yang tidak memenuhi tuntutan hak mereka tersebut kerana berlanggar dengan undang-undang di sesebuah negara terutama di negara-negara Islam.
Namun begitu, masyarakat perlu membantu golongan LGBT ini bagi menyedarkan mereka bahawa semua tuntutan hak yang mereka inginkan tersebut dapat mereka capai sekiranya mereka kembali kepada fitrah penciptaan mereka dan kembali menjadi seperti manusia normal yang lain. Masyarakat perlu melayani mereka dengan sifat prihatin dan tidak mensisihkan mereka kerana golongan tersebut juga adalah manusia yang mempunyai keinginan, impian, cita-cita, keluarga dan sebagainya. Golongan ini perlu dibimbing supaya kembali ke pangkal jalan dan menjalankan kehidupan jantina seperti biasa.

DISEDIAKAN: NURUL SURIYANI BINTI MOHD AFFENDINO MATRIK : 287727TEMA : LGBTTAJUK : ISU LGBT DI LUAR NEGARAIsu LGBT di neg...
05/06/2022

DISEDIAKAN: NURUL SURIYANI BINTI MOHD AFFENDI
NO MATRIK : 287727
TEMA : LGBT
TAJUK : ISU LGBT DI LUAR NEGARA

Isu LGBT di negara Singapura

Majoriti penduduk Singapura masih menyokong undang-undang yang mengharamkan hubungan seks sesama jenis. Ia berdasarkan keputusan tinjauan di talian (online) ketika perdebatan tercetus sama ada republik itu patut mengikuti langkah India memansuhkan perundangan era penjajahan Britain. Sebanyak 55 peratus daripada 750 penduduk Singapura yang menyertai tinjauan firma perunding bebas Ipsos, menyokong undang-undang mengharamkan seks luar tabii. Sebanyak 12 peratus menentang undang-undang itu manakala 33 peratus lagi bersikap berkecuali. Di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura, seorang lelaki yang didapati melakukan perbuatan ‘tidak senonoh keterlaluan’ dengan seorang lelaki lain boleh dipenjarakan dua tahun.

Isu LGBT di seluruh dunia

Kump**an hak LGBT, OutRight Action International menganalisi 194 negara dan mendapati cuma 109 membenarkan LGBT berdaftar secara sah. Di 55 negara termasuk Russia dan Lubnan, pertubuhan gay wujud tetapi tidak dibenarkan mendaftar. Sementara negara lain seperti Malaysia, kump**an berkenaan diharamkan sama sekali. Cuma 56 peratus daripada negara di dunia membenarkan kump**an le***an, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkumpul tanpa ancaman penangkapan, atau gangguan, yang terus meminggirkan golongan itu daripada masyarakat, menurut laporan yang disiarkan hari ini.

DISEDIAKAN: WONG JIA ERNO MATRIK : 287151TEMA : LGBTTAJUK : ISU LGBT DI MALAYSIAApa Golongan LGBT Dah Buat ??? Budaya LG...
05/06/2022

