Etika Peradaban UUM N1 A212

Etika Peradaban UUM N1 A212 Laman Facebook ini dibuat khas bagi tujuan tugasan berkump**an kursus Penghayatan Etika dan Peradaba

Poster ringkasan tajuk 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵: 𝗣𝗲𝗺𝘂𝘀𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗘𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮
06/06/2022

Poster ringkasan tajuk 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵: 𝗣𝗲𝗺𝘂𝘀𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗘𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

📌Kes Rasuah Yang Pop**ar📌📌1 Malaysia Development Berhad (1MDB)📌Sudah pasti ramai yang pernah mendengar tentang kes 1MDB ...
21/05/2022

📌Kes Rasuah Yang Pop**ar📌

📌1 Malaysia Development Berhad (1MDB)📌

Sudah pasti ramai yang pernah mendengar tentang kes 1MDB ini kerana ianya melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Terengganu Investment Authority (TIA) telah diperkenalkan terlebih dahulu pada tahun 2008 sebelum terlahirnya 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2009. Ini merupakan antara skandal kleptokrasi terbesar di dunia. Buat pengetahuan anda, kleptokrasi didefinisikan sebagai kerajaan yang pemimpinnya tidak amanah dalam menggunakan bidang kuasa politiknya untuk memperuntukkan kekayaan rakyat dan tanah yang mereka tadbir yang biasanya dengan menggelapkan atau menyeleweng dana kerajaan. Secara ringkasnya, kes 1MDB ini adalah badan pelaburan strategik Kerajaan yang bertujuan bagi menggalakan pembangunan ekonomi jangka panjang Malaysia melalui pelaburan langsung asing (FDI). Pertuduhan jenayah rasuah tersebut melibatkan 42 tuduhan kepada Perdana Menteri yang ke-6, Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan, Jho Low. Ratusan juta dolar daripada dana 1MDB diberikan kepada anak tiri Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz untuk membeli aset hartanah bernilai AS$80.97 juta di Beverly Hills, New York AS serta London selepas beberapa dakwaan dibuat. Tambahan p**a, syarikat perfileman Riza Aziz dikatakan telah menerima sebanyak AS$10 juta semata-mata untuk projek perfilemannya. Selain itu, Jho Low menerima tuduhan yang mendakwa beliau menyeleweng berbilion dolar semasa diberikan kepercayaan untuk menguruskan dana 1MDB tersebut. Hal ini demikian kerana Jho Low didapati membeli kapal layar mewah Equanimity menggunakan dana 1MDB tersebut. Hal ini bertambah lebih parah apabila beliau menerima tuduhan bahawa terlibat dengan pindahan wang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM2.6 bilion. Kesemua tuduhan tersebut dinafikan oleh kesemua pihak yang didakwa sehingga kini. Walaupun Jho Low telah lama menghilangkan diri sejak 2015, perbicaraan dan siasatan kes 1MDB ini masih lagi berjalan.

Berikut ialah kronologi kes rasuah 1MDB:

🔎2014
📌12 Disember
• Datuk Khairuddin Abu Hassan,bekas pemimpin UMNO membuat laporan polis mengenai 1MDB.

