Penghayatan Etika dan Peradaban - M - Kumpulan 11 A202

Penghayatan Etika dan Peradaban - M - Kumpulan 11 A202 Ini adalah laman Facebook bagi tugasan MPU1013 Etika & Peradaban Kump**an M

Kami merupakan kump**a

1) Nuramanina Hanani Binti Hamdan (280237)
2) Archanaa A/P Mogan (280251)
3) Syahirah Atikah Binti Ibrahim (280260)
4) Wong Yan Yang (280263)
5) Muhamad Umar Bin Suhaimi (280264)
6) Assoffat Akmal Bin Razali (280287)
7) Yap Wen Jiek (280289)
8) Hanim Muttaqiah Binti Ahmad Zulkarnai (280297)
9) Wan Nur Fathin Nadhirah Binti Wan Khairu (280327)
10) Nur Aina Izaty Binti Mamat (280347)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ✨Masihkah anda ingat tentang konflik Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya ...
30/05/2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ✨

Masihkah anda ingat tentang konflik Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 26 hingga 27 November 2018? 🤔

Sekiranya tidak, mari kita ambik sedikit masa bagi mendalami insiden ini 👍🏻

✍🏻 Insidennya berpunca daripada perselisihan faham mengenai pihak Kuil Sri Maha Mariamman, yang merupakan kuil Hindu tertua di Malaysia, dengan pihak One City Development Sdn. Bhd. tentang isu pemindahan kuil.

✍🏻 Apabila pihak One City mengusir kuil ke lokasi yang baru, pihak kuil mahu mengekalkan kuil di tempat yang sama, namun permohonan mereka ditolak Mahkamah Tinggi 🏛

Apa yang berlaku seterusnya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal 😩

✍🏻 Pada 26/11/2018, berlaku pergaduhan di dalam kuil antara penganut agama Hindu dengan dua orang Melayu yang menceroboh ke kawasan kuil, dipercayai dihantar oleh peguam One City.
Apabila dua orang Melayu tersebut lari, kereta mereka dibakar p**a oleh penganut Hindu 🚗🔥

✍🏻 Situasi tersebut menyebabkan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian kerana hampir 18 kereta terbakar 🚒

✍🏻 Keesokan harinya, 10 000 orang India tampil untuk membakar kereta dan anggota bomba diserang.

✍🏻 Pada pukul 10.45 malam hari yang sama, 80 orang Melayu berhimpun dan berarak ke jalan utama hadapan kuil, namun disergah pihak polis 👮🏻‍♂️🚔

✍🏻 Apa yang menyayat hati, seorang anggota bomba yang gagah, Muhammad Adib bin Mohd Kassim tercedera di dalam perbalahan tersebut dan dihantar ke hospital oleh penganut Hindu 💔

Tanggal 17 Disember 2018, Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia.
Jasamu dikenang, Al-Fatihah. 😔🤲🏻

✍🏻 Hasil dapatan oleh Institut Kajian Strategik Malaysia (Myriss), 54 peratus daripada 240 responden membabitkan sekump**an pelajar universiti bersetuju bahawa insiden di atas mengakibatkan perpecahan kaum.

Jadi, apakah antara solusi yang dapat menyelesaikan masalah ini? 🧐

Sepatutnya, semua pihak terlibat di dalam isu pemindahan kuil berbincang secara sopan dan bertolak ansur sebelum pelaksanaan pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman tersebut dijalankan ☺️

Seperti yang tertakhluk di bawah Perkara 11(3)(b) Perlembagaan Persekutuan,
“Tiap-tiap kump**an agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama..”.

Bermakna tidak salah untuk penganut agama Hindu menjalankan aktiviti ibadat di kuil mereka.
Perkara ini bermaksud semua kaum diberikan kepentingan masing-masing dan dipelihara haknya ☝🏻

Mereka hendaklah saling memahami dan mengelakkan pertelingkahan antara kaum untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 daripada terjadi semula.