DISEDIAKAN: WONG JIA ER
NO MATRIK : 287151
TEMA : LGBT
TAJUK : ISU LGBT DI MALAYSIA

Apa Golongan LGBT Dah Buat ???
Budaya LGBT di Malaysia semakin membimbangkan terutama dalam kalangan masyarakat kini yang sememangnya jelas menyimpang daripada landasan budaya dan norma masyarakat di Malaysia. Terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa budaya LGBT merupakan budaya yang mampu merosakkan budaya hidup, corak pemikiran, tingkah laku serta turut melibatkan agama dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja yang semakin meningkat dewasa.
Buktinya, isu LGBT ini telah dibahaskan supaya satu kajian dibuat mengenai kesalahan-kesalahan yang melibatkan golongan LGBT iaitu dengan memberi fokus dalam aspek perundangan dengan lebih terperinci lagi. Dengan usaha ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam menangani budaya LGBT dari terus berleluasa.
Di Malaysia, hampir setiap hari timbul isu-isu yang berkaitan dengan golongan LGBT. Malah golongon ini telah menuntut pelbagai hak yang lebih memihak kepada mereka. Isu utama yang dibangkitkan oleh golongan LGBT ini adalah hak-hak yang bertentangan dengan hukum-hukum syarak dimana agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia.
Selain itu, isu yang melibatkan LGBT adalah campur tangan oleh mahkamah sivil tentang hal ehwal agama Islam di Malaysia. Kesan daripada kes ini, golongan LGBT ini telah mengubahsuai undang-undang sivil yang sedia ada bagi membolehkan segala perlakuan LGBT ini dibenarkan. Mereka turut bertindak dengan menafikan bidang kuasa mahkamah syariah dengan membuat permohonan untuk mengisytiharkan undang-undang Islam yang dikatakan tidak sah.
Bukan itu sahaja, isu berkaitan LGBT terus diperkatakan apabila terdapat kes dimana pasangan le***an telah dikenakan hukuman sebatan oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu. Berikutan daripada kes tersebut, timbul stigma negatif oleh masyarakat dan seterusnya membawa kepada pandangan negatif terhadap institusi perundangan syariah di Malaysia.
Oleh yang demikian, tindakan dan hukuman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah sememangnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan tanpa melanggar sebarang prosedur. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang mengatakan hukuman sebatan yang dikenakan adalah tidak wajar kerana melanggar hak asasi manusia, namun dari segi hukum Islam perbuatan golongan LGBT ini adalah merupakan suatu kesalahan.
Dapat disimpulkan bahawa golongan LGBT atau gerakan yang dibawa oleh mereka ini merupakan bentuk diskriminasi era baru. Sudah jelas golongan LGBT ini telah memanip**asi Hak Asasi Manusia (HAM) dalam usaha mempertahankan dan menegakkan segala perbuatan yang bercanggah dari sudut Islam. Bahkan golongan ini secara umumnya telah mencemarkan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia serta mencabar institusi perundangan pihak mahkamah. Dari segi konteks masyarakat p**a, gerakan LGBT turut menggugat dan mengancam ketenteraman awam serta keharmonian beragama di negara Malaysia.

Rujukan boleh didapati di laman web tersebut:

Kuala Lumpur: Kerajaan berharap isu sosial membabitkan golongan le***an, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diberi perhatian oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat.

DISEDIAKAN: HIN KIT YEENO MATRIK : 287221TEMA : LGBTTAJUK : CARA MENANGANI LGBTCara mencegah LGBT atau lebih dikenali se...
05/06/2022

