Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 7

Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 7 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 7, Education, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Sebuah laman Facebook yang dicipta sempena menyiapkan tugasan universiti bagi mendedahkan pengetahuan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu buli siber dalam konsep etika dan peradaban.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Biru Warna semua☺️💙🌟Poster Kump**an 7🌟📌Berikut adalah poster dari kump**an ka...
03/01/2022

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Biru Warna semua☺️💙

🌟Poster Kump**an 7🌟

📌Berikut adalah poster dari kump**an kami bagi rumusan keseluruhan tentang Buli Siber. Hasil daripada tugasan ini, kami dapat menghasilkan satu poster yang menarik dan padat dengan informasi berkaitan tajuk ini.

📌Seperti kita sudah tahu, buli siber merupakan perbuatan menghina, mencaci, mengutuk, menyindir, dan merendah-rendahkan dilihat semakin menjadi-jadi dalam era media sosial kita hari ini.

📌 Malaysia menduduki tempat ke-6 dalam kalangan 28 negara dalam tinjauan mengenai buli siber di seluruh dunia. Jika dibandingkan dengan hanya negara Asia, Malaysia menduduki tempat kedua, di belakang India yang diletakkan pertama dalam senarai.

📌 Keempat-empat agama utama di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha, dam Hindu mencapai titik pertemuan dalam melarang perbuatan buli siber selaras dengan nilai penghayatan etika dan peradaban masyarakat Malaysia.

📌Salah satu punca berlakunya buli siber ialah kurangnya ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet. Individu yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet yang kurang akan menggunakan internet secara melulu.

📌Antara kesan buli siber terhadap individu mangsa itu ialah dia akan mengalami perubahan tingkah laku ini mungkin tidak begitu jelas kelihatan😰, tetapi lama kelamaan, tingkah laku akan berubah ke arah negatif akibat ketidakstabilan mental dan emosi. 😥

📌 Secara ringkasnya, buli siber mampu membawa impak yang membimbangkan kepada tingkah-laku mental dan fizikal si mangsa.

📌Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengikut (follower) yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Semoga berjumpa lagi!⭐️

 #12 PERANAN MASYARAKAT MEMBANTU MANGSA BULI SIBER 🌟Pengeposan Minggu-10🌟Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kaw...
23/12/2021

#12 PERANAN MASYARAKAT MEMBANTU MANGSA BULI SIBER

🌟Pengeposan Minggu-10🌟

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan, sihat tak? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat. Baiklah..Kali ini, kita akan membincangkan tentang ‘Apakah Peranan Masyarakat Membantu Mangsa Buli Siber?’.

📌 Menurut kata Mustaffa Ahmad, selaku Naib Presiden Kanan Outreach dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) mengatakan bahawa masyarakat perlu mempunyai kawalan kendiri, bermakna masyarakat perlu mempunyai sifat kesopanan, empati kepada orang lain serta memahami konsep ‘jejak digital’ dalam menangani isu buli siber dan tidak bergantung sepenuhnya kepada undang-undang semata-mata. ‘Jejak digital atau ‘digital footprint’ merupakan satu jejak yang ditinggalkan oleh setiap pengguna media sosial selepas melayari laman web di Internet. Maka, pengguna Internet perlu sentiasa berwaspada dengan apa yang anda layari kerana semuanya diketahui dan boleh dijadikan sebagai ‘modal’ untuk membuli anda, katanya. Dengan adanya kawalan kendiri, ia dapat mengurangkan kadar buli siber dalam kalangan masyarakat di negara kita.

📌 Masyarakat juga boleh membuat aduan atau laporan mengenai isu buli siber kepada ; (a) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), (b) Talian kasih 15999, (c) Mercy Malaysia, (d) Talian befrienders, (e) Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok serta melalui cyber999.

📌 Misalnya organisasi Befrienders merupakan salah satu organisasi yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan organisasi ini berasaskan bukan untung yang menyediakan perkhidmatan sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu kepada orang yang menghadapi masalah dalam kehidupan dan perkhidmatan ini adalah percuma. Matlamat bagi organisasi ini adalah untuk memberikan sokongan emosi kepada mangsa buli siber daripada terus tertekan dan membunuh diri pada setiap masa. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira had umur, sama ada muda atau tua. Jadi, masyarakat boleh membuat aduan melalui organisasi ini bagi membantu mangsa buli siber yang merasakan diri mereka lemah, sedangkan tidak. Cuma mereka perlu diberikan bantuan dari orang yang prihatin akan keadaan mereka.

