Mpu1013 Etika & Peradaban N Group 11 Malaysia Peduli

Mpu1013 Etika & Peradaban N Group 11 Malaysia Peduli Page ini ditubuhkan bagi

• Menambahkan semangat patriotik & perpaduan dalam kalangan rakyat Mala Bersama kita PEDULI MALAYSIA!

PEDULI MALAYSIA bertujuan untuk menyemarakkan dan menyemai rasa tanggungjawab, prihatin dan cakna terhadap isu kemanusian sejagat.

TIDAK ada perkara lebih penting daripada perpaduan dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Ia kini tidaklah ber...
23/12/2020

TIDAK ada perkara lebih penting daripada perpaduan dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Ia kini tidaklah berada pada tahap yang unggul.

Bagaimanapun, ia hendaklah diperbaiki supaya keadaannya bertambah lebih baik. Untuk perpaduan, semua nilai ini hendaklah digemblengkan untuk membentuk sikap positif, bagi mewujudkan keadaan harmoni yang lebih baik di negara ini.

Sumber : Jabatan penerangan Malaysia

Nama: nur ‘ain najwa binti sapian
No. Pelajar : 275339

Hubungan kaum harmoni ikut perspektif IslamOleh : Prof Madya Dr Nazri Muslim Islam satu sistem hidup yang bersifat rab-b...
21/12/2020

Hubungan kaum harmoni ikut perspektif Islam
Oleh : Prof Madya Dr Nazri Muslim
Islam satu sistem hidup yang bersifat rab-bani dan menganjurkan kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan yang diambil.

Islam menyeru agar meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman setimpal tanpa membezakan antara manusia, antara perkara sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Seperti Islam memberikan penekanan kepada kedamaian hidup individu, baik daripada aspek fizikal dan mental seseorang, Islam juga melalui sistem hidupnya menggalakkan keharmonian masyarakat dan keamanan bersama agar semua manusia dapat menjalankan kehidupan di dunia dengan aman dan damai.

Konsep persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan adalah satu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan.

Kepelbagaian etnik lahirkan kepelbagaian budaya

Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama.

Asas pemikiran Islam kepada hubungan etnik ialah persamaan antara sesama manusia. Semua manusia, biar dari mana asal mahupun keturunan adalah sama sahaja kejadiannya.

Manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik ciptaan berbanding makhluk lain, bebas hidup dan meneruskan kehidupan. Hak itu tidak sedikitpun terhalang kerana berbeza agama, bangsa, keturunan atau minoriti dalam sesebuah negara.

Hak persamaan diletakkan oleh Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan mengikut jantina, keturunan atau bangsa. Setiap orang, lelaki atau perempuan, Islam atau bukan Islam, kaya atau miskin adalah sama.

Mereka ada hak sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, peluang sama untuk mencari rezeki dan kekayaan di bumi Allah, hak sama untuk mendapatkan pendidikan, ada kedudukan sama di sisi undang-undang dan peluang sama untuk melakukan ibadat kepada Allah.

Setiap orang akan diberikan ganjaran dan balasan sama atas perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan lahiriah seperti pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan perhitungan yang sama daripada Allah.

Terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan hadis mengenai prinsip persamaan ini seperti dalam surah al-Isra’ 17:70, surah al-Hujurat 49:13 dan khutbah Nabi sewaktu haji al-Wida’.

Dalam surah al-Isra’ 17:70, ayat terbabit menjelaskan bahawa Allah memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk yang lain.

Dalam surah al-Hujurat 49:13 p**a, Allah menerangkan tiada kelebihan di antara satu sama lain mengikut nilai kejadian mereka. Lebih atau kurangnya manusia di sisi Allah sebenarnya diasaskan kepada perbuatan mereka dan sejauh mana mereka menjaga syariat yang ditetapkan oleh Islam.

Menurut Abdul Monir Yaacob, hak persamaan dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu hak Allah dan hak manusia.

Hak Allah merujuk kepada ikatan langsung yang boleh menghubungkan Allah dengan hamba-Nya melalui ibadat khusus seperti solat, zakat, haji dan sebagainya. Hak manusia p**a merujuk kepada kedudukan manusia di sisi Allah adalah sama dan Allah telah memuliakan kejadian manusia tanpa mengira agama.

