28/12/2022
NAMA: NORHANISAH BINTI NORDIN
NO. MATRIK: 293578
TAJUK: KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK
1. KESAN TERHADAP PROSES PEMBESARAN
- Kanak-kanak yang didera oleh individu dewasa berpotensi mengalami pelbagai masalah seperti perkembangan otak yang tidak sesuai, kesukaran dalam penglihatan, berkomunikasi dan mendengar dan berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit hati dan sebagainya. Masalah yang mereka dapati ini diperoleh daripada pukulan individu seperti ibu bapa, pengasuh, rakan-rakan dan sebagainya.
2. KESAN TERHADAP PSIKOLOGI
- Apa itu Psikologi? Psikologi berasal daripada perkataan Greek iaitu psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa, manakala logos bermaksud kajian. Berdasarkan topik di atas, kanak-kanak yang didera berpotensi mengalami masalah mental dan cenderung untuk menjadi kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara serta tidak percaya terhadap individu dewasa. Penderaan yang dialami oleh kanak-kanak menyebabkan mereka trauma dan tidak mampu meluahkan perasaan sebenar mereka kepada orang dewasa sekaligus menyebabkan wujudnya gangguan dalam mengawal emosi. Semakin lama penderaan berlaku, semakin serius masalah psikologi yang akan dialami oleh kanak-kanak tersebut. Antara kesan psikologi yang dialami oleh mangsa ialah kemurungan, gemar menyendiri, kesukaran untuk fokus, tidak selesa dengan sentuhan fizikal dan sebagainya.
3. KESAN TERHADAP FIZIKAL
- Kesan fizikal merupakan kesan yang paling ketara yang dapat dilihat oleh orang luar apabila seseorang kanak-kanak itu didera. Kesan fizikal ini dapat dilihat apabila individu dewasa melakukan penderaan seperti menumbuk, menampar, memukul kanak-kanak dengan menggunakan tangan mahupun peralatan yang tajam dan sebagainya. Penderaan ini sekaligus akan mendatangkan kesan fizikal pada tubuh badan kanak-kanak. Terdapat beberapa tanda penderaan fizikal yang biasa dilihat seperti kesan lebam, terseliuh, penyakit kelamin, terbakar, luka dan sebagainya.