Penghayatan Etika Dan Peradaban - O Group 2

Penghayatan Etika Dan Peradaban - O Group 2 πŸ’Š Webpage ini merupakan tugasan kumpulan bagi kurus MPU1013
Penghayatan Etika & Perada

MUHAMAD FARIS BIN MOHD YUNUS (272598)DADAH MEMBUNUH ANDA SECARA SENYAP. INGAT! JANGAN PERNAH SESEKALI TERLIBAT DENGAN DA...
23/12/2020

MUHAMAD FARIS BIN MOHD YUNUS (272598)

DADAH MEMBUNUH ANDA SECARA SENYAP. INGAT! JANGAN PERNAH SESEKALI TERLIBAT DENGAN DADAH. PILIH JALAN YANG BETUL. HIDUP SIHAT TANPA DADAH.

AZREEN ELINA NAZIRA BINTI MOHD NASARUDDIN (272983)[ KESAN DADAH ] Dadah bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu...
16/12/2020

AZREEN ELINA NAZIRA BINTI MOHD NASARUDDIN (272983)

[ KESAN DADAH ]

Dadah bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu, malah kepada orang sekeliling. Antaranya :

1. Penceraian
πŸ’‰ harta benda berkurang atau habis kerana menjual untuk
mendapatkan duit membeli dadah.
2. Perompakan
πŸ’‰ Penagih dadah sanggup melakukan apa sahaja untuk
mendapatkan wang untuk membeli dadah termasuk
merompak.
3. Kes rogol
πŸ’‰ Apabila dadah sudah merasuki minda, segala perbuatan yang
dilakukan tidak disedari.
4. Pembuangan bayi
πŸ’‰ Banyak wanita yang terlanjur kerana pengaruh dadah, ini
menyebabkan mereka membuang bayi tersebut.

WAN SYAFIQA BINTI WAN AZZUDDIN (272973)-Dadah atau dalam bahasa inggeris β€œdrug” adalah bahan kimia yang amat merbahaya k...
16/12/2020

WAN SYAFIQA BINTI WAN AZZUDDIN (272973)

-Dadah atau dalam bahasa inggeris β€œdrug” adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi
-Dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
-Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti g***a dan he**in.
-Terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Terdapat juga pelbagai kesan buruk penyalahgunaan dadah kepada manusia :

β€’ Merosakkan sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
β€’ Tidak dapat mengawal pergerakan dan imbangan kerana khayal disebabkan dadah
β€’ Risiko jangkitan HIV/AIDS
β€’ Keguguran, kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian dan kecacatan kepada wanita mengandung
β€’ Melemahkan dan merosak daya pemikiran , percakapan , pengiraan dan kobolehan menyelesaikan masalah
β€’ Peningkatan kes kes sosial dan jenayah seperti samseng , kecurian , rompak , rogol , pembunuhan dan sebagainya
β€’ Membawa maut

Adam azroy bin rosli (272490)[DADAH MUSUH NEGARA]1.  Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan. Penyalahgunaan dadah ada...
16/12/2020

Adam azroy bin rosli (272490)

[DADAH MUSUH NEGARA]

1. Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan. Penyalahgunaan dadah adalah suatu perkara yang amat membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Penagih dadah yang cenderung menggunakan dadah secara berterusan menyebabkan berlaku masalah dalam diri dan masyarakat.

2. Baru-baru ini, Malaysia telah digemparkan dengan insiden yang sangat menyayat hati iaitu insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan Koperal Baharuddin Ramli anggota PGA maut ketika sedang melakukan penugasan kawalan keselamatan Op Benteng. Insiden berbalas tembakan antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup ketika mendiang sedang menjalankan tugas risikan di tembok sempadan (TS9). Sesungguhnya, pemergian wira negara ini merupakan satu kehilangan yang besar buat negara.

3. Sudah terang lagi bersuluh, kesan penyalahgunaan dadah ini mengancam ketenteraman awam disebabkan oleh kejadian jenayah yang melibatkan segala aktiviti yang berkaitan dengan dadah seperti jual beli serta persengketaan dan perselisihan antara masyarakat juga berlaku.

Ezzany binti Zulkifli (272876)[MASYARAKAT BERPERANAN BANTERAS SALAH GUNA DADAH]Pada era globalisasi kini, acap kali kede...
16/12/2020

Ezzany binti Zulkifli (272876)

[MASYARAKAT BERPERANAN BANTERAS SALAH GUNA DADAH]

Pada era globalisasi kini, acap kali kedengaran tentang penggunaan dadah secara berleluasa tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama.

