Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 11

Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 11 Group Assignment: Kumpulan 11
Subjek: MPU1013 - Penghayatan Etika dan Peradaban - Group Q
Lecturer:

MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (KUMPULAN Q) KUMPULAN 11  🇲🇾Selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian, kami d...
24/12/2021

MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (KUMPULAN Q) KUMPULAN 11 🇲🇾

Selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian, kami dari kumpulan 11 akan menyampaikan maklumat dalam FB page kami dan berharap maklumat yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca. 👍
Terima kasih 🥰

Tajuk poster kami adalah :
Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia✨

Tajuk : Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia.Isu : Peranan Kerajaan dalam membentuk perpaduan dalam me...
17/12/2021

Tajuk : Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia.
Isu : Peranan Kerajaan dalam membentuk perpaduan dalam menangani krisis kesusahan rakyat ketika Covid-19.

Ketika dunia di landa gelombang penularan virus merbahaya, Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya terjejas dari segi ekonomi dimana segelintir masyarakat mengalami masaalah kewangan dan terputus bekalan makanan malah kita juga tidak mencukupi kakitangan barisan hadapan.

Oleh yang demikian kerajaan telah memperkenalkan slogan "Kita jaga Kita" dimana slogan ini diguna pakai untuk membentuk satu semangat patriotisme di kalangan masyarakat dalam bersama menghadapai dan melawan krisis ini bagi memperkukuhkan lagi perpaduan bersama yang dibina selama ini.

Slogan "Kita jaga Kita" bukan sahaja melambangkan diri sendiri dalam mencegah penularan virus ini tetapi frasa ini lebih dituju kan meluaskan di kalangan masyarakat dalam bersama kita menjadi barisan hadapan dalam membantu antara satu sama lain bangkit bersama ketika menghadapi kesusahan.

Berikutan perkara tersebut pelbagai inisiatif dan program telah dijalankan dari pelbagai pihak demi menyahut seruan kerajaan dalam membantu antara satu sama lain. Memetik kata kata dari mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin “Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.”

Disediakan Oleh : NOR ASMIDA MOHD NOOR | 288867

Tema : Pemantapan Kesepaduan Nasional MalaysiaTajuk : Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat MalaysiaIsu : Rakyat...
28/11/2021

Tema : Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Tajuk : Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia
Isu : Rakyat Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) membantu masyarakat yang memerlukan dengan memberi bantuan makanan dan keperluan asas

Persoalannya, adakah semua rakyat Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) membantu masyarakat yang memerlukan dalam waktu kesukaran ini ❓❓

Pada pendapat saya, saya bersetuju bahawa setiap rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak berpeluk tubuh dan telah bersatu untuk membantu dan menyokong masyarakat antara satu sama lain.🥰

👉 Kita boleh lihat ramai yang terdiri dari individu telah menyumbangkan bantuan terutamanya bantuan makanan. Ramai individu telah memberikan bantuan makanan seperti menyediakan makanan dan keperluan asas tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang kepada jiran atau masyarakat lain yang memerlukan bantuan. 📦 Saya rasa ini adalah lambang kesepaduan rakyat Malaysia kerana semua rakyat menyumbangkan apa yang mereka boleh bantu kepada orang yang memerlukan untuk bersama-sama mengharungi waktu kesukaran. 💌

👉 Di samping itu, banyak badan bukan kerajaan (NGO) turut menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan sepanjang tempoh krisis ini. 💯 Di antara begitu banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan, salah satunya yang paling menarik perhatian saya. 🧐 Sebuah video dari Kelantan merakamkan ramai orang Melayu di Kelantan beratur untuk menerima bantuan makanan dan keperluan asas yang disediakan oleh Persatuan Cina Buddha.🤝 Ini membuktikan kesepaduan rakyat Malaysia sememangnya wujud, kerana semua rakyat tanpa mengira kaum akan saling membantu antara satu sama lain. 🤩