🔎2015
📌1 Mac
• Laporan dakwaan semua wang yang diperuntukkan kepada 1MDB disalurkan kepada PetroSaudi International dinafikan oleh syarikat tersebut.
📌6 Mac
• Bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB, pasukan khas ditubuhkan.
📌19 Mei
• Prosiding siasatan dimulakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
📌25 Mei
• Dua firma audit 1MDB dipanggil oleh Kementerian Kewangan.
📌3 Jun
• Siasatan rasmi ke atas 1MDB dimulakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
📌3 Julai
• Laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke- 6, Datuk Seri Najib Razak.
📌4 Julai
• Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa pejabat tiga syarikat disiasat oleh pihak berkuasa pada 3 Julai yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan dana ke akaun Perdana Menteri dan memperoleh dokumen.
• Penyiasat pasukan petugas khas melakukan serbuan ke atas SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
📌22 Julai
• Dua akaun berkaitan 1MDB dibekukan oleh Polis Singapura.
📌28 Julai
• Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan.
• Pada tarikh yang sama, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara.
📌29 Julai
• Bagi memantau SPRM, lima anggota panel bebas dibentuk.
📌30 Julai
• Konspirasi menjatuhkan kerajaan oleh pegawai kanan dinafikan oleh SPRM.
📌1 Ogos
• Tiga individu ditahan oleh pihak polis bagi siasatan berhubung skandal rasuah 1MDB.
📌3 Ogos
• Dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya dari 1MDB yang dimaklumkan oleh SPRM.
📌5 Ogos
• Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu disahkan bercuti sehingga seminggu.
• SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan meminta Najib memberi penjelasan tentang dana RM 2.6 bilion dalam akaunnya pada sebelah petang,
• SPRM juga tidak mendedahkan identiti penderma tetapi menyatakan bahawa penderma dana berkenaan berasal dari Timur Tengah.
• Isu SRC International melibatkan dana RM4 billion dengan dana RM2.6 bilion juga masih dalam siasatan agensi berkenaan tetapi dijalankan secara berasingan.
📌7 Ogos
• Dua pegawai kanan SPRM dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.
• Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke JPM.
📌14 Ogos
• Pembukaan prosiding jenayah diumum oleh Peguam Negara Switzerland mengenai 1MDB terhadap Pejabat Peguam Negara.
📌9 Oktober
• Prosiding jenayah dicadangkan oleh BNM terhadap 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara kerana 'pendedahan tidak tepat' ekoran perlanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953.
📌13 Oktober
• Tan Sri Apandi Ali, Peguam Negara ketika itu menutup siasatan BNM ke atas 1MDB atas alasan tiada bukti baharu yang dikemukakan BNM.

🔎2016
📌30 Januari
• Michael Lauber, Peguam Negara Switzerland meminta bantuan Malaysia berhubung siasatan dakwaan penyelewengan AS$ 4 billion membabitkan 1MDB.
📌23 Mac
• Disebabkan gagal menghantar dokumen bukti sejak Oktober 2015, BNM mengambil tindakan pentadbiran terhadap 1MDB.
📌7 April
• Laporan siasatan dibentangkan oleh PAC di Dewan Rakyat yang menunjukkan wujud salah laku dalam 1MDB.
• PAC turut menyatakan pegawai yang patut disiasat adalah Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
📌20 Julai
• Loretta Lynch, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mengemukakan saman sivil untuk menyita aset 1MDB yang bernilai AS$ 1 billion.
📌21 Julai
• Permohonan oleh DOJ untuk merampas 17 aset termasuk hartanah mewah dibuat.

🔎2017
📌5 Januari
• Jens Fred Sturzenegger, Pengurus Cawangan Falcon Private Bank didakwa berhubung siasatan Singapura terhadap 1MDB.
📌31 Oktober
• Polis diarahkan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Apandi Ali untuk membuat siasatan lanjut berhubung 1MDB.

🔎2018
📌28 Februari
• Sebuah kapal mewah dirampas oleh Indonesia di Bali yang sedang dicari DOJ sebagai sebahagian daripada siasatan 1MDB.
📌15 - 16 Mei
• Kediaman Datuk Seri Najib Razak diserbu oleh polis di Jalan Langgak Duta dan merampas beberapa dokumen.
📌17 Mei
• Tiga unit kondominium dikaitkan dengan Najib diserbu oleh polis dan merampas kotak mengandungi barangan mewah serta wang tunai.
📌21 Mei
• Penubuhan pasukan khas diumumkan oleh kerajaan untuk menyiasat 1MDB.
📌22 Mei
• Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan berhubung SRC International kepada SPRM selama lebih 4 jam.
📌24 Mei
• Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan buat kali kedua kepada SPRM berhubung SRC International.
📌5 Jun
• Isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan berhubung kes SRC International kepada SPRM.
📌7 Jun
• Waran tangkap dikeluarkan oleh SPRM ke atas bekas Penasihat Khas 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman.
📌11 Jun
• Dalam serbuan, sebanyak 40 buah beg tangan mewah pelbagai jenama dirampas di sebuah daripada dua kuarters kerajaan di Presint 10, Putrajaya berkaitan siasatan 1MDB.
📌27 Jun
• Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mendedahkan dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 billion jumlah rampasan dari kediaman Datuk Seri Najib Razak.
📌29 Jun
• Prosiding undang-undang bagi mendapatkan semula barangan yang dirampas dilaporkan telah dimulakan oleh keluarga Datuk Seri Najib Razak. Ahli keluarga beliau mendakwa kebanyakan barangan yang dirampas merupakan hadiah yang diterima dari keluarga ternama dari luar negara termasuk keluarga Diraja untuk pelbagai acara.
📌3 Julai
• SPRM menahan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Jalan Langgak Duta sekitar jam 2.35 petang.
📌4 Julai
• Datuk Seri Najib Razak menghadapi pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur.

