11/12/2022
Nama: Quraisya Rabiha Binti Mohd Shahar
No. Matrik: 289744
Cara Mengatasi Masalah Ketagihan dan Penyalahgunaan Dadah
Masalah ketagihan dadah perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan komplikasi yang serius terhadap kesihatan tubuh badan dengan mendapatkan rawatan bertahap dan kaunseling daripada doktor. Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia dapat dicegah dan berulang kembali. Di antaranya ialah:-
i. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
ii. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta diredhai Allah.
iii. Kerjasama antara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO)
Pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dadah dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.
iv. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat. Misalnya diberikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan s**ar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima p**a adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
v. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah
Ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.
vi. Kesedaran diri tentang bahaya najis dadah.
Kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.
Kesimp**annya, kita mestilah bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negara dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah. Kita tidak mahu masalah penyalahgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya.