Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 11

Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 11 Group Assignment: Kump**an 11
Subjek: Penghayatan Etika dan Peradaban(A)
Lecturer: Iskandar Bin Ado

11/01/2021

Stay at home and stay safe everyone from us Penghayatan Etika dan Peradaban Kump**an 11

01/01/2021

HAPPY NEW YEAR
2021

Pautan video yang akan kami ulas ialahhttps://www.youtube.com/watch?v=hdnv5LsWTp0Pada asasnya video ini berkisarkan tent...
29/12/2020

Pautan video yang akan kami ulas ialah
https://www.youtube.com/watch?v=hdnv5LsWTp0

Pada asasnya video ini berkisarkan tentang satu laporan oleh buletin tv3 tentang kesalahan 2 orang pegawai polis meminta wang rasuah berjumlah RM 4000 daripada seorang pemandu lori yang membawa muatan berlebihan. Kedua-dua anggota berkenaan ditahan sejurus laporan dibuat dan akan didakwa atas kesalahan pemerasan.

Refleksi isu yang dibincangkan dlm video:

1) Berdasarkan isu tersebut, saya dapati bahawa anggota polis yang berusia dalam lingkungan 32 tahun hingga 39 tahun itu tidak amanah dalam melakukan tugas mereka. Mereka ini menjadi anggota polis yang menerima perbuatan rasuah yang sepatutnya tugas mereka sebagai anggota polis yang berkaliber dan berintegriti membendung perbuatan rasuah dalam kalangan masyarakat kita yang sedang berleluasa tetapi sebaliknya yang berlaku. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan anggota polis yang menjadi tulang belakang negara dalam membendung amalan rasuah yang akan membawa kesan kepada negara kelak kerana akan dipandang serong oleh masyarakat. Sebaliknya saya kagum dengan tindakan pemandu lori tersebut kerana membuat laporan terhadap perbuatan rasuah yang berlaku kerana beliau tahu bahawa perbuatan rasuah itu perlu dicegah. Kita sebagai individu yang bertanggungjawab perlulah membanteras perbuatan yang tidak sepatutnya kepada pihak yang berkuasa agar tidak merana kelak. Tindakan undang-undang yang adil juga perlu dilaksanakan ke atas anggota polis tersebut supaya menjadi pengajaran kepada semua.

2) Tindakan pemandu lori tersebut membuatkan saya berasa kagum. Ini kerana dia membuat keputusan untuk tidak memberikan sejumlah wang yang diminta oleh 3 pegawai trafik tersebut dan pergi ke balai polis untuk melaporkan tentang pegawai yang bertugas tentang situasi yang berlaku. Ini menunjukkan bahawa pemandu lori tersebut menyedari bahawa pegawai trafik tersebut terlibat melakukan kesalahan dan beliau membuat keputusan untuk tidak bersubahat mungkin kerana beliau tidak mahu menerima akibatnya jika ditangkap.

3) Berdasarkan video tersebut , isu yang saya perolehi ialah isu penyalahgunaan kuasa dimana 3 anggota polis berpangkat koperal yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas mereka telah meminta wang rasuah sebanyak RM4000 daripada seorang pemandu lori yang membawa lebih muatan bagi menghindari ditahan semasa pemeriksaan.

4) Pada pendapat saya, perbuatan anggota polis yang cuba memeras ugut pemandu lori yang membawa lebih muatan adalah tidak wajar. Anggota polis tersebut membuat tindakan sedemikian dengan just ingin meminta rasuah kepada pemandu lori untuk melindungi pemandu tersebut daripada dikenakan tindakan atas kesalahan membawa muatan yang berlebihan. Pihak yang berkuasa yang boleh mengambil tindakan tentang perkara ini hanyalah Agensi pengangkutan awam darat (APAD) dan pihak jpj sahaja yang boleh mengenakan tindakan terhadap pemandu lori itu. Oleh itu, tindakan pemandu lori membuat aduan tentang pihak polis yang salah menggunakan kuasa adalah perlu dcontohi kerana jika tidak dibendung perkara sebegini akan lebih berlelusa dan akan wujudnya pihak pihak yang tidak jujur semasa bertugas.

5) Pada pendapat saya, 3 anggota polis itu telah menyalahi guna kuasa dengan melakukan pemerasan terhadap pemandu lori itu. Hanya disebabkan lori tersebut membawa lebih muatan yang sepatutnya, pihak polis tersebut mengambil tindakan dengan memeras ugut pemandu tersebut. Ini menunjukkan 3 anggota polis ini tidak mematuhi undang-undang dan tiada etika. Sebagai anggota polis, mereka hendaklah beretika dan beradab ketika menjalankan tugas mereka.

