Penghayatan Etika & Peradaban

Penghayatan Etika & Peradaban MPU 1013 (O)
Etika dan Isu Dalam Penyelidikan
(Kump**an 10)

Posting 6Tema: Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk: Poster Etika dan Isu dalam Penyelidikan✨ Berikut merupakan poster ...
29/12/2021

Posting 6
Tema: Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk: Poster Etika dan Isu dalam Penyelidikan

✨ Berikut merupakan poster 📜 kump**an kami mengenai Etika dan Isu dalam Penyelidikan 📚🔍 bagi semester 1 sesi 2021/2020 (A211). 📝

Kami berharap semua posting kami 🗂 sepanjang semester ini dapat memberi ilmu 🤓💡 dan manfaat 💫 kepada semua yang sudi meluangkan masa ⏰ untuk membaca 💻😊.

Berikut merupakan senarai ahli kump**an 👥 yang terlibat dalam menjayakan posting-posting kami 🤩:

1. Nurul Batrisyia Binti Khairul Faizy (281546)
2. Farah Aqilah Binti Adli (281547)
3. Nurul Syazwina Binti Jailuddin (281550)
4. Nuraida Adliana Binti Mohd Najib (281602)
5. Shash*tharaan A/L Kuppan (281841)
6. Sankara Sri A/L Bathumalai (281865)
7. Muhammad Afiq Azim Bin Azmi (281870)
8. Nanthini A/P Kumaran (281978)
9. Vaahnishri A/P Paleni (282885)
10. Nurul Syafiqah Binti Abdullah (283057)

Terima kasih. 😆❤️

Posting TambahanTema: Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk: Rumusan posting kump**an 10✨ Ini ialah infografik kump**an ...
28/12/2021

Posting Tambahan
Tema: Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk: Rumusan posting kump**an 10

✨ Ini ialah infografik kump**an 10 yang mengandungi rumusan posting 📱 kump**an kami mengenai etika dan isu dalam penyelidikan 📚🔍. Infografik 🔖 ini ialah posting tambahan ✨ bagi merumuskan semua info 🗂📚 daripada posting kami sepanjang semester 1 sesi 2021/2020 (A211). 📝

Kami berharap semua posting kami 🗂 sepanjang semester ini dapat memberi ilmu 🤓💡 dan manfaat 💫 kepada semua yang sudi meluangkan masa ⏰ untuk membaca 💻😊.

Semoga apa info ✨ yang and peroleh daripada posting-posting kami 📱 dapat diaplikasikan dalam kehidupan anda. 🤍

Terima kasih. 😆❤️

Posting 5Tema: Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk: Elemen Penting dalam Etika Penyelidikan✨Dalam memastikan penyelidi...
18/12/2021

Posting 5
Tema: Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk: Elemen Penting dalam Etika Penyelidikan

✨Dalam memastikan penyelidikan dilaksanakan mengikut etika yang betul✅, penyelidik hendaklah memberi perhatian bahawa sebarang pelanggaran dalam etika 🔍penyelidikan boleh memberi kesan kepada perkhidmatan staf, menjejaskan hubungan dengan pihak pembiaya serta memberi kesan negatif terhadap imej penyelidik👩🏻‍🎓. Skop etika penyelidikan bermula dari awal pengurusan geran sehingga kepada akhirnya hasil penyelidikan itu tercapai📚. Ia lebih kepada sikap dan tanggungjawab setiap penyelidik terhadap semua aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan dan memenuhi keperluan pembiaya pada akhirnya📈.

