14/11/2022
POSTING 1️⃣⬇️
TAJUK: ISU ETIKA DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG🏛
TOPIK: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA🇲🇾
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
▶️ Dalam kehidupan kita, kita mestilah sentiasa mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh negara kerana peraturan yang dibuat adalah untuk memastikan kehidupan dan keselamatan masyarakat terpelihara. Jika tiada undang-undang di dalam negara mahupun di serata dunia🌍, kehidupan kita akan menjadi tidak terkawal dan hilang keamanan dalam sesebuah negara. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan masyarakat dan hukuman yang dikenakan juga setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.🏛
▶️ Oleh sebab itu, penguatkuasaan undang-undang harus dilakukan di dalam negara. Perkataan 'penguatkuasaan' bererti satu tindakan untuk memastikan orang ramai mematuhi undang-undang dan dijalankan oleh pihak berkuasa seperti anggota polis👨✈️, bomba👩🚒, pegawai narkotik👨💻 dan lain-lain. Kebanyakan sistem perundangan mempunyai matlamat tersendiri dan salah satunya adalah untuk menyediakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua anggota masyarakat. Sebagai contoh di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ⚖📜merupakan undang-undang utama di Malaysia yang mengandungi 1️⃣8️⃣3️⃣ perkara. Ia merupakan satu dokumen📁 undang-undang bertulis✒ yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen 🗂 terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1️⃣9️⃣4️⃣8️⃣dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1️⃣9️⃣5️⃣7️⃣.
❇ Apa itu Perlembagaan Persekutuan Malaysia❓
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah 🗂dokumen yang paling penting🗂 di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita. Dengan adanya Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga telah mewujudkan sistem demokrasi di negara kita dan menghadkan kuasa kerajaan. Oleh itu, Perlembagaan adalah undang–undang utama negara kita🤯. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang–undang, dan menghadkan undang–undang yang boleh digubal. 🤔
❇ Jadi siapa yang harus mematuhi Perlembagaan tersebut🤔❓
Kemungkinan rakyat sahaja yang mesti mematuhi Perlembagaan tersebut🤓. Salah sebenarnya🧐, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri sendiri, ahli Parlimen , para hakim, pegawai–pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat–syarikat dan persatuan–persatuan. Malahan, Perdana Menteri👨💼, Kabinet🤵♂️, ahli Parlimen👨💻, para hakim👨⚖️ dan juga Yang di–Pertuan Agong🤴 mengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan. Kita juga telah berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali kita melafazkan Rukun Negara. ⁉️
▶️ Oleh itu, untuk memastikan Perlembagaan Persekutuan Malaysia terpelihara, penguatkuasaan undang-undang dikendalikan oleh pelbagai agensi yang berbeza dan kebiasaannya terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia👨✈️👩✈️. Ini adalah agensi penting yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kestabilan negara🔰. Bukan itu sahaja, terdapat juga Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi lain yang juga terlibat. Agensi-agensi tersebut turut mempunyai kod etikanya yang tersendiri dalam penguatkuasaan undang-undang.
❇ Jadi apakah tugas-tugas agensi tersebut❓
👮♂️Polis Diraja Malaysia (PDRM)👮
Polis Diraja Malaysia adalah agensi utama yang ditugaskan untuk menjaga undang-undang dan ketenteraman di Malaysia. Agensi ini adalah organisasi berpusat dengan bertanggungjawab mulai dari kawalan lalu lintas hingga pengumpulan risikan. Ibu pejabatnya terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Perlembagaan, kawalan, pekerjaan, pengambilan, dana, tatatertib, tugas dan kuasa pasukan polis ditentukan dan dikawal oleh Akta Polis 1️⃣9️⃣6️⃣7️⃣. Bukan itu sahaja,PDRM mempunyai enam jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah dan keganasan dan dua jabatan yang terlibat dalam pentadbiran.
🛂Kastam Diraja Malaysia (KDM)🛃
Kastam Diraja Malaysia (KDM) adalah agensi kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia dari Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk mentadbir dasar cukai tidak langsung negara. Dengan kata lain, KDRM mentadbir tujuh7️⃣ undang-undang subsidiari utama dan tiga puluh sembilan. Selain itu, KDRM melaksanakan lapan belas1️⃣8️⃣ undang-undang untuk agensi kerajaan lain.
🤵♂️Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)🤵♀️
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah agensi kerajaan di Malaysia yang menyiasat dan mendakwa rasuah di sektor awam dan swasta. SPRM dimodelkan selepas agensi-agensi anti rasuah, seperti Suruhanjaya Bebas terhadap Rasuah dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah New South Wales. Tugas SPRM adalah menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia 2️⃣0️⃣0️⃣9️⃣.
🛳Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia🛳⚓
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia adalah agensi kerajaan utama yang ditugaskan untuk mengekalkan undang-undang dan perintah dan penyelarasan operasi mencari dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia dan di lautan. Ia juga dikenali sebagai Pengawal Perairan Malaysia 🏞 dan merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan perairan di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Agensi itu bukan sebahagian daripada atau tidak ada rencana untuk disatukan ke Angkatan Tentera Malaysia. Agensi dan anggotanya adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Awam Malaysia dan melaporkan terus ke Jabatan Perdana Menteri.
🚨Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia🚦🛣
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia adalah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab mengeluarkan plat nombor kenderaan di Malaysia. Menurut Akta Pengangkutan Jalan, penguatkuasaan adalah bertanggungjawab menjalankan pendaftaran dan pelesenan pemandu bagi semua jenis kenderaan🚗🏍 dan kenderaan berat 🚛 di Malaysia.
▶️ Dengan adanya agensi-agensi tersebut, kerajaan Malaysia dapat memastikan negara setiasa aman dan terkawal. Oleh itu, setiap pihak tidak dibenarkan untuk bertindak secara keterlaluan sehingga menyusahkan atau menindas anggota masyarakat yang lain😡. Undang-undang adalah satu cubaan dalam menghalang orang daripada melakukan perkara yang tidak baik, mahupun dari menyakiti orang lain🥺. Ia juga demi memastikan orang ramai dapat hidup dengan aman dan harmoni. Tujuan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia ini adalah untuk mengelakkan masyarakat negara kita daripada melakukan sebarang kesalahan justeru dapat melahirkan masyarakat yang beretika.💞
❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
DISEDIAKAN OLEH:
AMIRTA SRI A/P PASUBATHY (288135)
KU HASNA ZAHIRAH BT KU MAHADZIR (288296)