DISEDIAKAN: HIN KIT YEE
NO MATRIK : 287221
TEMA : LGBT
TAJUK : CARA MENANGANI LGBT

Cara mencegah LGBT atau lebih dikenali sebagai Le***an, Gay, Biseksual dan Transgender di Malaysia adalah bermula dengan peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa merupakan tunjang utama dalam keluarga yang akan mencorakkan keperibadian anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya kerana anak-anak yang berumur lima hingga 10 tahun masih dalam proses pembentukan identiti. Jadi, mereka mudah terdedah dengan pelbagai perkara yang mereka sendiri tidak tahu menilai sama ada perkara itu baik atau buruk. Oleh itu, ibu bapalah yang selayaknya untuk menerangkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa harus menitik beratkan soal pemakaian anak-anak agar mereka tahu identiti mereka yang sebenar sama ada seorang lelaki atau perempuan. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam mencorakkan keperibadian anak-anak sangat penting agar tidak terlibat dalam dunia LGBT.
Selain itu, peranan warga pendidik juga amat diperlukan dalam usaha mencegah isu LGBT di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut Mohd Puad Zarkashi (2013), para guru perlu membantu memberi penjelasan dan pemahaman yang mendalam mengenai isu LGBT ini kepada para pelajar agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat ini. Walaupun tiada matapelajaran yang khusus disediakan untuk menangani isu LGBT ini, namun para guru boleh menggunakan mata pelajaran Kesihatan dan Reproduktif bagi memberi penjelasan mengenai kesan negatif gejala LGBT ini kepada para pelajar. Sebagai contoh, para guru boleh menjelaskan kesan buruk apabila terlibat dalam kancah LGBT ini dari segi kesihatan, penerimaan masyarakat, dan imej negara akan tercalar. Oleh itu, peranan warga pendidik bukan sekadar memahami cabaran dalam isu pendidikan sahaja namun perlu mendidik anak bangsa menjadi insan yang bermoral serta tidak menjatuhkan maruah diri dan negara.
Seterusnya, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mencegah penularan isu LGBT ini di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat boleh memberi teguran yang baik kepada mereka yang terlibat dalam gejala sosial LGBT dan janganlah sesekali menghina atau menyisihkan golongan ini kerana kesilapan mereka terjebak dalam isu LGBT ini. Masyarakat juga perlu memahami perasaan mereka dan jangan terlalu terburu-buru untuk meminta mereka berubah ke jalan yang benar tetapi perlulah berlembut untuk memujuk mereka kembali kepada fitrah yang asal. Sebagai contoh, masyarakat perlu berkongsi cerita dengan mereka mengenai kesan buruk apabila terlibat dalam masalah LGBT ini seperti mendapat penyakit HIV dan risiko untuk sembuh sangat rendah sehingga boleh menyebabkan kematian.
Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam usaha mengekang isu LGBT ini bagi mengelakkan imej negara daripada tercalar. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya pihak kerajaan lepas tangan dalam usaha mencegah isu LGBT ini, sudah pasti kelompok mereka ini semakin berkuasa seolah-olah golongan ini diiktiraf di Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan perlu berganding bahu bersama-sama pihak swasta atau NGO yang sesuai untuk menghentikan gejala songsang ini daripada terus berluasa agar rakyat Malaysia tahu perbuatan songsang ini bukanlah perkara yang normal tetapi memalukan negara, agama dan bangsa. Sehubungan dengan itu, Jamil Khir (2016) mengatakan cara hidup songsang yang diamalkan oleh kump**an LGBT dilihat semakin menular kepada generasi muda dan jika tidak dibendung ia akan memberi impak negatif kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat serta boleh mengucar-kacirkan negara. Sebagai contoh, pihak JAKIM telah menangkap golongan LGBT dan memberi nasihat kepada mereka dan pihak swasta serta NGO yang berkaitan telah mengadakan seminar kesedaran agar golongan LGBT ini berubah ke jalan yang benar.
Rujukan:
Petah Wazan Iskandar.2015. Program Mukhayam Pulih golongan LGBT. Dilayari pada 26 Julai 2017.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/07/69741/program-mukhayyam-pulih-golongan-lgbt
RUJUKAN LAIN JUGA BOLEH DIDAPATI PADA KERATAN AKHBAR:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709994/cegah-lgbt-dengan-undang-undang-tarbiah

STIGMA umum, gejala le***an, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini perosak kepada masyarakat, menjadi punca mengapa golongan yang sudah bergelumang dengan gejala terbabit sering terasa dipinggirkan.

DISEDIAKAN: CHEE LI WEI NO MATRIK : 287232TEMA : LGBTTAJUK : CABARAN MENANGANI LGBTLGBT merupakan suatu trend atau buday...
05/06/2022

DISEDIAKAN: CHEE LI WEI
NO MATRIK : 287232
TEMA : LGBT
TAJUK : CABARAN MENANGANI LGBT

LGBT merupakan suatu trend atau budaya yang wujud bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an dimana LGBT ini bermula apabila mereka mempunyai keinginan untuk merubah fitrah asal mereka kepada jantina yang bertentangan dengan personaliti mereka. Antara contoh LGBT ini adalah gay, le***an, bi-seksual dan trans-seksual. Tambahan p**a, ia merupakan perbuatan yang sangat bertentangan dengan tradisi melayu yakni budaya islam dan haram bagi masyarakat islam yang terjebak ke dalamnya. Oleh itu, pihak yang sepatutnya telah bertanggungjawab menjalankan pelbagai inisiatif dan langkah bagi mencegah penularan budaya LGBT ini, namun demikian, cabaran-cabaran dalam mengatasi isu ini masih wujud.

Antara Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani LGBT ini ialah cabaran dalam menyampaikan dakwah kepada golongan yang terlibat. Cabaran ini sangat ketara apabila mereka s**ar untuk menerima teguran daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh serta tidak mengendahkan hukum mahupun kesan akibat terhadap perbuatan lgbt ini.

Selain daripada itu, antara cabaran lain dalam menangani budaya LGBT ini ialah cabaran kritikan yang diterima okeh segelintir masyarakat yang menganggap bahawa dakwah atau insiatif pihak berkuasa agama islam cuba untuk melanggari privasi atau hal peribadi mereka dan menganggap bahawa tindakan tersebut telah melanggar hak kebebasan mereka apabila mereka ditangkap dan juga disoal selidik.