✨Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan‼️. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial❌. Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek👫. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Sebagai contoh, elemen penting dalam etika penyelidikan adalah, menjaga bahasa pertuturan📞, menjaga perasaan responden🎭, mementingkan etika dalam semua peringkat kajian🖇, mengetahui tahap pendidikan seseorang responden👩🏻‍🎓, berterus-terang dengan responden🎦, mengutarakan data yang tepat✅ dan menjaga kerahsiaan responden🚫. Berikut merupakan penerangan bagi setiap elemen yag yang dinyatakan.👇🏻👇🏻

📌Mengetahui tahap pendidikan responden 👩🏻‍🎓

👉🏻Mengambil kira tahap pendidikan sampel yang ingin dikaji 📚Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden ❌ Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan 😱 dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji 🤯

📌Utarakan data yang tepat

👉🏻Bertindak memberikan data yang tidak lengkap ❌ terkeluar dari konteks 💆🏻‍♀️ memalsukan penemuan 🎭atau kemukakan fakta yang mengelirukan 🧐 dianggap melanggar tatasusila penyelidikan 😡

📌Bahasa

👉🏻Penyelidik menyediakan maklumat yang sangat lengkap 📚dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh responden.💆🏻‍♀️ Penerangan juga perlu untuk responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik 🧐

📌Perasaan responden🎭

👉🏻 Penyelidik perlu memberikan masa ⏰yang cukup untuk responden menjawab soalan. Yang sangat penting ialah responden tidak boleh bertanya soalan-soalan 📝yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi 🥺atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Keseluruhanya, penyelidik dilarang mendedahkan responden kepada tekanan mental atau fizikal💬

📌Etika dalam semua peringkat kajian📝

👉🏻Penyelidik harus pentingkan etika pemilihan permasalahan kajian💬, tentukan kaedah penyelidikan📝, pengump**an data, penganalisisan data, interpratasi dan juga melaporkan kajian🖊️

📌Menjaga rahsia responden🤫

👉🏻Penyelidik tidak dibenarkan mendedahkan maklumat ❌mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menjejaskan keselamatan atau menjatuhkan maruah responden. Hak dan maklumat peribadi responden📝 harus dipelihara dan tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga. Tambahan p**a, ada maklumat yang mudah dan pantas disebar kerana mempunyai nilai-nilai tertentu bagi responden. Contohnya, status perkahwinan dan juga maklumat yang sulit.

📌 Berterus-terang dengan responden

👉🏻 berikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan tujuan kajian📚. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian🔍. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan🚶🏻‍♂️🚶🏻‍♀️.

Kesimp**annya, Etika penyelidikan adalah penting ‼️ untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada penyelidik mengenai kepentingan melaksanakan aktiviti penyelidikan secara berintegriti dan dengan hikmah🤝. Oleh yang demikian, nilai-nilai murni dan positif perlu ditanam dalam jiwa semua penyelidik 😇 dan seterusnya melahirkan budaya penyelidikan yang jujur dan ikhlas dalam diri penyelidik🙌🏼. Etika juga merupakan garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian penyelidikan yang dilakukan📈. Penyelidik yang tidak mematuhi etika akan merosakkan reputasi penyelidikan👨🏻‍✈️. Mematuhi etika adalah tanggungjawab penyelidik 💪🏻 dan Kegagalan mematuhi etika akan mengugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan❌.

🖇️ Posting ini disediakan oleh:
282885 Vaahnisri A/P Paleni
283057 Nurul Syafiqah Binti Abdullah

Posting 4Tema:Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk:Isu-isu Etika dalam Penyelidikan📌 Tidak boleh menyebabkan kecederaan...
14/12/2021

Posting 4
Tema:Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk:Isu-isu Etika dalam Penyelidikan

📌 Tidak boleh menyebabkan kecederaan fizikal
Etika peraturan yang betul diperlukan semasa menjalankan penyelidikan iaitu tidak boleh menyebabkan kecederaan fizikal. ⛔Pihak penyelidik seharusnya mempunyai tanggungjawab moral untuk melindungi peserta kajian dan tidak membawa sebarang kecederaan fizikal kepada responden ketika penyelidikan. 📝 Sebagai contoh, kajian ini menyebabkan ketidakselesaan fizikal kepada peserta, mungkin mereka menderita kesakitan atau bahkan boleh membahayakan. ❌ Oleh itu, pihak penyelidik seharusnya tidak memberi tekanan kepada responden untuk melanjutkan jika mereka tidak menginginkannya⚠️