Kebebasan untuk hidup dan meneruskan kehidupan yang diberikan Islam kepada mereka berasaskan kepada kenyataan bahawa mereka juga adalah manusia dan sebagai manusia, kehormatan mereka adalah terpelihara.

Apa jua kesilapan, kesalahan serta jenayah yang dilakukan oleh mereka perlu diselesaikan, sama ada dengan melaksanakan hukuman yang ditetapkan atau dihukum mengikut kepercayaan atau keyakinan pegangan mereka.

Ia bergantung kepada situasi bagaimana keyakinan manusia kepada agama yang dianuti. Islam tidak sekali-kali membenarkan sebarang bentuk permusuhan berlaku hanya kerana berbezanya bangsa dan etnik atau lantaran berlainan keturunan dan warna kulit.

Lebih-lebih lagi apabila kelompok majoriti menindas atau meminggirkan kelompok minoriti dalam arus pembangunan negara. Islam melihat permusuhan kerana perbezaan warna kulit atau berlainan etnik mampu menghuru-harakan masyarakat serta menghancurkan keharmonian hidup umat manusia.

Malah, demi keharmonian hidup dan kesejahteraan masyarakat manusia, Islam dari awal-awal lagi tidak mengizinkan sebarang bentuk seruan perkauman, iaitu seruan menolong bangsa dan juga etnik sendiri yang menzalimi bangsa dan etnik lain.

Mencintai, mengasihi serta menyayangi bangsa bukannya satu kesalahan, malah fitrah manusia, namun Islam tidak sekali-kali membenarkan cinta dan kasihkan bangsa sehingga berlaku kezaliman kepada bangsa atau etnik lain khususnya kump**an minoriti.

Bertolak dari kenyataan inilah, maka Islam menggariskan bahawa persamaan dalam kalangan bangsa dan etnik adalah asas kepada keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat, khususnya dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai kump**an minoriti yang perlu dipelihara dan dijaga haknya.

Prinsip persamaan merangkumi persamaan dalam nilai kemanusiaan, persamaan dalam undang-undang, persamaan dalam hak umum politik dan persamaan dalam urusan ekonomi.

Ini menunjukkan Islam menetapkan supaya manusia diberi layanan sama dalam segala bentuk tanggungjawab, balasan dan hak undang-undang seperti mengurus dan memiliki tanpa membezakan di antara rakyat dan pemerintah, kaya dan miskin, keluarga dan bukan keluarga, lelaki dan perempuan dan seterusnya Islam dan bukan Islam.

Prinsip ini memberi jaminan bahawa setiap orang adalah sama dan akan mendapat layanan sama rata tanpa melihat taraf dan kedudukan mereka.

Menurut Mahmood Zuhdi, kedudukan orang bukan Islam tidak ada bezanya dari orang Islam atas dasar kemanusiaan sejagat, kebebasan beragama, kedaulatan undang-undang dan keadilan ilahi.

Pendekatan Islam ini berbeza dengan apa diamalkan umat India, Greek, Ibrani dan Arab Jahiliah. Dalam agama Hindu, masyarakatnya dikategorikan mengikut kasta, orang Greek menganggap mereka sahajalah yang terpilih, orang Israel menganggap mereka juga bangsa pilihan Tuhan dan orang Arab Jahiliah menganggap mereka sahaja bangsa yang sempurna.

Dalam hal ini, Islam amat terkehadapan dalam memberi persamaan kepada manusia melalui catatan sejarah bermula dari zaman Nabi hinggalah zaman khalifah Islam yang terakhir di Turki. Bukan Islam diberi keadilan dalam undang-undang, menjawat jawatan yang dilantik oleh pemerintah, kebebasan beragama, mendirikan rumah ibadat dan sebagainya.

Merujuk kepada keadaan di negara kita, Malaysia adalah sebuah negara yang masyarakatnya bersifat majmuk. Kemajmukan ini tentulah akan menimbulkan perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama, namun setiap orang diberi kebebasan beragama dan berbudaya.

Orang bukan Islam dibenar mendirikan rumah ibadat di mana terdapat ramai penganut sesuatu agama. Dalam politik, pemilihan pemimpin ditentukan oleh pilihan raya yang memberi pengiktirafan keadilan kepada rakyat.