Dengan adanya Perkara di dalam Perlembagaan Malaysia yang lain seperti Perkara 153 yang menjamin hak bagi orang Melayu dan juga yang bukan Melayu, maka jelaslah bahawa semua kaum diberikan kepentingan masing-masing sebagai rakyat Malaysia dan tidak wajar berbalah 🗣

Di dalam konflik kuil, pihak kuil seelok-eloknya bersetuju dengan arahan pemindahan kuil kerana mereka masih boleh melaksanakan tujuan beribadat di kawasan tapak kuil baharu.

Seterusnya, kump**an penceroboh Melayu tidak sepatutnya mengambil bahagian, dan segala salah faham dapat diselesaikan melalui tapak integrasi di mana semua pihak berkumpul demi mencapai kata sepakat mengenai pemindahan kuil dan mengikut kata-kata majoriti dan juga hak pemaju tanah untuk mengalihkan kuil 🌸

Sekian diskusi oleh Archana dan Aina, terima kasih kerana membaca! 🧡

Penulis: Nur Aina Izaty binti Mamat (280347)
Editor poster: Archanaa A/P Mogan (280251)

🇲🇾Assalamualaikum, Salam Sejahtera kepada pengikut semua. Kembali lagi pada posting bersiri berkenaan Perlembagaan Perse...
23/05/2021

🇲🇾Assalamualaikum, Salam Sejahtera kepada pengikut semua. Kembali lagi pada posting bersiri berkenaan Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi di negara kita.

📌Bagi posting kami yang ke-4 ini, kami akan membincangkan tentang bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan menjadi Tapak integrasi dan menjamin kestabilan antara etnik yang berada di wilayah Sabah.

🇲🇾Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Oleh yang demikian, seseorang warga negara Malaysia mestilah mempunyai keupayaan untuk berbahasa Melayu. Hal ini wajar kerana penggunaan satu bahasa yang sama antara pelbagai etnik yang berbeza mampu menyatukan etnik-etnik tersebut.

🗣️Penggunaan bahasa yang sama turut membolehkan orang yang berlainan etnik untuk bergaul antara satu sama lain dengan mudah. Inilah yang dinamakan sebagai tapak integrasi di mana etnik berlainan berikhtiar mencari satu titik persamaan atau pertemuan. Dalam konteks ini, Bahasa melayu adalah titik pertemuan dalam penggunaan bahasa.

🇲🇾Sabah merupakan contoh terbaik yang menunjukkan bahasa melayu sebagai tapak integrasi. Menurut Noor, Saadah, Zuraini dan Reduan (2011), etnik Dusun di Sabah telah banyak meminjam perkataan dari Bahasa Melayu dan mengasimilasikannya ke dalam bahasa sukuan Etnik Dusun.

📢Pada mulanya, Bahasa Melayu itu asing dari kosa kata bahasa Dusun. Namun, lama- kelamaan, perkataan Melayu telah diasimilasikan ke dalam bahasa Dusun. Perkara ini berlaku bukan sahaja kerana penggunaan Bahasa Melayu yang meluas tetapi juga kerana kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang sama.

📢Hasilnya, disebabkan terdapat penggunaan bahasa sama, maka aktiviti persilangan budaya juga turut berlaku di mana warga pelbagai etnik saling mengamalkan budaya etnik lain. Contohnya, tarian Sumazau yang merupakan tarian budaya etnik Kadazan-Dusun, amat pop**ar dalam kalangan rakyat di Sabah tidak mengira etnik.

Author: Assoffat Akmal Bin Razali (280287)
Poster Editor: Wong Yan Yang (280263)

🇲🇾 Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 11 adalah merujuk kepada kebebasan beragama di Malaysia. Ia merupa...
16/05/2021

🇲🇾 Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 11 adalah merujuk kepada kebebasan beragama di Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang penting kepada manusia sejagat.

🇲🇾 Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan beragama ini telah menyumbang kepada pembentukan tapak integrasi di Kelantan melalui proses integrasi dan asimilasi.

