17/05/2022
โค๏ธโ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โค๏ธโ๐ฅ
๐๐๐๐ : ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Gangguan seksual bukan sebuah isu baharu dan boleh dianggap sebagai tabu bagi masyarakat di Malaysia di mana kita tidak membincangkan perkara ini secara terbuka di ruang umum. kita perlu tahu dan sedar gangguan ini boleh hadir bukan sahaja melibatkan sentuhan fizikal, malahan dalam pelbagai cara dan bentuk yang berbeza. Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum peka dan ambil serius berkenaan gangguan seksual yang berlaku di sekeliling kerana menganggap situasi tersebut sebagai sebuah perkara biasa.
Jenis-jenis gangguan seksualโถ๏ธโถ๏ธ
(๐ข) ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐ง ๐ฃ๐
Tanpa kita sedari, ucapan dan lisan juga boleh menjadi salah satu bentuk gangguan seksual kerana selama ini mesti ramai yang menganggap bahawa gangguan seksual hanya boleh berlaku secara fizikal. Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual yang dinyatakan secara terang-terangan atau terselindung sehingga menyebabkan rasa tersinggung, terhina, terugut atau terganggu untuk berurusan dengan seseorang. Sebagai contoh pernyataan atau komen dikeluarkan berkaitan rupa paras atau tubuh badan wanita secara terperinci sehingga menyebabkan ketidakselesaan.
(๐ข๐ข) ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ปโโ๏ธ๐
๐ปโโ๏ธ๐คฆ๐ป
Dalam konteks ini, apa yang dimaksudkan adalah lebih kepada menunjukkan niat seseorang itu melalui isyarat yang tidak sepatutnya dalam apa-apa bentuk yang tidak melibatkan percakapan. Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat lain. Apabila berlakunya perkara sebegini, seseorang itu perlu peka dan melakukan tindakan segera agar dapat menghindari perkara lebih buruk berlaku seperti mengelakkan daripada berada di kawasan sunyi atau keseorangan.
(๐ข๐ข๐ข) ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ฌ๐ฎ๐๐ฅ ๐ฒ๐๐ฌ
Perlakuan menghantar nota, surat, e-mel, sms, gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik, atau peralatan komunikasi merupakan salah satu kategori gangguan secara visual. Pada era moden ini, secaranya umumnya gangguan ini sering terjadi melalui dalam talian dan boleh dijelaskan sebagai apa-apa perbuatan yang dijalankan melalui internet atau lain-lain bentuk peranti elektronik atau digital yang menyebabkan seseorang berasa takut, malu, terancam, terseksa, terhina, direndahkan atau berasa tidak selesa oleh tindakan tersebut sampai sehingga ke tahap di mana seseorang itu berasa merasakan diri berada di dalam persekitaran yang berbahaya.
(๐ข๐ฏ) ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข๐ง ๐ซต๐ป
Gangguan secara psikologi melibatkan perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi yang menimbulkan tekanan emosi dan mental. Dalam hal ini, kebanyakan isu yang sering berlaku adalah melibatkan ugutan di mana pelaku ingin mendapatkan sesuatu daripada mangsa. Mereka akan mendesak dalam pelbagai cara seperti mengancam untuk merogol, menyebar gambar tidak sepatutnya dan banyak lagi. Si pelaku akan menggunakan kelemahan pada mangsa sebagai kunci utama dalam memastikan mangsa mengikut apa sahaja arahan mereka.
(๐ฏ) ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐
๐ข๐ณ๐ข๐ค๐๐ฅ ๐ฉโโค๏ธโ๐โ๐จ
Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan yang
tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan,
memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.
Dalam konteks kajian ini, gangguan seksual meliputi gangguan jenis pertama dan
kedua iaitu sama ada gangguan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi dan fizikal
yang berlaku di tempat kerja. Antaranya ialah sentuhan, pandangan, paksaan
mengadakan dating, permintaan untuk mengadakan hubungan seks secara paksaan serta
percakapan dan isyarat-isyarat yang berunsur seksual. Gangguan seksual juga boleh
dihuraikan sebagai pujian berunsur seksual yang tidak diingini dan kritikan yang
dihindari oleh pekerja wanita yang mana ia mewujudkan persekitaran kerja yang
terancam.
Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kump**an yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Jenis-jenis Diskriminasiโถ๏ธโถ๏ธ
(๐) ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐ฆ๐ฎ๐ซ๐จ๐ปโ๐ฆณ๐ฉ๐ผโ๐ฆณ
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja". Perkara boleh mengakibatkab berlakunya ketidakadilan dan sesuatu pekerjaan kerana yang lebih tua seperti wajib untuk yang lebih muda hormat dan patuh.
(๐๐) ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐๐ซ
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama. Hal ini sangat tidak adil kerana wanita dianggap lemah dan tidak mampu untuk bersaing dengan lelaki biarpun mempunya kelayakkan yang sama dalam sesuatu bidang yang diceburi.
(๐๐๐) ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง๐ง๐ปโ๐ฆฏ๐ง๐ปโ๐ฆฝ
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan. Perkara ini boleh mengakibatkan individu tersebut mempunyai peratusan yang tinggi untuk kembali kepada keadaan yang lama kerana berasa tertekan dengan keadaan yang dihadapi.
(๐๐) ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐
๐ป
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka. Beberapa negara dan daerah, terdapat diskriminasi ras atau rasisme. Diskriminasi ras terjadi karena suatu ras tertentu merasa lebih unggul, superior, dan lebih hebat sampai mengatur ras lainnya
(๐) ๐๐ข๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti. Sebagai contoh, Diskriminasi bisa terjadi di organisasi dan perusahaan, seperti seseorang yang tidak mendapatkan promosi dan naik pangkat karena menganut agama berbeda.
(๐๐)๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฎ๐ฆ๐๐พโโ๏ธ๐๐ผ
Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain. Perkara ini merupakan barah yang tidak selesai biarpun beratus tahun berlalu. Diskriminasi antara kaum wajarlah dicegah kerana boleh menjatuhkan imej Negara serta mengakibatkan berlakunya masalah social antara kaum. Sebagai contoh, kaum cina lebih diberi peluang untuk menceburi bidang perniagaan kerana mereka dianggap sebagai tuan rumah manakala kaum melayu dan India p**a tidak diberikan pengiktirafan yang selayakknya.
Disediakan oleh:
1. NUR MUKMIN BIN ZULKIFILI 285750
2.NURUL IZZAH BINTI BADRISHAH 285716