Dari segi ekonomi, pengenalan dasar pembangunan negara seperti Dasar Ekonomi Baharu dan Dasar Pembangunan Negara, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, ia tidak melalui rampasan harta orang bukan Melayu, sebaliknya mendapatkannya daripada tambahan kepada ekonomi keseluruhan.

Begitu juga, pelaksanaan terhadap keistimewaan orang Melayu ini tanpa menjejaskan kedudukan ekonomi, politik dan pendidikan serta politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, mereka lebih baik daripada orang Melayu.

Begitu juga dengan kedudukan Islam. Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama lain bebas diamalkan di Malaysia secara harmoni.

Menurut Mohd Kamal Hassan, walaupun kerajaan memperkenalkan pelbagai dasar Islamisasi seperti Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, dasar ini tidak pernah menyisihkan kepentingan dan sensitiviti penganut bukan Islam di Malaysia.

Inilah cantiknya persamaan dalam Islam.

Sumber : https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/511568/hubungan-kaum-harmoni-ikut-perspektif-islam
Nama : Nasrullah Anugrah Miftahul Qarib
Matric No : 274873

Isu dan cara menangani masalah perbezaan budaya di Malaysia.Masyarakat dari pelbagai bangsa, budaya dan agama menimbulka...
20/12/2020

Isu dan cara menangani masalah perbezaan budaya di Malaysia.

Masyarakat dari pelbagai bangsa, budaya dan agama menimbulkan cabaran kepada kebanyakan negara, terutama dalam mengurus kepelbagaian sosial. Ada cabaran, terutama dalam pembentukan keharmonian, kedamaian dan interaksi aktif antara bangsa, agama dan budaya, jadi diperlukan sikap berhati-hati dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Malaysia bukan sahaja perlu makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, tetapi juga sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri kepelbagaian agama, etnik dan budaya, sehingga dapat disatukan dalam suasana damai dan harmoni.

Perpaduan nasional mesti menjadi misi penting negara. Ia memerlukan kerangka yang komprehensif untuk dapat menangani kerumitan masyarakat Malaysia yang pelbagai. Keadilan, penerimaan dan toleransi harus menjadi nilai teras kerangka bersatu negara ini.

Secara terus terang, adalah perlu untuk menyedari kesedaran sosial untuk membina peradaban dan mencapai kemajuan di Malaysia, terutama dalam merealisasikan visi kemakmuran bersama 2030, yang harus berdasarkan pemahaman, toleransi dan rasa hormat.
Dalam masyarakat berbilang agama dan pelbagai etnik, perlu menekankan martabat manusia dalam menguruskan perbezaan. Semua pihak mesti memahami dan menerima kenyataan ini.
Kaedah integrasi adalah asas agenda nasional yang bersatu, oleh itu masyarakat pelbagai etnik dan agama boleh hidup bersama secara harmoni sambil mengekalkan identiti dan ciri-ciri kaum masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan mengamalkan budaya yang berbeza, mereka mesti mencapai perpaduan dan cinta akan keamanan dan kedamaian untuk mencapai matlamat perpaduan nasional.

Pendek kata, semua pihak harus bertanggungjawab untuk memenuhi kewajiban ini. Pemimpin di semua peringkat, terutama dalam mencapai agenda nasional yang bersatu, harus konsisten.

Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum

Nama : Hanis Zulaikafitri Bt Yusri
No. Matrik : 275397

17/12/2020

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Golongan kanak kanak akan mengambil/mengikuti tingkah laku orang yang rapat dengan mereka. Siapakah yang rapat dengan mereka? Tidak lain tidak bukan adalah ibu-bapa. Oleh itu, ibu-bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak anak mereka kerana kanak kanak mudah mengikuti tingkah laku ibu-bapa mereka.

Sumber video: NAPCAN

Pentingnya Etika Dan SusilaEtika membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun) yg menjadi peg...
16/12/2020

Pentingnya Etika Dan Susila

Etika membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kump**an manusia. Etika tidak dapat dipisahkan dari manusia dan merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia yang mengamalkan etika sering kali dipandang tinggi di mata masyarakat berbanding dengan yang tidak mengamalkan etika. Susila p**a membawa maksud beradab,kesopanan dan adat istiadat yang baik. Orang yang baik merupakan orang yang mengamalkan susila yang baik.

Pasca pandemik Covid 19 ini juga tidak dapat memutuskan etika dan susila dari kehidupan manusia. Pelbagai peraturan yang dilaksanakan kerajaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengajar masyarakat betapa pentingnya kesabaran dan kepatuhan dalam melakukan sesuatu tindakan. Covid 19 ini memberikan refleksi tentang diri sendiri adakah sifat etika dan susila masih lagi diamalkan dalam masyarakat atau sifat mementingkan diri menguasai diri tanpa perlu memikirkan tentang orang yang lebih terkesan dengan pandemik ini. “Bersatu teguh, bercerai roboh” persefahaman masyarakat Malaysia yang jitu dapat merobohkan rantaian Covid 19 tanpa perlu membuang sifat etika dan susila sesama sendiri.

Sumber:https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009

Nama:Aiman Muzammil Bin Zaidi
No matrik:275382

PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ungku, ialah sebenar-benarnya tokoh tersohor ikon negar...
16/12/2020

PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ungku, ialah sebenar-benarnya tokoh tersohor ikon negara. Jasa dan pengorbanan beliau tidak boleh disangkal lagi dengan segala ilmu telah dikorbankan demi tanah air Malaysia.

Tanggal 15 Disember 2020, telah meninggalkan sejarah hitam buat tanah air Malaysia. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Prince Court,
Allahyarham Ungku Abdul Aziz, 98 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang akibat sakit tua.

Sebagai tokoh pendidikan dan ekonomi, Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam.
Antaranya ialah penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains

Sama sama kita berikan penghormatan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT.

Sumber: https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/lain-lain/2020/12/765581/belasungkawa-prof-ungku-aziz-tokoh-tersohor-ikon-negara

Nama: Izzat Fakhrullah bin zammeri
No. Id : 275403

“SAYANGI MALAYSIAKU”2019, tahun sebelum ini sambutan Kemerdekaan telah dilengkapi dengan slogan “Sayangi Malaysiaku, Mal...
15/12/2020

“SAYANGI MALAYSIAKU”
2019, tahun sebelum ini sambutan Kemerdekaan telah dilengkapi dengan slogan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”. Dengan slogan tersebut, boleh kita lihat dan saksikan bahawa Malaysia sangat pentingkan kasih sayang antara rakyat dan Negara serta kebersihan yang patut dikekalkan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Untuk mengekalkan negara ini menjadi sebuah negara maju. Oleh itu, mari kita lihat apakah tugas dan tanggungjawab kita.
1) Sayangi Tanah Air
2) Sayangi Kedaulatan Undang-undang
3) Sayangi Rakyat
4) Sayangi Wilayah
5) Sayangi Kerajaan

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/488956

Nama: Amirah Hanisah Binti Abdullah Samion
No. Matrik: 275326

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA PERLU TERUS UTUH Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bang...
13/12/2020

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA PERLU TERUS UTUH

Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.✨

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Nama: Nur Ain Najwa binti Sapian
No. Pelajar : 275339

Seorang Ayah yang bertanggungjawab kemarin mengembalikan wang sebanyak RM1,400 yang diberikan rumahnya bagi golongan kur...
12/12/2020

Seorang Ayah yang bertanggungjawab kemarin mengembalikan wang sebanyak RM1,400 yang diberikan rumahnya bagi golongan kurang mampu di sini selama tujuh tahun yang lalu untuk pendidikan anak perempuannya.

Lelaki itu, seorang pesara berusia 60-an, dapat membayar balik wang itu kerana anak perempuannya kini menjadi doktor di sebuah hospital di Kedah.

Ini adalah kisah tentang kemanusiaan rasa terima kasih seorang ayah yang tidak berdaya yang patut diceritakan berulang kali.

Seorang lelaki Melayu, berusia 60-an, masuk ke Rumah Harapan di Air Itam kira-kira pukul 11 ​​pagi semalam dan mengejutkan kakitangannya.

Pengasas dan pengarah rumah itu, Khoo Cheng See mengatakan bahawa lelaki itu bersinar bangga ketika dia memberitahu kakitangan bahawa dia datang untuk membayar "hutang" kerana anak perempuannya kini seorang doktor.

Lelaki itu kemudian menyerahkan wang kertas bernilai RM1,400 dalam RM50, dengan mengatakan baawa anak perempuannya telah mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga keluarga.