📌Kelantan telah berjaya mewujudkan tapak integrasi melalui ruang pertemuan komuniti dan budaya.
📌Proses integrasi antara kaum dapat dijelaskan dengan proses asimilasi yang berlaku melalui pengamalan budaya dalam kehidupan seharian masyarakat.
📌Proses asimilasi berlaku apabila kaum minoriti menerima dan menghayati unsur budaya utama kaum majoriti.

📊Menurut Statistik Penduduk (2019), dilaporkan bahawa rakyat Kelantan mempunyai seramai 2 000 000 yang mana sebanyak 95% adalah kaum Melayu, 3.8% adalah kaum Cina, 0.3% adalah kaum India dan 0.9% adalah lain-lain kaum.
📊Sekitar 15 000 adalah masyarakat Siam di Kelantan.

📌Kehadiran kaum Siam di Kelantan dapat dibuktikan dengan adanya penemuan imej Buddha lama di Wat Phikulthong Vararam dan tapak bangunan awal di Wat Chonprachumtatchanaran di Kampung Dalam, Tumpat, Kelantan.

🗣Antara proses asimilasi yang berlaku di Kelantan adalah dari segi bahasa yang mana semua kaum di Kelantan menggunakan loghat atau dialek Kelantan sebagai bahasa pertuturan harian mereka. Namun begitu, bahasa ibunda setiap kaum juga tidak dilupakan. Seperti kaum Siam, Wat berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pengajaran agama dan pendidikan moral. Wat di Kelantan juga berfungsi sebagai pusat pembangunan sahsiah masyarakat Siam.

🍚Selain itu, proses asimilasi juga berlaku dari segi makanan. Seperti yang semua sedia maklum bahawa Kelantan mempunyai makanan tradisional iaitu budu dan nasi kerabu. Kebanyakan kaum di Kelantan amat menggemari makanan tradisional Kelantan. Budu menjadi juadah utama di setiap rumah. Makanan tradisional setiap kaum juga tidak dilupakan dan ada yang menjadi kegemaran kaum Melayu seperti makanan yang berunsurkan rempah ratus dan herba yang merupakan makanan tradisional kaum Siam.

🧕🏻👲🏻👳🏻‍♀️Seterusnya, proses asimilasi boleh berlaku melalui pakaian dan budaya. Jika terdapat majlis rasmi di Kelantan, kita dapat lihat bahawa kebanyakannya memakai pakaian tradisional Melayu iaitu baju kurung dan baju Melayu. Jika di pusat pengajian di Kelantan juga sama, kebanyakan mahasiswi harus memakai baju kurung sebagai baju kuliah.

📍Bagi budaya p**a, setiap kaum membantu untuk mengekalkan budaya tradisional Kelantan seperti dikir barat dan wayang kulit.
Ada juga awok-awok (pemain dikir barat) yang berbangsa lain selain Melayu.

🧠Dapat dilihat disini bahawa Kelantan telah menjadi salah satu tapak integrasi di Malaysia

Penulis : Hanim Mutaqqiah binti Ahmad Zulkarnain (280297)
Poster Editor : Syahirah Atikah binti Ibrahim (280260)

📝 Apakah tujuan utama Perlembagaan Persekutuan ini digubal? Perlembagaan ini dilaksanakan bagi membentuk kerjasama dan m...
09/05/2021

📝 Apakah tujuan utama Perlembagaan Persekutuan ini digubal?

Perlembagaan ini dilaksanakan bagi membentuk kerjasama dan menjalin keharmonian sesama rakyat Malaysia. Negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa harus berganding bahu dalam meneruskan kemajuan negara ini sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan para perajurit pada masa lalu.

📝 Bagaimana wujudnya perlembagaan persekutuan ini?

Jika dilihat dari sudut sejarah, perlembagaan ini telah mula diperkenalkan dan digunapakai sejak kemerdekaan dicapai oleh Tanah Melayu pada tahun 1957. Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Perlembagaan direka bentuk atas kerangka asal Tanah Melayu bersandarkan kepada sejarah, budaya dan amalan negara. Perlembagaan Persekutuan ini diluluskan melalui pengesahan undang-undang berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Garis masa gubalan Perlembagaan Persekutuan:
i. Undang-undang Sebelum Kedatangan Penjajah
ii. Malayan Union
iii. Persekutuan Tanah Melayu, 1948
iv. Kerjasama Etnik; CLC, Pilihanraya, Perikatan
v. Suruhanjaya Reid
vi. Jawatankuasa Kerja
vii. Pengisytiharan Perlembagaan

📝 Mengapa Perlembagaan Persekutuan ini penting untuk rakyat Malaysia?

