School Of Education UUM

School Of Education UUM School Of Education (SoE) UUM

Undergraduate Programme (UG)
Postgraduate Programme (PG)

✨ TAHNIAH DAN SYABAS! ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mardzelah Binti Makhsin dari Pusat Penga...
17/08/2026

✨ TAHNIAH DAN SYABAS! ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mardzelah Binti Makhsin dari Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia atas pencalonan sebagai Calon Anugerah Akademik Negara (AAN) 2026 Ke-17 bagi Anugerah Pengajaran Sastera dan Sains Sosial.

Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi dalam dunia akademik. 🌟

Ikhlas daripada
Dekan dan Seluruh Warga Kerja
Pusat Pengajian Pendidikan (SOE)




🎓 UUM BUKA PERMOHONAN PhD IN EDUCATION FAST TRACK PROGRAM BAGI PENGAMBILAN SEPTEMBER 2026 📚Universiti Utara Malaysia (UU...
17/08/2026

🎓 UUM BUKA PERMOHONAN PhD IN EDUCATION FAST TRACK PROGRAM BAGI PENGAMBILAN SEPTEMBER 2026 📚

Universiti Utara Malaysia (UUM) kini membuka permohonan bagi program PhD in Education Fast Track untuk pengambilan September 2026 kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di peringkat doktor falsafah. Program ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada graduan cemerlang meneruskan pengajian akademik melalui laluan fast track yang lebih sistematik, berkualiti dan berdaya saing.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan ialah calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan minimum CGPA 3.67 atau memperoleh First Class Honours, selain perlu lulus sesi temu duga yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pascasiswazah. Inisiatif ini dilihat mampu melahirkan lebih ramai penyelidik dan ahli akademik berpotensi tinggi dalam memperkasa bidang pendidikan negara pada masa hadapan. ✨









📚✨ NEW INTAKE SEPTEMBER 2026 ✨📚Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia kini membuka pengambilan baharu bag...
17/08/2026

📚✨ NEW INTAKE SEPTEMBER 2026 ✨📚

Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia kini membuka pengambilan baharu bagi program Doctor of Education (Ed.D) untuk kemasukan 1 September 2026.

Tingkatkan kepakaran, perluaskan penyelidikan dan bentuk masa depan pendidikan bersama tenaga akademik berpengalaman serta persekitaran pembelajaran bertaraf global.

🎓 Bidang ditawarkan: • Curriculum and Instruction
• Islamic Education
• Instructional Technology and Leadership
📍 Mode pengajian: Sepenuh Masa & Separuh Masa
📍 Lokasi: Sintok, Kedah
📍 Permohonan dibuka secara online

Ayuh melangkah lebih jauh dalam bidang pendidikan dan kepimpinan akademik bersama Universiti Utara Malaysia.
DoctorOfEducation.







PERMOHONAN KEMASUKAN SARJANA PENDIDIKAN (MASTER OF EDUCATION) UUM AMBILAN SEPTEMBER 2026 KINI DIBUKA‼️Tingkatkan kepakar...
17/08/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN SARJANA PENDIDIKAN (MASTER OF EDUCATION) UUM AMBILAN SEPTEMBER 2026 KINI DIBUKA‼️

Tingkatkan kepakaran anda dan perkasa kerjaya dalam bidang pendidikan bersama Pusat Pengajian Pendidikan (School of Education), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini menawarkan tujuh bidang pengkhususan:
📚 Kurikulum & Pengajaran
💻 Teknologi Instruksional
🗣️ Pengajaran Bahasa Inggeris
🧠 Psikologi Pendidikan
🌟 Pendidikan Nilai dan Moral
➗ Matematik
☪️ Pendidikan Islam

Kelayakan kemasukan:
✅ Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) atau setaraf dengan PNGK 3.00 ke atas; atau
✅ Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 serta pengalaman mengajar selama tiga tahun.

Mod pengajian:
📖 Sepenuh Masa atau Separuh Masa

Tempoh pengajian:
🗓️ Sepenuh Masa: 2–4 semester
🗓️ Separuh Masa: 4–6 semester

📲 Mohon sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau layari http://ahsgs.uum.edu.my⁠






🎓 MASTER OF SCIENCE (M.Sc.)Educational Management & Principalship📢 September 2026 Intake Now OpenLooking to advance your...
17/08/2026

🎓 MASTER OF SCIENCE (M.Sc.)
Educational Management & Principalship

📢 September 2026 Intake Now Open

Looking to advance your career in educational leadership and management?

The School of Education, Universiti Utara Malaysia (UUM) invites applications for:
✅ Master of Science (Educational Management)
✅ Master of Science (Principalship)

Study Modes:
📚 Coursework
📚 Coursework & Dissertation (Educational Management only)
📚 Research

🕒 Full-Time & Part-Time options available

📌 Online Registration:
http://www.ahsgs.uum.edu.my/new-student/online-registration-guidelines

For enquiries:
Dr. Nurul Jawahir Md Ali
Programme Chair
Master of Science (Educational Management & Principalship)
✉️ [email protected]
📞 +6013-308 1201




REALISASIKAN IMPIAN SARJANA: SOE UUM DEKATI WARGA PENDIDIK KELANTAN MENERUSI PROGRAM BICARA INSPIRASI💫✨  KOTA BHARU, 15 ...
17/08/2026

REALISASIKAN IMPIAN SARJANA: SOE UUM DEKATI WARGA PENDIDIK KELANTAN MENERUSI PROGRAM BICARA INSPIRASI💫✨


KOTA BHARU, 15 Ogos 2026 – Pusat Pengajian Pendidikan (School of Education, SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus komited meluaskan akses pendidikan tinggi pascasiswazah menerusi penganjuran program "Bicara Inspirasi SOE UUM: Realisasikan Impian Sarjana Anda" yang berlangsung di Dewan UiTM Kota Bharu, hari ini.