📌 Masyarakat siber perlu mempunyai sikap berani untuk memperbaiki sebarang unsur buli siber serta membuat laporan kepada pihak yang berwajib sekiranya mengesan gejala ini berlaku. Tindakan sedemikian inilah yang perlu dilakukan setiap masyarakat bagi membantu mangsa buli siber daripada terus dibuli di media sosial.

Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin, perlulah peka akan isu buli siber ini yang semakin pop**ar berlaku dalam kalangan masyarakat kini di Malaysia. Hal ini kerana, ia menjadi kebimbangan terhadap pembangunan sahsiah diri terpuji dalam generasi muda yang akan datang. Sekian daripada saya, terima kasih.☺️

🌎 Informasi lanjut:
🔗https://www.befrienders.org.my/about-us
🔗https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/08/851318/kerajaan-gubal-undang-undang-tangani-buli-siber-cybersecurity

Penulis:
Nur Lila Nasuha binti Mohd Sezali, (289757) - 23/12/2021

 #11 UNDANG-UNDANG MEMBENDUNG BULI SIBER 🌟 Pengeposan Minggu-10 🌟Pada minggu ini, kami akan membincangkan undang-undang ...
21/12/2021

#11 UNDANG-UNDANG MEMBENDUNG BULI SIBER

🌟 Pengeposan Minggu-10 🌟

Pada minggu ini, kami akan membincangkan undang-undang yang membendung buli siber bagi mengatasi jenayah ini. Jika berasa diri sendiri mengalami buli siber, individu boleh membuat aduan secara atas talian di https://aduan.skmm.gov.my/.

📌 Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang bertanggungjawab terhadap buli siber.
CyberSecurity Malaysia adalah sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mencadangkan agar kesalahan buli siber diletakkan di bawah Kanun Keseksaan. Itu adalah langkah yang baik dalam memastikan rakyat sedar bahawa pembulian siber adalah sat kesalahan yang serius.

📌 Akta Komunikasi dan Multimedia merupakan satu akta berkenaan undang-undang siber.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.

📌 Info Tambahan!
Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

📌 Akta Komunikasi dan Multimedia mempunyai sebanyak 282 seksyen. Tetapi seksyen 233 lebih sesuai untuk mengatasi buli siber.
Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai peruntukan mengenai kesalahan penyalahgunaan internet. Jika disabit kesalahan di bawah seksyen ini, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) iaitu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

🌎 Informasi lanjut:
�https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/akta588bm.pdf
🔗https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851318/kerajaan-gubal-undang-undang-tangani-buli-siber-cybersecurity
🔗https://www.sinarharian.com.my/article/40553/KOLUMNIS/Undang-undang-antibuli-siber

Penulis:
Wong Man Yee, (280885) – 21/12/2021

 #10 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BULI SIBER DARI ASPEK KERAJAAN🌟Pengeposan Minggu-9🌟Untuk perkongsian minggu ini,kami akan...
18/12/2021

#10 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BULI SIBER DARI ASPEK KERAJAAN

🌟Pengeposan Minggu-9🌟

Untuk perkongsian minggu ini,kami akan membawakan perbincangan mengenai langkah2 mengatasi buli siber dari aspek kerajaan.Kerajaan mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang besar bagi membendung daripada isu buli siber menjadi lebih memudaratkan dari masa ke masa

📌Mengadakan kempen kesedaran.
Kerajaan perlu kerap Mengadakan kempen kesedaran mengenai buli siber bagi memberi kesedaran sejak dari bagku sekolah lagi. Kesedaran dari peringkat awal lebih berkesan kerana pepatah mengatakan mencegah lebih bagus dari merawat.

📌Mewujudkan talian bantuan(Helpline).
Kerajaan sewajarnya mewujudkan talian bantuan 24 jam kepada mangsa buli. Hal ini kerana talian bantuan adalah penting bagi mangsa buli untuk membuat aduan atau meminta nasihat dan kaunseling mengenai buli siber. Buli siber tidak mengenal erti masa tempat dan umur, maka talian bantuan 24 jam ini amatlah wajar bagi memberi bantuan sepantas mungkin kepada mereka yang memerlukan bantuan ketika itu.

📌Pendedahan mengenai akta dan hukuman siber buli.
Pendedahan kepada umum tentang hukuman mengenai kesalahan buli siber dapat memberi impak kepada mereka yang berhasrat untuk melakukan jenayah buli siber. Hukuman yang dikenakan adalah berat dan semestinya tiada siapa yang mahu untuk dikenakan tindakan tersebut.