Hal ini adalah kerana segala undang-undang yang digubal haruslah bersifat sama rata bagi setiap lapisan masyarakat agar tidak bercanggah antara satu sama lain. Perlembagaan ini juga penting dalam mewujudkan kesepaduan dan keadilan bagi setiap kaum yang pelbagai di negara Malaysia supaya tiada masalah yang berbaur perkauman akan berlaku. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan dapat menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara. Secara ringkasnya, dengan penggubalan Perlembagaan Persekutuan ini, hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu terjalin dengan baik. Setiap isu yang berkaitan politik, ekonomi dan perlembagaan akan diselesaikan atas dasar perhitungan keharmonian kaum.

📝 Apakah konsep Perlembagaan Persekutuan?
Perlembagaan Persekutuan ini menggunakan konsep ketertinggian perlembagaan. Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Tuntasnya, kuasa perundangan dijalankan tertakluk kepada peruntukan yang digariskan oleh Perlembagaan. Manakala kuasa kehakiman iaitu mahkamah p**a dijalankan tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

Penulis: Nuramanina Hanani binti Hamdan (280237)
Poster Editor: Muhamad Umar bin Suhaimi (280264)

Q: Apa itu Perlembagaan Persekutuan? 🤔A: Perlembagaan Persekutuan merupakan tunggak utama bagi undang-undang di Malaysia...
05/05/2021

Q: Apa itu Perlembagaan Persekutuan? 🤔
A: Perlembagaan Persekutuan merupakan tunggak utama bagi undang-undang di Malaysia. Ia merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia dan sebarang undang-undang yang diluluskan yang tidak selaras dengan perlembagaan persekutuan dianggap tidak sah. Perlembagaan ini telah dikuatkuasakan pada tahun 1957 iaitu setelah Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan mempunyai 183 perkara terkandung di dalamnya. 🤯

Q: Apakah maksud tapak integrasi? 🤔
A: Tapak integrasi merupakan sebuah ruang nyata serta abstrak untuk mengumpulkan etnik-etnik yang pada asalnya berpecah-belah menjadi satu identiti nasional yang bergabung dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi. 🧐

Q: Mengapa Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai wadah etika & peradaban? 🤔
A: Etika dan peradaban merupakan salah satu bentuk undang-undang atau perkara wajib yang telah dilakukan atau diamalkan sejak dahulu lagi. Masyarakat dahulu tidak mempunyai undang-undang yang bertulis untuk dijadikan sebagai panduan. Oleh itu, pada zaman sekarang Perlembagaan dianggap sebagai wadah etika dan peradaban. Hal ini kerana ianya merupakan salah satu bentuk undang-undang bertulis yang wajib diikuti oleh semua warganegara Malaysia. Ia juga mempertahankan hak-hak rakyat dan membawa keadilan serta membanteras kejahatan. 🤯

Penulis: Wan Nur Fathin Nadhirah Binti Wan Khairu (280327)
Poster Editor: Yap Wen Jiek (280289)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA🤗Kami dari kump**an 11 Penghayatan Etika dan Peradaban (M) (MPU1013) ingin memperke...
26/04/2021

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA🤗
Kami dari kump**an 11 Penghayatan Etika dan Peradaban (M) (MPU1013) ingin memperkenalkan diri kami.
Kump**an kami terdiri daripada 10 orang dan diketuai oleh seorang ketua. Tak nak tulis ayat panjang-panjang 🤭 Tengok gambar dekat bawah dan kenali kami ❤
Selamat berkenalan 😊🥰

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban - M - Kumpulan 11 A202 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika dan Peradaban - M - Kumpulan 11 A202:

Shortcuts

Share