Dia mengatakan wang itu diberikan kepada isterinya yang tidak dapat menemaninya ketika dia dalam keadaan pulih dari strok.

Lelaki itu, kata Khoo, tidak mahu namanya disebut kerana dia tidak mencari publisiti.

Khoo mengatakan dia tidak ingat memberikan wang itu kerana rumah itu, sejak penubuhannya 14 tahun lalu, telah menolong lebih dari 1,000 keluarga.

“Ini adalah kali pertama seseorang yang kami bantu telah mengembalikan wang ke rumah.

"Kami tidak tahu berapa lama dia mengumpulkan wang itu, tetapi tindakan inspirasinya mengingatkan kita tentang tujuan kita melayani dan tangan yang kita pegang," katanya.

Khoo menambah bahawa wang itu akan digunakan untuk membantu anak-anak lain melanjutkan pelajaran mereka.

"Kekuatan masyarakat penyayang telah ditingkatkan oleh kerendahan hati dan kepercayaan lelaki itu bahawa sedikit pertolongan berjalan jauh," katanya.

Menurut Khoo, ketika berita tentang perbuatan baik lelaki itu dan kegiatan di rumah semakin hampir, banyak orang menawarkan diri untuk memberi khidmat dan memberikan derma kepada rumah.

"Mereka mengatakan itu adalah kisah teladan tangan yang tidak pernah dilupakan," katanya.

Dalam Hal ini kita dapat petik makna bahwa jangan pernah lupa terhadap orang yang telah berbuat kebajikan kepada kita dan untuk selalu bersyukur dan berterima kasih.

Soure : https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/09/09/in-act-of-humanity-man-repays-charity-that-helped-daughters-education/

Nama : Nasrullah Anugrah Miftahul Qarib
Matric No : 274873

09/12/2020

Mutakhir ini,nilai-nilai murni (kemanusiaan) dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini terjadi demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri anak-anak mereka.Jika nilai-nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak dibangku sekolah lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Memetik ulasan, Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menasihatkan supaya belia dalam negara menjaga perpaduan dikalangan masyarakat dalam usaha membangunkan negara.
Menurut Tunku Ismail, perpecahan dikalangan rakyat tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara.
Untuk mencapai perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa dalam negara, tambah Tunku Ismail, setiap individu perlu menerapkan nilai kemanusian dalam diri masing-masing supaya dapat menghormati antara satu sama lain.

Apabila yang mesti diutamakan adalah kemanusiaan dan bukannya agama, maka sebenarnya manusia telah menjadi diri mereka s...
07/12/2020

Apabila yang mesti diutamakan adalah kemanusiaan dan bukannya agama, maka sebenarnya manusia telah menjadi diri mereka sepenuhnya. Berapa banyak kewajiban manusia untuk memiliki agama sebenarnya bergantung pada berapa banyak manusia yang memerlukan agama untuk menjadi manusia sepenuhnya. Agama sentiasa menyokong manusia; apabila agama melarang manusia bertindak, maka pada hakikatnya agama melarang kerosakan yang dapat mengurangkan nilai-nilai kemanusiaan. Begitu juga, ketika agama mendorong manusia untuk bertindak, agama sebenarnya mengembalikan manusia kepada manusia, atau sekurang-kurangnya agama memperkuat kemanusiaan manusia.

Tidak dapat dinafikan bahawa semua agama menyampaikan nilai-nilai kemanusiaan, dan juga tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak tindakan manusia yang bertentangan dengan kemanusiaan atas nama agama. Namun, ini mesti dikembalikan kepada fakta bahawa ajaran agama bergantung pada pemahaman manusia terhadapnya, kerana agama sering dipahami dengan cara yang sangat bertekstual sehingga, sama ada kita menyedarinya atau tidak, ia telah memisahkan agama dari sejarah risalahnya. Oleh itu, tidak menghairankan apabila seseorang yang beragama menjadi keras dan begitu juga yang menjadi lemah lembut.

Mengenai perkara ini, Prof. Amien Rais, dalam perbincangan mengenai etika pembangunan dalam pemikiran Islam yang diadakan oleh UIN Yogyakarta, menekankan bahawa bagi Islam atau umat Islam, keharmonian antara agama bukanlah sesuatu yang sama sekali asing. Dalam makalahnya Prof. Amien menjelaskan, berdasarkan kesedaran tentang tanggungjawab untuk kesejahteraan manusia, seorang Muslim dilarang sama sekali memandang rendah agama lain dan tidak mungkin membenci manusia lain. Ini dapat dilihat dari pandangan Al-Quran yang berpendapat bahawa umat Islam mesti bertolak ansur dengan kewujudan agama lain dengan melarang pemaksaan dalam agama.