Perkara yang boleh dipelajari berkaitan isu ini:

1) Pada pendapat saya, apa yang pelajari daripada video ini, kita hendaklah jujur dan amanah dalam melaksanakan kerja yang kita lakukan. Setiap orang haruslah mempunyai nilai etika yang tinggi dalam diri masing - masing untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa seperti yang dilakukan oleh 3 anggota polis berpangkat kopral tersebut. Tanggungjawab yang diberikan haruslah kita penuhi dengan bersungguh - sungguh

2) Selain itu, kita seharusnya menggunakan kuasa yang diberikan sebaiknya terutamanya mereka yang memegang jawatan-jawatan yang dipandang tinggi disisi undang-undang. Dalam video ini pengawai polis semestinya dilatih dalam konteks etika yang tinggi dalam penguasaan undang-undang. Apabila perkara sedemikian berlaku, ia amat memberi impak dan kesan buruk yang tinggi malah turut memalukan organisasi polis yang lain. Gunakanlah autoriti yang diberikan sebaiknya.

4). Seterusnya, tanggungjawab yang diberikan hendaklah dilaksanakan dengan telus. Berdasarkan video ini, pegawai polis tersebut telah menyalahgunakan kuasa yang mereka ada untuk memeras ugut pemandu lori agar memberikan mereka wang sekiranya tidak mahu disaman. Perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah mengabaikan nilai integriti sebagai seorang penguatkuasa dan tidak amanah terhadap tanggungjawab yang mereka miliki. Seharusnya mereka sebagai golongan yang berkhidmat untuk melindungi ketenteraman awam perlu tahu akan perkara-perkara yang mereka tidak boleh sama sekali lakukan dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

5) Di sampling itu, kita haruslah bersikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Dalam erti kata lain, kita tidak boleh mengambil kesempatan di atas tugasan yang diberikan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan seperti menerima rasuah kerana tindakan-tindakan tersebut telah salah di sisi undang-undang negara. Kita bukan sahaja akan dikatakan melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, bahkan imej kita sendiri dan anggota keluarga akan dijejaskan. Kita akan kehilangan hormat daripada orang lain sekiranya kita membuat keputusan untuk menerima rasuah kerana tindakan tersbut merupakan tindakan yang tidak bermoral. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berfikir tantang akibatnya sebelum kita membuat sebarang keputusan untuk menerima rasuah.

Kesimp**an daripada isu yang kita bincangkan sebenar tadi, kita sedia maklum Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Malaysia kini antara negara yang juan pesat membangundan kini banyak menempa nama di persada dunia. Oleh itu, bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah negara, semua rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan negara. Selain itu, Kita perlu mematuhi semua peraturan dan undang2 negara seperti yang termaktub di dalam undang2 perlembagaan negara agar isu seperti ini tidak berulang.

Sekian daripada kump**an 11.
Terima kasih.

3 anggota polis berpangkat koperal dari bahagian trafik IPD Seri Alam di Johor ditahan, atas kesalahan meminta wang rasuah daripada seorang pemandu lori yang...

29/12/2020
Nama: Nik Nor Hanan Binti Nik RamziNombor matrik: 273168Tema: Pembudayaan IntegritiIsu: Sindiket Macau ScamSebagai rakya...
29/12/2020

Nama: Nik Nor Hanan Binti Nik Ramzi
Nombor matrik: 273168
Tema: Pembudayaan Integriti
Isu: Sindiket Macau Scam

Sebagai rakyat Malaysia Kita semua tahu atau pernah dengar tentang isu Macau Scam yang telah menjadi bualan hangat berapa bulan yang lalu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau 'Macau Scam' yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. Modus operandi Macau Scam ini boleh datang dengan pelbagai cara antaranya dengan menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial. Taktik yang digunakan semakin canggih oleh itu kita sebagai pengguna yang bijak perlulah tenang dalam mengendalikan situasi ini agar kita tidak menjadi mangsa.

Apa yang perlu dilakukan jika kita berdepan situasi seperti di atas:
i). Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;
ii) Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit;
iii) Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;
iv) Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali, dan;
v) Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.

Namun, situasi menjadi semakin parah apabila berlaku keruntuhan nilai integriti dikalangan PIHAK berkuasa tempatan yang juga mengambil kesempatan di dalam kesempitan yang berlaku.

Selain isu Macau Scam, wujud juga satu isu lain yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat iaitu kegiatan pengubahan wang haram ataupun dipanggil kegiatan 'mencuci duit'.