📌Mengehadkan penggunaan media sosial mengikut peringkat umur.
Sasaran mangsa buli yang mudah seperti kanak-kanak bawah umur tidak wajar diberi akses untuk mendaftar ke dalam media sosial bagi mengelakkan menjadi mangsa siber buli. Hal ini kerana media sosial adalah satu platform yang mudah digunakan dan kanak kanak bawah umur akan lebih terdedah kepada hal yang tidak dapat dijangkakan. Mereka secara tidak langsung akan menjadi mangsa utama kepada buli siber.

🌎 Informasi lanjut:
https://www.google.com.my/amp/s/www.reputationdefender.com/blog/protect-your-kids/how-government-helps-keep-your-kids-safe-online/amp

Penulis:
Muhammad Afiq bin Jamaluddin, (280713) - 16/12/21

 #9 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BULI SIBER DARI ASPEK IBU BAPA🌟Pengeposan Minggu-9🌟Pada minggu ini, kami akan membincangka...
16/12/2021

#9 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BULI SIBER DARI ASPEK IBU BAPA

🌟Pengeposan Minggu-9🌟

Pada minggu ini, kami akan membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi buli siber. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya dapat menghentikan jenayah ini.

📌Ketahui kata laluan dan nama skrin anak anda untuk semua peranti elektronik.
Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak terutama pada yang masih dibangku sekolah. Penggunaan elektronik seharusnya berada dibawah pengawasan ibu bapa dengan meminta kata laluan dan nama skrin anak anak supaya mudah untuk memantau kegiatan anak-anak.

📌Ketahui istilah semasa yang digunakan oleh belia hari ini ketika saling berhubungan.
Pada zaman serba moden ini, ibu bapa seharusnya mengetahui istilah dan maksud yang digunakan anak-anak genZ ini. Hal ini demikian kerana terdapat banyak perkataan mencarut yang digunakan oleh anak-anak dan kadangkala lucah.

📌Perhatikan tanda-tanda yang tiba-tiba atau berterusan bahawa anak anda kelihatan cemas, takut, menarik diri, tidak berminat ke sekolah atau berada bersama bekas rakan.
Ibu bapa seharusnya peka terhadap perilaku anak-anak di rumah. Ibu bapa seharusnya banyak berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka lebih terbuka untuk bercerita. Ibu bapa seharusnya selidik dahulu jika anak-anak mengalami masalah seperti depresi dan sebagainya.

📌Ketahui apa yang anak anda tulis di alat elektroniknya. Ibu bapa juga harus memantau komputer keluarga dengan teliti.
Pada zaman serba canggih ini, ibu bapa perlulah mengaktifkan “parental control” supaya dapat mengawasi anak-anak walaupun sedang bekerja. Hal ini demikian kerana “parental control” dapat mengehadkan pencarian anak-anak terutama perkara tidak bermoral.

🌎 Informasi lanjut:
https://ms.socmedarch.org/10-ways-parents-can-help-prevent-cyberbullying-599

Penulis:
Nur Farhahdina Shakiyah binti Shahrul Nizam, (280810) - 16/12/2021

 #7 BULI SIBER: SUDUT PANDANG AGAMA🌟Pengeposan Minggu-8🌟📌Umum mengetahui secara logik bahawa buli siber adalah perkara n...
11/12/2021

#7 BULI SIBER: SUDUT PANDANG AGAMA

🌟Pengeposan Minggu-8🌟

📌Umum mengetahui secara logik bahawa buli siber adalah perkara negatif dan berunsur jahat kerana melibatkan penganiayaan kepada seseorang. Namus begitu, buli siber juga wajar dianalisis daripada perspektif agama kerana Malaysia amat menitikberatkan elemen agama dalam kehidupan. Dengan ini, pandangan empat (4) agama utama di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu akan dikupas berkenaan gejala buli siber ini.

📌Menurut agama Islam, buli merupakan suatu bentuk penindasan dan agama Islam tidak menganjurkan penindasan. Daripada Abu Dzar Al-Ghifari r.a dalam satu hadis Qudsi, daripada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah s.w.t berfirman: “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diriKu, maka Aku mengharamkannya di kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-manzalimi”.

