21/12/2020
Fourth Posting
ETIKA ALAM SEKITAR DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM & SOSIAL☪️🍀
Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam🕌
Islam☪️
✳️Khalifah ialah manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T untuk menjadi penguasa supaya dapat mengatur semua yang ada di muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan🌻, haiwan🐱, hutan🌳, air💧, sungai🚣, gunung-ganang⛰️, dan laut🏖️.
✳️Sebagai khalifah, manusia seharusnya berusaha sedaya upaya untuk memelihara alam sekitar kita daripada tercemar dan musnah.😇
✳️Oleh itu, etika alam sekitar daripada perspektif Islam terdiri daripada tiga sudut iaitu :
🕋Akidah
🕋Syariah
🕋Akhlak
Akidah☪️
✳️Akidah ialah ikatan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah sebagai pemilik mutlak alam.🌍
✳️Apabila akidah dijadikan asas dalam pengurusan alam, maka seseorang itu akan sentiasa berwaspada kerana menyedari bahawa alam ini adalah milik mutlak Allah.😊
✳️Melalui akidah yang kukuh dan bersumberkan Al-quran sebagai panduan, manusia akan menguruskan alam sekitar dengan baik dan tidak menggunakan alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri sahaja tanpa memikirkan generasi akan datang.🌺
Syariah☪️
✳️Syariah ialah hukum Islam.🛑
✳️Segala tindakan manusia di dunia ini, termasuk pengurusan alam sekitar perlu tunduk kepada hukum hakam yang telah ditetapkan.📛
✳️Pada masa kini, walaupun banyak pembangunan perlu didirikan demi kelangsungan hidup masyarakat di sebuah negara, namun alam sekitar juga perlu dijaga supaya tidak dieksploitasi dengan lebih teruk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.🚮
✳️Oleh itu, manusia sebagai khalifah Allah S.W.T yang mematuhi syariah dalam kehidupan akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan terhadap alam sekitar walaupun ia tidak mempunyai nyawa seperti manusia.🌱
Akhlak☪️
✳️Akhlak ialah budi pekerti, kelakuan, tabiat, dan tingkah laku manusia.😁
✳️Konsep etika alam sekitar daripada sudut akhlak p**a merupakan peranan penting yang berkait rapat dengan akidah dan syariah seseorang itu.😀
✳️Jika sesorang itu mempunyai akidah dan syariah yang baik, akhlaknya juga akan terjaga.😌
✳️Melalui akhlak, keperibadian seseorang Muslim untuk menjaga kepentingan alam sekitar akan dilaksanakan dengan baik kerana sesorang itu akan sedar terhadap tanggungjawabnya untuk memelihara alam sekitar.🌸
Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Sosial👨👩👧👦🌳❤️
✳️Penerapan nilai etika alam sekitar juga penting dalam menyuntik kesedaran terhadap pengekalan keseimbangan ekosistem alam.🌝
✳️Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk dari hubungan timbal balik antara manusia, haiwan dan tumbuhan dengan persekitarannya.✨
✳️Hubungan yang wujud dalam ekosistem ini berbentuk rantaian dan saling melengkapi antara satu sama lain secara harmoni.
✳️Kemusnahan hutan akan membawa ancaman kepada haiwan liar dan pelbagai tumbuhan yang menjadi penghuninya.
💟Penerapan nilai etika juga penting bagi memupuk amalan pemuliharaan dan pemeliharaan yang bertujuan untuk mengembalikan semula keseimbangan ekosistem alam.
🍀Aktiviti penghutanan semula sangat penting untuk di jalankan secara serius di Malaysia.
🍁Aktiviti penghutanan semula mampu mengawal kepupusan flora 🌺 dan fauna 🐢 yang memberi pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sejagat.
🌵Tumbuhan hijau sangat penting dalam mengekalkan kandungan gas oksigen🌬 dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas.
Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air💧 yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia.
🌏Oleh itu, keseimbangan alam sangat penting untuk dipelihara. 😇
Disediakan Oleh :
HASRAFF (270076)
KALAIARASAN (269826)