Group 9 MPU 1013 G - Kesihatan Mental

Group 9 MPU 1013 G - Kesihatan Mental Page ini menerangkan tentang segala maklumat berkaitan dengan kesedaran mental.

Assalamualaikum semua, berikut ialah poster terbaru kami setelah pembetulan.Tema kami iaitu KESIHATAN MENTAL. Semoga pos...
01/02/2022

Assalamualaikum semua, berikut ialah poster terbaru kami setelah pembetulan.

Tema kami iaitu KESIHATAN MENTAL. Semoga poster ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat dijadikan sebagai rujukan dalam kehidupan seharian supaya kita semua dapat membendung masalah kesihatan mental yang membelenggu masyarakat kita.

12/12/2021

NAMA: SHAMALAA DEVI A/P BALAN (289592)
ULASAN BAB 7: PENGARUH ICT KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT.

Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.

Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.

Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.

Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.

Seterusnya, melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.
Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.

Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut.

Kesimpulannya, kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan positif terhadap penggunannya. Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri perhatian oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat dibanteras. Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap kandungan yang di terima oleh kepesatan ICT.

12/12/2021

NAMA: SYAFIQAH ATEERAH BINTI ABDUL HADI (280639)
ULASAN BAB 7: PENGARUH ICT KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL

Berdasarkan bab ini, rakyat Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT). Contohnya, dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital. Yang buruknya, ICT boleh menjadi kawan dan juga sebagai lawan, positif dan negatif, membina dan menghancurkan.

Setiap yang baik mestilah ada buruknya. Jadi mari kita teruskan dengan kebaikan ICT dahulu. Sosial media, contohnya Facebook, boleh digunakan juga sebagai tempat menimba ilmu dan mesej-mesej yang bermanfaat. Selain daripada kita menggunakan Facebook sebagai tempat jualan. Selain itu, aplikasi youtube. Youtube merupakan satu aplikasi yang dikenalkan untuk menyebarkan informasi ataupun content, tetapi youtube juga kini digunakan sebagai mata pencarian pendapatan. Ini menunjukkan ICT berkembang dengan maju.

Selain daripada memberi kebaikan kepada masyarakat, ICT juga dalam diam memberi sebanyak sedikit ancaman kepada masyarakat kita. Yang pertama, melalui Instagram, FB, Tumblr dan Wechat. Bentuk- bentuk ancaman yang boleh kita perhatikan ialah Buli Siber, Antun (Grooming) Seksual, Kecurian Identiti dan Komuniti yang tidak selamat dan berbahaya - Pengaruh Negatif. Ini akan merosakkan pemikiran masyarakat Malaysia jika ICT digunakan secara tidak betul. Selain itu, melalui aplikasi sembang atau komunikasi iaitu WhatsApp, FB Messenger dan Wechat. Ancaman boleh didapati adalah “Sexting”, Buli Siber, Antun Seksual, Komuniti yang tidak selamat atau berbahaya dan Pornografi. Di samping itu, melalui audio dan video seperti Joox, Soundcloud, Spotify, Youtube, Sanpchat dan Bigo. Sebagai contoh, mereka akan terlibat dengan Pelanggaran hak cipta, Pornografi, Buli Siber dan Antun Seksual. Selain daripada platform yang sudah disenaraikan, emel juga boleh memberi ancaman kepada masyarakat jika disalahgunakan. Mereka akan terlibat dengan penipuan, “Phishing” dan Virus/Perisian hasad. Yang terakhir ialah, permainan dan aplikasi. Kini ramai remaja yang tergolong dalam aktivit-aktiviti yang boleh merosakkan akidah iaitu mereka ketagih dengan Internet, Perjudian dalam talian dan Virus/Perisian hasad.

Maka, kita mestilah mengambil langkah- langkah yang proaktif untuk membendung masyarakat Malaysia. Misalnya, kita perlu menitikberatkan cara bertutur, cara berkongsi, cara menasihati, cara berdebat, cara menonjol diri, cara meletak gambar, cara berbudi, cara menghormati orang tua, cara menyayangi orang muda, cara menyantuni etnik berbeza, cara hidup normal sebagai manusia dan cara mengurus privasi diri.

Kesimpulannya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlulah bersatu padu dalam mengelakkan masyarakat remaja tidak salah gunakan ICT. Ini akan membantu dalam melahirkan masyarakat yang beretikan dan beradab.

