Keluarga Malaysia - Mpu1013

Keluarga Malaysia - Mpu1013 Halaman ini ditubuhkan untuk membincangkan kepentingan konsep

NAMA : NUR FATIN NAZIRAH BINTI AHMAD HILMINO MATRIK : 294317POSTING 10 : LAGU KELUARGA MALAYSIA🇲🇾📍Kementerian Komunikasi...
29/11/2022

NAMA : NUR FATIN NAZIRAH BINTI AHMAD HILMI
NO MATRIK : 294317
POSTING 10 : LAGU KELUARGA MALAYSIA🇲🇾

📍Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyambut konsep `Keluarga Malaysia‘ dengan menciptakan lagu KEluarga Malaysia yang dinyanyikan oleh artis Ara Johari,Masya Masyitah,Putra Muhammad dan Sufi Rashid yang diciptakan oleh Tan Sri Anuar Musa bagi menyahut aspirasi dan saranan Perdana Menteri,Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai Keluarga Malaysia.

📍Lagu Keluarga Malaysia ini diilhamkan berdasarkan semangat patriotik dalam kalangan pemimpin dan rakyat khususnya kepada Keluarga Malaysia yang cenderung untuk memberikan motivasi bagi menyemarakkan lagi semangat pendengar mahupun rakyat Malaysia.

📍Hematnya,berdasarkan lagu patriotik sebegini ia memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa Keluarga Malaysia ini bukanlah sekadar satu gagasan kerajaan,namun ia adalah satu gaya hidup yang sudah melepasi sempadan ideologi politik dimana ia bukan tertumpu kepada mana-mana parti politik di Malaysia.Tiada perbalahan disebabkan perbezaan fahaman politik kerana kita adalah Keluarga Malaysia yang berteduh dan mencari rezeki di bawah satu bumbung.

NAMA : NURFARAH NADIAH BT MOHD ASHRAFNO MATRIK : 294422POSTING 9 : CABARAN KELUARGA MALAYSIA 🇲🇾📍Walau bagaimanapun, kons...
29/11/2022

NAMA : NURFARAH NADIAH BT MOHD ASHRAF
NO MATRIK : 294422
POSTING 9 : CABARAN KELUARGA MALAYSIA 🇲🇾

📍Walau bagaimanapun, konsep Keluarga Malaysia ini menghadapi beberapa cabaran yang menggugat kebolehan kempen ini untuk menyatukan rakyat Malaysia; antaranya ialah :

✅Perspektif rakyat terhadap kerajaan.
📍Kesan-kesan daripada pemerintahan yang lepas memberi impak yang negatif terhadap pihak kerajaan kini, lalu rakyat hilang kepercayaan dengan kata-kata pihak atasan.

✅Sistem pendidikan yang berasingan mengikut kaum.
📍Sistem pendidikan tersebut menyebabkan pelajar hanya bergaul dan berkawan dengan kump**an kaum sendiri malah pelajar hanya menggunakan bahasa pengantaraan sendiri.

📍Hal demikian juga menyebabkan pergaulan antara kaum terbatas.

✅Tidak menghayati rukun negara.
📍Sikap rakyat yang tidak cuba memahami apatah lagi mengamalkan rukun negara menjadi salah satu faktor.

📍Mereka mengabaikan prinsip-prinsip rukun negara.

NAMA : NURUL NABILA NAFISYA BINTI MOHD FAIRUZINO MATRIK : 294310POSTING 8 : LANGKAH MEMUPUK KELUARGA MALAYSIA 🇲🇾📍Untuk m...
29/11/2022

NAMA : NURUL NABILA NAFISYA BINTI MOHD FAIRUZI
NO MATRIK : 294310
POSTING 8 : LANGKAH MEMUPUK KELUARGA MALAYSIA 🇲🇾

📍Untuk menjadi rakyat Malaysia yang prihatin, kesedaran dan ilmu pengetahuan adalah penting. Masyarakat perlulah cakna berkenaan sejarah, kehidupan, persekitaran dan hal ehwal semasa.

📍Menerusi pendidikan dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dari sumber yang sahih, ia dapat membimbing diri seseorang untuk mengetahui apakah kaedah terbaik untuk merealisasikan dan memanfaatkan nilai keprihatinan dalam konteks diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.

📍Untuk melahirkan masyarakat yang prihatin, bertanggungjawab dan bersatu-padu, ia memerlukan disiplin dan pegangan pendirian yang berterusan. Malah, pembentukan akhlak yang baik secara dasarnya dibentuk melalui jiwa dan rohani yang baik.

📍Penglibatan masyarakat dalam merealisasikan matlamat negara untuk membangunkan Keluarga Malaysia merupakan aktiviti sosial yang memerlukan semangat kebersamaan dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat.

📍Pembentukan Keluarga Malaysia boleh dilihat sebagai seruan mengajak kepada kebaikan dan aktiviti yang sangat dituntut oleh agama Islam.