🔖 Ringkasnya, pandemik Covid-19 telah membentuk kesepaduan rakyat Malaysia. 👍 Ia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang hidup dalam kesusahan boleh saling bergantung dan membantu antara satu sama lain, dan rakyat boleh bersatu tanpa bantuan kerajaan atau ahli politik. 💪 Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga melihat semua rakyat Malaysia membantu antara satu sama lain untuk menghadapi cabaran pandemik Covid-19.🇲🇾 Pada pandangan saya, setiap rakyat Malaysia harus menjadi insan yang beretika dan beradab dalam tempoh kesukaran ini, dengan menyumbangkan apa yang boleh diberikan tanpa mengira bangsa dan agama, kepada masyarakat lain yang memerlukan bantuan.📢

Disediakan oleh : LOW SHI MING (284637)

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional MalaysiaTajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat MalaysiaIsu : Peratu...
22/11/2021

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional Malaysia
Tajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat Malaysia

Isu : Peraturan dan langkah keselamatan MKN dipatuhi bersama fasa endamik

PERGERAKAN MERENTAS NEGERI DAN NEGARA DIBENARKAN ‼️‼️

Rakyat negara ini dalam mematuhi peraturan dan Langkah keselamatan MKN secara berterusan, supaya mencetuskan gelombang baharu penularan jangkitan COVID-19, khususnya membabitkan golongan berisiko. Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih longgar iaitu Pelan Pemulihan Negara (PPN) – SOP FASA 4 mulai 4 November 2021. Terdapat beberapa sektor dan aktiviti telah dibenarkan untuk dijalan seperti ketetapan yang diberi.

Yang penting, JAGA KESIHATAN, JAGA KEBERSIHAN DAN PENTING SEKALI PAKAI PELITUP MUKA 😷😷😷

Disediakan oleh : RAMYAWATHANI A/P SIVA KUMARAN (288877)

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional MalaysiaTajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat MalaysiaIsu : Menjad...
21/11/2021

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional Malaysia
Tajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat Malaysia
Isu : Menjadi sukarelawan tak kira bangsa dan agama bagi menangani pandemik Covid-19

🍭Seperti yang kita maklum, pandemik Covid-19 telah membuatkan rakyat Malaysia diuji dengan pelbagai keadaan yang menyukarkan hidup mereka untuk meneruskan rutin hariannya seperti biasa. 🤒😷

🍭Tahukah anda bahawa bilangan kematian pesakit Covid-19 yang meningkat secara mendadak pada bulan September lalu dengan bilangan 9,550 kes kematian direkodkan dan 73 peratus korban Covid di Malaysia adalah pada bulan Ogos dan September baru-baru ini.😰

🍭Menteri Kesihatan Malaysia, Kairy Jamaluddin menggesa agar pertambahan kes kematian ini segera dapat dipulihkan kerana dengan jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sudah berada antara jumlah kes tertinggi dunia. 🌍

🍭Bagi membasmi peratusan kes jangkitan dan kematian Covid-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menawarkan rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan Frontliner bagi menyalurkan tenaga untuk Bersama-sama merawat dan melawan virus Covid-19.👩‍⚕️👨‍⚕️

🍭Oleh itu, sebilangan besar rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan Frontliner. Para sukarelawan ini terdiri dari masyarakat remaja yang berumur lingkungan 15 tahun hingga masyarakat dewasa yang berumur lingkungan 40 tahun. 👨👴

🍭Selain itu, antara perkara yang menarik tentang sukarelawan Frontliner ini adalah mereka terdiri dari kaum yang pelbagai seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.👱🏼‍♂️👲🏻👳🏾‍♂️

🍭Dengan adanya bantuan tenaga oleh sukarelawan frontliner ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihak Kemanterian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus-lumus berjuang menentang Covid-19.💉

🍭Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersatu di bawah satu bendera tanpa mengira kaum dan bangsa dalam perjuangan menentang virus Covid-19. Harapan saya agar rakyat Malaysia akan dapat menghindarkan sifat perkauman yang tidak akan memberi manfaat kepada negara.🇲🇾

Disediakan oleh : Harith Rahimy Bin Khairuddin (288707)

21/11/2021

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional Malaysia
Tajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat Malaysia
Isu : Kerjasama Awam Swasta

Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV) World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), adalah satu daripada hasil kerjasama dari pihak Kerajaan dan Swasta dalam melicinkan proses Pemberian Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) dan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) seluruh negara.