📌Dalam konteks agama Kristian, kitab Bible memerintahkan umat Kristian untuk mengasihi sesama manusia seperti diri mereka sendiri (Markus 12:31) dan memperlakukan orang lain sebagaimana kita ingin diperlakukan (Lukas 6:31). Tidak ada ruang dalam agama Kristian untuk merendahkan atau menganiaya seseorang. Setiap orang, tidak kira rupa atau perbuatannya, diciptakan dengan imej Tuhan (Kej. 1:26-27; Yakobus 3:9-10) dan berhak dihormati kerana semua orang adalah sama di sisi Tuhan.

📌Dalam kaca mata agama Buddha, seseorang yang dibuli mengalami kesakitan, ketakutan, penghinaan, trauma psikologi dan sebagainya. Kesakitan sedemikian kepada orang lain akan membawa kesan buruk sehingga menyebabkan pengump**an Karma kepada pelaku. Semakin banyak karma, maka kesengsaraan hidup akan sentiasa berkitar, dan Nirvana untuk membebaskan derita itu mustahil dicapai. Oleh itu, agama Buddha menyeru umatnya untuk memperlakukan semua makhluk dengan belas kasihan dan kasih sayang. Ia adalah salah satu kelebihan yang perlu dimanfaat dalam kalangan umat manusia.

📌Menurut agama Hindu berdasarkan konsep kelahiran semula, manusia dilahirkan semula bergantung kepada apa yang dilakukannya ketika di dunia dalam kehidupan sekarang. Sekiranya manusia melakukan perkara baik, maka dia akan mendapat balasan baik sehingga nencapai matlamat utama hidup iaitu untuk mencapai Mohksa. Jika seseorang berkata atau membuat jahat kepada seseorang, maka sukarlah seseorang untuk mencapai Mohksa dan akan dilahirkan semula dalam keadaan yang lebih hina seperti haiwan, hantu dan sebagainya.

📌Tuntasnya, buli siber merupakan perbuatan yang amat bertentangan dengan nilai-nilai setiap agama utama di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Tingkah laku yang perlu diamalkan oleh setiap insan di dunia adalah tingkah laku positif yang menggambarkan kepercayaan kepada pegangan agama masing-masing, dan perbuatan menganiaya orang sudah semestinya melencong daripada mana-mana nilai agama walaupun ia berlaku di atas talian. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai, haruslah kita menyambut dan menghargai titik pertemuan agama-agama ini dalam membanteras masalah buli siber agar dapat mewujudkan masyarakat yang bukan hanya harmoni di dunia nyata, malah di dunia maya.

🌎Informasi lanjut:
🔗https://www.scribd.com/doc/131192279/Buli-Dari-Perspektif-Agama-Islam2013-1tukar
🔗https://erlc.com/resource-library/articles/what-does-the-bible-teach-us-about-bullying/
🔗https://www.khanacademy.org/humanities/ap-art-history/introduction-cultures-religions-apah/hinduism-apah/a/hinduism-and-buddhism-an-introduction
🔗https://www.quora.com/What-did-the-Buddhist-monk-say-about-bullying-And-why

Penulis:
Thaqib Za'im bin Yusoff, (280695) - 11/12/21

 #6 BULI SIBER DALAM KALANGAN MAHASISWA🌟Pengeposan Minggu-8🌟📌Mahasiswa pada generasi sekarang tidak lari dari keperluan ...
09/12/2021

#6 BULI SIBER DALAM KALANGAN MAHASISWA

🌟Pengeposan Minggu-8🌟

📌Mahasiswa pada generasi sekarang tidak lari dari keperluan menggunakan internet dalam kehidupan harian sama ada sebagi pelajar ataupun sebagai aktiviti harian. Kebanyakkan mahasiswa menggunakan internet untuk mencari maklumat dan sepanjang tempoh itu adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan mereka sebagai seorang pelajar. Walaubagaimanapun, selepas selesai melakukan kerja mereka akan terus melayari internet sama ada untuk menghilangkan bosan ataupun sebagai aktiviti individu ataupun berkump**an bersama-sama rakan mereka. Mahasiswa mungkin terlibat didalam situasi buli siber semasa penggunaan internet secara bersendirian.

📌Buli siber sukar diperangi kerana pelaku buli siber ini boleh menyembunyikan identiti mereka yang sebenar dengan "anonymity" dan perkara inilah yang membuat mereka semakin berani untuk melakukan buli siber. Hassanien (2014) telah mengenalpasti 3 faktor utama yang menyumbang kepada buli siber di kalangan mahasiswa UUM iaitu :

1) Mahasiswa menerima e-mel dan mesej dengan identiti yang berbeza,
2) Pelaku buli siber meminta akses tanpa kebenaran, dan
3) Penggunaan imej melalui we**am mahasiswa.