📍Contohnya, sesebuah komuniti yang berkongsi ilmu pengetahuan tentang kaedah menjadi masyarakat yang prihatin dan kemudian melakukan aktiviti seperti mengajak dan mendidik masyarakat untuk mengambil berat terhadap orang lain merupakan aktivisme sosial yang mulia.

NAMA : SHAIZATULHUSNA BINTI MOHD SHAIFUDDINNO MATRIK : 294420POSTING 7 : CIRI - CIRI KELUARGA MALAYSIA✅Pasukan Keluarga ...
29/11/2022

NAMA : SHAIZATULHUSNA BINTI MOHD SHAIFUDDIN
NO MATRIK : 294420
POSTING 7 : CIRI - CIRI KELUARGA MALAYSIA

✅Pasukan Keluarga Malaysia

📍Konsep Keluarga Malaysia memberi penekanan kerajaan kini tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, sebaliknya sebagai sebuah keluarga.

📍Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri tetapi juga ahli keluarga yang lain. Konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.

📍Mengamalkan sikap memahami dan salin bertoleransi antara satu sama lain

✅ Kesatuan

📍Konsep Keluarga Malaysia adalah aspirasi yang berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama

📍konsep Keluarga Malaysia membawa Malaysia lebih harmoni dalam kepelbagaian budaya dan bangsa.

📍Program yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara selari dengan konsep Keluarga Malaysia menerima sambutan daripada pelbagai kaum berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia

NAMA : AHMAD HAZIM BIN MOHD NAZERNO MATRIK : 294450POSTING 6 : CIRI - CIRI KELUARGA MALAYSIA✅ Meningkatkan taraf hidup📍K...
29/11/2022

NAMA : AHMAD HAZIM BIN MOHD NAZER
NO MATRIK : 294450
POSTING 6 : CIRI - CIRI KELUARGA MALAYSIA

✅ Meningkatkan taraf hidup

📍Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan semua Keluarga Malaysia termasuk kaum Cina dan India, dengan pelbagai inisiatif, bantuan dan peruntukan diberikan kepada golongan itu dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan ekonomi.

📍Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia merupakan antara usaha kerajaan dalam memastikan golongan belia mendapat pekerjaan seterusnya meningkatkan taraf hidup.

✅ Memaksimumkan pembangunan

📍Kerajaan sentiasa berusaha memaksimumkan pembangunan demi kemudahan dan kesejahteraan rakyat termasuk mereka yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar.

📍Menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merencanakan semula pelan pembangunan negara untuk semua kaum, bagi membolehkan kekayaan negara dinikmati seluruh Keluarga Malaysia dengan adil dan saksama

📍Mematlamatkan perancangan pembangunan yang berfokuskan kepada pertumbuhan dan pengangihan yang saksama

NAMA : ANIS SYAHIRAH BT MOHD RAZALI NO MATRIK : 294353POSTING 5 : TERAS UTAMA KELUARGA MALAYSIA - KESYUKURAN 🇲🇾📍Ciri kes...
28/11/2022

NAMA : ANIS SYAHIRAH BT MOHD RAZALI
NO MATRIK : 294353
POSTING 5 : TERAS UTAMA KELUARGA MALAYSIA - KESYUKURAN 🇲🇾

📍Ciri kesyukuran menggariskan beberapa pengkayaan nilai termasuk pembudayaan amalan sihat fizikal dan mental dalam keluarga.

📍Nilai ini boleh dikaitkan dengan pembentukan sikap diri dan emosi ahli keluarga terhadap rasuah. Ahli keluarga yang memiliki fizikal dan mental yang sihat tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan rasuah.

📍Amalan rasuah memudaratkan kesihatan mental apabila ahli keluarga yang terdedah kepada kegiatan rasuah akan turut terdorong untuk melakukan perbuatan salah yang lain seperti mencuri, memeras ugut dan sebagainya.

📍Pembudayaan amalan sihat fizikal dan mental seperti beriadah bersama keluarga, mengamalkan pemakanan yang sihat atau mengikuti wacana keilmuan dikatakan dapat mencegah ahli keluarga daripada terjebak dengan jenayah rasuah.

NAMA : SYARIFAH ARINAH ILYANA BT SYED AHMAD AZAHARINO MATRIK : 294268POSTING 4 : TERAS UTAMA KELUARGA MALAYSIA - KEBERSA...
28/11/2022

NAMA : SYARIFAH ARINAH ILYANA BT SYED AHMAD AZAHARI
NO MATRIK : 294268
POSTING 4 : TERAS UTAMA KELUARGA MALAYSIA - KEBERSAMAAN

📍Ciri kebersamaan menekankan nilai-nilai penting antaranya rasa bertanggungjawab terhadap keluarga.