PPV merupakan satu komuniti mini , atas tujuan yang satu dalam memberikan vaksinasi kepada masyarakat. Masyarakat Malaysia berganding bahu merentasi sempadan sektor awam atau swasta dalam menjawakan PICK & PIKAS.

Setakat 27 Oktober 20219, Malaysia telah membuktikan bahawa rakyat telah berkerjasama menggembléng tenaga dan keringat, sehingga tercatat seramai 94.9 populasi dewasa lengkap divaksinasi. Sejarah cemerlang ini akan terus dikhabarkan kepada generasi akan datang. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang bersatu hati dan bersepadu.

Amiruddin Muhammad
(288774)

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional malaysiaTajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat MalaysiaIsu : Masyar...
21/11/2021

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional malaysia
Tajuk : Pandemik Covid-19 membentuk kesepaduan rakyat Malaysia
Isu : Masyarakat orang asli dan pedalaman juga tidak terkecuali menerima vaksin

PENERIMAAN VAKSIN BAGI ORANG ASLI 🤔💉

🔎Program Vaksinasi telah diterima oleh golongan orang asli?

👉 Dalam membentuk kesepaduan rakyat Malaysia, masyarakat orang asli juga turut bersama-sama membanteras virus covid-19 tersebut. Hal ini dapat membantu Malaysia untuk mengelakkan kadar jangkitan yang lebih tinggi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

🔎Bagaimana masyarakat orang asli yang tinggal di luar bandar? Ada kemudahan lain ke?

👉 Iya ada. Mara Liner merupakan PPV bergerak yang memudahkan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman untuk mengambil vaksinasi tersebut. Mara Liner tersebut telah berjaya memudahkan urusan vaksinasi yang melibatkan orang asli, warga emas, gelandangan, orang kurang upaya (OKU) dan golongan B40.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia telah bersama-sama membentuk kesepaduan rakyat di kala pandemik ini. Justeru itu, pihak lain juga perlu bersama-sama supaya kita dapat membendung covid-19 ini daripada negara kita. Kita boleh 💪🇲🇾

Disediakan oleh : Amira Aqilah Binti Rahman Putra (284548)

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional malaysia🥰✨Tajuk : Pandemik Covid-19 🦠 membentuk kesepaduan rakyat Malaysia🥇Isu : K...
20/11/2021

Tema : Pemantapan kesepaduan nasional malaysia🥰✨
Tajuk : Pandemik Covid-19 🦠 membentuk kesepaduan rakyat Malaysia🥇
Isu : Kesepakatan melindungi diri sendiri dan masyarakat dengan mengambil vaksin✨✨

BETUL KE RAKYAT MALAYSIA NI BERSATU-PADU?🌸🔥

Memang benar lah kata orang, rakyat Malaysia🇲🇾 ni dalam bab-bab bersatu hati memang kelas pertama🔑🥇. Tidak kira bangsa apa pun semua bersatu-padu nak melawan Covid-19 dengan mendaftar dan mengambil vaksin💉✅.

Memang rakyat Malaysia 🇲🇾 ni kalau bab bersatu-padu memang nombor 1🥇. Semua rakyat Malaysia🇲🇾 ni tahu akan tanggungjawab masing-masing dan semua saling mengingati dan menasihat sesama jiran👨‍👩‍👧‍👦 dan rakan tanpa mengira bangsa 🙆🏾🙆🏼🙆🏻untuk ambil vaksin💉💊.

Bukan sahaja vaksin 🌡💊🌡 ni memberi imunisasi kepada diri, apabila semua rakyat Malaysia bersepakat untuk mencapai imuniti kelompok, ramai meluangkan waktu mereka untuk hadir dan mengambil vaksin 🛎🛎demi kesejahteraan bersama 💊🔑.

Semua tahu yang bukan semua orang dapat vaksin 🎈🎊 dan boleh ambil vaksin atas faktor kesihatan tapi yang mana dah dapat temujanji semua sepakat datang dan ambil. Jadi bila majoriti rakyat Malaysia ambil vaksin 🌸, ini melindung golongan yang tidak dapat mengambil vaksin dengan mencipta imuniti kelompok 🍄🥰.