📌Selain itu, medium yang digunakan untuk melakukan aktiviti buli siber ini banyak berlaku di media sosial yang khas untuk aktiviti berinteraktif seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, dan juga Whatsapps. Sebelum teknologi komunikasi dan media sosial berleluasa, medium interaktif seperti email dan sms juga digunakan oleh pelaku buli siber. Dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan telah meningkatkan lagi jumlah kes buli siber kepada 596 kes pada tahun 2020 meningkat sebanyak 336 kes daripada 260 kes pada tahun 2019. Jumlah statistik ini diperoleh daripada MyCERT mengikut insiden pengelasan am. Namun mahasiswa jugak tidak terlepas dari menjadi seorang pelaku dan juga mangsa buli siber.

📌Apabila mahsiswa menjadi mangsa buli, mereka akan menghadapi tekanan perasaan dan mula mempunyai pemikiran yang negatif terhadap sekililing mereka. Sama ada buli siber itu berlaku secara bersemuka ataupun melalui media sosial, motif dan niat mereka sama iaitu untuk menganggu gugat kehidupan si mangsa dan ingin mewujudkan ketakutan dalam diri mangsa. Sameer Hinduja and Justin W. Patchin (2010) mendapati bahawa mangsa buli siber dua kali ganda berkemungkinan untuk membunuh diri berbanding dengan remaja yang tidak pernah mengalami pembulian siber.

📌Mahasiswa perlu bijak dalam menggunakan internet agar tidak terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah dan merosakkan peribadi mereka sebagai seorang pelajar. Sekiranya imej dan peribadi mahasiwa adalah buruk, maka pelajar berkemungkinan besar akan tersisih dari kelompok sosial kampus yang harmoni.

🌎Informasi lanjut :
🔗https://www.mycert.org.my/portal/index
🔗 https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031656
�http://eprints.utm.my/id/eprint/61429/1/WanHassanWan2015_KajianTinjaunBuliSiberDiKalanganMahasiswa.pdf

Penulis:
Siti Najwa binti Ismail, (281006) - 9/12/21

 #5 BULI SIBER: BINASA TiNGKAH LAKU MENTAL DAN FIZIKAL🌟Pengeposan Minggu-8🌟📌Buli siber boleh berlaku tanpa henti dan kej...
03/12/2021

#5 BULI SIBER: BINASA TiNGKAH LAKU MENTAL DAN FIZIKAL

🌟Pengeposan Minggu-8🌟

📌Buli siber boleh berlaku tanpa henti dan kejam. Hal ini sebenarnya mampu memberi implikasi yang lebih dahsyat daripada buli biasa. Menurut Eric Alcera (2020), iaitu Pengarah Kesihatan Tingkah Laku di Hospital New Jersey, seseorang mampu mengatakan sesuatu yang amat memeritkan hati orang lain atas talian sedangkan mereka tidak berani mengatakan sedemikian secara bersemuka. Buli siber juga adalah salah satu penyebab kepada stress dalam hidup kanak-kanak, remaja dan muda dewasa. Hal ini disebabkan golongan-golongan ini lebih terdedah meluangkan masa dalam dunia siber berbanding golongan lain. Kesannya, tingkah laku mangsa akan berubah lebih-lebih lagi sekiranya mereka dibuli siber berterusan.

📌Pada mulanya, perubahan tingkah laku ini mungkin tidak begitu jelas kelihatan, tetapi lama kelamaan, tingkah laku akan berubah ke arah negatif akibat ketidakstabilan mental dan emosi. Sebagai contoh, (1) mangsa buli siber akan mengelakkan diri daripada bergaul sama ada dengan kawan-kawan atau ketika berada di majlis keramaian. Selain itu, (2) mangsa akan lebih menyendiri di bilik lebih kerap daripada kebiasaannya. (3) Mangsa juga akan hilang minat akan aktiviti yang kebiasaan dinikmati, (4) kemerosotan akademik disebabkan kecenderungan untuk memonteng kelas atau kuliah, dan (5) menunjukkan ekspresi marah ketika menghadap skrin telefon, tablet, atau computer, (6) badan kurang bertenaga kerana terlalu sibuk melayan komentar di media sosial sehingga tiada masa untuk mengambil pemakanan yang sihat.