Seterusnya, kekurangan ilmu pengetahuan atau kredibiliti pegawai penguatkuasa agama itu sendiri yang rendah menyebabkan mereka mempunyai pemahaman yang rendah terhadap isu ini. Sebagai contoh, pegawai penguatkuasa agama yang baru sahaja menceburi bidang tersebut atas sebab untuk kenaikan pangkat dan bukan kelayakan menyebabkan mereka tidak mengambil tindakan dan pemerhatian yang berat terhadpa isu ini. Kesannya, golongan lgbt ini merasa bebas dan tidak terancam dek kredibiliti pegawai penguatkuasa agama itu sendiri yang lemah.

DISEDIAKAN: PUTERI AFRINA BINTI ZAKRINO MATRIK : 287131TEMA : LGBTTAJUK : KESAN LGBTKebelakangan ini gejala tidak sihat ...
05/06/2022

DISEDIAKAN: PUTERI AFRINA BINTI ZAKRI
NO MATRIK : 287131
TEMA : LGBT
TAJUK : KESAN LGBT

Kebelakangan ini gejala tidak sihat semakin menular dalam masyarakat di Malaysia. Topik hangat termasuk LGBT (le***an, gay, biseksual dan transgender). Perkara ini membimbangkan sesetengah masyarakat dan telah menimbulkan banyak fitnah. Istilah LGBT juga sebenarnya baru dan agendanya semakin menular ke seluruh pelusuk. Secara logiknya, kita dapat melihat bahawa LGBT adalah sangat tidak berperikemanusiaan. Walaupun persoalan ini jelas menunjukkan penindasan terhadap umat Islam, ramai umat Islam telah terlibat dalam gejala ini. LGBT dianggap sebagai penyakit jiwa kerana melawan fitrah Terdapat hadis tentang LGBT, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang kamu ketahui orang yang melakukan sesuatu untuk kaum Luth, maka bunuhlah dua pelakunya (Tamez), Abdud, Ibn Majah, Ahmed, Hakim dan Baikha).
Antara kesan LGBT kepada individu iaitu seseorang yang terlibat dengan gejala ini boleh diibaratkan seperti terjun ke dalam kolam kotor yang sangat dalam dan s**ar untuk naik semula. Maruah dan harga diri mereka yang terlibat dalam kancah LGBT ini pasti tercalar hingga menyebabkan mereka mendapat kecaman dan hinaan oleh orang luar. Isu ini menyebabkan masa depan mereka menjadi hancur dan gelap serta boleh menyebabkan indvidu tersebut dibuang dan dipinggir oleh masyarakat.
Selain itu, kesan LGBT terhadap masyarakat dalam negara kita jelas kelihatan dan amat membimbangkan kerana mereka yang menyertai golongan haram ini tidak mengira umur, bangsa dan agama serta ramai daripadanya adalah daripada golongan muda. Perkembangan golongan muda di dalam kancah haram ini dapat dilihat aksi mereka di dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan Google. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa seseorang yang tidak mematuhi peraturan masyarakat maka ia akan dibenci oleh masyarakat tersebut. Contohnya, golongan yang terlibat dengan LGBT akan disingkirkan oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan mempengaruhi individu lain untuk bersama di dalam aktiviti haram ini. Kesan LGBT dalam masyarakat amatlah dahsyat kerana melibatkan maruah, adat dan pegangan individu tersebut.
Seterusnya, terdapat juga kesan LGBT kepada agama yang merupakan panduan hidup bagi seseorang penganut dan merupakan tatacara hidup yang sempurna dan baik. Kebanyakan agama menolak aktiviti LGBT kerana sifat dan cirinya yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Bagi agama Islam, LGBT sangat ditentang keras kerana merupakan perbuatan songsang yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Agama Islam menggalakkan perkahwinan kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT, mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW dan mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal. LGBT dapat memberi pandangan yang buruk atau negatif kepada sesebuah agama, merendahkan dan menghina sesebuah agama, mengurangkan kepercayaan dan nilai sesebuah agama dan menyebabkan seorang muslim mendapat dosa besar dan menerima azab yang pedih di akhirat kelak jika tidak berubah dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.
Kesimp**annya, LGBT adalah aktiviti yang haram dan perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa sebelum gejala songsang ini berleluasa bersama keburukannya. Jelas menunjukkan LGBT memberi kesan yang teruk kepada individu, masyarakat dan agama seseorang. Semoga dengan perkongsian mengenai kesan LGBT ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada setiap generasi tentang bahaya dan pentingnya untuk kita jauhi diri daripada terlibat dengan kancah haram ini.