⚜ Nama: Muhd Ariff bin Ahamad Romazul
⚜ No. Matriks: 271440

Nama: Nurul Nadiah Bt YusufNo.Matrik: 271278Graf tersebut menunjukkan statistik rasuah keseluruhan tahun 2021. Berdasark...
21/05/2022

Nama: Nurul Nadiah Bt Yusuf
No.Matrik: 271278

Graf tersebut menunjukkan statistik rasuah keseluruhan tahun 2021. Berdasarkan graf, pada Bulan Januari statistik awam menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu sebanyak 54.76%, manakala bilangan penjawat awam menunjukkan nilai sebanyak 45.24%. Pada bulan februari bilangan awam sedikit menurun iaitu sebanyak 54.13% tetapi masih mengekalkan bilangan yang paling tinggi, manakala penjawat awam sebanyak 45.87%. Berikutan pada bulan mac penjawat awam menunjukkan bilangan yang tinggi iaitu sebanyak 58.48% manakala awam menunjukkan bilangan yang sebanyak 41.52%. pada bulan april awam mengekalkan kedudukan yang tinggi dengan bilangan sebanyak 61.05% manakala penjawat awam sebanyak 38.95%. Pada bulan mei, bilangan awam meningkat sebanyak 82.61% dan ianya merupakan bilangan tertinggi pada tahun dan bulan tersebut. Manakala bilangan penjawat awam mencatat bilangan yang paling sedikit pada tahun dan bulan tersebut iaitu sebanyak 17.39%. Pada bulan jun, bilangan penjawat awam meningkat sedikit berbanding pada bulan mei iaitu sebanyak 55.71% dan mencatat bilangan yang tertinggi. Manakala bilangan awam sedikit menurun dan mencatat bilangan terendah iaitu sebanyak 44.29%
Pada pertengahan tahun bulan julai, graf menunjukkan bilangan penjawat awam pada bulan julai tidak terlalu berubah nilainya iaitu 55.70% hampir sama dengan bulan jun. Manakala awam menunjukkan bilangan sebanyak 44.30%. pada bulan berikutnya iaitu bulan ogos,bilangan penjawat awam sedikit menurun sebanyak 52.11% manakala awam sedikit meningkat iaitu sebanyak 47.89%. Pada bulan september, bilangan penjawat awam meningkat sedikit berbanding bulan lepas iaitu sebanyak 61.76% dan merupakan antara bilangan yang tertinggi rasuah pada bulan tersebut. Manakala awam mencatat bilangan sebanyak 38.24%. Pada bulan oktober, bilangan awam kembali meningkat sebanyak 66.67% manakala bilangan penjawat awam sedikit menurun iaitu sebanyak 33.33%. Pada bulan seterusnya iaitu bulan november bilangan awam mengekalkan kedudukan tertinggi dengan nilai sebanyak 68.75% manakala bilangan penjawat awam masih mengekalkan kedudukannya yang sedikit iaitu sebanyak 31.25%. Pada bulan terakhir iaitu bulan disember bilangan awam semakin meningkat iaitu sebanyak 78.57% manakala bilangan penjawat awam menurun sebanyak 21.43%. Pada keseluruhannya, boleh dilihat pada graf tersebut yang menunjukkan sektor awam yang paling banyak menerima rasuah berbanding sektor penjawat awam.

Hey, semua rakyat Malaysia.Pernahkah anda mengetahui kegiatan rasuah boleh dihapuskan dalam tangan anda? Mahu tak anda m...
16/05/2022

Hey, semua rakyat Malaysia.

Pernahkah anda mengetahui kegiatan rasuah boleh dihapuskan dalam tangan anda? Mahu tak anda melaporkan satu kes berkaitan rasuah di sekeliling anda tapi tak tahu caranya?

Jangan risau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk menyiasat rasuah yang mungkin wujud. Di sini, saya memberi 7 tugas dan kes-kes besar yang pernah dicegahkan oleh SPRM sepanjang perkhidmatannya. Cara melaporkan kes rasuah di Malaysia juga diperkenalkan.

𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬-𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 ditetapkan dalam Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 seperti berikut:

1. menerima dan mengevaluasi keluhan tentang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyelesaikan keluhan seperti yang dipercaya oleh Komisioner Tertinggi atau pegawai-pegawai dalam praktek praktis.
2. Mengesan dan menyiasat :-
- Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;
- Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009; dan
- Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009;
3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;
4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;
5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;
6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan
7. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

𝐊𝐞𝐬-𝐤𝐞𝐬 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫

**Ops Sejuk**

Pada 30 Jun 2015, SPRM telah menahan 21 pekebun sayur termasuk warga Bangladesh yang cuba merasuah anggota penguat kuasa di Cameron Highlands Hasil siasatan mendapati sogokan diberikan bagi mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan, antaranya penerokaan tanah secara haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati) dan menyimpan racun tidak berjadual.

**Sijil Anak Negeri**

Pada pertengahan Jun 2015, SPRM Sabah telah menahan 34 orang termasuk tiga orang Datuk kerana memiliki Sijil Anak Negeri (SAN) palsu. Kegiatan haram ini terbongkar apabila seorang individu bukan bumiputera Sabah menggunakan Sijil Anak Negeri untuk membuat tawaran dan memenangi plot tanah seluas 1.61 hektar berharga RM1.7 juta dalam lelongan awam di Tawau dan cuba menjual semula dengan harga lebih tinggi.

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐩𝐨𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐫𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
1. laman sesawang https://portaladuan.sprm.gov.my/

2. Menghubungi *talian panas* +603 8870 0688

3. Melalui *SMS* ke talian +6019 6000 696

4. Menghantar *faks* ke talian +603-8870 0934

5. Melalui *talian bebas tol* – 1-800-88-6000

6. Melalui *email* ke [email protected]

7. Melalui *aplikasi MACCMobile* yang boleh dimuat turun dari Playstore/ Appstore/ Windowsstore

8. Melalui *surat tanpa setem* ke alamat SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PETI SURAT 6000.

9. Hadir terus ke pejabat SPRM yang berdekatan.

Nama author: Tan Kai Xian
matric number: 270591

Kepentingan Mencengah Rasuah 🚫⛔️ 1. Rasuah perlu dibanteras kerana rasuah merupakan suatu jenayah mengikut Akta Pencenga...
14/05/2022

Kepentingan Mencengah Rasuah 🚫⛔️

1. Rasuah perlu dibanteras kerana rasuah merupakan suatu jenayah mengikut Akta Pencengahan Rasuah 1997
◦ Sebagaimana yang kita tahu rasuah merupakan perbuatan yang dianggap jenayah ia bukan hanya melanggar etika di dalam sesuatu pekerjaan, tetapi perbuatan rasuah ini telah mengambil hak orang lain. Malahan, perbuatan yang menerima dan memberikan rasuah juga merupakan kesalahan disisi undang-undang negara. Oleh itu, kepentingan mencengah rasuah itu amatlah penting kerana individu yang telah melakukan perbuatan sebegini sebenarnya telah menggunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka demi kepentingan diri sendiri.

2. Gejala rasuah juga perlu dibanteras kerana rasuah yang berleluasa boleh melunturkan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan
◦ Selain itu, kepentingan mencengah rasuah adalah untuk mengelakkan kelunturan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan kerajayaan. Terutamanya jika seseorang individu yang terlibat dengan rasuah itu terdiri daripada kakitangan kerajaan. Amalan rasuah ini akan membuatian rakyat merasa diperbodohkan jika setiap sesuatu perkara yang dipohon perlu disertai sogokkan dari pihak tidak bertanggungjawab demi untuk mendapatkan kelulusan. Jika keadaan ini sering terjadi ia akan mengundang bahaya kepada negara kerana rakyat akan memberontak dan merasa ditindas.

3. Gejala rasuah juga boleh menyebabkan urusan pembangunan negara tergendala.
◦ Akhir sekali kepentingan mencengah rasuah adalah untuk mengelakkan urusan pembangunan negara daripada tergendala. Ini kerana jika gejala rasuah ini tidak dicegah ia akan menyebabkan peruntukkan kerajayaan dalam melaksanakan sesuatu projek diselewengkan oleh mereka yang tidak amanah dan gila wang. Bukan itu sahaja disebabkan rasuah juga pembangunan yang dirancang tidak dapat berjalan dengan lancar dan hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju tidak akan tercapai.

Oleh demikian ketiga-tiga kepentingan ini amatlah penting bagi membanteras gejala rasuah walaupun kita tahu bukan negara kita sahaja yang mempunyai masalah sebegini ini kerana gejala rasuah ni secara kasarnya amatah sukar untuk diatasi kerana gejala ini melibatkan silap manusia yang sukar untuk diubah. Hal demikian, menjadikan hukuman akan dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah adalah hukuman penjara mandatori dengan tempoh yang lebih lama diikuti dengan sebatan.