📌Malah, kajian 2018 di Amerika Syarikat mendapati bahawa mangsa buli siber lebih cenderung sebanyak dua kali ganda untuk (6) melakukan cubaan bunuh diri atau menyakiti diri mereka. Statistik kajian mendedahkan, 59% remaja di sana pernah dibuli atau diganggu atas talian, dan 90% remaja menyatakan isu ini meninggalkan luka yang mendalam terhadap kehidupan seharian mereka. Walaupun kajian ini dijalankan di barat, namun ia berkait rapat dengan isu buli siber di arena tempatan baru-baru ini yang melibatkan salah seorang ahli “Skuad Jerung Merah” yang tular di “Tiktok” kerana video mencuit hati para netizen. Salah seorang ahli kump**an iaitu Ain Nordin dimalukan netizen di ruangan komen kerana tidak sesuai menjadi ahli kump**an tersebut kerana saiz badan dan warna kulitnya. Ain dicemuh sedemikian walaupun dia merupakan individu yang membawa naik pop**ariti kump**an tersebut. Sehingga kini, terdapat sesetengah peminat masih menantikan kemunculan semula Ain di video-video baru Skuad Jerung Merah setelah mengundur diri dari kump**an tersebut pada hujung September lepas kerana tertekan dengan kritikan netizen terhadap fizikalnya.

📌Ringkasnya, buli siber mampu membawa impak yang membimbangkan kepada tingkah-laku mental dan fizikal mangsa. Jelasnya berdasarkan contoh di atas, ia boleh mendorang mangsa untuk mengalami kemurungan sehingga hilang minat akan perkara yang selalunya digemari, dan tertekan sehingga terpaksa mengubah saiz fizikal badan demi mencapai standard kecantikan yang digarap dalam mentaliti masyarakat.

🌎Informasi lanjut:
🔗https://usa.kaspersky.com/resource-center/preemptive-safety/cyberbullying-effects
🔗https://www.researchgate.net/publication/236867546_Cyberbullying_and_its_impact_on_young_people%27s_emotional_health_and_well-being
🔗https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/09/04/gigih-menari-tiktok-promosi-produk-kecantikan-ahli-skuad-jerung-merah-berkulit-gelap-cekal-hadap-hinaan---saya-bisnes-mahu-bantu-keluarga

Penulis:
Thaqib Za’im bin Yusoff, (280695) - 3/12/21

 #4 PUNCA-PUNCA BULI SIBER🌟Pengeposan Minggu-7🌟Pada minggu ini, kump**an kami akan menghuraikan tentang punca-punca buli...
26/11/2021

#4 PUNCA-PUNCA BULI SIBER

🌟Pengeposan Minggu-7🌟

Pada minggu ini, kump**an kami akan menghuraikan tentang punca-punca buli siber. Punca-punca buli siber ialah:

📌Kurangnya penghayatan nilai-nilai agama. Kebiasaanya, pembuli siber ini mempunyai penghayatan yang kurang terhadap nilai-nilai agama. Hal ini menyebabkan mereka tidak tahu membezakan hal yang baik dan buruk. Mereka menganggap perbuatan mengaibkan, menghina, memfitnah dan memalukan orang lain di media sosial adalah perkara yang betul. Mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan-perbuatan seperti itu sangat ditegah dalam agama. Dengan ini, mereka akan terus mendera mental dan emosi mangsa di media sosial tanpa rasa bersalah. Hal ini boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk sehingga mangsa mengambil keputusan yang drastik seperti mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

📌Ketidakpuasan hati seseorang terhadap individu tertentu. Sering kali adalah disebabkan pembuli siber ini tidak berpuas hati dengan penampilan, kemewahan dan perilaku yang ada pada mangsa. Hal ini menyebabkan mereka membuli mangsa di dalam alam maya melalui media sosial. Mereka berani berbuat demikian kerana identiti mereka sukar untuk diketahui ditambah p**a dengan keupayaan internet yang tanpa sempadan. Pembuli siber ini akan menggunakan kata-kata negatif yang bertujuan untuk menyakiti hati mangsa sekaligus memberi penderaan secara emosi dan mental kepada mangsa. Buli siber ini sangat mudah dilakukan oleh pembuli siber kerana mereka hanya perlu menaip kata-kata negatif seperti perkataan lucah, hinaan dan berunsur ugutan kepada mangsa melalui media sosial untuk mendera mental dan emosi mangsa.

📌Kurangnya pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan internet oleh anak-anak. Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja masing-masing untuk mencari harta dunia sehingga lupa memberikan perhatian terhadap anak-anak terutamanya dalam penggunaan internet. Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat ibu bapa yang sengaja memberikan telefon pintar kepada anak-anak kerana malas ingin melayan karenah mereka. Oleh itu, anak-anak bebas melakukan perkara yang tidak sepatutnya di internet seperti buli siber. Anak-anak juga semakin berani melakukan buli siber kerana mereka mengetahui bahawa tiada sesiapa pun yang akan memarahi mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka terus-menerus melakukan buli siber.

