07/06/2023
💫Posting 4💫
TAJUK : CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH NEPOTISME DAN FAVORITISME DALAM SEKTOR PEKERJAAN SWASTA DAN AWAM 📢‼️
Assalamualaikum dan hai sekali lagi korang!!! 🙌🏻🤓 Kita orang nak bagitau yang harini merupakan posting terakhir. 🥹 Jadi kita orang nak kau orang teka apa yang akan kami kongsikan. 😏 Ha tau tak tu, tau tak? Oklah, nak bagi hint ni… kau orang fikir betul-betul ye… ☝🏻 Posting tentang maksud nepotisme dan favoritisme dah✅, keburukan nepotisme dan favoritisme pun sudah✅, punca-punca berlakunya nepotisme dan favoritisme pun sudah✅… semuanya sudah, rasa-rasa apa lagi kami belum kongsikan? 🤔 Ha!! Pandailah kau orang ni! 😍
Harini, kita orang akan dedahkan dekat kau orang macam mana nak atasi masalah nepotisme dan favoritisme yang wujud dalam sektor swasta dan awam! ⚠️ Bersedia okay !! 🤪
Setelah mendalami keburukan nepotisme dan favoritisme yang kerap berlaku dalam sektor awam dan swasta 🤨, kami sebulat suara mengambil inisiatif untuk berkongsi tentang beberapa cara untuk mengatasi keburukan tersebut. 🚩Cara-cara di bawah adalah cara untuk mengatasi masalah nepotisme dan favoritisme ♨️ iaitu;
✨ Memahami kesan nepotisme dan favoritisme
▶️ Ini memberikan kesan yang buruk kepada korban pilih kasih, baik terhadap perilaku mahupun kesihatan mental. 🧠 Sekiranya mereka menyedari kesan yang mungkin berlaku, perlaku akan bersikap lebih adil. ⚖️ Ini bukan hanya memberi kesan kepada korban, pilih kasih sebenarnya memberi kesan kepada pelaku juga. 💔 Selain mempersoalkan profesionalisme ⁉️, kerja yang anda terima daripada mangsa pilih kasih juga mungkin tidak optimum. 📉😞
✨ Membuat penilaian berdasarkan kerja yang dihasilkan 📊📝
▶️ Sebelum membuat penilaian, pastikan semua orang telah mendapat tugasan secara adil dengan memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan 💃🏻 kebolehan serta kemampuan yang mereka perolehi. 💪🏻 Setelah itu, lakukan penilaian berdasarkan apa yang telah mereka lakukan. 🧐📝 Jika terdapat kekurangan , berikan tunjuk ajar yang betul untuk mewujudkan perubahan yang baik ☝🏻✅ agar tidak berlaku permusuhan 🔪 atau dendam 🤬 antara majikan dengan pekerja. 👍🏻 Sebagai contoh, sekiranya kalian bekerja dalam satu jabatan yang sama seperti jabatan kewangan, lakukan pemantauan terhadap perhitungan dan pengelolaan mereka terhadap sesuatu urusan yang sedang mereka kendalikan. Dengan melakukan pemantauan awal ini, kita dapat mengenal pasti simptom-simptom awal nepotisme dan favoritisme. ⚠️‼️
✨ Memupuk sifat empati dalam diri
▶️Sifat empati mampu membantu kita untuk tidak bersikap pilih kasih. Namun, harus beringat bahawa sifat empati bukan untuk membuat diri berasa baik 👃🏻⬆️ , melainkan untuk lebih mengenali dan menghargai perasaan orang sekeliling. 🤝🏻🩵 Dengan meningkatkan pemahaman tentang kebutuhan orang lain iaitu berusahakan untuk memahami perspektif, kebutuhan, dan tantangan yang dihadapi oleh orang lain di sekitar kita. 👩🏾🤝👨🏼👭🏻👬 Belajar mendengarkan 👂🏻 dengan empati, bertanya tentang pengalaman mereka, dan mengembangkan rasa simpati terhadap mereka akan membantu kita memperluas pandangan kita dan dapat memupuk sifat empati dalam diri kita. 🥰