12/12/2021

🌹NORSAZWANI BINTI ABD. RAZAK 281072 🌹
TUGASAN MOOC- ULASAN TOPIK 7 🌹👇

Berdasarkan topik 7 iaitu pengaruh ICT ke atas kesepaduan nasional. Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT) boleh mempengaruhi pembinaan kesepaduan nasional iaitu ‘peradaban majmuk’ di Malaysia. ICT boleh didapati dalam pelbagai aplikasi yang wujud pada amsa sekarang seperti yang sedang hangat sekarang ialah Facebook, Twitter, Instagram dan juga Tiktok. Pengaruh aplikasi ini boleh membawa kesan buruk mahupun baik. Kejadian seperti penyebaran berita palsu yang mudah menular pada masyarakat kini dapat menimbulkan fitnah seterusnya menghancurkan masyarakat di negara kita yang mudah percaya dan mudah berkongsi tanpa usul periksa.
Dalam konsep teknologi maklumat dan komunikasi (ict), ICT boleh ditafsirkan sebagai alat peranti komputer, komponen dan sistem yang membantu manusia dalam menghubung dalam dunia digital dari segi pekerjaan mahupun dalam kehidupan seseharian. ICT tidak mempunyai terma umum buat masa sekarang.

Dalam hubungan manusia dan ICT, ICT dengan perkembangan teknologi engan pesat membantu manusia melaksanakan tugasan dengan lebih produktif kerana dengan adanya ICT, tugasan lebih mudah dan cepat sekaligus menjimatkan masa dan juga tenaga. Sebelum adanya perkembangan teknologi ICT, segala kerja dilakukan secara manual. Maklumat dan komunikasi dapat berhubung dengan dunia tanpa sempadan tanpa mengira lokasi di mana berada. ICT banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia dan pada masa yang sama telah menyumbangkan hubungan sosialisasi sesama manusia
Berdasarkan statistik yang ditunjukkan jumlah jam rakyat negara menghabiskan masa dalam talian pada 2020 berbanding dengan 2018 telah meningkat. 21% lebih dari 12 jam penggunaan teknologi berbanding pada tahun 2018 iaitu 14%. Manakala penggunaan social media Facebook adalah paling tertinggi berbanding aplikasi yang lain iaitu sebanyak 91.7% pada tahun 2020. Manakala penggunaan aplikasi untuk mencari kerja dan membina kareer seperti LinkedIn adalah paling sikit berbanding aplikasi Youtube, instagram, twitter, google dengan sebanyak 10.8% pada tahun 2020 merosot daripada 13.3% pada 2018. Aplikasi rangkaian komunikasi yang paling kerap digunakan ialah aplikasi Whatsapp sebanyak 98.7% berbanding facebook messenger sebanyak 53.9%.

Dengan adanya ICT, sudah tentu terdapat kesan negatif seperti ancaman siber kepada masyarakat. Penggunaan aplikasi seperti facebook, instagram boleh mneyebabkan buli siber di media sosial dan juga penggunaan identiti palsu seperti menggunakan gambar dan nama yang bukan miliknya dengan harapan untuk memperdaya masyarakat. Aplikasi sembang atau komunikasi WhatsApp boleh mewujudkan penyebaran berita palsu apabila segelintir masyarakat mudah berkongsi berita palsu dengan menghantar kepada group sembang. Aplikasi permainan video seperti PUBG, Mobile Legend boleh menyebabkan ketagihan kepada pelajar sekolah yang mudah terpengaruh untuk mengejar rank. Perjudian juga boleh terjadi hasil daripada tikaman dalam permainan video.

Terdapat etika dan peradaban dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) yang boleh kita patuhi seperti Ingat komunikasi sesama manusia. Yang kedua ialah ikuti piawai kelakuan atas talian seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar. Yang ketiga, ketahui di mana anda berada di dunia siber dan keempat, hormati masa orang lain.

12/12/2021

NAMA: WARDINA SYADIYAH BINTI AHMAD RIDHUAN
NOMBOR MATRIK: 280769
TAJUK: ULASAN BAB 7 – PENGARUH ICT KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL

Teknologi memainkan peranan penting terhadap manusia pada masa kini. Dengan kewujudan teknologi, manusia dari segenap lapisan masyarakat dapat berhubung dan berinteraksi melalui internet. Perkembangan teknologi semasa iaitu Information Communication Technology (ICT) ini sangat pantas dan boleh mempengaruhi pembinaan kesepaduan nasional serta peradaban majmuk Malaysia. Terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperoleh daripada ICT ini namun masyarakat juga boleh mudah terikut dengan perkara negatif juga jika tidak bijak menggunakannya.

