Penghayatan Etika dan Peradaban

Penghayatan Etika dan Peradaban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika dan Peradaban, Education, Universiti Utara, Sintok.

Kami dari kumpulan 12 Penghayatan Etika dan Peradaban dari Universiti Utara Malaysia mencipta halaman Facebook ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai etika dalam sektor perguruan.

✨POSTER✨ETIKA DALAM SEKTOR PERGURUAN
06/01/2021

✨POSTER✨

ETIKA DALAM SEKTOR PERGURUAN

💫 POSTING KELIMA💫☀️ TOPIK: GURU SEBAGAI MODEL UNTUK PELAJAR👨🏻‍🦰🎓 NAMA PELAJAR:MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD ARIFFIN (275314)AFI...
05/01/2021

💫 POSTING KELIMA💫
☀️ TOPIK: GURU SEBAGAI MODEL UNTUK PELAJAR
👨🏻‍🦰🎓 NAMA PELAJAR:
MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD ARIFFIN (275314)
AFIQ NAFIZI BIN ABDUL JALIL (275391)

💖SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA💖

Kita tahu bahawa guru boleh menjadi teladan untuk pelajarnya. Pada peringkat pra-tadika dan sekolah rendah, pelajar memandang guru sebagai modal insan yang sangat baik. Di peringkat sekolah menengah, guru boleh menjadi pengaruh yang sangat kuat terhadap perkembangan sikap dan tingkah laku yang positif di kalangan pelajar👨🏻‍💼👨‍🎓🧑🏻‍🏫

👨🏻‍🏫🧑🏻‍🏫 Pelajar banyak belajar dari apa yang guru katakan daripada apa yang guru lakukan. Selain itu, di peringkat sekolah menengah, hubungan pelajar dan guru sangat penting. Pelajar sering mencari guru ketika mereka mengalami masalah akademik, sosial, dan emosi. ✨

👨🏻‍🏫🧑🏻‍🏫Guru mempunyai tanggungjawab untuk mendorong pelajar supaya mereka bersikap positif terhadap pembelajaran, bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga untuk hari esok sebagai sebahagian daripada pengalaman sepanjang hayat. Guru umpama penyelesai masalah kepada pelajar ✨

👨🏻‍🏫🧑🏻‍🏫 Guru perlu berfikiran tegas dan bertindak balas terhadap situasi kompleks yang sentiasa berubah. Kebanyakkan guru menikmati ketidaktentuan ini sebagai sebahagian daripada kegembiraan dan cabaran ketika mengajar. Namun, ia boleh dijadikan pedoman kepada pelajar supaya mereka tahu bagaimana untuk menghadapi kesenangan dan kesukaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian✨

👨🏻‍🏫🧑🏻‍🏫 Guru perlu mempunyai pemikiran yang reflektif. Pengajaran mempunyai unsur yang tidak dapat didefinisikan atau digambarkan tetapi hanya dapat dialami. Guru secara beransur-ansur akan mengembangkan kemampuan mereka untuk mendengar pelajar dan menyampaikan kepada pelajar dengan perasaan yang prihatin dan tulus terhadap pendidikan mereka✨

👨🏻‍🏫🧑🏻‍🏫Perkara yang lebih penting dalam pengajaran adalah seni timbal balik. Apa yang guru lakukan bukan sahaja dipengaruhi oleh pemikiran mereka sendiri tetapi juga oleh tindak balas dan tingkah laku pelajar mereka sebelum, semasa, dan selepas setiap kali proses pembelajaran berlaku. Pengalaman yang dinamik dan kompleks ini dapat menyumbang kepada keunikan dan pengalaman dalam mengajar ✨

🎉POST KEEMPAT🎉💥TEMA : ETIKA DALAM PERGURUAN💥TOPIK : SUMBANGAN GURU TERHADAP ALAM PENDIDIKAN🧑‍🎓NAMA PELAJAR : MUHAMMAD NU...
31/12/2020

🎉POST KEEMPAT🎉

💥TEMA : ETIKA DALAM PERGURUAN
💥TOPIK : SUMBANGAN GURU TERHADAP ALAM PENDIDIKAN

🧑‍🎓NAMA PELAJAR : MUHAMMAD NUR IZZUAN BIN ILYAS (275377)

🤗Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua🤗 Guru berperanan di dalam mendidik dan menyebarkan ilmu melalui sesi pembelajaran. Tanpa guru maka tiadalah ilmu yang akan dikongsikan bersama insan-insan di dunia ini. Oleh itu, saya akan berkongsi tentang sumbangan guru terhadap alam pendidikan ini yang merangkumi semua aspek :

🎯Guru dapat bertindak sebagai mentor dengan menolong memberikan penyelesaian masalah serta mempunyai kemahiran mendengar dengan baik untuk memahami situasi yang dialami anak muridnya.