Dilaporkan ada beberapa individu daripada kalangan pegawai penguatkuasa yang sanggup 'mengotorkan tangan' dengan turut terlibat dalam sindiket ini. Perkara ini sudah tentunya sukar untuk kita terima!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan 10 orang individu termasuk lapan orang pegawai kanan PDRM serta merampas wang tunai RM100,000 berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam. Difahamkan pegawai terbabit ditahan kerana dipercayai melindungi sindiket tersebut selama ini.

Pada pendapat saya, isu ini tidak boleh diambil mudah kerana telah melibatkan kerugian berjuta-juta. Akhir kata, kita haruslah mengambil serius mengenai perkara ini agar dapat bersama-sama membasmi jenayah penipuan scammer agar mereka tidak bermaharajalela dan berupaya menipu orang lain lagi.

Laporkan terus mengenai sindiket penipuan ini kepada pihak yang berwajib agar pihak yang terlibat dapat ditangkap. Ayuh bersama kita membanteras Macau Scam ini!

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/629814/amp

Nama: Nor Asyilah Iryani Bt YahayaNo matrik: 273360Tema: Pembudayaan IntegritiIsu: Geng Datuk Roy menyamar pegawai kanan...
26/12/2020

Nama: Nor Asyilah Iryani Bt Yahaya
No matrik: 273360
Tema: Pembudayaan Integriti
Isu: Geng Datuk Roy menyamar pegawai kanan SPRM tumpas

PUTRAJAYA: kes individu yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM serta timbalan pendakwa raya dan meminta rasuah berjumlah RM60,000, berjaya dibongkar hasil kerjasama mangsa.Tiga lelaki terbabit berusia 39 hingga 54 tahun serta perancang utama yang dikenali 'Datuk Roy' yang menyamar sebagai Pengarah SPRM turut ditahan hasil perangkap diatur di sebuah hotel di Putrajaya jam 4.30 petang semalam manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di Melaka jam 8.30 malam.

Empat lelaki tersebut meminta wang rasuah kononnya bagi menukarkan pertuduhan ke atas pengadu kepada seksyen kesalahan yang lebih ringan dan membuka semula akaun pengadu yang dikatakan dibekukan oleh SPRM. Hasil risikan yang dijalankan mendapati ahli kump**an ini sanggup masuk ke kawasan Ibu Pejabat SPRM untuk mengambil gambar bagi menyakinkan pengadu bahawa mereka ialah pegawai SPRM.Kesemua pergerakan mereka dirakam kamera litar tertutup(CCTV) Ibu Pejabat SPRM.

Susulan itu SPRM sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai ahli kump**an ini bagi membantu siasatan. Identiti suspek sudah dikenalpasti dan gerakan mengesannya sedang giat dijalankan.

"Kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM ini dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan inig memandangkan tindakan tegas SPRM menerusi pelbagai operasi yang dijalankan tahun ini. Akan ada individu yang mengambil kesempatan menyamar dan meminta wang daripada orang ramai. Ini merupakan satu bentuk scam yang sedang berlaku.Sehubungan itu, SPRM ingin mengesa semua pihak untuk berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai pegawai SPRM bagi meminta wang rasuah untuk menyelesaikan kes siasatan SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Menurutnya, empat-empat suspek sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanum Acara Jenayah.Majistret Shah Wira Abdul Rahim membenarkan tempoh reman selama 6 hari bermula 17 Disember hingga 22 Disember 2020.

Sumber daripada

Empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) ditahan reman enam hari kerana dipe...

25/12/2020

Merry Christmas

Tema: Budaya Intergriti Isu: Rasuah: Pegawai imigresen didakwa di hospital    Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia...
25/12/2020

Tema: Budaya Intergriti
Isu: Rasuah: Pegawai imigresen didakwa di hospital

Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didakwa di sebuah hospital swasta, di sini atas pertuduhan memperoleh suapan RM3,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas siasatan yang dijalankannya.

Untuk maklumat lebih lanjut:

Shah Alam: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didakwa di sebuah hospital swasta, di sini atas pertuduhan memperoleh suapan RM3,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas siasatan yang dijalankannya.

Tema: Budaya Intergriti Isu: ANGGOTA POLIS WANITA DITUDUH RASUAHApakah pandangan anda terhadap isu berkenaan?
18/12/2020

Tema: Budaya Intergriti
Isu: ANGGOTA POLIS WANITA DITUDUH RASUAH

Apakah pandangan anda terhadap isu berkenaan?