Dalam bab 7 banyak membincangkan tentang pengaruh ICT ke atas kesepaduan nasional. ICT merupakan satu alat yang boleh meningkatkan productiviti kerja seseorang dengan membantu meringankan beban dalam membuat sesuatu pekerjaan. Hal ini kerana, ICT menjadi satu platform kepada manusia untuk berhubung. Dengan ini, ICT dapat mewujudkan satu komunikasi yang efektif kepada manusia mahupun organisasi dalam sesebuah syarikat tanpa batasan lokasi dan masa. Komunikasi ini dapat mendekatkan hubungan yang jauh serta membantu hubungan sosialisasi antara manusia.

Penggunaan ICT pada tahun 2020 menunjukkan bahawa peratusan tertinggi penggunaan internet sebanyak 34.1% merupakan golongan rakyat berumur 20 sehingga 24 tahun. Peratusan paling sedikit penggunaan internet sebanyak 0.4% merupakan golongan rakyat bawah 15 tahun. 50% daripada rakyat Malaysia menghabiskan waktu dalam talian selama 5 hingga 12 jam. Ada juga diantara rakyat Malaysia yang menghabiskan waktu selama 4 jam sahaja di atas talian iaitu sebanyak 26% diikuti dengan lebih dari 12 jam sebanyak 21%.

Media sosial dan media komunikasi pada masa kini sangat banyak dan rakyat boleh mengakses dengan sangat mudah. Majoriti masyarakat memilih aplikasi Facebook sebagai kegunaan media sosial dan aplikasi Whatsapp sebagai kegunaan media komunikasi. Penggunaan sosial media ini sangat menarik kerana masyarakat boleh membuat perkongsian ilmu, perniagaan, fakta, berita, pengiklanan dan lain-lain. Hal ini dapat memberi manfaat yang sangat banyak kepada masyarakat mahupun komuniti setempat.

Namun, media sosial juga boleh memberi pengaruh negatif kepada masyarakat jika tidak pandai menggunakannya dengan baik. Segala bentuk ancaman boleh terjadi melalui media sosial seperti buli siber, antun seksual, kecurian identiti dan banyak pengaruh negatif yang lain. Platform berbentuk audio dan video serta permainan aplikasi juga sangat mudah diakses oleh masyarakat, jadi perlulah menjaga diri sendiri supaya tidak terlibat dalam perkara negatif yang terdapat dalam platform tersebut.

Masyarakat perlu mengikut etika dan adab yang ditetapkan semasa menggunakan teknologi ICT masa kini. Terdapat 4 peraturan jelas yang masyarakat perlu ambil tahu. 4 peraturan tersebut ialah:

• Peraturan 1: Ingat komunikasi sesama manusia.
• Peraturan 2: Ikuti piawai kelakuan atas talian seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar.
• Peraturan 3: Ketahui di mana anda berada di dunia siber.
• Peraturan 4: Hormati masa orang lain.

Jika semua lapisan masyarakat patuh kepada peraturan ini, penggunaan internet dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pengaruh negatif dapat dikurangkan. Kesepaduan nasional dapat dikukuhkan jika masyarakat dapat menjaga adab dan etika semasa menggunakan internet seperti adab bertutur, berkongsi, menasihati dan banyak lagi. Dengan itu, penggunaan ICT dapat menjadikan masyarakat berhubung dengan sihat tanpa Batasan waktu mahupun lokasi. Jadilah pengguna yang bijak agar dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara kita.

12/12/2021

Nama: Teoh Jia Wen (281254)

Ulasan Bab 7:

Manusia dan teknologi adalah dua kata yang tak bisa dipisahkan pada era modern pada saat ini. Kita tahu bahawa perkembangan teknologi yang sangat pesat saat ini, seakan-akan memudahkan dan memanjakan manusia dalam menjalankan aktivitas kehidupannya. Hubungan manusia dan teknologi ini bisa temui disetiap aktivitas yang kita lakukan. Manusia tak akan pernah lepas dari sebuah teknologi sehingga teknologi saat ini merupakan bagian dari kebutuhan pokok yang harus wajib dirasakan dan dinikmati manfaatnya, selain kebutuhan pokok seperti pangan, sandang, dan papan.

