MPP IBS UUM

MPP IBS UUM Jom ikuti kami di laman media sosial rasmi MPP IBS UUM untuk mendapatkan sebarang perkembangan serta

✨ [Selamat Hari Raya Aidilfitri]✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.Majlis Perwakilan Pelajar Pusat P...
20/03/2026

✨ [Selamat Hari Raya Aidilfitri]✨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Perniagaan Islam (MPP IBS), bersama barisan persatuan di bawah Pusat Pengajian Perniagaan Islam, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga IBS dan Universiti Utara Malaysia.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang menjawat.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna kebahagiaan, mengeratkan ukhuwah sesama kita serta dilimpahi keberkatan dalam setiap langkah yang diambil.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Majlis Perwakilan Pelajar
Pusat Pengajian Perniagaan Islam
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2025/2026

[MEMPERKENALKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2025/2026]Assalamualaikum, Salam Sejahte...
14/03/2026

[MEMPERKENALKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2025/2026]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) dengan sukacitanya memperkenalkan :

1. FARIS DANIAL BIN MISNAN
(ljazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian)

2. MUHAMMAD IZZAT BIN NOOR MOHD HIZIR
(ljazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian)

Sebagai wakil pelajar, kami MPP IBS, berperanan sebagai penghubung antara mahasiswa dan mahasiswi untuk memastikan setiap suara didengar. Kami sentiasa berusaha memupuk hubungan baik dan menyediakan ruang untuk anda berkongsi pandangan atau cadangan.

Sokongan padu daripada seluruh warga Pusat Pengajian Perniagaan Islam amat penting untuk memastikan keharmonian dan kejayaan bersama.
Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2025/2026
______________________________________________________________________________

[INTRODUCING THE STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL OF THE ISLAMIC BUSINESS SCHOOL FOR THE 2025/2026 SESSION]

Assalamualaikum, Peace be upon you, and Salam Biru Warna. The Student Representative Council of Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) is pleased to introduce:

1. FARIS DANIAL BIN MISNAN
(Bachelor of Islamic Finance and Banking with Honours)

2. MUHAMMAD IZZAT BIN NOOR MOHD HIZIR
(Bachelor of Muamalat Administration with Honours)

As student representatives, we, the IBS SRC, act as a bridge for the students to ensure that every voice is heard. We constantly strive to foster good relationships and provide a platform for you to share your views or suggestions.

Solid support from all members of the Islamic Business School is highly essential to ensure our mutual harmony and success.
Thank you.

STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL
ISLAMIC BUSINESS SCHOOL
Universiti Utara Malaysia
2025/2026 Session

/26

[MESYUARAT BERSAMA PRESIDEN KELAB PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2024/2025 ]Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera ...
05/02/2025

[MESYUARAT BERSAMA PRESIDEN KELAB PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2024/2025 ]

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Pada 21 Disember 2024 (Sabtu), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pusat Pengajian Perniagaan (IBS) telah mengadakan satu mesyuarat bersama Presiden Kelab dibawah Pusat Pengajian Pernigaan Islam iaitu Kelab Kewangan dan Perbankan Islam, Kelab Pentadbiran Muamalat dan Kelab Pengurusan Halal.

Dalam mesyuarat ini, lima agenda utama telah dibincangkan iaitu :

1. Pengenalan diri MPP Pusat Pengajian Perniagaan Islam (MPP IBS) sesi 2024/2025.

2. Sesi pengenalan semua Presiden Kelab Pusat Pengajian Perniagaan Islam Sesi 2024/2025.

3. Perbincangan berkaitan Majlis Anugerah Dekan.

4. Pembentangan takwim program bagi Kelab Pusat Pengajian Perniagaan Islam Sesi 2024/2025.

5. Perbincangan kerjasama program yang boleh dijalankan bagi Sesi 2024/2025.

Akhir kata, semoga perjumpaan bersama wakil badan pelajar Pusat Pengajian Perniagaan Islam ini dapat mengeratkan hubungan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pelajar serta mengukuhkan lagi produktiviti, khususnya untuk Pusat Pengajian Perniagaan Islam.

Sekian terima kasih.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM,
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2024/2025



[KUNJUNGAN HORMAT DEKAN PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM]Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.Pada ...
05/02/2025

[KUNJUNGAN HORMAT DEKAN PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM]

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Pada 14 November 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Perniagaan (MPP IBS) telah mengadakan satu kunjungan hormat bersama Yang Berusaha Prof. Dr. Selamah Maamor.

Dalam kunjungan hormat ini, tiga agenda utama telah dibincangkan iaitu :

1. Pengenalan diri MPP Pusat Pengajian Perniagaan Islam (MPP IBS) sesi 2024/2025.

2. Pembentangan rancangan inisiatif MPP IBS yang akan dilaksanakan bagi manfaat pelajar Pusat Pengajian Perniagaan Islam.

3. Harapan dan Sokongan daripada Dekan serta pihak pengurusan Pusat Pengajian Perniagaan islam kepada MPP IBS Sesi 2024/2025.

Akhir kata, semoga perjumpaan bersama Prof. Dr. Selamah Maamor selaku Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam ini dapat mengeratkan hubungan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pihak pengurusan serta mengukuhkan lagi produktiviti, khususnya untuk Pusat Pengajian Perniagaan Islam.

Sekian terima kasih.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM,
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2024/2025



[MEMPERKENALKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2024/2025]Assalamualaikum, Salam Sejahte...
15/12/2024

[MEMPERKENALKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2024/2025]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Biru Warna.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) dengan sukacitanya memperkenalkan :

1. NIK NUR DIYANA BINTI NIK AHMAD RIZAL
(Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian)

2. MUHAMMAD IZZAT BIN NOOR MOHD HIZIR
(Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian)

Sebagai wakil pelajar, kami MPP IBS, berperanan sebagai penghubung antara mahasiswa dan mahasiswi untuk memastikan setiap suara didengar. Kami sentiasa berusaha memupuk hubungan baik dan menyediakan ruang untuk anda berkongsi pandangan atau cadangan.

Sokongan padu daripada seluruh warga Pusat Pengajian Perniagaan Islam amat penting untuk memastikan keharmonian dan kejayaan bersama.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2024/2025



[UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN]KEPADA MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PERN...
28/11/2024

[UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN]
KEPADA MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM SESI 2023/2024]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Kami, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) sesi 2024/2025, ingin mengucapkan setulus penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan MPP IBS sesi 2023/2024.

Terima kasih atas segala usaha, komitmen, dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah. Kepimpinan anda telah banyak membantu memperkukuh hubungan antara pelajar, pensyarah, dan pusat pengajian. Anda telah menjadi contoh teladan yang baik dan memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan tugas ini dengan penuh dedikasi.

Kami sangat menghargai semua inisiatif dan program yang telah anda jalankan, yang bukan sahaja memperkayakan pengalaman kami sebagai pelajar tetapi juga mengukuhkan nama pusat pengajian di peringkat universiti dan peringkat luaran.

Doa kami semoga anda semua terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburi selepas ini. Semoga setiap usaha dan jasa anda menjadi amal jariah yang diberkati oleh Allah SWT.

Sekali lagi, terima kasih atas kepimpinan yang hebat. Semoga legasi anda terus menjadi inspirasi untuk generasi akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2024/2025




Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP IBS UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category