Program anjuran SOE UUM dengan kerjasama strategik Persatuan Sarjana Darul Naim (SARJANA) ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan khusus serta membuka peluang pengajian pascasiswazah bagi program Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) di Kota Bharu khusus buat warga pendidik dan profesional di negeri Kelantan.

Sesi yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan slot Aspirasi Dekan: Hala Tuju & Pengenalan SOE yang disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Haji Othman. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan peningkatan kompetensi akademik dan kepimpinan warga pendidik seiring dengan matlamat memperkasakan ekosistem pendidikan negara menerusi gagasan Malaysia MADANI.
Program diteruskan dengan slot Sembang Inspirasi: Pengalaman, Cabaran & Kejayaan Alumni SOE yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rahimi Yusof, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) SOE selaku moderator. Sesi interaktif ini memberi gambaran sebenar serta suntikan motivasi kepada bakal pelajar menerusi perkongsian pengalaman alumni SOE yang berjaya mengimbangi tugas hakiki dan pengajian.

Para peserta turut dibawakan slot Jelajah UUM: Terokai Fasiliti & Kampus oleh Dr. Muhd Zulhilmi Haron, Pengerusi Program Pascasiswazah (Luar Kampus/Pesisir) SOE UUM, yang berkongsi kemudahan serta persekitaran pembelajaran pemboleh daya yang disediakan oleh UUM.

Sesi kemuncak diteruskan menerusi slot Bedah Program: Meneroka Laluan Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) yang disampaikan oleh Pengerusi Program, Dr. Nurul Jawahir Md Ali. Beliau mengupas secara terperinci mengenai struktur program, syarat kemasukan, fleksibiliti mod pengajian luar kampus di Kota Bharu, serta kelebihan program ini dalam melonjakkan prospek kerjaya para peserta.

Program yang mendapat sambutan hangat daripada warga pendidik sekitar Kota Bharu ini diakhiri dengan sesi fotografi dan bersurai pada jam 11.15 pagi. Penganjuran program ini diharapkan dapat mengukuhkan sinergi antara UUM dan warga pendidik di Kelantan dalam melahirkan barisan pemimpin pendidikan yang berilmu, berketerampilan dan berdaya saing tinggi.




MEMPERKASA GURU PENDIDIKAN ISLAM PERLIS: SOE UUM ANJUR TAKLIMAT PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN💫✨ KANGAR, 13 Ogos 2026 – Pusa...
16/08/2026

MEMPERKASA GURU PENDIDIKAN ISLAM PERLIS: SOE UUM ANJUR TAKLIMAT PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN💫✨

KANGAR, 13 Ogos 2026 – Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh komitmen dan iltizamnya dalam memperluas akses serta kualiti pendidikan tinggi buat warga pendidik menerusi penganjuran Taklimat Penawaran Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) khusus bagi Guru Pendidikan Islam (GPI) di negeri Perlis.
Sesi taklimat yang berlangsung hari ini bermula jam 2.00 petang di Balai Sidang Perdana, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis (Cawangan), Jalan Tun Abdul Razak, Kangar merupakan kesinambungan usaha strategik antara SOE UUM dan Sektor Pendidikan Islam (SPI) JPN Perlis. Inisiatif berterusan ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan komprehensif mengenai penawaran program pascasiswazah bagi kemasukan Ambilan Semester A261.

Penganjuran kali ini membuktikan keberkesanan dan sambutan positif berterusan daripada siri-siri promosi terdahulu, sekali gus mencerminkan semangat tinggi guru-guru Pendidikan Islam di Perlis untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik dan profesionalisme keguruan seiring dengan cabaran pendidikan era moden.

Delegasi SOE UUM pada sesi kali ini diwakili oleh Dr. Muhd Zulhilmi Haron selaku Pengerusi Program Pascasiswazah Luar Kampus/Pesisir bersama Dr. Nazmin Abdullah selaku Pengerusi Program Sarjana Pendidikan. Beliau telah menyampaikan taklimat terperinci mengenai struktur Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), syarat kemasukan, serta kelebihan mod pengajian secara separuh masa yang direka khas mengikut fleksibiliti warga pendidik agar dapat mengimbangi antara tugas hakiki dan tuntutan pengajian.

Selain pendedahan mengenai laluan pengajian dan struktur kursus, para peserta turut diberikan bimbingan praktikal mengenai prosedur permohonan kemasukan, saluran pembiayaan, serta prospek pembangunan kerjaya yang berimpak tinggi. Sesi soal jawab secara interaktif turut membuka ruang luas kepada para guru untuk mendapatkan maklumat lanjut terus daripada pihak universiti.

Inisiatif kolaboratif yang proaktif ini selaras dengan hasrat SOE UUM untuk menyokong transformasi ekosistem pendidikan negara menerusi gagasan Malaysia MADANI. Pihak SOE UUM berharap sinergi erat bersama JPN Perlis ini akan terus mekar bagi melahirkan barisan pendidik yang berilmu, berketerampilan dan berdaya saing tinggi.




Address

School Of Education, Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School Of Education UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share