Teknologi pada intinya adalah alat-alat ciptaan manusia yang ditemukan untuk memudahkan manusia menjalankan aktivitas kehidupannya. Tetapi pada kenyataannya saat ini, teknologi tidak hanya memiliki fungsi seperti demikian. Teknologi sekarang menjelma menjadi bagian hidup dan gaya hidup dari setiap manusia itu sendiri, banyak fungsi teknologi yang bisa dimanfaatkan oleh manusia. Misalnya kita tahu, bahwa teknologi pada saat ini bias memudahkan kita sebagai manusia dalam berkomunikasi, seolah-olah jarak antara manusia yang satu dengan manusia yang berada di belahan dunia lain itu sangat dekat. Dimana pada zaman dahulu, hal ini tidak mungkin bisa dirasakan manusia, atau bahkan berkomunikasi dengan manusia di belahan dunia lain merupakan hal yang tidak masuk akal saat belum ditemukannya teknologi seperti yang bisa kita rasakan saat ini.

Penggunaan komputer dan perisian yang berkaitan dapat meningkatkan dan membantu pelajar dalam memahami sesuatu pelajaran. Sebagai contoh, pembelajaran melalui simulasi dapat menambah pemahaman pelajar terhadap konsep, memperhebatkan pembelajaran, membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan kreativiti dan melatih kemahiran- kemarihan menyelesaikan masalah, meningkatkan kreativiti dan melatih kemahiran-kemahiran lain termasuklah kemahiran pengendalian peralatan ICT. Aplikasi seperti Kahoot dan Quzziz boleh digunakan oleh pendidik untuk menguji pemahaman pelajar terhadap subjek yang diajar. Aplikasi ini bukan saja menyeronokkan, memupuk nilai kompetitif secara sihat, dan mewujudkan motivasi dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar.

Tetapi juga dapat kesan negatif ICT kepada kehidupan harian kita. Kesan negatif yang paling menonjol dari teknologi yaitu cara berkomunikasi yang dulu telah hilang seperti surat-menyurat, dan percakapan tatap muka menjadi semakin berkurang.Hal itu telah digantikan oleh SMS atau Chatting. Dampak terhadap komunikasi interpersonal (kemampuan untuk mengekpresikan ide-ide dan pemikiran kepada orang lain lewat tatapmuka) iaitu generasi saat ini tidak memiliki kemampuan interpersonal karena kecenderungan peningkatan frekuensi komunikasi melalui SMSdan Chatting. Kesenjangan antara orang tuadan anak-anak telah meningkat pesat, karena komunikasi secara langsung mulai memudar.Hal ini disebabkan karena setiap anggota keluarga sibuk dengan kegiatan masing-masing yang melibatkan teknologi itu sendiri. Interksi sosial berkurang, orang-orang lebih pedulitentang kehidupan online mereka daripada kehidupan sosial yang nyata. Dan teknologi telah menyebabkan kecanduan, bagi orang yang benar-benar menjadi kecanduan terhadap Internet, Komputer, Telepon genggam, dan teknologi lainnya yang dapat menyebabkan seseorang merasa kesepian dan terisolasi. Kemudian pada teknologi komunikasi iaitu telepon genggam yang memberikan efek keamanan dapat membawa efek yang berlawanan.

Selain itu, tren dari model telepon genggam saat ini membuat orang cenderung seiring untuk mengganti telepon genggam mereka, hal ini dapat menyebabkan pengeluaran yangsangat besar. Selanjutnya, banyak ilmuwan percaya bahwa radiasi yang berasal dari telepongenggam dapat mempengaruhi kesehatan kita seperti sakit kepala, sakit telinga, dan dapat menyebabkan perkembangan penyakit kanser.

Kesimpulannya, teknologi komunikasi adalah sebuah alat atau perangkat yang menggabungkan aspek sosial yang memungkinkan setiap individu dapat mendapatkan, mengirimkan, dan saling bertukar informasi dengan individu-individu lainnya.Dengan begitu, setiap individu dapat mencari informasi atau data yang dibutuhkan dengan teknologi komunikasi.

Peradaban manusia merupakan kebudayaan pada manusia, kelanjutan dari proses tamaddun (semacam urbanisasi), lewat ashabiyah (group feeling ), merupakan keseluruhan kompleksitas produk pikiran kelompok manusia yang mengatasi negara, ras,suku, atau agama, yang membedakannya dari yang lain, tetapi tidak monolitik dengan sendirinya.