📌Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet. Individu yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet yang kurang akan menggunakan internet secara melulu. Mereka akan menggunakan internet demi memuaskan diri mereka. Oleh itu, mereka akan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti buli siber. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak tahu perbuatan yang mereka lakukan itu adalah salah dan boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Mereka juga menganggap perbuatan mereka itu adalah betul. Hal ini menyebabkan mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan buli siber.

📌Individu ingin berseronok dan bergurau di media sosial. Terdapat individu di media sosial yang bergurau dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya seperti perkataan lucah dan perkataan berbaur fitnah dan hasutan. Selain itu, terdapat juga individu yang bergurau menggunakan gambar-gambar dan video-video berbentuk pornografi. Mereka menganggap perbuatan mereka ini hanya semata-mata untuk berseronok dan bergurau tetapi malangnya perbuatan ini telah mencetuskan kejadian buli siber. Mereka tidak akan menyangka perbuatan mereka ini akan menyakitkan emosi dan mental orang lain. Mereka akan terus melakukan buli siber yang mereka anggap sebagai bahan untuk keseronokan dan gurauan ini selagi kejadian seperti ini tidak terkena pada batang hidung mereka sendiri.

🌎Informasi lanjut:
http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

Penulis:
Ramyaa Sanmogam, (280962) - 26/11/21

 #3 JENIS-JENIS BULI SIBER🌟Pengeposan Minggu-6🌟Pada minggu ini, kami akan menerangkan dan membincang mengenai jenis-jeni...
18/11/2021

#3 JENIS-JENIS BULI SIBER

🌟Pengeposan Minggu-6🌟

Pada minggu ini, kami akan menerangkan dan membincang mengenai jenis-jenis siber buli yang kebiasaannya berlaku. Antara jenis buli tersebut ialah:

📌Gangguan atas talian : Jenis buli siber seperti gangguan atas talian ini kebanyakkan daripadanya terjadi melalui media sosial. Pembuli menggunakan platform seperti Facebook atau Instagram bagi menghantar pesanan ringkas untuk mengganggu, mengancam atau memalukan sasaran mereka. Ia juga dikenali sebagai serangan teks yang berlaku ketika pembuli menghnatar pesanan teks yang banyak dan mengakibatkan tekanan emosi.

📌Penyamaran atas talian : Pembuli menggunakan nama yang sama untuk tujuan menyamar sebagai mangsa dan kemudian menyiarkan ucapan kasar atau menyakitkan pihak lain. Kadangkala pembuli juga berbuat sedemikian untuk mengatakan perkataan yang menyinggung perasaan, menyertakan perkara seksual, perkauman atau perkara lain yang tidak bersesuaian kepada kenalan mangsa. Berpura-pura menjadi orang lain untuk menarik seseorang kepada hubungan palsu yang dikenali sebagai catfishing juga merupakan salah satu jenis buli siber.

📌Penyalahgunaan gambar : Buli siber seperti ini berlaku apabila pembuli mengambil gambar yang memalukan mangsa di dalam bilik persalinan atau bilik mandi tanpa kebenarannya untuk disebarkan sebagai contoh. Pembuli juga boleh mengancam mangsa untuk berkongsi foto yang memalukan sebagai cara mengawal atau memeras ugut mangsa. Hal ini kerana, dengan hanya sekali gambar tersebut dihantar, tidak ada cara untuk mengawalnya dan ia boleh tersebar kepada ratusan orang dalam masa beberapa jam sahaja, dan ianya akan membuat mangsa tertekan dan berasa malu.

📌Mewujudkan laman web, blog, undian dan sebagainya : Platform seperti laman web atau blog digunakan oleh pembuli bagi memalukan, menghina mangsa, menyebarkan khabar angin, berita bohong atau gosip mengenai mangsa dalam talian. Selain itu, ada juga sesetengah pembuli menggunakan laman web atau blog untuk memuat naik maklumat peribadi mangsa kepada orang awam. Menyiarkan komen yang kasar atau menghina tentang mangsa melalui chat dalam laman web gaming atas talian juga dikira siber buli.