NAMA: IZNI SYAZANA BINTI JAFRI AINUDDIN
NO MATRIK: 275755

UNDANG-UNDANG BERKAITAN RASUAH DI MALAYSIA⚜ Dunia menakrifkan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk...
13/05/2022

UNDANG-UNDANG BERKAITAN RASUAH DI MALAYSIA

⚜ Dunia menakrifkan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi pihak tertentu. Ia adalah satu terma yang membawa kepada penerimaan wang, barangan mahupun faedah yang menguntungkan pihak tertentu, secara tidak langsung ia adalah tindakan menganiaya pihak lain.

⚜ Detik sejarah kita kali ini adalah untuk mengungkap perisitiwa di mana Rang Undang-Undang Rasuah Negara Diwartakan oleh kerajaan pada tanggal 14 September 1961. Tindakan itu adalah satu detik yang cukup penting dan bermakna, negara dilihat mula mengorak langkah yang lebih agresif dalam membanteras budaya ini. Pada ketika itu, rang undang-undang telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Dato’ Dr. Ismail Abd Rahman iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Keselamatan. Oleh itu, pihak kerajaan telah menubuhkan satu organisasi khas untuk mengendalikan kes-kes rasuah ini.

⚜ Jenayah rasuah negara ini diletakkan di bawah organisasi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Tujuan mereka adalah untuk membuat peruntukan yang selanjutnya dan lebih baik bagi pencegahan rasuah dan bagi perkara-perkara yang perlu tentangnya dan yang berkaitan dengannya. Oleh itu pihak yang berkuasa perlu memantau pihak pihak yang terlibat dalam kegiatan rasuah ini.

1) Matlamat utama undang-undang rasuah ditubuhkan adalah:

• Menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab

• Mendidik pihak berkuasa awam,pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti.

2) Selain daripada itu, terdapat peranan penguatkuasaan undang-undang dalam menyiasat, mendakwa dan menentang perhambaan moden, pemerdagangan manusia, buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

• Penguatkuasaan undang-undang ialah komponen teras bagi perjuangan melawan perhambaan moden.
• Walaupun banyak telah mengguna pakai perundangan yang mengatasi perhambaan moden, kandungan dan penguatkuasaannya berbeza dari negara ke negara.
• Respons keadilan jenayah kekal terhad dengan cabaran menukar penyiasatan menjadi pendakwaan dan sabitan.
• Perkongsian antara pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang dan organisasi persatuan sivil yang menyokong mangsa adalah berkesan dan memberikan respons yang holistik.

3) Senarai Peruntukan Undang-undang di Malaysia:

• Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Seksyen 16,17,18 dan 23
• Seksyen 161 Kanun Keseksaan - penjawat awammenerima suapan melibatkan tugas rasmi jabatan
• Seksyen 162 dan 163 Kanun Keseksaan - mana-mana orang menerima suapan bagi mempengaruhi atau menggunakan pengaruh peribadi ke atas penjawat awam
• Seksyen 164 Kanun Keseksaan - penjawat awam yang bersubahat melakukan kesalahan Seksyen 161- 164 Kanun Keseksaan
• Seksyen 165 Kanun Keseksaan - penjawat awam menerima benda yang berharga dengan tiada balasan daripada orang yang mempunyai hubungan tugas rasmi
• Seksyen 213 dan 214 Kanun Keseksaan - mana-mana orang mengambil atau menawarkan suapan sebagai balasan mengelakkan pesalah daripada tindakan undang undang
• Seksyen 215 Kanun Keseksaan - mana-mana orang mengambil suapan untuk pura-pura menolong atau kerana menolong pensalah mendapatkan semula harta yang telah diambil daripada pensalah itu
• Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Turut disertakan link pautan dari keratan akhbar digital mengenai undang-undang berkaitan rasuah di Malaysia:

https://www.sinarharian.com.my/article/34393/INFOGRAFIK/Undang-undang-rasuah-perlu-ditambah-baik

NAMA: NURUL AFIFAH BINTI NORSHAM
NO MATRIK: 275816

Undang-undang rasuah perlu ditambah baik

Nama : Shakkthi A/P M.KumaranNo. Matrik : 280505LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI RASUAH IALAH : 📌Memperkuatkuasakan undan...
13/05/2022