Dalam hal ini Prof Amien memetik Surah al-Baqarah ayat 256, yang dimulai dengan kalimat tidak ada paksaan untuk (mematuhi) agama (Islam). Menurut Prof. Quraish Shihab, tidak ada paksaan seperti yang dinyatakan dalam ayat ini, kerana Tuhan tidak memerlukan apa-apa, jika Tuhan menghendaki semua umat manusia dijadikan satu umat. Walaupun begitu, Prof. Amien menekankan bahawa itu tidak bermaksud bahawa Islam bertolak ansur dengan tindakan yang bertentangan dengan kemanusiaan dan kebebasan tanpa had, walaupun tindakan yang bertentangan dengan kemanusiaan dibenarkan oleh kepercayaan tertentu.

Prof. Quraish Shihab juga mengingatkan bahwa apa yang dimaksudkan dengan tidak memaksanya memeluk agama adalah mematuhi kepercayaannya. Ini bererti bahawa ketika seseorang memilih akidah, maka dia terikat dengan panduannya, dia wajib melaksanakan perintah-perintah-Nya dan mematuhi larangan-Nya. Kebebasan beragama dalam pandangan Islam bermaksud bahawa setiap agama diakui keberadaannya dan penganutnya diberi hak untuk secara bebas menerapkan undang-undang agama dan pandangan hidup sepanjang mereka tidak bertentangan dengan moral manusia asas dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Bentuk ajaran kemanusiaan Islam terletak pada tujuan Tuhan untuk mengungkapkan ayat di atas, iaitu, Tuhan mahu semua orang merasakan kedamaian. Sedangkan kedamaian tidak dapat dicapai jika jiwa manusia peribadi tidak tenteram. Satu perkara yang menyebabkan jiwa tidak tenteram adalah paksaan. Dengan cara itu, Islam tidak menginginkan paksaan, kerana Islam adalah agama kedamaian. Prof. Amien menganggap bahawa pandangan Islam seperti itu sangat logik, mengingat bahawa Keesaan Tuhan adalah kepercayaan asas bagi orang-orang buku ini. Sekiranya pandangan ini tidak diterima oleh orang-orang buku tersebut, Islam tetap mendorong penganutnya untuk terus menjalin hubungan sosial yang terbaik dengan mereka.

Allah menegaskan bahawa "Sesungguhnya orang-orang yang beriman - Yahudi, Nasrani, dan Shabi'in - barang siapa di antara mereka (benar-benar) beriman kepada Allah dan keesokan harinya dan melakukan amal soleh, maka bagi mereka pahala ada di pihak mereka. Tuhan mereka, tidak ada kerisauan menimpa mereka, dan mereka tidak bersedih (Surah Al-Baqarah: 62). " Manusia berbeza dalam menjalankan ajaran agama masing-masing. Namun, mereka yang percaya kepada keesaan Allah dan melakukan perbuatan baik akan termasuk di antara mereka yang masih hidup. Dengan kenyataan seperti itu dari Al-Quran, Prof. Amien menyimpulkan bahawa etika Islam dari segi hubungan antara agama, dalam hal ini orang-orang buku ini, sangat jelas dan jelas. Perbincangan menjadi lebih menarik semasa perbincangan, berkenaan dengan Prof. Amien, ketika diajukan soalan dari Dr. Yudo Wibowo; Apakah kecerahan dan kejelasan ini sama untuk semua umat Islam dan penganut agama lain di Indonesia?

Prof. Amien mengatakan bahawa adalah tugas pemimpin untuk memindahkan etika yang jelas seperti ini (semua bawahannya kepada semua orang) dan juga menjadi kewajipan pemimpin agama lain untuk bersama-sama memberikan pemahaman yang baik.

Source: https://geotimes.co.id/opini/agama-dan-kemanusiaan-mana-harus-didahulukan/

Address

UNIVERSITY UTARA
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Etika & Peradaban N Group 11 Malaysia Peduli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category