27/05/2022
Nama: Nurain Fakhira Auni Binti Dzulkifli
No Matriks: 288413
KESIMPULAN KESELURUHAN TENTANG TOPIK KEPENTINGAN BUDI BAHASA
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, kita terlalu dihidangkan dengan pembangunan dan kemajuan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Jika kita telusuri dengan lebih mendalam, kekurangan mengamalkan budi bahasa yang baik sebenarnya menjadi salah satu titik tolak kepada sesuatu masalah yang berlaku. Masyarakat sepatutnya peka tentang budi bahasa dan mengamalkannya kerana budi bahasa merujuk kepada tindakan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu. Dalam konteks masyarakat kita, budi bahasa merujuk kepada adab seseorang itu dengan orang sekelilingnya termasuklah dengan ibu bapa, guru - guru, kawan – kawan dan sebagainya. Selari dengan agama islam, kita sebagai umat islam sangat dituntut untuk berbudi bahasa dengan ibu bapa, guru - guru dan orang sekeliling kita dan sudah pasti agama selainnya juga amat menitik beratkan amalan ini untuk diamalkan seharian. Amalan yang mulia ini amatlah digalakkan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Pelbagai kesan positif yang akan kita perolehi jika seluruh masyarakat mengamalkan amalan budi bahasa yang pasti tidak akan merugikan seisi keluarga malahan negara terutamanya. Demi meralisasikan impian negara untuk membina negara yang aman harmoni, marilah sama – sama kita mengamalkan budi bahasa yang baik dan menghayati betapa pentingnya budi bahasa dalam aktiviti seharian kita agar negara kita dipandang mulia oleh negara lain. Ingatlah bahawa, sesuatu yang baik itu tidak akan berubah menjadi jahat jika kita mengaplikasinnya dengan hati yang terbuka tanpa memikirkan ianya lapuk dek zaman kerana amalan berbudi bahasa takkan pernah ditelan zaman walaupun teknologi ke hadapan. Bagi menutup tirai topik perbincangan kami iaitu kepentingan budi bahasa, s**a saya tekankan satu ayat yang mana bagi saya amat membawa maksud yang mendalam bagi kita iaitu, ‘cantik rupa paras tak kemana, nanti tua berkedut juga tapi kalau cantik budi bahasa, sampai ke tua orang s**a’.