12/12/2021

NAMA: NUR IFFA KHAIRUNNISA BINTI M MAZHAN (280892)
ULASAN BAB 7: PENGARUH ICT TERHADAP KESEPADUAN NASIONAL

Berdasarkan topik 7 yang berkaitan dengan pengaruh ICT ke atas kesepaduan nasional, banyak perkara yang boleh saya ulaskan.

Information Communication Technology (ICT) sememangnya tidak asing lagi dikalangan masyarakat pada hari ini, tidak mengira usia, yang muda mahupun yang telah berusia. Perkembangan teknologi ini sudah tentu mendatangkan kesan baik serta tidak lupa jugak kesan buruk yang turut terlibat.

Kewujudan ICT ini banyak memudahkan kita dalam aktiviti seharian seperti mencari maklumat, isu semasa, dan berkomunikasi antara satu sama lain. Ianya telah memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang tinggal berjauhan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram. Selain itu, kewujudan media sosial memudahkan kita untuk mengetahui isu-isu semasa yang kini mudah tersebar melalui media sosial seperti Instagram, Twitter, Tiktok dan Facebook. Tidak lupa juga, banyak perkongsian-perkongsian yang bermanfaat dan berilmiah yang dikongsikan di laman sosial agar dapat sama-sama menyebarkan ilmu dengan menggunakan teknologi moden ini. Sebarang maklumat dan kajian juga mudah didapati di halaman-halaman internet memudahkan semua pihak untuk menambahkan pengetahuan dan digunakan bagi tujuan pelajaran. Terdapat juga banyak kemudahan-kemudahan lain seperti pembelian atas talian, pemabayaran atas talian dan pembelajaran atas talian.

Namun, sudah tentu kesan buruk juga turut terlibat. Perkembangan ICT yang tidak terkawal ini boleh menimbulkan banyak kesan buruk jika disalahgunakan atau digunakan secara berlebihan. Ramai yang telah ketagih dalam menggunakan teknologi ini, seperti digunakan untuk bermain permainan video, dan melayari laman sosial sehingga berjam-jam lamanya. Ianya bukan sahaja membazirkan masa, malah turut boleh menjejaskan kesihatan individu. Penyalahgunaan internet juga wujud seperti penyebaran berita-berita palsu dan penipuan dalam pembelian serta banyak lagi kesan-kesan buruk lain.

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung atas sikap individu itu sendiri untuk mengawal dan berhati-hati dalam menggunakan teknologi. Sememangnya ianya canggih dan memudahkan semua pihak, namun setiap apa yang dilakukan perlulah sentiasa berhati-hati, tidak berlebihan dan paling penting menjaga etika diri.

Tidak dapat dinafikan, perkembangan teknologi ICT ini juga mewujudkan kesepaduan rakyat, serta menjadikan negara kita lebih maju dan moden setanding negara-negara hebat, hasil penggunaan ICT dengan cara yang baik dan berhemah. Oleh itu, penggunaan ICT yang merupakan teknologi moden ini adalah sangat membantu semua pihak dalam mencapai kemajuan diri dan negara, namun setiap pengguna haruslah bijak menggunakannya.

