29/05/2022
NAMA:FARISHA AZRA BINTI ALIAS
NO. MATRIK: (284353)
🌏 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM 🌏
🌟DEFINISI EKOSISTEM
Ekosistem adalah hubungan interaksi antara makhluk hidup dan persekitaran dan keduanya mempunyai hubungan timbal balik. Ketidakseimbangan ekosistem menyebabkan kelangsungan hidup makhluk hidup terganggu, bukan sahaja manusia tetapi haiwan dan tumbuhan.
🔴 KESAN PENCEMARAN AIR💧🔴
Air tercemar oleh sisa buangan manusia mengangkut patogen, nutrien, bahan tercemar, dan pepejal ke lautan yang dapat menyebabkan pemutihan batu karang dan penyakit serta kematian bagi karang🪸, ikan🐟, dan kerang🐚. Pencemaran air sisa juga dapat mengubah suhu laut🌊, pH, kemasinan, dan kadar oksigen, mengganggu proses biologi dan persekitaran fizikal yang penting untuk kehidupan laut.
Seterusnya, pembuangan sampah ataupun nutrien yang tidak diperlukan ekosistem semulajadi ke sungai, di mana sungai tercemar dengan sampah menyebabkan makhluk hidup di sungai kehilangan air bersih dan banyak ikan mati. Makhluk di sungai akan kehilangan habitat dan haiwan🐇 yang memerlukan sumber air untuk terus hidup akan ketandusan air bersih serta berisiko mendapat penyakit daripada air yang tercemar. Tumbuhan disekitar sungai juga akan terkesan dan menggangu pertumbuhan.
🔴KESAN PENCEMARAN TANAH🔴
Antara kesan pencemaran tanah ialah Kerosakan Tanah Dan Kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkutan menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Pencemaran ini juga memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan terdegradasi dan pelbagai spesies berkurangan variasi, spesies yang masih bertahan akan menunjukkan aspek lemah dan proses pertumbuhan semula jadi akan menjadi sukar. Hasil pertanian juga akan berkurangan dan tidak berkualiti.
Hujan asid⛈️ yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Antara aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajaran serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada mengalir bersama-sama dengan air apabila hujan lebat.
Penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Selain itu, Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga🪳🦗🐛 yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.
🔴KESAN PENCEMARAN UDARA🌬️🔴
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan🌲 memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan🌳 akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan🏘️🏫, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan🏢 akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya🏗️.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan🌡️ bumi🌏 akan meningkat. Dengan kenaikan suhu di bumi ini, dampak selanjutnya adalah dengan mencairkan ais di kutub, naiknya permukaan laut, mengubah musim secara tidak teratur, menurunkan produksi pertanian, mengubah pola hidup haiwan dan tanaman. Contohnya ais glasier🏔️ dikutub utara yang semakin cair menggangu habitat dan suhu yang sesuai kepada haiwan seperti beruang polar🐻❄️ dan penguin🐧.
📖Rujukan Buku📖
Firdausi, N. (2018). Ekosistem & Ekologi (1st ed., Vol. 1, p. 69). Yogyakarta, (Deepublish Publisher,2018).