Pakaruum360

Directions

Pakaruum360 Suara Rasmi
Kepakaran UUM

28/09/2026

SESI FAKTA PANTAS, PAKAR JAWAB

SOALAN:
Di Pusat Budaya dan Seni UUM, macam mana Dr. nampak platform seni ini boleh bentuk soft skills dan kepimpinan dalam diri seorang pelajar?

Bersama Dr. Azmeer, kita kupas bagaimana penglibatan dalam aktiviti seni bukan sekadar mencungkil bakat dan kreativiti, tetapi turut menjadi platform untuk membina keyakinan diri, komunikasi, kerjasama, disiplin serta kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Jangan lepaskan perkongsian menarik daripada pakar UUM dalam menjawab persoalan ini.

Pakar UUM 360
Dari Kepakaran kepada Impak.

Pakar UUM hari ini:
Dr. Mohd Azhar Bin Abu Bakar @ Dr. Azmeer

Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM & Pensyarah Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan,
Universiti Utara Malaysia

Contact: [email protected]

24/09/2026

Seni bukan sekadar tentang bakat.

Di sebalik pentas, persembahan dan karya, ada kemahiran yang membentuk diri seorang pelajar daripada keyakinan, komunikasi, kerja berpasukan hinggalah kepimpinan.

Tapi, sejauh mana platform seni di Pusat Budaya Seni UUM mampu membentuk soft skills dan kepimpinan diri mahasiswa?

Saksikan pandangan Dr. dalam video penuh.

13/09/2026

SESI FAKTA PANTAS, PAKAR JAWAB

SOALAN:
Sejarah politik banyak membentuk pemikiran masyarakat. Jadi, adakah ia mematangkan rakyat atau menakutkan mereka daripada terus bertanya?

Bersama Dr. Mohamad Faizal, yang mengupas bagaimana sejarah politik mempengaruhi pemikiran dan sikap masyarakat, termasuk keberanian untuk bertanya, menyuarakan pandangan serta memahami isu politik secara lebih kritis.

Satu kupasan yang membuka perspektif tentang bagaimana pengalaman politik masa lalu boleh membentuk masyarakat yang lebih matang dalam menilai politik, tetapi pada masa yang sama mungkin mewujudkan rasa takut untuk bersuara dan mempersoalkan sesuatu.

Pakar UUM 360
Dari Kepakaran kepada Impak.

Pakar UUM hari ini:
Dr. Mohamad Faizal Bin Abd Matalib

Pakar Bidang Sains Politik dalam Environmental Politik dan Sejarah Politik

Universiti Utara Malaysia

Contact: [email protected]

11/09/2026

Sejarah Politik: Mematangkan Rakyat, atau Membentuk Rasa Takut untuk Bertanya?

Sejarah politik banyak membentuk cara masyarakat memahami kuasa, kepimpinan dan perubahan. Namun, adakah pengalaman masa lalu menjadikan rakyat lebih matang dalam menilai politik?

Atau, sejarah yang penuh dengan konflik dan ketakutan menyebabkan masyarakat lebih berhati-hati untuk bertanya dan menyuarakan pandangan?

Saksikan kupasan daripada pakar tentang bagaimana sejarah politik mempengaruhi pemikiran dan keberanian rakyat untuk bersuara.

Nantikan video penuh.

10/09/2026

SESI FAKTA PANTAS, PAKAR JAWAB

SOALAN:
Kenapa orang lebih selesa meluahkan perasaan dan pendapat di media sosial berbanding berterus terang secara bersemuka?

Bersama Prof. Madya Dr. Mohd. Khairie bin Ahmad, yang mengupas faktor yang mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk bersuara di media sosial, termasuk rasa takut, malu, kebimbangan terhadap reaksi orang lain serta perbezaan dalam komunikasi bersemuka dan di sebalik skrin.

Satu kupasan yang membuka perspektif tentang bagaimana media sosial boleh menjadi ruang yang lebih selesa untuk meluahkan sesuatu, tetapi pada masa yang sama turut mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Pakar UUM 360
Dari Kepakaran kepada Impak.