Kota Kinabalu: Seorang anggota polis wanita berusia 42 tahun yang berdepan dua pertuduhan rasuah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tema: Budaya IntergritiIsu: Dadah membawa padahDadah ialah  bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan si...
17/12/2020

Tema: Budaya Intergriti
Isu: Dadah membawa padah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubah suai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap sebagai dadah. Seperti yang kita ketahui, dadah digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan bagi penghasilan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat tanpa preskripsi doktor dan diambil tanpa sebarang keperluan serta tidak mengikut arahan akan memberi kesan ubat tersebut terhadap otak adalah hampir sama dengan dadah. Isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah tidak asing sejak dulu lagi yang melibatkan semua peringkat umur bermula dari remaja hingga dewasa . Malahan, ada juga kes berkaitan dengan dadah ini berlaku di sekolah-sekolah.

Merujuk pada artikel, seorang lelaki yang dibawah pengaruh dadah mengurung anak dan isterinya di dalam bilik tidur sementara di tangannya terdapat sebilah parang. Anak dan isterinya bernasib baik apabila mereka tidak dicederakan dan dapat meloloskan diri dari lelaki tersebut. Hal ini berlaku disebabkan lelaki tersebut di bawah pengaruh dadah dan bertindak luar kawalan terhadap anak dan isterinya. Siasatan mendapati bahawa lelaki tersebut positif syabu dan bertindak sedemikian.

Kita dapat lihat bahawa apabila seseorang itu di bawah pengaruh dadah, mereka akan bertindak luar kawalan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan dan adegan bunuh-membunuh berlaku dan menyebabkan kematian disebabkan individu tersebut tidak sedar dengan perbuatan mereka semasa mereka di bawah pengaruh dadah. Perkara ini akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap fizikal dan mental mangsa. Mangsa berkemungkinan boleh cedera parah atau mengalami trauma disebabkan perbuatan individu yang di bawah pengaruh dadah. Ini merupakan kesan yang tidak baik terhadap orang sekeliling suspek. Dadah juga bahan yang boleh mendatangkan kesan buruk dan memudaratkan diri individu yang mengambilnya. Dadah juga boleh menyebabkan ketagihan. Antara kesannya ialah boleh merosakkan otak, gangguan pada fungsi saraf, menyebabkan halusinasi dan mendatangkan penyakit seperti AIDS, radang paru-paru, batuk kering(Tibi) dan banyak lagi.

Dadah dapat diklasifikasikan kepada lima jenis iaitu Halusinogen/LSD, Barbiturat/Depresen, Amfetamin, Kokain, He**in dan Morfin. Kesemua jenis dadah ini memberikan kesan yang buruk sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek. Oleh itu, pengambilan dadah ini adalah dilarang sama sekali.

Kesimp**annya, pengambilan dadah ini berbahaya dan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap individu itu sendiri, keluarga, orang sekeliling dan juga negara. Pelbagai kesan jika mengambil dadah dan ianya tiada kebaikan yang hanya cuma keburukan. Penagihan dadah menyebabkan kualiti hidup seseorang itu menurun dan boleh membawa maut. Oleh itu, kita sebagai rakyat yang inginkan kualiti hidup yang baik dan inginkan gaya hidup sihat perlulah menjauhi najis dadah ini agar mendapat kehidupan yang sejahtera.

Untuk makluman lanjut tentang artikel:
https://www.utusan.com.my/nasional/2020/12/lelaki-bersenjata-parang-paksa-isteri-anak-berkurung-dalam-bilik-tidur/

Nurul Shafiqa Binti Mohd Shukri (273236)

Lelaki bersenjata parang paksa isteri, anak berkurung dalam bilik tidur

Nama: Kh'ng Hui HongNo. Matrik: 273410Tema: Pembudayaan IntegritiIssue: Rasuah dalam Kalangan Pihak-pihak BerkuasaRasuah...
13/12/2020

Nama: Kh'ng Hui Hong
No. Matrik: 273410
Tema: Pembudayaan Integriti
Issue: Rasuah dalam Kalangan Pihak-pihak Berkuasa

Rasuah ialah satu kesalahan undang-undang di mana pemberian atau penerimaan wang, hadiah ataupun dorongan untuk mendapatkan keistimewaaan, kebebasan atau kontrak dari pihak-pihak berkuasa ataupun syarikat. Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), empat kesalahan rasuah yang utama ialah meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahguna jawatan ataupun kedudukan.

Hari ini, rasuah sudah dianggap sebagai barah kepada sesebuah negara. Indeks rasuah yang dikeluarkan setiap tahun telah mengkategorikan negara mengikut tahap aktiviti dan pembabitan dalam aktiviti rasuah dan amat mendukacitakan bahawa Malaysia menjadi salah sebuah negara yang terbabit dalam aktiviti yang tidak sihat ini.