DISEDIAKAN: NUR SYAZLEEN AZREENA BINTI MUHAMMAD ALINO MATRIK : 287445TEMA : LGBTTAJUK : PUNCA BERLAKU LGBTPeringkat awal...
05/06/2022

DISEDIAKAN: NUR SYAZLEEN AZREENA BINTI MUHAMMAD ALI
NO MATRIK : 287445
TEMA : LGBT
TAJUK : PUNCA BERLAKU LGBT

Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia bermula sekitar tahun 1980-an sehingga ke hari ini. Gejala dan kegiatan LGBT semakin meningkat terutama dalam golongan belia dan remaja di peringkat sekolah mahupun IPTA khususnya. Berikut merupakan antara punca-punca berlakunya gejala LGBT di kalangan masyarakat :

1. Persefahaman yang baik di antara pasangan sejenis.
Persefahaman yang baik di antara pasangan sejenis meningkatkan lagi intensiti untuk remaja terlibat dalam gejala ini. Hal ini telah disokong oleh dapatan daripada kajian Gottman et al. (2003) yang mendapati pasangan le***an dan gay lebih menunjukkan ekspresi emosi yang positif berbanding dengan pasangan heteroseksual dalam menyelesaikan sesuatu konflik kerana mereka mempunyai persefahaman yang tinggi.

2. Pengiktirafan kewujudan le***an oleh sesetengah negara.
Pengiktirafan kewujudan le***an oleh sesetengah negara seperti Denmark, Norway dan Sweden juga dikatakan menjadi faktor kepada peningkatan gejala le***an di negara tersebut (Bedget 2004). Pengiktirafan ini secara tidak langsung telah menyebabkan pasangan le***an ini lebih terbuka untuk mendedahkan identiti mereka yang sebenar (Giertsen & Anderrsen 2007).

3. Kelemahan dalam amalan dan kefahaman agama.
Kelemahan dalam amalan agama turut menyumbang kepada masalah ini. Hal sedemikian berlaku kerana mereka tidak mempunyai pegangan kukuh terhadap larangan yang telah dinyatakan oleh agama masing-masing (Londicho et al. 2014). Kelemahan ini menyebabkan kebanyakan le***an mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan dengan meneruskan perbuatan terlarang, sebaliknya tidak berusaha melawan persepsi tersebut.

4. Konflik dalam keluarga.
Masalah dalaman keluarga yang dialami oleh remaja menyebabkan mereka mencari keseronokan di luar rumah melalui perhubungan dengan rakan sejenis yang dianggap boleh menggantikan ibu bapanya. Kekurangan komunikasi dengan ibu bapa juga menyumbang kepada masalah LGBT.

5. Pengaruh video lucah dan pornografi.
Tidak dinafikan sama sekali, pada masa kini ramai dalam kalangan masyarakat kita yang terdedah dengan video lucah kerana video-video ini terlalu mudah untuk diakses, semuanya di hujung jari sahaja. Akibat daripada ketagihan menonton video lucah ini, timbulnya rasa ingin mencuba kerana desakan nafsu yang membuak-buak. Keadaan ini menyebabkan mereka mula berasa seronok dan puas kerana dapat memuaskan nafsu serakah mereka.

6. Pernah menjadi mangsa seks golongan LGBT
Kebanyakkan kes LGBT yang berlaku dalam kalangan remaja adalah di sebabkan mereka pernah menjadi mangsa liwat oleh rakan-rakan mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan mereka berasa ketagihan untuk melakukan perbuatan terkutuk ini kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kebanyakkan kes yang berlaku adalah dalam kalangan pelajar asrama sekolah atau pelajar di universiti. Masalah ini amat s**ar dibendung kerana kita tidak dapat melihat dengan luaran mereka yang mempunyai nafsu songsang yang s**a sama jenis ini kerana jika dilihat pada luaran, mereka kelihatan seperti manusia normal yang lain. Keadaan ini menyebabkan mangsa tidak dapat berhati-hati dengan individu yang bernafsu songsang ini sehingga mereka terperangkap dan menjadi mangsa kepada seks songsang ini.