12/12/2021

NAMA : LOH SIAO YIN
NO MATRIK : 280633
TAJUK : ULASAN TOPIK 7

Pembangunan teknologi semasa, iaitu, Information Communication Technology (ICT) telah mempengaruhi kehidupan masyarakat. ICT merupakan infrastruktur dan komponen teknologi yang digabungkan bagi mencipta teknologi informasi yang boleh menginteraksikan antara manusia dan antara bangsa semakin mudah dan pantas tanpa batasan masa dan lokasi. Selain itu, ICT juga menyumbang banyak faedah kepada kehidupan manusia seperti meningkatkan produktiviti kerja dan mengurangkan beban kerja. Malahan, perkembangan ICT juga memberi impak negatif kepada masyarakat apabila terdapat individu yang menyalahgunakan teknologi tersebut.
Terdapat beberapa bentuk ancaman siber kepada masyarakat Malaysia iaitu buli siber, antun seksual (grooming), kecurian identiti, komuniti yang berbahaya (pengaruh negatif), pelanggaran hak cipta, pornografi, ketagihan internet, perjudian dalam talian, dan perisian hasad. Ancaman data seperti kecurian identiti dan pelanggaran hak cipta merupakan salah satu ancaman yang amat serius, ia melibatkan pencurian, manipulasi dan penyebaran informasi peribadi atau data tertentu untuk memperolehi sesuatu kepentingan untuk sendiri.
Di samping itu, kemajuan teknologi dan informasi telah mendorong penggunaan ICT ke era globalisasi. Oleh itu, pengguna teknologi ICT mampu berhubung dan berinteraksi dengan pengguna ICT di negara asing dengan mudah melalui aplikasi media social seperti Facebook, Wechat dan Instagram. Informasi mengenai pengaruh negatif seperti perjudian, merokok dan buli sering dipaparkan di dalam Internet kerana pengguna ICT mempunyai kebebasan bersuara dalam media komunikasi. Maka, masyarakat Malaysia mudah dipengaruhi oleh budaya negara asing jika pengguna telah tagih kepada Internet.
Sebagai kesimpulan, kerjasama antara berbagai pihak kerajaan atau swasta amatlah penting untuk meminimakan ancaman dan isu siber dalam masyarakat Malaysia. Hal ini kerana ancaman siber boleh menjadi sesuatu halangan dalam pembinaan masyarakat yang makmur dan sejahtera dan ia juga boleh menjejaskan pembangunan ekonomi dan sosial di negara Malaysia.

NAMA: VINOSINY A/P R SIVAKUMARNO MATRIK: 280652TOPIK: ULASAN TOPIK 7
12/12/2021

NAMA: VINOSINY A/P R SIVAKUMAR
NO MATRIK: 280652
TOPIK: ULASAN TOPIK 7

12/12/2021

NAUFAL HARRIS BIN AHMAD NOFALAFANDI
280628
Tugasan MOOC 12/12/2021

Topik 7 membincangkan tentang pengaruh ‘Information Communication Technology’ ICT ke atas kesepaduan nasional. Bidang ICT pada masa kini berkembang dengan sangat cepat dan sentiasa dijadikan sebagai isu di mana sahaja kerana ICT mempengaruhi sebahagian besar dalam hidup kita dari pagi hingga malam. Terdapat banyak isu yang kitab oleh kaitkan antara bidang ICT dengan kesepaduan nasional. Pembinaan kesepaduan nasional isitu peradaban majmuk Malaysia sangat dipengaruhi oleh teknologi semasa iaitu ICT yang terjelma dalam bentuk Internet. Masyrakat kita sangat dekat dengan bidang ini kerana terdapat banyak platform yang menghubungkan masyarakat kita dengan bidang teknologi ICT seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Bidang ICT mengeratkan lagi hubungan komunikasi antara kita dengan orang tersayang yang tinggal berjauhan. Ianya amat memudahkan masyarakat kita untuk berhubung. Tetapi, walaupun kita dapat lihat banyak kebaikan dalam bidang ICT, namun ada segelintir masyarakkat yang salah menggunakannya. Sebagai contoh, masih ada masyarakat yang tidak bertanggungjawab menggunakan platform digital seperti yang dinyatakan untuk meneybarkan berita-berita palsu, menyebarkan aib rakan-rakan dan juga diri sendiri serta ada yang tidak sengaja menyebarkan maklumat peribadi. Hal ini amat merisaukan oleh orang awam terutamanya orang yang terdekat dan juga kerajaan. Banyak kempen dan peringatan yang telah diwar-warkan untuk saling mengingati orang awam terutamanya diri sendiri. Kefahaman mengenai etika dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban di Malaysia sangat diperlukan oleh semua pihak.

Di akhir topik ini, kita semua dapat pelajari beberapa perkara berkaitan objektif topik untuk memahami ICT sebagai penggerak kesepaduan nasional di Malaysia. Sebagai kita tahu, bidang teknologi sentiasa bekembang dan telah berevolusi dari IR1.0 iaitu teknologi berasaskan wap hinggalah sekarang IR4.0 dikenali sebagai Internet of Things. Di negara kita, kerajaan sangat komited untuk memajukan dan membangunkan bidang ICT supaya negara kita tidak ketinggalan arus kemajuan dunia dan sentiasa dapat bersaing dengan negara luar terutamanya negara Barat. Sebagai contoh, kerajaan telah membuat peruntukan khas untuk pembanunan ICT di negara ini dan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-6 dan Rancangan Malaysia ke-7. Hingga sekarang kita dapat melihat banyak kemajuan antaranya ialah kerajaan akan menamatkan rangkaian 3G dan negara kita akan beralih kepada rangkaian 4G ke seluruh Malaysia. Dalam menjayakan misi ini, kerajaan berusaha dengan beberapa syarikat telkom di negara ini. Hal ini supaya setiap lapisan masyarakat akan menikmati rangkaian Internet yang jauh lebih maju dan hebat dengan adanya rangkaian 4G di seluruh negara.