📍Lazimnya, dalam sesebuah keluarga setiap ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan terbentuknya entiti keluarga yang sempurna dan saling lengkap-melengkapi.

📍Ketua keluarga berperanan memimpin, menjaga dan melindungi ahli-ahli keluarga. Manakala ahli-ahli keluarga yang dipimpin perlu memberi kerjasama dan sokongan yang terbaik kepada ketua keluarga.

📍Kesatuan ini akan memudahkan semua ahli keluarga menyempurnakan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

📍Antara tanggungjawab penting yang perlu digalas secara bersama
ialah semua ahli keluarga perlu menjaga kehormatan dan maruah keluarga.

📍Kehormatan dan maruah akan tercalar apabila terdapat ahli keluarga yang terjebak dengan jenayah rasuah atau yang seumpama dengannya

NAMA : NURUL ANISSYA BT MOHD NAZRINO MATRIK : 294505 POSTING 3 : TERAS UTAMA KELUARGA MALAYSIA - KETERANGKUMAN 🇲🇾📍Ciri k...
28/11/2022

NAMA : NURUL ANISSYA BT MOHD NAZRI
NO MATRIK : 294505
POSTING 3 : TERAS UTAMA KELUARGA MALAYSIA - KETERANGKUMAN 🇲🇾

📍Ciri keterangkuman menyentuh tujuh daripada 20 pengkayaan nilai-nilai di bawah aspirasi Keluarga Malaysia.

📍Dalam konteks pencegahan rasuah, nilai penting yang perlu diterapkan bermula dari rumah ialah menjadikan integriti dan amanah sebagai budaya dalam keluarga.

📍Ahli keluarga yang berintegriti tinggi mendorong kepada kelakuan yang baik dan betul sekaligus menangkis sebarang anasir jahat termasuk rasuah.

📍Prinsip amanah perlu dipupuk dalam diri setiap ahli keluarga bagi membina satu kepercayaan yang tinggi bahawa setiap ahli keluarga mampu melaksanakan segala tugasan dengan jujur dan betul.

📍Anasir-anasir jahat yang cuba mempengaruhi ahli keluarga dapat ditepis dalam usaha mewujudkan sebuah entiti keluarga yang sejahtera.

NAMA : NURHANISAH MAISARAH BT JOHARINO MATRIK :294402POSTING 2 : KESAN KELUARGA MALAYSIA KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN...
28/11/2022

NAMA : NURHANISAH MAISARAH BT JOHARI
NO MATRIK :294402
POSTING 2 : KESAN KELUARGA MALAYSIA KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA

📍Dapat memupuk semangat patriotisme melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara ini, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi.

📍Dapat mengukuhkan perpaduan rakyat dalam kepelbagaian dati segi kaum, bangsa, bahasa dan agama. Variasi ini boleh menjadi satu cabaran kepada Malaysia sekiranya perpaduan dan persefahaman antara warganya tidak diperkukuhkan.

📍Dapat mengekalkan kesejahteraan negara dengan menjalankan amanah dan tanggungjawab demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian seperti yang kita rasai saat ini. Penerapan nilai dan etika yang dituntut Islam dapat mengeratkan perpaduan dan kerukunan hidup dalam masyarakat.

📍Dapat memudahkan pemulihan ekonomi negara kerana terdapat bukti yang meluas memperlihatkan pemulihan berterusan dalam perdagangan dan pelaburan serta penggunaa domestik. Selain itu, prospek pertumbuhan ekonomi negara pada 2022 dijangka lebih baik sejajar dengan perkembangan positif dicatatkan dalam beberapa sektor ekonomi utama.

NAMA : ELMYRA NUR JANNAH BINTI IZZAIDDEANNO MATRIK :294282POSTING 1 : KONSEP KELUARGA MALAYSIA 📍Konsep ‘Keluarga Malaysi...
28/11/2022

NAMA : ELMYRA NUR JANNAH BINTI IZZAIDDEAN
NO MATRIK :294282
POSTING 1 : KONSEP KELUARGA MALAYSIA

📍Konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah menjadi sebutan apabila ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia dianggap sebagai satu simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis akibat pandemik COVID-19. ‘Keluarga Malaysia’ jelas menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam menghadapi situasi yang mencabar.

📍 Sebuah keluarga yang sejahtera memiliki hubungan yang serasi dan seimbang antara ahlinya, saling memberi dan menerima, selain setiap perbezaan diterima dengan hati terbuka, manakala kelemahan yang timbul p**a diatasi secara bersama.

📍“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu sepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia.“ Demikian ungkap beliau semasa berucap buat pertama kali sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 22 Ogos lepas.

📍Menurut Ismail Sabri, konsep Keluarga Malaysia itu menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga, selain frasa (Keluarga Malaysia) itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

📍Konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19.

25/11/2022

Address

Universiti Utara
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keluarga Malaysia - Mpu1013 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share