DISEDIAKAN: BHAVATHARANY A/P HARIKRISHNANNO MATRIK : 287660TEMA : LGBTTAJUK : SEJARAH PEMBENTUKAN LGBTIstilah LGBT bertu...
05/06/2022

DISEDIAKAN: BHAVATHARANY A/P HARIKRISHNAN
NO MATRIK : 287660
TEMA : LGBT
TAJUK : SEJARAH PEMBENTUKAN LGBT

Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender budaya berasaskan identiti. Ia boleh digunakan untuk merujuk kepada sesiapa yang bukan heteroseksual atau bukan cisgender, bukan semata-mata untuk orang-orang yang le***an, gay, biseksual atau transgender.
Terma yang pertama digunakan secara meluas, homoseksual, pada asalnya dibawa konotasi negatif. Ia telah digantikan oleh homofil pada 1950-an dan 1960-an dan kemudiannya gay pada tahun 1970; terma yang kedua telah diterima pakai pertama oleh masyarakat homoseksual. Lars Ullerstam menggalakkan penggunaan terma minoriti seksual pada tahun 1960, sebagai analogi kepada tempoh etnik minoriti yang bukan berkulit putih. Sekitar tahun 1988, aktivis mula menggunakan istilah LGBT di Amerika Syarikat.Tidak sehingga tahun 1990-an dalam gerakan membuatkan orang gay, le***an, biseksual dan transgender dihormati sama.
Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis.
Perbuatan homoseksual adalah dilarang dalam perundangan Islam tradisional dan boleh dikenakan pelbagai hukuman bergantung pada keadaan dan mazhab, termasuklah hukuman mati. Walau bagaimanapun, hubungan homoseksual secara umum ditoleransi dalam masyarakat Islam pra-moden malah catatan sejarah menunjukkan bahawa hukum-hukum ini jarang dikenakan, terutamanya dalam kes rogol atau "pencabulan moral umum yang keterlaluan dan menonjol. Sikap masyarakat terhadap homoseksual di dunia Muslim mengalami perubahan negatif yang ketara bermula dari abad ke-19 melalui penyebaran gerakan fundamentalis Islam secara beransur-ansur seperti Salafi dan Wahabi,[21][22][23] serta pengaruh tanggapan seksual dan batasan norma-norma yang lazim di Eropah pada zaman itu.
Dalam masyarakat Malaysia, terutamanya dalam konteks negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya, LGBT merupakan sesuatu isu yang amat sensitif dan tidak diterima sama sekali . Walaubagaimanapun, pada suatu zaman munculnya Persatuan Mak Nyah Malaysia dan Persatuan Mak Nyah Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan pada tahun 1986 telah menyebabkan isu LGBT ini berleluasa di Malaysia. Isu ini merupakan isu yang 30 tahun dahulu dan ia bukanlah isu baru.Isu ini juga ialah isu sensitif yang telah menyebabkan penyalahan tuntutan agama dan tatasusila budaya timur dalam masyarakat Malaysia.Kegiatan melibatkan golongan LGBT dilarang dan akan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

DISEDIAKAN :  JASLINA BINTI YULANDINO MATRIK : 287339TEMA : LGBTTAJUK : MAKSUD DISEBALIK BENDERA LGBTAkhirul kalam ini, ...
05/06/2022

DISEDIAKAN : JASLINA BINTI YULANDI
NO MATRIK : 287339
TEMA : LGBT
TAJUK : MAKSUD DISEBALIK BENDERA LGBT

Akhirul kalam ini, budaya LGBT semakin menjadi-jadi dimana ia bermula daripada perasaan ingin mengubah fitrah asal manusia kepada jantina yang bertentangan dengannya. Antara contoh budaya LGBT ini ialah gay, le***an, transgender dan biseksual. budaya LGBT ini juga dikenali dengan hubungan sejenis.

Golongan LGBT ini mempunyai bendera mereka sendiri yang mempunyai simbol dan makna disebaliknya. Bendera mereka juga menjadi suaru pembara semangat yang menyokong pergerakan mereka dan sebuah simbol utama bagi masyarakat LGBT yang menunjukkan kesatuan, kebanggan dan juga perjuangan menegakkan golongan LGBT ini.