Nama : Shakkthi A/P M.Kumaran
No. Matrik : 280505

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI RASUAH IALAH :
📌Memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman.
Pengamal rasuah akan berfikir dengan lebih panjang sekiranya ingin melakukan kesalahan tersebut. Bukan itu sahaja, malah pengamal tersebut akan lebih menyedari akan bahayanya di Malaysia . Sebagai contoh, di Malaysia mengikut seksyen 17(a) penerima rasuah akan dipenjarakan maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang 5kali nilai suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi (Datuk Seri Akhbar Satar, 2019). Oleh itu, pengamal rasuah kini dan masyarakat lain akan lebih takut dan sedar akan bahayanya sehingga tidak sanggup untuk mengamalkan rasuah di negara kita apabila memikirkan tentang hukuman yang mampu dikenakan jika masih melakukannya .

📌Pendedahan awal akan bahaya rasuah sejak di bangku sekolah
Langkah ini mampu mendidik dan menerapkan anak muda untuk membenci rasuah dan bersikap lebih telus dan jujur dalam semua jenis keadaan terutamanya semasa bekerja pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, malah pada masa kini banyak buku telah menerapkan tentang rasuah ini iaitu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan juga Pendidikan Moral. Walhal demikian, dapat menerapkan dalam diri untuk mengelakkan apa jua bentuk rasuah dan bertindak adil di mana-mana sahaja. Maka, pendedahan awal melalui penerapan dalam subjek-subjek tersebut mampu membuka minda anak muda yang kemungkinan suatu hari dapat membebaskan negara daripada gejala rasuah.

📌Penolakan semua bentuk ataupun unsur rasuah oleh orang awam
Ini adalah inisiatif yang mampu dilakukan oleh masyarakat biasa mahupun masyarakat ternama agar dapat memudahkan kerja penguatkuasa dengan membantu dan menyokong mereka. Sekiranya mereka melihat sebarang rasuah diamalkan oleh sesiapa sahaja, mereka dapat memberikan aduan bersama saksi itu kepada pihak polis ataupun pihak yang berkenaan supaya mampu mengambil tindakan segera kepada pengamal rasuah itu. Lebih-lebih lagi, pihak penguasa itu juga perlu memastikan bahawa orang yang disabitkan dengan kesalahan rasuah itu tidak lagi menduduki apa-apa jawatan ternama terutamanya orang yang penting seperti pekerja yang bekerja dalam sektor berkaitan kepentingan orang awam dan negara. Oleh itu, ini akan memabantu pihak penguasa untuk mengenakan tindakan terhadap pesalah itu yang memastikan orang awam tidak berani terima apa jua bentuk rasuah di Malaysia.

📌Penubuhan unit integriti di unit awam dan swasta
Unit integriti ini adalah bagi membendung rasuah dalam korporat-korporat dan bisnes-bisnes dan memantapkan tadbir melalui kawalan dalaman yang mampu meningkatkan aspek integriti dalam setiap individu serta tidak berani menerima mahupun memberi rasuah kepada pihak ketiga di luar mahupun di dalam zon kerja itu sendiri. Bukan itu sahaja malah unit integriti ini dapat menjamin etika organisasi serta nama baik tempat kerja tidak akan dijual mahal begitu sahaja . Sebagai contoh, di Malaysia , pada tahun 2015, 398 pekerja ditahan kerana isu rasuah tersebut iaitu sekiranya dibandingkan 2014, ia meningkat sebanyak 173 orang (Nasruddin Hassan, 2016) . Maka, ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya unit integriti ini dalam sektor-sektor awam mahupun swasta yang dapat memastikan bahawa gejala rasuah ini tidak diulangi di bahagian pekerjaan dan menimbulkan nama buruk sekiranya dapat tahu akan syarikat tersebut.

Maka, itu adalah antara empat langkah untuk membendung gejala rasuah di negara kita! Ingat, KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH ‼️

𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡🔎-Melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi.Rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan ...
12/05/2022

𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡

🔎-Melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi.

Rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana timbul unsur penipuan dalam urusan. Sebagai contoh, pegawai kastam yang bertugas di persempadanan negara menerima wang sogokan untuk melepaskan penyeludupan rokok murah. Situasi ini berlaku kerana gaji yang rendah serta mereka juga pembeli rokok murah. Maka organisasi yang sepatutnya menghalang penyeludupan rokok ini telah merugikan negara kerana terlepas daripada terkena cukai yang menjadi sumber pendapatan negara.

🔎-Menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi lemah dan huru-hara.

