31/05/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 😉. Hari ini admin ingin kongsi sedikit tentang langkah-langkah serta peranan kerajaan dan masyarakat dalam menangani masalah pengambilan alkohol. 🍻
Seperti yang semua orang sedia maklum tentang pengambilan alkohol secara tidak terkawal akan mengakibatkan kesan buruk kepada individu🍾.Hal ini juga menjadi topik utama di surat khabar mahupun media social kerana kebanyakannya masalah alkohol ini menyebabkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, keganasan rumah tangga serta pergaduhan antara satu sama lain di bawah pengaruh alkohol.
Langkah-langkah serta peranan kerajaan dan masyarakat:
Kerajaan:
1. Menguatkuasakan undang-undang. Mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap individu yang mengambil alkohol secara tidak terkawal supaya semua masyarakat sedar bahawa pengambilan alkohol ini memberi kesan yang sangat buruk dari pelbagai aspek. Contoh: Akta Pengangkutan Jalan Raya (Road Transport Act) boleh rujuk gambar dibawah.
2. Mengkaji semula penjualan arak serta mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan kerjasama pihak berkuasa. Supaya dapat membanteras penjualan arak secara haram mahupun tidak berlesen di mana-mana premis. hal ini juga dapat memantau premis yang mempunyai lesen beroperasi selari dengan standard yang ditetapkan atau tidak.
Masyarakat:
1. Sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab kita perlulah peka dengan keadaan sekeliling. sekiranya, kita berhadapan dengan individu yang dibawah pengaruh alkohol kita seharusnya memberi bantuan agar individu tersebut tidak melakukan perkara yang di luar kawal ketika di bawah pengaruh alkohol.
2. Seterusnya, semua masyarakat perlulah mempunyai pengetahuan mengenai keburukan pengambilan alkohol secara tidak terkawal agar dapat menghindari diri sendiri serta keluarga dari mengambil alkohol yang mendatangkan keburukan.
Sekian dari admin untuk perkongsian hari ini. Hingga jumpa lagi 🤗
NURUL ADILAH BINTI ABDUL RAHMAN (288776)