Keputusannya💯💯, sekarang kita telah berjaya mencipta imuniti kelompok hasil daripda kesepakatan semua pihak mengambil vaksin‼️✨ dan berjaya mencapai fasa endemik😶‍🌫️ dengan penurunan kes yang sangat positif🔑✅.

Memang terbaik semua RAKYAT MALAYSIA‼️💯💢✨

Disediakan oleh : Muhammad Nazif bin Azli (288788)

Tema : Pemantapan Kesepaduan Nasional MalaysiaTajuk : Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat MalaysiaIsu : Kebersamaan rak...
19/11/2021

Tema : Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Tajuk : Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia
Isu : Kebersamaan rakyat Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang prihatin dan bersatu padu demi menjaga kesejahteraan rakyat. Dapat kita lihat kesepakatan rakyat Malaysia dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Setelah diumumkan bahawa rakyat Malaysia perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin, kita terus mendaftar supaya dapat mencegah jangkitan COVID-19.

Tidak ketinggalan juga, pihak kerajaan berperanan dalam meyakinkan masyarakat tentang keberkesanan vaksin dan mengajak semua warga Malaysia mendaftar dan menerima vaksin. Walaupun terdapat segelintir rakyat Malaysia yang terlibat dengan gerakan anti-vaksin, tetapi rakyat Malaysia sekali lagi menunjukkan kebersamaan dalam menolak dan menentang sekeras-kerasnya golongan ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil pendekatan memberi kelonggaran kepada rakyat yang telah lengkap vaksinasi. Hal ini merupakan satu insiatif kerajaan bagi mempengaruhi rakyat untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin.

Kita telah mencapai imuniti kelompok iaitu 80% rakyat dewasa lengkap vaksinasi. Perkara ini tidak dapat dicapai tanpa kebersamaan rakyat dan pihak kerajaan yang bekerja keras bagi mengembalikan semula kehidupan norma yang telah ditelan virus jahat ini. Secara ringkasnya, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilihat berjaya dilaksanakan dan telah mencapai objektif.

Keprihatinan dan kebertanggungjawaban rakyat Malaysia terhadap penerimaan vaksin perlu diberi kredit kerana mempunyai kesedaran dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dalam menangani krisis COVID-19 ini. Selain itu, sikap anak muda juga perlu disanjung kerana mereka peka dan sangat responsif terhadap kesihatan mereka dalam penerimaan vaksin.

💉

💻 Disediakan oleh : ZAHRAA ZULAIKHA BINTI ZULAZWAR (284237)

Tema: Pemantapan Kesepaduan Nasional MalaysiaTajuk: Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat MalaysiaIsu: Proses Pe...
15/11/2021

Tema: Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Tajuk: Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia
Isu: Proses Pendidikan Ketika Berhadapan Covid-19

Semenjak adanya penularan wabak Covid-19, pelbagai isu termasuk proses pelaksanaan pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku. Kemajuan teknologi juga membuatkan pelajar yang tiada masalah untuk belajar secara dalam talian tidak mahu berfikir dan terus merujuk kepada internet untuk mencari jawapan. Dengan ini secara tidak langsung akan mengurangkan kemahiran pelajar dari segi komunikasi,keyakinan, etika dan harmoni.

Solusi:
📍 Mewujudkan pelajaran segerak dan tidak segerak atau lebih dikenali synchronous and asynchronous learning semasa PdPr agar pelajar tidak tertekan apabila mengikuti pembelajaran di atas talian.

📍 Pemberian telefon pintar percuma kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam kalangan B40. Bantuan diberikan oleh Yayasan YTL foundation bersama YTL Communications. Telefon pintar percuma ini juga diberikan bersama kad SIM YES 4G 120GB data.

📍 Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima komputer riba percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop.

📍 Guru dan Pengarah tidak digalakkan mengambil soalan daripada internet kerana ini memudahkan pelajar mengakses soalan tersebut di laman sesawang tertentu.