Selain itu, sekiranya gejala rasuah semakin berleluasa, pentadbiran negara secara keseluruhannya akan terjejas. Pelaksaanaan undang-undang tidak dapat dijalankan secara adil dan boleh menumbangkan ekonomi negara secara amnya. Misalnya, industri pembekalan elektrik negara yang hanya dimonopoli oleh satu entiti separa kerajaan dimana tiada rasuah terlibat tetapi berlaku kepentingan yang kurang baik. Setiap industri hendaklah dibuka kepada semua pemain industri agar berlaku daya saing yang kompetitif sekaligus melahirkan peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi negara.

🔎-Menjejaskan imej dan kredibiliti negara.

Pada waktu yang sama, rasuah akan menjatuhkan imej negara di mata dunia. Kemajuan media massa dalam mendapatkan maklumat mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam sesebuah negara mampu menjadi punca kejatuhan ekonomi negara tersebut. Maka, kita hendaklah sentiasa memastikan tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi bahan berita kepada media antarabangsa dalam melaporkan berita kepada penonton mereka di seluruh dunia. Sekiranya kita terpalit dengan isu rasuah, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-pelabur asing kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran kita. Apabila kehilangan pelabur maka ekonomi negara akan merosot dan lembab. Dengan itu, pihak kerajaan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memastikan setiap anggota kerja kerajaan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan terhindar daripada terlibat dalam gejala rasuah.

🔎-Menjejaskan kualiti infrastruktur atau program.

Di samping itu, amalan rasuah yang mengaburi mata hati seseorang ini akan membawa kepada kualiti satu infrastruktur atau program terjejas. Contohnya, dalam projek pembinaan jalan raya di mana berlaku rasuah yang melibatkan kontraktor. Mereka hanya mengejar keuntungan dengan menerima projek daripada kerajaan pada nilai pelaksanaan tertinggi tetapi hakikatnya mereka membina jalan raya pada kos yang paling minimum demi mengaut keuntungan. Perkara seperti ini menjejaskan pengguna serta berlaku pembaziran diperingkat pihak berkuasa tempatan kerana terpaksa membaiki pulih jalan raya. Hal seperti ini hendaklah dielakkan oleh semua pihak kerana ketulusan dalam pekerjaan kita akan memberi keuntungan bukan pada kita tetapi kepada orang lain yang memanfaatkannya.

𝐀𝐖𝐀𝐒! 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐄𝐋𝐔𝐀𝐒𝐀!Masyarakat pada zaman kini boleh dikatakan telah terbiasa untuk mendengar berita-berita ...
07/05/2022

𝐀𝐖𝐀𝐒! 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐄𝐋𝐔𝐀𝐒𝐀!

Masyarakat pada zaman kini boleh dikatakan telah terbiasa untuk mendengar berita-berita salah laku rasuah yang berlaku sama ada dalam negara mahupun luar negara. Ini menunjukkan bahawa gejala rasuah makin membarah dan kian berlegar dalam masyarakat. Ditambah p**a dengan kemajuan teknologi yang membolehkan berita-berita rasuah disebar luas dalam media arus perdana seperti di corong-corong radio, televisyen, surat khabar dan media sosial, lalu menjadi buah mulut masyarakat dalam perbualan seharian.

Berita rasuah ini bersebaran supaya menjadi peringatan dan kesedaran supaya jangan kita mengambil mudah dengan jenayah rasuah dan lebih cakna dengan kemungkinan rasuah yang tidak mustahil berlaku dalam organisasi yang kita terlibat.

Kebimbangan masyarakat terhadap rasuah menggambarkan satu keadaan yang bagus kerana masyarakat akan terdorong untuk mencari apakah punca-punca rasuah dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada tersilap langkah lalu terjatuh dalam kekotoran rasuah.

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥/ 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗢𝗥𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗘𝗟𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛

𝟭. 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂
Sepanjang manapun sebatang sungai sehingga ke muara, tetap puncanya berada di hulu yang dalam. Ketahuilah, apa sahaja perbuatan, baik atau buruk, itu melibatkan diri, sikap atau perangai individu sendiri yang terpantul daripada apa yang ada di dalam, iaitu hati. Jika hati baik, maka baiklah seluruh jasad, jika hati buruk, maka buruklah seluruh jasad.