📌 Tidak boleh menyebabkan masalah psikologi

Pada waktu penyelidikan, pentingnya isu yang sedang disiasat para penyelidik perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak dan martabat peserta penyelidikan iaitu tidak boleh menyebabkan masalah psikologi. ⚠️ Ini bermaksud bahawa mereka mesti mematuhi prinsip dan peraturan tingkah laku moral tertentu. Sebagai contoh, di Britain, garis panduan etika untuk penyelidikan diterbitkan oleh British Psychological Society dan di Amerika oleh American Psychological Association. 📝 Tujuan kod tingkah laku ini adalah untuk melindungi peserta kajian, reputasi psikologi, dan psikologi itu sendiri. Masalah moral jarang menghasilkan jawapan yang sederhana, tidak jelas, betul atau salah. Oleh itu, selalunya menjadi pertimbangan sama ada kajian itu dibenarkan atau tidak. ⛔

📌 Masalah undang-undang
Setiap penyelidikan yang berkaitan manusia hendaklah mengikut etika dan tertib penyelidikan dan tidak menyebabkan masalah undang-undang. 📝 Pihak penyelidik mestilah mengikut standard etika dan prosedur bagi penyelidikan berkaitan manusia seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (World S.UU (A)002/12 8 Health Organization) (WHO) atau badan lain diiktiraf oleh Universiti. ⚠️Selain itu, menghormati maruah manusia, mendapat kebenaran atau keizinan bertulis daripada subjek penyelidikan dan meminimumkan kemudaratan serta memaksimumkan faedah kepada manusia sejagat⛔

📌Perlu berhati-hati apabila meminta seseorang menceritakan sesuatu perkara

Semasa penyelidikan,pihak penyelidik perlu berhati-hati ketika menjalankan temubual kerana dikhuatiri perkara yang dijelaskan oleh responden itu mungkin akan memberi kesan yang buruk kepadanya⛔Oleh itu,pihak penyelidik perlu lebih peka dan berwaspada bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan responden supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini❌Sebagai contoh dendam boleh terjadi kepada responden yang mungkin boleh mengancam keselamatan responden⚠️Sesuatu maklumat yang disampaikan mungkin sulit oleh itu pihak penyelidik perlu berhati-hati semasa mendapatkan maklumat📝

📌Penglibatan secara sukarela

Dalam penyelidikan,penglibatan responden hendaklah secara sukarela✅Penyelidikan mestilah dilakukan secara benar dan telus🤝Pihak penyelidik tidak boleh melakukan sebarang paksaan atau sogokan bagi mendapatkan maklumat❌Responden dilindungi oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]👨🏻‍⚖‍

📌Tidak melibatkan paksaan

Penyelidikan yang dijalankan tidak boleh dilakukan secara paksaan kerana ia boleh memberi tekanan kepada responden❌Respoden mempunyai hak peribadi samaada mahu atau tidak memberi kerjasama semasa temubual🗣️Hak peribadi dan privasi responden mestilah dijaga oleh pihak penyelidik di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010[Akta 709]👨🏻‍⚖‍

📌Penglibatan di mana kump**an yang dikaji tidak tahu tentang penyelidikan hanya boleh dilakukan untuk penyelidikan yang mempunyai sebab-sebab metadologikal yang kukuh

Pengkaji tidak boleh memastikan ketidakpastian hanya berdasarkan pemerhatian secara rawak❌Pengkaji mestilah mempunyai kaedah dan metadologikal yang kukuh semasa menjalankan penyelidikan📝Kump**an yang dikaji iaitu responden mestilah dijelaskan sebab-sebab kajian dijalankan supaya mudah memberi kerjasama🤝Kump**an dikaji juga mestilah diberikan penerangan secara jelas dan benar berkaitan kajian yang sedang dijalankan✅

🖇️ Posting ini disediakan oleh:
281870 Muhammad Afiq Azim Bin Azmi
281978 Nanthini A/P Kumaran