Hal ini demikian kerana kurangnya nilai-nilai murni yang tidak diterapkan sejak kecil lagi, bak kata peribahasa umur setahun jagung darah setampuk pinang.

Mungkin juga sudah diajar oleh orang tua dan guru, namun mereka tidak mahu mendengar kata dan nasihat yang akhirnya telah membinasakan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, kebinasaan diri mereka sedikit sebanyak telah mengganggu keharmonian dan keamanan negara akibat daripada perbuatan mereka yang asyik meminta dan sanggup menggadai nyawa orang tersayang ketika khayal dengan dadah yang telah dihisap.

Oleh yang demikian, adalah peri pentingnya bagi setiap orang dalam masyarakat untuk menabur bakti dan jasa dengan cara membanteras salah guna dadah ini.

Apabila kelihatan sahaja mereka yang menghisap dadah, percepatkan untuk ambil tindakan sewajarnya untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Justeru, harapannya adalah kita semua turut serta mengambil berat tentang isu ini agar kegiatan salah guna dadah ini dapat dibendung sehingga ianya menjadi sifar. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Nurhusna Ashmanie Binti Adeni (272411)[ DADAH ANCAMAN NEGARA ]Di Malaysia, penyeludupan, pengedaran, penyalahgunaan dan ...
16/12/2020

Nurhusna Ashmanie Binti Adeni (272411)

[ DADAH ANCAMAN NEGARA ]

Di Malaysia, penyeludupan, pengedaran, penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi satu isu besar yang memberikan ancaman kepada keselamatan negara.

Aktiviti penyeludupan ini terjadi hampir setiap hari di sempadan negara dan mengalami peningkatan yang ketara dari hari ke hari.

Kejayaan sindiket penyeludupan menembusi sempadan menimbulkan ancaman terhadap integriti sempadan negara Malaysia. Kemasukannya secara haram ke dalam negara ini disifatkan sebagai membelakangi kredibiliti negara dengan menunjukkan bahawa sempadannya tidak dapat dikawal dengan efektif.

Buku Trafficking and the Global S*x Industry menyatakan bahawa kebahayaan dadah dalam mengancam keselamatan negara bersaing rapat seperti maraknya industri seks antarabangsa yang membabitkan penyalahgunaan dadah. Di Malaysia masalah dadah dan pelacuran bersaing antara satu sama lain malah dilihat bersama-sama semakin meningkat tahap keseriusannya saban hari.

Ini berdasarkan kepada kajian dan data yang dipaparkan termasuk ditonjolkan oleh pelbagai saluran media cetak dan elektronik mendakwa Malaysia masih berhadapan dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

MOHD ZAINAL BIN MOHD SHAFIQ RAJ ( 272216 )[ NATIJAH DADAH ]1.   INDIVIDUπŸ’‰ Menjadi agresif dan ganas. πŸ’‰ Semakin kurus, le...
16/12/2020

MOHD ZAINAL BIN MOHD SHAFIQ RAJ ( 272216 )

[ NATIJAH DADAH ]

1. INDIVIDU
πŸ’‰ Menjadi agresif dan ganas.
πŸ’‰ Semakin kurus, lemah tenaga, dan kelihatan berada dalam
khayalan

2. KELUARGA
πŸ’‰ Rumah tangga porak peranda.
πŸ’‰ Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga.

3. MASYARAKAT
πŸ’‰Persilisihan faham antara kaum
πŸ’‰Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan
masyarakat.

4. NEGARA
πŸ’‰ Negara memerlukan kos yang tinggi untuk menyelenggara
program pencegahan dadah, menyediakan kemudahan rawatan
dan pusat pemulihan dadah.
πŸ’‰ Kos penguatkuasaan juga tinggi menyebabkan ekonomi
terjejas.

Syahiratul Amirah Binti Mohd (272958)[PUSAT RAWATAN DADAH ]Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat ke...
16/12/2020

Syahiratul Amirah Binti Mohd (272958)

[PUSAT RAWATAN DADAH ]

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.

AADK melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK dengan menyediakan rawatan dan pemulihan yang holistik, menerima penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.

AADK menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan.