Rasuah telah melanggarkan proses ataupun prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkaitan. Tambahan p**a, seseorang yang menerima rasuah ini telah membuktikan ketiadaan integriti dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawabnya pada masa yang sama juga menunjukkan seseorang itu kekurangan ilmu dan penghayatan agama kerana setiap agama pasti akan menghindarkan seseorang dari melakukan perbuatan yang tidak sihat ini. Dengan ini dalam jangka yang panjang, perbuatan yang tidak sihat ini akan menyebabkan ketidakadilan dan akan menyebabkan ketidakharmonian dan lama-kelamaan masyarakat kita akan berpecah belah.

Malaysia, sebagai negara yang terdiri daripada berbilang agama dan bangsa, amat penting untuk kita memastikan keadilan dan keharmonian supaya negara kita terus aman damai. Implikasi buruk sangka dan implikasi negatif terhadap aktiviti yang tidak bermoral ini akan menyukarkan kerajaan kita untuk menjalani aktiviti pembangunan negara dan merealisasikan negara sabagai negara yang maju.

Oleh itu, kefahaman terhadap rasuah haruslah diajar dan kebencian rasuah haruslah disemai sejak kecil lagi.Kefahaman terhadap integriti dan penghayatan diri sejak kecil ini akan menyerapkan seseorang ini jauhkan diri daripada aktiviti rasuah dengan mengetahui implikasi dan risiko akitivit yang tidak berkhasiat ini.

Untuk kesuluruhan, aktiviti rasuah ini memberikan kesan yang negatif bukan sahaja terhadao individu tetapi juga masyarakat kita yang berbilang kaum ini. Pihak-pihak berkuasa haruslah mengamalkan sikap integriti dalam menangani tanggungjawab mereka demi kemakmuran, moral dan maruah negara kita. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa ataupun pendidik juga harus bertanggungjawab mengajar kanak-kanak kefahaman integriti sejak kecil lagi.




Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu untuk membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

Tema: Budaya IntegritiIsu: Cabaran Tangani Rasuah     Setiap individu mestilah memelihara sifat integriti dalam hidup me...
11/12/2020

Tema: Budaya Integriti
Isu: Cabaran Tangani Rasuah

Setiap individu mestilah memelihara sifat integriti dalam hidup mereka bagi mengelakkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi masing-masing. Namun, tidak semua orang boleh mengekalkan nilai integriti dalam hidup mereka. Buktinya, kes rasuah kerap dipaparkan di siaran berita. Yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah kebanyakkannya daripada golongan atasan dan penjawat awam.

Lebih membimbangkan apabila zaman teknologi ini, pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengalihkan perhatian agensi penguat kuasa rasuah daripada menghidu jenayah yang mereka lakukan. Zaman dahulu mungkin lebih senang dikenalpasti kerana tindakan mereka lebih kepada ‘straight forward’ dan juga lebih kepada fizikal. Berbanding dengan zaman ini, semuanya dihujung jari dan hanya berurusan secara atas talian. Selain itu, mereka menggunakan undang-undang untuk melepaskan diri daripada ditangkap. Ini lebih menyukarkan kerana undang-undang mahukan bukti walaupun mereka lebih tahu bahawa seseorang itu melakukan rasuah.

Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi dan timbul p**a isu covid ini, ramai rakyat Malaysia telah terjejas dari segi kewangan mereka. Namun, ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk kita bertindak sebegitu rupa semata-mata ingin mendapatkan wang dengan pantas tanpa memikirkan akibatnya pada masa akan datang. Pelbagai cara lain yang lebih baik untuk kita menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan juga ada menyediakan inisiatif bagi yang memerlukan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berfikiran secara rasional sebelum membuat keputusan agar kita dapat menjaga maruah diri dan negara.

Kesimp**annya, sentiasa fikir baik dan buruk sebelum membuat keputusan yang mungkin memberi kesan yang lebih besar dalam kehidupan kita di kemudian hari. Mungkin ia akan lebih menyukarkan kita. Selain itu, hendaklah diingatkan bahawa rasuah bukanlah satu jalan untuk kita hidup mewah kerana ia hanya memudaratkan pada masa akan datang seperti hilang kepercayaan oleh orang disekeliling kita. Keluarga juga terpaksa menanggung malu dan herdikan orang atas kesalahan diri sendiri.

273233 Nor Atikah Binti Mohd Saharin

PUTRAJAYA - Bijak dan licik dalam menggunakan undang-undang bagi melepaskan diri daripada dikenakan tindakan, selain penggunaan teknologi bagi mengelakkan sesuatu kegiatan dikesan menjadi cabaran yang dihadapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu rasuah dan salah laku pa...

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category