Posting 3Tema: Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk: Aspek-aspek Penting dalam Etika Penyelidikan📌 1) Penyertaan Sukare...
28/11/2021

Posting 3
Tema: Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk: Aspek-aspek Penting dalam Etika Penyelidikan

📌 1) Penyertaan Sukarela
• Subjek ambil bahagian dalam kajian secara sukarela tanpa paksaan.
• TIDAK BERETIKA / DILARANG: halang subjek kajian drp mengetahui maklumat paksa subjek ambil bahagian.
• Paksaan/ beri insentif utk mendpt kebenaran tidak boleh dilakukan.
• Jika subjek enggan bekerjasama, pengkaji beritahu tentang kepentingan kajian & memujuk subjek.
• Jika subjek x bersetuju, pengkaji gunakan subjek lain dalam senarai subjek tambahan.

📌 2) Penentuan diri
• Pengkaji perlu tahu bahawa setiap individu yg dipilih sebagai subjek kajian mempunyai hak utk menilai maklumat kajian sebelum membuat keputusan utk ambil bhg /tidak.
• Pemberitahuan maklumat yg palsu akan mempengaruhi kajian kerana selepas responden mengetahui tujuan sebenar kajian responden mungkin akan rasa tertipu & x mahu bekerjasama.

📌 3) Kecederaan fizikal & psikologi /mental
• Pengkaji harus melindungi responden drp apa2 kesan –ve / kcederaan fizikal/mental setelah melalui proses kajian.
• X kira apa jenis responden (manusia, haiwan, tumbuhan)
• Pengkaji perlu nyatakan secara jujur tentang akibat & risiko yg akn dhadapi oleh responden walau mungkin mengakibatkan subjek kajian membuat keputusan utk x sertai kajian.

📌 4) Identiti pengkaji
• Identiti pengkaji perlu diberitahu sblm meminta kbenaran subjek utk ambil bhgian.
• Ssetengah org mungkin x ingin ambil bhgian krn latar belakang pengkaji & bdn yg menaja penyelidikan bercanggah dgn pendirian subjek kajian.

📌 5) Rahsia peribadi
• Rahsia peribadi terbahagi kpd 3 jenis;
• a) Kepekaan maklumat yg diberi
o Kepekaan maklumat: potensi ancaman /ugutan terhadap responden setelah suatu maklumat ddedahkan kpd umum.
o Cth ancaman: agama, pendapatan, prasangka bangsa & ciri-ciri peribadi.
• b) Keadaan psekitaran diri responden
o Mrujuk kpd persekitaran khas responden spt tmpt tinggal, kenderaan, tmpt bkerja & tmpt2 yg sering dilawati.
• c) Keupayaan penyebaran maklumat
o Ada mklumat yg mudah & pantas disebar krn mempunyai nilai-nilai tertentu bagi pihak2 tertentu.
o Cth: status perkahwinan pelakon, ahli politik & org2 terkenal
o Smakin tinggi keupayaan penyebaran maklumat, smakin tinggi thp krahsiaan mklumat tersebut.

📌 6) Ketanpanaman
• Segala maklumat yg dbekalkan oleh subjek perlu dirahsiakan identiti pembekal maklumat tersebut.
• Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak dapat mengenali siapakah subjek yg mmbekalkan maklumat/ data kajian.
• Kaedah temu bual: responden berhak x dirakamkn suara/ gambar diri dgn mgunakan perakam kaset/ video.
• Maklumat yg dikumpulkn hanya dketahui oleh pngkaji shj.

📌 7) Perjanjian sulit
• Pengkaji perlu buat perjanjian dengan jelas secara bertulis & prjanjian trsebut perlu diambil serius oleh pengkaji.
• Cara2 memastikan maklumat “sulit”.
• Memadamkan identiti nama
• Meringkaskn kategori laporan

📌 8) Pembelotan
• Berlaku apabila data yg dijnjikan sbg sulit oleh pngkaji dikemukakan kpd org ramai.
• Menyebabkan keaiban atau pnderitaan kpd responden
• Kejadian pecah amanah: pngkaji diberi insentif/ kebaikan oleh pihak2 trtentu yg ingin mndapatkn maklumat trsebut.
• Biasa brlaku pd bukti2 / maklumat2 yg negatif yg akn mndatangkn akibat yg buruk kpd responden.