✨ Fokus pada diri sendiri 🔍🧍🏻🧍🏻♀️
▶️ Apabila kita fokus terhadap diri sendiri, kita akan memiliki tujuan dan rencana karier yang jelas. 👩🏻💻🧑🏻💻 Perkara ini akan tercetus dengan melakukan sasaran jangka pendek 🤏🏻 dan jangka panjang 🤌🏻. Dengan berbuat demikian, segala pergerakan dan kerja yang kita lakukan akan menjadi sistematik dan teratur kerana kita mempunyai matlamat yang tinggi tentang masa depan kita. 💹 Dengan memiliki visi yang jelas tentang arah kerjaya kita, focus kita untuk menjadi yang terbaik 🤞🏻
dan memperbaiki kemahiran dari semasa ke semasa justeru dapat perhatian daripada pihak atasan 🔝 melalui kemahiran yang diperolehi. 😎
✨ Mewujudkan persekitaran yang bebas rasuah ❌💸💰
▶️ Untuk mencipta komuniti 🏡 yang bebas dari rasuah dalam sektor awam mahupun swasta, sewajarnya Kode Etik dan Kebijakan Anti-Rasuah 💡 perlulah diamalkan dalam pejabat. 🖥️ Perkara ini amat penting ☝🏻 untuk menyusun dan mengimplementasikan kode etik yang jelas dan kebajikan anti-rasuah. Kode ini harus menguraikan tentang nilai-nilai integrasi 😇, ketelusan😇 dan keadilan 😇 yang diharapkan dari semua kakitangan agar dapat bersatu padu untuk menaikkan nama perusahaan. 📊📈🤑 Bukan itu sahaja, kode ini juga perlulah memastikan bahawa proses pendaftaran dan promosi yang telus berdasarkan kelayakan 👩🏻🎓👨🏻🎓, kecekapan 🔧🧰 dan prestasi individu 1️⃣📊 agar dapat menghindari adanya pemilihan yang berdasarkan hubungan peribadi 🚫 atau jurang dalam proses pemilihan. 👀🫵🏻
✨ Bersikap profesional
▶️ Profesionalisme adalah sikap yang dapat membantu menciptakan lingkungan kerja yang adil ⚖️, transparan 😇, dan berdasarkan kualifikasi dan kerja individu. 🦾☝🏻 Dengan menjunjung tinggi nilai-nilai profesionalisme, dapat mengurangi dan mengatasi masalah nepotisme dan favoritisme dalam sektor awam dan swasta. 📉📛 Profesionalisme juga dapat dizahirkan dari pengelolaan konflik yang sistematik iaitu dengan mengatasi masalah dengan cara yang profesional dan konstruktif. 🙏🏻🤜🏻🤛🏻 Gunakan pendekatan yang berdasarkan fakta dan bukti, hindari konfrontasi peribadi dan cari solusi yang menguntungkan semua pihak yang terlibat. ❌❌❌ Dengan pengelolaan yang baik menunjukkan tanggungjawab yang tinggi ke atas tindakan dan keputusan yang diambil. Jika mengetahui adanya praktik nepotisme dan favoritisme, 🗣️ laporkan hal tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab atau jabatan sumber manusia yang relevan. 👥
Konklusinya 👏🏻👏🏻👏🏻, terdapat pelbagai cara 📌 untuk membendung perkara negatif ini dari terus berleluasa dalam masyarakat marhaen kita pada hari ini. 🫡 Antaranya ialah dengan memahami kesan negatif nepotisme dan favoritisme 😮, membuat penilaian daripada hasil tangan kakitangan 😮, menanam sifat empati dalam jiwa setiap individu 😮, fokus terhadap memperbaiki diri sendiri 😮, mewujudkan persekitaran yang positif dan sifar rasuah dan bersikap profesional 😮 ke atas apa jua situasi yang berlaku. Oleh yang demikian, adalah indahnya 🌈 jika perkara ini dapat dimusnahkan 🔥 secara keseluruhan daripada terus menceroboh kesucian tali ikatan antara manusia. 👩🏾🤝👨🏼👭🏻👬
DISEDIAKAN OLEH ;
👤 KHAIRIN NURFATIHAH BINTI MOHD KHAIRI (294728)
👤 ANIS SYAZWANI BINTI MOHD ZAMANY (294912)