Punca utama daripada rasuah mestilah disalahkan kepada diri individu sendiri. Kelemahan peribadi seseorang daripada segi kerohanian ataupun dalaman akan menggelapkan mata hati, lalu tersilap dalam memilih lorong mana yang perlu diikuti. Ini berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam diri kerana jika seseorang itu mempelajari ajaran agama, menghayati, mengamalkan, menyampaikan, dan berpegang teguh kepada ajaran itu, pasti dia akan terlindung daripada terlibat dengan rasuah. Sebagai contoh, dalam Islam, Allah telah berfirman dalam al-Quran:

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقًا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan p**a kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). [Surah al-Baqarah: ayat 188]

Amat tidak wajar bagi seorang manusia yang holistik rohani dan jasmaninya untuk menafikan peranan agama dalam membanteras musibah rasuah sambil berbekalkan penghayatan nilai etika dan peradaban. Malah, pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan di peringkat sekolah juga dapat membantu dalam memperbaiki sikap individu bagi membendung gejala rasuah ini. Justeru, sikap individu mestilah diperbaiki bermula dari peringkat sekolah lagi dan diteruskan sehingga ke alam pekerjaan dengan disiplin, etika dan ketamadunan yang tinggi agar tidak terjebak dalam perangkap rasuah.

𝟮. 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶
Seterusnya, rasuah juga boleh berpunca daripada kelemahan golongan yang berautoriti dan berada di tampuk atas sesuatu pemerintahan atau pengurusan kerana penyeliaan yang kurang tertumpu dan kurang menyeluruh akan menyebabkan pekerja yang kurang menghayati nilai etika dan peradaban untuk berasa bebas dalam melakukan perbuatan yang menyalahi tatatertib dan undang-undang. Pemantauan yang berterusan kepada pekerja merupakan satu keperluan dalam memelihara integriti dan mutu pekerjaan agar bebas daripada rasuah.

Sebagai contoh, pekerja yang mahukan habuan yang lebih tinggi berbanding gaji yang diberikan majikan biarpun melalui jalan yang salah akan cenderung untuk memandang sebelah mata sahaja apabila ditawarkan rasuah dalam pelbagai bentuk. Perkara ini adalah satu tanggungjawab kepimpinan dalam mengatur langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan integriti para pekerja selain sikap pekerja itu sendiri yang mesti menggenggam etika integriti. Tidak dilupakan bahawa kepincangan kepimpinan juga berlaku kepada integriti pemimpin atasan.

Di samping itu, masalah ketelusan sistem pentadbiran juga merupakan satu hal yang perlu mendapat tumpuan dari kepimpinan kerana kerenah birokrasi yang panjang membuka lompong-lompong yang boleh diambil kesempatan oleh pegawai yang berada di sesuatu peringkat itu.

𝟯. 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮
Seperkara lagi, hakikat pembangunan sekarang hanyalah pembangunan material semata-mata yang memuncakan kepada salah laku seperti rasuah dan penipuan. Sedarlah bahawa pembangunan yang dijanjikan hampir setiap kerajaan sesebuah negara itu malah dilebihkan kepada aspek pembangunan infrastruktur dan kebendaan sahaja bagi menjaga kepentingan ekonomi. Pembangunan jati diri malah diletakkan di akhir fail rancangan.

Pendidikan di peringkat sekolah itu begitu penting, namun pendidikan yang sepatutnya menjadi wadah dalam membina jati diri sesebuah bangsa dalam setiap diri pemuda dan pemudi pelapis negara, malah diisi dengan kandungan yang melebihkan materialistik dan tidak mendedahkan falsafah-falsafah menyeleweng barat yang terkeluar daripada acuan budaya tempatan kita, contohnya pemikiran hedonisme.

Manusia yang terpengaruh dengan hedonisme ialah mereka yang rela melakukan apa sahaja asalkan dapat memuaskan hawa nafsu dan mencapai keseronokan material yang diingini walaupun terpaksa mengikuti jalan yang menyimpang daripada hak dan kebenaran. Pembangunan jati diri melalui perkembangan intelektual di sekolah mestilah diutamakan agar pelapis kepimpinan yang bakal mengambil alih pucuk pemerintahan negara dapat menjadi perintis dalam merangka hala tuju pembinaan jati diri yang lebih kukuh supaya perbuatan rasuah dapat dihapuskan.

Nama: Aidid bin Nor Akbar
No. matrik: 284200

Turut dilampirkan ialah infografik daripada Bernama tentang punca utama rasuah yang bersumberkan Laporan Pelan Antirasuah 2019-2023 dan SPRM.

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika Peradaban UUM N1 A212 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share