📌 9) Hak cipta
• Pengkaji perlu dapatkan kebenaran scra brtulis dpd pemilik instrumen kajian yg sedia ada, sblm mgunakannya.
• Tindakan undang2 akn diambil trhadap individu yg mgunakan hasil kerja org lain tanpa kebenaran bertulis.

🖇️ Posting ini disediakan oleh:
281841 Shash*tharaan Kuppan
281865 Sankara Sri Bathumalai

Posting 2Tema: Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk: Tiga Tahap dalam Etika Isu PenyelidikanEtika isu dalam penyelidika...
17/11/2021

Posting 2
Tema: Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk: Tiga Tahap dalam Etika Isu Penyelidikan

Etika isu dalam penyelidikan mempunyai tiga tahap yang penting yang harus diimplementasikan untuk memastikan kelancaran dalam aktiviti penyelidikan. 🕵🏻‍♂️ Tahap yang pertama dilakukan sebelum proses penyelidikan. Seterusnya, tahap yang kedua p**a dilakukan semasa proses penyelidikan. Akhir sekali, tahap yang ketiga dilaksanakan setelah selesai aktiviti penyelidikan.

📌 Tahap 1: Etika isu penyelidikan sebelum pelaksanaan penyelidikan 🔎

Sebelum pelaksanaan penyelidikan, kelulusan atau kebenaran bertulis haruslah didapatkan daripada semua pihak yang bakal terlibat dalam sesuatu aktiviti penyelidikan. Perkara ini hendaklah didapati dalam tempoh masa yang praktikal iaitu dalam masa sebulan hingga tiga bulan.

Kebenaran dan kelulusan bertulis 📑 ini terbahagi kepada 2 jenis:

1. Kebenaran daripada organisasi 🏢di mana aktiviti penyelidikan yang akan dijalankan.

2. Kebenaran peribadi 👤 daripada responden yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penyelidikan yang hendak dijalankan.

📌 Tahap 2: Etika isu penyelidikan semasa dijalankan

Semasa menjalankan proses penyelidikan, proses ini juga berkait rapat dengan instrumen dan juga prosedur atau langkah-langkah yang digunakan. Penyelidik haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi disamping mematuhi prinisp- prinsip etika. Contohnya:

✏️Tidak menggunakan data-data responden sesuka hati dan menggunakannnya untuk tujuan selain daripada proses penyelidikan.

✏️ Mendapatkan kebenaran daripada responden untuk menggunakan maklumat yang dikongsi.

Perkara ini amat penting ❗bagi memastikan keselamatan responden serta menjamin ketelusan data yang dikumpul. Selain itu juga, proses penyelidikan yang dijalankan juga akan berjalan dengan lancar.

📌 Tahap 3: Etika isu penyelidikan setelah selesai aktiviti penyelidikan.

Setelah selesai menjalankan aktiviti penyelidikan, perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh penyelidik 🕵️‍♂️ ialah cara laporan itu disediakan. Penyelidik haruslah bersikap jujur dan bertanggungjawab semasa menganalisis data yang telah dikumpul untuk mengelakkan sebarang masalah manip**asi timbul. Penyelidik haruslah mnjelaskan dan menerangkan secara terperinci data yang dikumpul sebagaimana yang diperkatakan dan dinyatakan oleh responden. Akhir sekali, penyelidik juga boleh berkongsi hasil kajian dan laporan yang ditulis ✍️ dengan individu – individu yang telah mengambil bahagian semasa proses penyelidikan ini dijalankan.