🎯Guru sebagai penyelidik dengan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Contohnya seperti mengubah strategi P&P yang dapat untuk menarik perhatian serta minat murid.

🎯Menjadi pengamal yang efektif dengan sentiasa melakukan pemikiran yang sangat mendalam dalam merancang semasa waktu pembelajaran supaya murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif.

🎯Menjadi seorang pakar rujuk buat murid dengan menunjukkkan sikap yang jujur dengan mewujudkan satu interaksi yang positif bersama murid melalui pelbagai hala.

🎯Guru sebagai agen perubahan dalam pendidikan dengan mengubah cara pegurusan dan kepimpinan di dalam kelas dan bersikap terbuka dalam menghadapi sebarang perubahan

🎯Dapat menjadi agen sosialisasi dengan memupuk amalan nilai, sikap serta sahsiah murid dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai murni terhadap masyarakat.

🎯Menjadi salah satu pembina negara kerana guru membantu dalam pembentukan sesebuah masyarakat itu sekaligus dapat untuk menjadi kerangka yang utama dalam pembentukan negara Malaysia.

✨Akhir kata, sumbangan guru di alam pendidikan amatlah penting dalam pembentukan negara bangsa dan negara Malaysia. Jadi setiap guru mestilah sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran kerana kualiti generasi pada masa akan datang bergantung kepada guru-guru.💯💯💯

✨POST KETIGA✨                                                                        🧡 Salam sejahtera semua! 🧡         ...
28/12/2020

✨POST KETIGA✨

🧡 Salam sejahtera semua! 🧡

NAMA PELAJAR 👩‍🎓👩‍🎓: HARJJANA A/P SADAYAN (275356)
NUR EFFAH NADHILAH BINTI ABDUL NASIR (275404)

📌TAJUK: TANGGUNGJAWAB GURU DALAM MENDIDIK ANAK MURID

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Guru dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidang. Antara tanggungjawab guru yang penting ialah:
👩🏻‍🏫 Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai
👩🏻‍🏫 Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
👩🏻‍🏫 Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya
👩🏻‍🏫 Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka
👩🏻‍🏫 Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat
👩🏻‍🏫 Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar
👩🏻‍🏫 Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia
👩🏻‍🏫 interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
👩🏻‍🏫 Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam pelajaran
👩🏻‍🏫 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain
👩🏻‍🏫 Bersikap adil tanpa mengira faktor
📓Jasmani
📓Emosi
📓Mental
📓Politik
📓Ekonomi
📓Social
📓Keturunan dan agama
👩🏻‍🏫 Menanamkan sikap yang baik

25/12/2020
TEMA : ETIKA DALAM SEKTOR PERGURUAN TOPIC : PERANAN GURU SEMASA PEMBELAJARAN ONLINE NAMA PELAJAR : 🧕NUR RASYIDATUL HUSNA...
23/12/2020

TEMA : ETIKA DALAM SEKTOR PERGURUAN
TOPIC : PERANAN GURU SEMASA PEMBELAJARAN ONLINE

NAMA PELAJAR :
🧕NUR RASYIDATUL HUSNA BINTI ROHIJAN 273978
🧕NURUL IFFAH BINTI IZHAR 275373

Assalamualaikum dan hai semua 👋😍
Harapnya sihat-sihat sahaja hari ini ya. Macam mana online class hari ini adik-adik? Semoga adik-adik dan semua guru sentiasa bersemangat untuk memulakan kelas setiap hari. 🥰🥰

Okay hari ini kami nak kongsikan sikit tentang peranan guru semasa pembelajaran online: 👩‍🏫👩‍🏫

📌Menggabung konsep lama atau sedia ada dengan konsep baharu yang lebih relevan bagi memastikan peranan mereka masih dilaksanakan semasa dan selepas waktu krisis ini.

📌Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi risiko dan cabaran dunia baharu yang semakin moden.

📌Menyelaras keperluan infrastruktur terkini bagi menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan semasa.

📌Sentiasa berusaha untuk memahami latarbelakang setiap pelajar untuk menyertai kelas dalam talian.