Penciptaan bendera LGBT ini dilakukan oleh Sir Gilbert Baker yang merupakan seorang artis amerika dan aktivitis sosial. Penciptaan bendera antarabangsa komuniti ini wujud semasa perarakan golongan gay di San Francisco pada 25 Jun 1978. Tahun ini merupakan mercu tnada bagi pembangunan LGBT dan bendera tersebut bermula di California Utara dan kini telah digunakan sebagai bendera utama bagi golongan LGBT di selurih dunia.

Warna Pelangi adalah warna dominan atau simbol dominana dalam bendera LGBT. Bendera LGBT ini mempunyai enam halir yang mendatar dalam urutan warna pelangi yang dimulai dengan oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Warna-warna yang terdapat dalam bendera tersebut mempunyai makna tersirat disebaliknya yang pertama sekali ialah warna merah yang bermaksud hayat kemudian oren menunjukkan kesihatan, kuning bermaksud cahaya matahari, hijau merujuk kepada alam, biru p**a merujuk kepada keharmonian dan ketenangan dan akhir sekali warna ungu merujuk kepada kekuatan dan semangat golongan LGBT. Sir Gilbert Baker berkata pelangi pada sifat ini dengan sempurna menggambarkan kepelbagaian orang didunia

DISEDIAKAN: RAUDHAH NASUHA BINTI ZAINUDIN NO MATRIK : 287895TEMA : LGBTTAJUK : DEFINISI LGBTLGBT yang juga kadangkala ia...
04/06/2022

DISEDIAKAN: RAUDHAH NASUHA BINTI ZAINUDIN
NO MATRIK : 287895
TEMA : LGBT
TAJUK : DEFINISI LGBT

LGBT yang juga kadangkala ianya dipanggil GLBT adalah merupakan akronim yang merujuk kepada kelompok ataupun golongan Le***an, Gay, Biseksual, serta Transeksual. Golongan LGBT ini adalah merupakan golongan yang menghadapi kekeliruan identiti. Kebanyakan daripada golongan LGBT ini menganggap bahawa diri mereka terperangkap dalam fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka. Keyakinan ini juga telah mendorong segelintir daripada komuniti ini untuk tekad melakukan pembedahan untuk menukar jantina mereka akibat terbelenggu dengan konflik diri untuk menerima jantina sendiri. Golongan ini juga cenderung mempunyai perasaan terhadap sesama jantina bahkan kadangkala mempunyai perasaan normal layaknyaa lumrah jantina mereka. Di dalam Islam LGBT ini sebuah istilah yang memberi makna kepada hubungan seksual yang songsang dan haram secara ijmak di dalam Islam. Oleh itu hal ini telah ditentang oleh banyak golongan masyarakat bahkan beberapa negara turut menolak akan LGBT ini kerana ramai pihak menganggap bahawasanya LGBT ini bertentangan dengan agama,tata nilai serta hukum. Golongan LGBT ini mempunyai simbol mereka yang tersendiri iaitu simbol pelangi.

Le***an : Perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan.
Gay : Lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki.
Biseksual : Biseksual adalah istilah untuk menggambarkan seseorang yang mengalami ketertarikan emosional, romantis, dan/atau seksual dengan lebih dari satu jenis kelamin.
Transeksual : seseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang berlawanan dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan.

04/06/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🤍

Kami pelajar dari kump**an 9 kursus Penghayatan Etika dan Peradaban ingin meminta jasa baik anda meluangkan sedikit masa untuk membaca sedikit info yang telah kami sediakan di ruangan halaman Facebook ini. Jika anda tidak keberatan, silakan memberi like (👍🏼), komen (📝), dan kongsikan (📲) halaman Facebook kami kepada orang ramai, agar semua orang mendapat manfaat bersama 🥰.

Berikut merupakan link halaman Facebook kami: https://www.facebook.com/Mpu-1013-Penghayatan-ETIKA-dan-Peradaban-GP-9-108370185231809
Kerjasama anda kami dahuluinya dengan ucapan terima kasih. 🌈

Address

BUKIT KAYU HITAM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu-1013 Penghayatan ETIKA dan Peradaban GP 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share