📌Mengambil bahagian dalam Video Shaming : Siber buli seperti ini menggunakan kamera untuk merakam dan berkongsi video kejadian buli yang mungkin melibatkan seorang atau lebih pembuli menampar, memukul, menendang atau menumbuk mangsa. Ada juga diantara pembuli yang turut memuat naik video tersebut dan menyiarkannya ke YouTube sebagai contoh untuk membolehkan lebih ramai orang melihat kejadian tersebut.

📌Terlibat dalam ‘Subtweeting’ atau ‘Vaguebooking‘ : Pembuli menghantar “tweet” atau catatan di Facebook yang tidak menyatakan nama mangsa, namun mangsa, pembuli dan khalayak umum mudah untuk kenal pasti kepada siapa “tweet” atau catatan tersebut ditujukan.

🌎Informasi lanjut:
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/buli-siber-pernahkah-anda-melakukannya/

Penulis:
Nurul Fatihah binti Che Sofi, (281159) - 18/11/21

 #2 KADAR BULI SIBER DI MALAYSIA🌟Pengeposan Minggu-5🌟📌Menurut tinjauan global, Malaysia adalah antara negara teratas di ...
12/11/2021

#2 KADAR BULI SIBER DI MALAYSIA

🌟Pengeposan Minggu-5🌟

📌Menurut tinjauan global, Malaysia adalah antara negara teratas di dunia di mana ibu bapa melaporkan anak mereka mengalami buli siber. Malaysia menduduki tempat keenam dalam kalangan 28 negara dalam tinjauan mengenai buli siber di seluruh dunia. Jika dibandingkan dengan hanya negara Asia, Malaysia menduduki tempat kedua, di belakang India yang diletakkan pertama dalam senarai.

📌Tinjauan itu dijalankan oleh Ipsos - sebuah syarikat penyelidikan pasaran antarabangsa - dan ia melibatkan 20,793 responden di seluruh dunia pada 2018.

📌Tinjauan menunjukkan bahawa 23% ibu bapa Malaysia mengatakan anak mereka menghadapi pembuli siber. 7% daripada responden melaporkan bahawa anak-anak mereka menghadapi pembuli siber secara tetap, 8% 'Kadang-kadang', manakala 8% lagi 'Ya, sekali atau dua kali'. Berdasarkan keputusan, hampir satu daripada lima kanak-kanak di seluruh dunia menghadapi beberapa jenis serangan dalam talian.

📌Keputusan Ipsos adalah serupa dengan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), yang menyatakan bahawa tiga daripada 10 anak muda Malaysia - atau lebih khusus 28% - telah menjadi mangsa buli siber di negara ini.

🌎Informasi Lanjut:
https://says.com/my/news/malaysia-ranks-2nd-in-asia-for-cyberbullying-among-children

Penulis:
Muhammad Ridzwan bin Zaini, (280645) - 11/11/21

 #1 APA ITU BULI SIBER?🌟Pengeposan Minggu-4🌟📌Perbuatan menghina, mencaci, mengutuk, menyindir, dan merendah-rendahkan di...
05/11/2021

#1 APA ITU BULI SIBER?

🌟Pengeposan Minggu-4🌟

📌Perbuatan menghina, mencaci, mengutuk, menyindir, dan merendah-rendahkan dilihat semakin menjadi-jadi dalam era media sosial kita hari ini. Lihat sahaja komen segelintir warga maya atau netizen berhubung sesuatu isu lebih-lebih lagi jika melibatkan artis, selebriti, pemimpin negara, dan golongan-golongan ternama.

📌Kata-kata kurang enak didengari dilemparkan sewenang-wenangnya di ruangan komen yang tersedia di mana-mana media. Kata-kata kesat, nista, dan fitnah yang tidak sepatutnya diungkapkan, berani dihamburkan netizen demi menyuarakan pandangan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada individu lain.

📌Hak kebebasan bersuara telah disalah guna melalui medium elektronik semata-mata untuk menyakiti perasaan malah mencalarkan maruah serta menjatuhkan reputasi individu lain. Sedar atau tidak, perbuatan sebeginilah yang dikatakan sebagai buli siber dan bertentangan dengan nilai etika dan peradaban Malaysia.

📌Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), perbuatan buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Medium-medium elektronik seperti mesej teks (SMS), e-mel, media sosial, aplikasi telefon pintar, dan online game menjadi platform kegemaran pembuli-pembuli ini untuk beraksi.

🌎Informasi lanjut:
https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1791049

Penulis:
Nurul Ainin Sofia binti Rosli, (280941) - 5/11/21

Address

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok
06010

Telephone

+60139276270

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category