📌Menggunakan aplikasi yang mesra pengguna dan boleh menarik minat pelajar seperti Google Classroom, Zoom, Skype,Quizzes, Youtube dan lain-lain lagi.

📌Bekerjasama dengan semua guru dari pelbagai generasi untuk meningkatkan kemampuan diri dalam berdepan dengan zaman yang serba canggih dengan teknologi ini.

📌Bersikap terbuka dalam menerima cadangan dan penambahbaikan daripada guru atau pelajar sendiri untuk mencapai daya pengurusan yang kreatif.

Sebenarnya, komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar sangat membantu untuk mencapai pembelajaran yang berkesan sepanjang sesi pembelajaran secara atas talian ini.

Sila beri kerjasama dengan guru anda untuk mencapai matlamat pengajarannya. Guru kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk pelajarnya. 🌹🌹🌹

Salam Sejahtera and Hi everyone Jom kita baca tentang apa itu guru 👩‍🏫Setiap pelajar pasti mempunyai guru dan guru juga ...
10/12/2020

Salam Sejahtera and Hi everyone
Jom kita baca tentang apa itu guru 👩‍🏫

Setiap pelajar pasti mempunyai guru dan guru juga mempunyai guru. Apa itu guru🧑‍🏫?

🕵️ 🕵️🕵️

📌 Guru dikenali sebagai pengajar atau pendidik.

📌Guru mempunyai ilmu dan mereka menyebarkan ilmu dengan mengajar.

📌Kita mempunyai ramai guru, dari kecil sehinggalah sudah besar, masih memerlukan tunjuk ajar. Oleh dengan itu, sesiapa yang mengajar kita adalah guru, iaitu pemberi ilmu yang bermanfaat dan berguna.

📌Guru🧑‍🏫 tidak semestinya perlu berada di sekolah ataupun universiti. Terdapat banyak skop bidang guru.

📌🤗🧑‍🎓 Bermula dari kita kecil, kita mempunyai guru di taska yang mengajar kita tentang cara penjagaan diri, kebersihan diri dan sebagainya. Kita juga mempunyai guru yang mengajar tentang agama.

📌 Selain daripada itu, guru🧑‍🏫 yang mengajar mata pelajaran di sekolah, tutor, pensyarah dan sebagainya yang mengajar tentang pelajaran seperti sains, matematik, bahasa asing, pengurursan dan banyak lagi.

Kenapa kita perlu ada guru 🧑‍🏫❓
Kenapa mempunyai guru itu penting❓

📌Guru🧑‍🏫 mempunyai ilmu dia mengajar perkara yang kita tidak tahu dan yang perlu dipelajari.

📌Kita tidak mungkin mengetahui sesuatu ilmu📕 dengan mendalam jikalau tiada guru yang membimbing.🫂

📌Pelbagai implikasi jika kita tidak menuntut ilmu dan berguru.📌

📌 Tambahan lagi, pada zaman yang canggih⏳ ini walaupun mempunyai kemudahan internet ramai dapat mempelajari hanya melalui youtube💻 dan membaca buku, 📚walaupun kita mempunyai sumber tetapi kemungkinan besar kita salah mentafsir ilmu dan memahami nya dengan betul.

✖️ Bagi mengelakkan kejadian ini, kita perlulah berguru. Setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza, dan ini menyebabkan percanggahan ilmu yang hendak disampai. 📚

🤖 Perubahan teknologi 👩‍💻sekarang, tidak dinafikan generasi sekarang lebih terdedah dengan teknologi dan segelintir menganggap bahawa pendidikan di Negara kita tidak🙅🤦 mengikuti perkembangan semasa.

🌈 Para guru lebih kreatif dan megikuti perkembangan teknologi ini bagi memastikan para pelajar mendapat ilmu dengan sebaiknya 💯

🤖Teknologi ini, tahap pencapaian para pelajar tidak lagi diukur dari segi kecemerlangan malah ia juga diukur dari segi kemahiran berfikir aras tinggi🙋 dan kebijaksanaan🧠 dalam menyelesaikan masalah dngan kreatif.

👩‍🎓🧑‍🎓🧑‍🎓Oleh itu, tugas seorang Guru bukan tugas yang mudah, kerana menjadi tunjang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia. Kami Sayang Cikgu!!!💕💕💕

Saidatul Hasni binti Zaipol Azmi 275395
Nur Asyrani Binti Abu Bakar 275338

Address

Universiti Utara
Sintok
06550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category