Ketiga-tiga tahap etika isu dalam penyelidikan ini penting untuk memastikan aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan tanpa melakukan sebarang salah laku penyelidikan. Antara amalan tidak beretika 🚫 yang dapat dihindarkan jikalau kita menggunakan Tiga Tahap dalam Etika Isu Penyelidikan adalah seperti:

❌ Merahsiakan informasi sebenar tentang proses penyelidikan.

❌ Melaksanakan penyelidikan tanpa kebenaran dan kelulusan organisasi ataupun responden.

❌ Secara tidak langsung menceroboh hak privasi atau peribadi responden.

❌ Mendedahkan informasi yang diberikan daripada responden yang dapat memberikan mereka tekanan mental dan emosi. 🎭

🚨Salah Laku dalam Etika Isu Penyelidikan🚨

1. Pemalsuan Data📝

Kelakuan pemalsuan data ini sering terjadi dan berlaku apabila penyelidik 🕵🏻‍♂️ memalsukan data bagi tujuan seperti ingin mendapatkan dapatan kajian yang penting secara statistik agar dapat diterbitkan dalam jurnal. 📋

2. Penyelewengan Dalam Pelaporan 📚

Kelakuan ini selalu berlaku apabila penyelidik 🕵🏻‍♂️ memberikan gambaran atau tanggapan yang salah tentang sesuatu penyelidikan🔍 yang telah dilakukannya supaya laporan yang telah dihasilkan itu diterima masyarakat.

3. Plagiat 💡

Kelakuan plagiat atau ciplak ini ialah perbuatan yang di mana penyelidik telah meniru sebahagian atau seluruh karya penyelidik lain tetapi mengatakan data tersebut adalah miliknya ❌. Perkara ini sering berlaku apabila penyelidik 🕵🏻‍♂️ tidak dapat atau gagal menyatakan sumber maklumat 🗂dalam penulisannya.

🖇️ Posting ini disediakan oleh:
281550 Nurul Syazwina binti Jailuddin
281602 Nuraida Adliana binti Mohd Najib

Posting 1Tema: Etika dan Isu dalam PenyelidikanTajuk: Pengenalan kepada Etika dalam PenyelidikanPenyelidikan adalah satu...
13/11/2021

Posting 1
Tema: Etika dan Isu dalam Penyelidikan

Tajuk: Pengenalan kepada Etika dalam Penyelidikan

Penyelidikan adalah satu usaha 💪🏻 untuk mencari sesuatu info 🔍 mengenai masalah-masalah yang sedang dikaji 📝 dimana ia boleh dijalankan secara individu ataupun berkump**an. Banyak faktor yang perlu diambil kira ‼️ untuk menjalankan aktiviti penyelidikan kerana kebanyakannya akan melibatkan pergaulan sosial bersama orang awam 👥.

Untuk mendapatkan informasi tersebut, penyelidik 🕵🏻‍♂️ hendaklah membuat beberapa persiapan seperti kertas kerja 📑, mempunyai sistem kerja yang sistematik🗃, serta prosedur dan teknik yang betul ✅ untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan yang dialami. Tambahan itu, satu lagi unsur penting yang tidak boleh terlepas pandang adalah etika dalam penyelidikan. ‼️‼️

Untuk memastikan sesuatu penyelidikan 🔎 itu dapat berjalan dengan lancar ✨ dan sistematik, penyelidik tersebut haruslah mematuhi etika 💁🏻‍♀️💁🏻 yang betul dalam penyelidikan terutamanya yang melibatkan pergaulan sosial. 👥 Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan 🙅🏻🙅🏻‍♀️ akan merosakkan reputasi ❌📉 penyelidikan sosial itu sendiri.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian 💢 yang serius kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek dan berkait langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. 🕵🏻🕵🏻‍♀️🔍 Penyelidik hendaklah mendapatkan kepercayaan 😇 responden untuk menjadi aset utama 🙆🏻‍♀️🙆🏻‍♂️ kepada aktiviti penyelidikan dan kajian yang sedang dijalankan. Dengan etika yang betul, responden akan lebih selesa dan mudah untuk memberi kerjasama. 😊✨

📌 Antara etika penyelidikan umum yang perlu dipatuhi adalah:

