11/06/2023
Kesalahan Penyalahgunaan Kuasa Atau Rasuah merupakan kesalahan berat yang sering terjadi di dalam kalangan Penjawat Awam mahupun Kakitangan Awam. Meskipun, hukuman berat telah ditetapkan keatas mereka yang melakukan kesalahan ini, namun masyarakat hari ini masih kurang peka dan kurang kesedaran untuk membanteras kesalahan ini dari terjadi. Oleh itu, untuk memastikan kesalahan ini dapat dibendung pada masa hadapan tindakan awal perlulah dilakukan.
Dapat dilihat bahawa pada hari ini kes penyalahgunaan kuasa ini tidak hanya berlaku dalam kalangan penjawat awam, namun turut berlaku dalam kalangan anak muda hari ini. Hal ini terjadi kerana kurangnya didikan agama atau penekanan daripada pihak-pihak terlibat. Seperti kita lihat, anak kecil hari ini lebih cenderung dan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di dalam kehidupan seharian ataupun media sosial. Oleh itu, pengaruh negatif ini mempengaruhi tindakan dan pemikiran anak-anak muda hari ini dalam melakukan kesalahan yang sama kerana menurut mereka kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang amat serius.
Oleh hari yang demikian, bagi memastikan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah ini dapat ditegah pada masa hadapan. Ibu Bapa dan pihak-pihak berkepentingan seperti guru-guru badan kerajaan haruslah memainkan peranan penting dalam membentuk semula sahsiah anak muda hari ini kerana merekalah yang akan meneruskan kepimpinan negara pada masa hadapan. Bak kata pepatah melayu "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jika didikan dan sikap yang baik dapat dipupuk pada hari ini, berkemungkinan masalah penyalahgunaan kuasa penjawat awam ini dapat dibanteras dan tidak berlakunya penindasan kuasa maka rakyat negara kita akan hidup dalam negara yang aman dan makmur.
NAMA : NOR SHAHASHILIZA LYANA AIDA BINTI MOHD ASNIZAD
NO. MATRIK : 295699