AADK sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual supaya individu yang terperangkap dalam penagihan dadah ini boleh mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan hidup bebas dadah. Peluasan perkhidmatan AADK telah dilakukan dalam usaha untuk menyediakan rawatan dan pemulihan selama mereka memerlukannya.

Oleh itu, dapat kita lihat kesungguhan pihak AADK dalam membantu nasib golongan penagih dadah ini dalam memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Kerajaan melalui pihak berkuasa serta pihak-pihak yang lain seperti masyarakat mestilah bekerjasama berusaha bagi membanteras penyalahgunaan dadah dari terus mengancam keharmonian negara.

11/12/2020

Sungai Petani: Sepasang suami isteri ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda dalam serbuan di satu kawasan di daerah ini kerana positif dadah.

Muhamad Izzat Fahmi Bin Azizan (272631)[ TANDA-TANDA SESEORANG KETAGIHAN DADAH ]πŸ’‰  Perubahan atau kemerosotan kehadiran ...
06/12/2020

Muhamad Izzat Fahmi Bin Azizan (272631)

[ TANDA-TANDA SESEORANG KETAGIHAN DADAH ]

πŸ’‰ Perubahan atau kemerosotan kehadiran ke sekolah/tempat kerja
πŸ’‰ Perubahan sikap dan kelakuan
πŸ’‰ Hilang selera makan
πŸ’‰ Kurang berat badan
πŸ’‰ Mata merah dan berair atau kuyu
πŸ’‰ Lari dari tanggungjawab
πŸ’‰ Parut atau bekas suntikan di lengan
πŸ’‰ Berdampingan bersama penagih.
πŸ’‰ S**a meminjam wang atau mencuri barang yang mudah dijual
πŸ’‰ Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
πŸ’‰ S**a menggaru terutamanya dibahagian hidung.

Jika orang terdekat dengan anda mempunyai tanda-tanda di atas, segeralah membantu mereka untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat. πŸ™‚

MUHAMAD FARIS BIN MOHD YUNUS (272598)[ JENIS DADAH ]Kenali 5 Jenis dadah yang paling popular di Malaysia1. Ma*****na/ G*...
01/12/2020

MUHAMAD FARIS BIN MOHD YUNUS (272598)

[ JENIS DADAH ]

Kenali 5 Jenis dadah yang paling popular di Malaysia

1. Ma*****na/ G***a
G***a dianggap sebagai dadah 'gateway' kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya. Menurut statistik kebanyakan penagih dadah bermula dengan dadah jenis g***a terlebih dahulu. Di luar negara, g***a lebih dikenali sebagai Ma*****na. Harga sebata g***a ini sekitar RM900 ke RM1,500.

2. Ecstacy
Pil ini popular dikalangan individu yang sukakan musik atau masuk ke kelab malam. Ia mempunyai bermacam bentuk dan warna dan kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun comel. Ini kerana musik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu tahap khayalan individu tersebut melului pengambilan pil ecstacy. Ianya juga digelar "love pill". Harga biasanya sebiji RM50 ke atas.

3. Eramin 5
Pil yang seakan mirip ecstacy tetapi pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding estacy. Ianya porpular dikalangan "party people". Ia juga digelar "r**e drug" kerana pil ini turut digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam kelab malam. Harganya lebih kurang sama seperti estacy.

4. Pil Kuda
Pil kuda ini sudah dikira "rare" di negeri utara Malaysia dan juga Sabah Serawak. Pil ini mudah didapati di negeri Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga dengan dadah jenis syabu kerana kedua-dua dadah ini kononya memberi extra "energy" kepada pengambilnya. Pil kuda ini bersaiz kecil seperti ubat selsema berwarna merah hati. Pil ini dibakar terlebih dahulu kemudian asapnya disedut ke dalam mulut. Harga pil kuda ini mencecah RM120, tahun 90an cuma RM15 ke RM30 sebijik.

5. Shabu/ Ice
Dadah yang sangat terkenal dikalangan remaja. Ianya menular di kawasan-kawasan kampung pedalaman walaupun harganya sangat mahal. Di jalanan orang meggelar syabu sebagai ice ataupun batu kearana bentuknya seperti kristal ais.

KENALI & JAUHI!!!!
Jangan biarkan dadah2 ini masuk ke dalam rumah dan organisasi kita!! Jangan sesekali mencuba, kelak MERANA!!! HIDUP BEBAS TANPA DADAH!!
πŸ€›πŸ’ͺ

Address

Universiti Utara , Uum Sintok
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban - O Group 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category