📍 Membuat video “TikTok” tentang subjek yang dipelajari kepada pelajar agar pembelajaran tidak membosankan dan lebih mudah untuk difahami.

📍 Pelajar 12 tahun keatas mengambil vaksin. Hal ini dapat mengurangkan gejala dan mencegah daripada mendapat jangkitan yang parah berbanding dengan remaja yang belum menerima vaksinasi.

Sesungguhnya, pihak kerajaan, masyarakat dan individu tidak mengira bangsa atau agama perlu memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar agar mereka dapat belajar seperti rakan mereka yang lain dan menjadi orang yang berguna pada masa hadapan.

❤️ Disediakan oleh: Diana Sofea Binti Mahadi (284378)

Tema: Pemantapan Kesepaduan Nasional MalaysiaTajuk: Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat MalaysiaIsu: Pelbagai ...
13/11/2021

Tema: Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Tajuk: Pandemik Covid-19 Membentuk Kesepaduan Rakyat Malaysia
Isu: Pelbagai Inisiatif Bantuan Pembelajaran Disediakan Bagi Pelajar Yang Terjejas

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar sekolah wajar diteruskan sehingga situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini berada dalam keadaan selamat, sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka dapat dilaksanakan.Walaupun sesi bersemuka masih diakui sebagai kaedah pendidikan terbaik, namun PdPR yang boleh ditingkatkan lagi pelaksanaannya sama ada secara dalam talian atau luar talian, diakui sebagai kaedah paling sesuai bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pendidikan, tatkala Covid-19 masih menjadi ancaman besar negara. Kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat yang mengalami kesusahan tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang seseorang pelajar. Inisiatif yang diberikan khusus sememangnya untuk semua bangsa yang berada di Malaysia. Bantuan yang disalurkan dari pelbagai pihak ini perlu dikongsi bersama tanpa mengira bangsa atau agama seseorang. Perpaduan dapat dipupuk sekiranya bnyak pihak sama ada dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan berganding bahu untuk mengembleng masalah pembelajaran ini.

Dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 di negara kita, kerajaan faham dengan situasi rakyat yang mengalami kesusahan terutama dari segi pengurangan pendapatan malah ada yang kehilangan pekerjaan. Selain dari itu, kerajaan juga memahami akan masalah yang di hadapi oleh pelajar sekolah mahupun pelajar IPTyang terpaksa meneruskan pembelajaran di rumah. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan pelbagai jenis bantuan buat mereka yang memerlukan. Pelajar boleh menggunakan bantuan bantuan yang diberikan kerajaan sebaiknya dalam meneruskan pembelajaran masing-masing di rumah sebelum kemasukan ke sekolah agar pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran. Usaha dan komitmen berterusan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kualiti, ekuiti dan akses pendidikan berada pada tahap terbaik harus dipuji walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.

Antara inisiatif bantuan pembelejaran yang disediakan oleh kerajaan adalah:
1. Program TV Pendidikan (DidikTV)
2. Pakej pelan data dan peranti percuma.
3. Bantuan pinjaman kewangan bagi pelajar IPT
4. Bantuan awal persekolahan
5. Bantuan tunai secara one-off RM200 kepada pelajar

Program khas peringkat nasional khusus bagi membantu pelajar di sekolah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tercicir sepanjang tempoh pandemik perlu diperkenalkan. Perkara itu dicadangkan oleh bekas perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana program khas dikenali sebagai 'Catch-Up' boleh dilaksanakan sama ada secara hibrid atau bersemuka mengikut kesesuaian pihak sekolah, universiti, guru dan pelajar. Di bawah program itu, katanya, pihak sekolah perlu mengenal pasti pelajar yang tertinggal untuk diberi tumpuan mengikuti kelas intensif bagi menggilap semula pembelajaran mereka dan memupuk semangat untuk mencatat keputusan yang baik dalam pelajaran. Kesimpulannya, dengan adanya inisiatif bantuan pembelajaran yang diberikan kerajaan untuk pelajar dapat memudahkan urusan pelajar dan guru untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Disediakan oleh: Nurul Iylia Binti Azmi (288894)

11/11/2021

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share