1. Kejujuran 😇

Kejujuran ialah aspek yang penting ‼️‼️ dalam diri seorang penyelidik 🕵🏻‍♀️🕵🏻. Penyelidik perlulah jujur dalam merekod, 📋 melapor dan menganalisis data. 📝 Data yang diperoleh tidak boleh diubah atau dimanip**asi kerana ia telah melanggar etika penyelidikan. 🙅🏻‍♀️🙅🏻

2. Berhati-hati 🚫

Sifat berhati-hati adalah penting untuk mengelakkan sebarang kesilapan terhadap data 📊📄 yang akan diperoleh. Jika penyelidik tidak ‼️berhati-hati, kesilapan yang berlaku akibat kecuaian penyelidik boleh menjejaskan kualiti penyelidikan. 📉

3. Keterbukaan 🤗

Penyelidik mestilah bersifat terbuka ✨ untuk menerima sebarang teguran atau kritikan demi penambahbaikan pada masa hadapan 😎. Sifat keterbukaan ini juga merangkumi perkongsian data, keputusan dan idea. ✅

4. Menghormati rakan sekerja 🧍🏻‍♀️🧍🏻

Sikap menghormati rakan sekerja adalah perkara yang tidak boleh diambil mudah. ❌ Tidak kira bidang apa pun selain penyelidikan, kita mesti mempunyai sikap menghormati antara satu sama lain. ‼️ Sikap ini penting untuk mengelakkan sebarang konflik di tempat kerja. Dengan adanya sikap menghormati antara satu sama lain, suasana di tempat kerja akan menjadi lebih selesa dan positif. 😇💐

5. Undang-undang 🗂

Penyelidik harus memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan sepanjang masa. ⏰ Pelanggaran undang-undang akan menyebabkan penyelidik itu tidak berketika dalam penyelidikan. 😡❌

Kesimp**annya,📝 etika semasa menjalankan penyelidikan amatlah penting ‼️ kerana ia melibatkan beberapa pihak atau orang awam untuk mencari maklumat-maklumat 📑🗂📋 yang diperlukan.

Etika- etika penyelidikan umum yang disampaikan di petikan di atas seperti kejujuran, 😇berhati-hati, 🧐 keterbukaan, 🤗 menghormati rakam sekerja 👥 dan undang-undang 📑📋 merupakan sifat-sifat positif ✅ dan beretika yang perlu ada pada setiap penyelidik 🕵🏻‍♀️🕵🏻.

Perkara ini perlu dititikberatkan kepada semua individu kerana semakin ramai pelajar 🤓 yang sudah mula diberi pendedahan dengan aktiviti penyelidikan. 📝🔍

🖇️ Posting ini disediakan oleh:
281546 Nurul Batrisyia Binti Khairul Faizy
281547 Farah Aqilah Binti Adli

📢 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera📌 page ini adalah UUM Penghayatan Etika dan Peradaban MPU 1013 O (Kump**...
30/10/2021

📢 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

📌 page ini adalah UUM Penghayatan Etika dan Peradaban MPU 1013 O (Kump**an 10).

📌 Page ini ditubuhkan untuk tujuan projek kump**an dengan perkongsian maklumat tentang Etika dan Isu Dalam Penyelidikan.

📌 Berikut merupakan senarai ahli kump**an yang terdiri daripada:

1. Nurul Batrisyia Binti Khairul Faizy (281546)
2. Farah Aqilah Binti Adli (281547)
3. Nurul Syazwina Binti Jailuddin (281550)
4. Nuraida Adliana Binti Mohd Najib (281602)
5. Shash*tharaan A/L Kuppan (281841)
6. Sankara Sri A/L Bathumalai (281865)
7. Muhammad Afiq Azim Bin Azmi (281870)
8. Nanthini A/P Kumaran (281978)
9. Vaahnishri A/P Paleni (282885)
10. Nurul Syafiqah Binti Abdullah (283057)

Sekian, Terima Kasih. ✨

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share