Pakar UUM hari ini:
Prof. Madya Dr. Mohd. Khairie bin Ahmad
Pakar Komunikasi Strategik dan Perubahan Sosial,
dan Dekan
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi.
Universiti Utara Malaysia

Contact: [email protected]

06/09/2026

Berani Bersuara di Media Sosial, Tetapi Sukar Berterus Terang Bersemuka?

Media sosial memberi ruang untuk kita meluahkan perasaan dan menyampaikan pendapat tanpa perlu berdepan secara langsung. Namun, mengapa kita lebih selesa bersuara di sebalik skrin berbanding berterus terang secara bersemuka?

Adakah rasa takut, malu atau bimbang terhadap reaksi orang lain menjadi sebab kita memilih media sosial sebagai ruang untuk meluahkan apa yang terbuku?

Saksikan kupasan daripada pakar tentang faktor yang mempengaruhi cara kita berkomunikasi, termasuk perbezaan antara komunikasi secara bersemuka dan di media sosial.

Nantikan video penuh.

02/09/2026

SESI FAKTA PANTAS, PAKAR JAWAB

SOALAN:
Adakah AI mampu menggantikan manusia dan menjejaskan pendapatan penggiat seni dalam industri kreatif?

Bersama Dr Azmeer, yang mengupas perkembangan AI dalam industri seni, termasuk kesannya terhadap kreativiti, peluang pekerjaan, sumber pendapatan serta peranan manusia dalam menghasilkan karya.

Satu kupasan yang membuka perspektif tentang bagaimana AI bukan sahaja membawa perubahan kepada cara karya dihasilkan, tetapi turut mencetuskan persoalan tentang masa depan penggiat seni dan industri kreatif.

Pakar UUM 360
Dari Kepakaran kepada Impak.

Pakar UUM hari ini:
Dr. Mohd Azhar bin Abu Bakar @ Dr. Azmeer
Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia & Penulis lirik terkemuka Malaysia

Contact: [email protected]

28/08/2026

AI dan Industri Seni: Membantu Kreativiti, atau Mengancam Rezeki Pengkarya?

AI semakin mengubah cara karya seni dihasilkan, daripada penulisan, ilustrasi, fotografi hingga muzik dan video. Namun, adakah AI mampu menggantikan manusia?

Bagaimana p**a nasib penggiat seni yang bergantung kepada kreativiti sebagai sumber pendapatan? Adakah AI membuka peluang baharu atau menjejaskan masa depan industri kreatif?

Saksikan kupasan daripada pakar tentang kesan AI terhadap penggiat seni, peranan manusia dalam berkarya serta cabaran masa depan industri kreatif.

Nantikan video penuh.

26/08/2026

SESI FAKTA PANTAS, PAKAR JAWAB

SOALAN:
Adakah bandar yang semakin moden dan pesat membangun benar-benar mampu menjamin kehidupan yang selesa, selamat dan sejahtera untuk rakyat?

Bersama Dr. Mohamad Faizal, yang mengupas hubungan antara pembangunan bandar, isu banjir dan kesejahteraan rakyat, termasuk aspek perancangan bandar, pengurusan risiko bencana, keselamatan serta kualiti kehidupan masyarakat.

Satu kupasan yang membuka perspektif tentang bagaimana kemajuan sesebuah bandar bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga sejauh mana rakyat dapat hidup dengan selesa, selamat dan aman.

Pakar UUM 360
Dari Kepakaran kepada Impak.

Pakar UUM hari ini:
Dr. Mohamad Faizal Bin Abd Matalib
Pakar Bidang Sains Politik dalam Environmental Politik dan Sejarah Politik
Universiti Utara Malaysia

Contact: [email protected]

22/08/2026

Bandar Moden: Menjamin Kebahagiaan Rakyat?

Bandar yang moden sepatutnya menawarkan kehidupan yang lebih selesa, selamat dan sejahtera. Namun, apabila banjir masih mengganggu kehidupan seharian, adakah rakyat benar-benar boleh hidup dengan aman?

Adakah kemajuan bandar benar-benar menjamin kesejahteraan rakyat, atau masih ada aspek perancangan yang perlu diperbaiki?

Saksikan kupasan daripada pakar tentang kaitan pembangunan bandar, isu banjir dan kesejahteraan rakyat.

Nantikan video penuh.

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakaruum360 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category