Seterusnya, dalam usaha untuk pembinaan kesepaduan nasional, masyarakat perlu mengetahui konsep teknologi maklumat dan komunikasi ataupun ICT. ICT merujuk kepada infrastruktur dan komponen teknologi yang membolehkan oengkomputeran moden hari ini. Ia juga boleh ditafsitkan sebagai semua peranti computer, rangkaian kerja dan system yang membolehkan manusia dan organisasi berinteraksi dalam dunia digital. Hubungan manusia dan teknologi sangat rapat kerana manusia banyak mengaharapkan penggunaan teknologi dalam menyelesaikan kerja, berhubung, dan juga berhibur. ICT amat membantu dalam meningkatkan produktiviti kerja rutin manusia dan mengurangkan beban kerja dalam pelbagai bidang. Zaman sekarang, banyak negara dan syarikat yang boleh dijadikan contoh. Sebagai contoh, syarikat Amazon di Amerika Syarikat yang menggunakan robot untuk menyusun barang atau stok di gudang mereka. Kita dapat lihat di sini penggunaan teknolgi yang hebat tanpa menggunakan tenaga kerja manusia. Di Amerika Syarikat juga, kita dapat lihat ada rumah yang dibina tanpa menggunakan tenaga buruh manusia tetapi menggunakan mesin pencetak 3D untuk membina rumah.

Selain itu, penggunaan teknologi ICT amat penting kepada pelajar dan juga tenaga pengajar dalam era pandemik Covid-19. Kita dapat lihat penggunaan teknologi dalam pembelajaran amat penting untuk guru dan pelajar berhubung di rumah ketika sesi persekolahan ditutup kerana kes Covid-19 yang sentiasa meningkat. Pelajar universiti juga terkesan dengan pandemik Covid-19 kerana para pelajar perlu belajar di rumah. Pembelian computer riba juga dilihat meningkat Ketika era Covid-19 ini. Selain pelajar, banyak perniagaan terkesan dengan pandemik. Banyak usahawan dan kedai mengambil inisiatif untuk mewujudkan perniagaan atas talian melalui media sosial. Hal ini membantu usahawan dan penjual menjana pendapatan di rumah. Aktivit utama masyarakat Ketika era pandemic ialah penggunaan media sosial yang meningkat dan juga pembeliaan atas talian yang semakin berkembang. Kita dapat lihat juga masyrakat kita meluangkan masa dengan melayari Internet dan menonton filem-filem dari serata dunia di rumah. Sebagai contoh, ktia dapat lihat masyarakat kita banyak yang melanggan servis Netflix untuk meluangkan masa Ketika era pandemik.

Bidang ICT bnyak memberikan manfaat kepada kita seperti yang dinyatakan. Masyarakat kita sentiasa menggunkan teknologi sepanjang hari walaupun untuk masa yang singkat. Bidang ICT sangat berkembang maju dan lihat dapat membantu setiap lapisan masyarakat. Banyak nasihat dan pelajaran yang boleh kita dapat terutamanya melalui media sosial. Dengan adanya teknologi ICT, ianya dapat membantu msyarakat mengenal pasti orang susah untuk diberikan bantuan. Masyarakat kita amat perihatin dalam membantu orang susah dan juga tidak berat tangan untuk menghulurkan sedikit bantuan melalui badan-badan Ngo tertentu. Tidak dilupakan juga, masyarakat perlulah mengurangkan kadar jenayah di media sosial terutamanya dan mencari perkara yang memberikan manfaat. Kesimpulannya, bidang ICT pada masa kini amat memeberikan manfaat yang meluas kepada setiap lapisan masyrakat dan juga kepada negara.

Address

Sintok, Bukit Kayu Hitam
Sintok
06010

Telephone

+60182414989

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Group 9 MPU 1013 G - Kesihatan Mental posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share