Keganasan Rumah Tangga - Isteri Dera Suami

Keganasan Rumah Tangga - Isteri Dera Suami Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Keganasan Rumah Tangga - Isteri Dera Suami, Education Website, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

NILAI KEPERCAYAANDalam rumahtangga apabila kepercayaan telah rosak...Akan wujud wanita bergelar isteri yang sanggup bert...
03/04/2025

NILAI KEPERCAYAAN

Dalam rumahtangga apabila kepercayaan telah rosak...
Akan wujud wanita bergelar isteri yang sanggup bertahan dengan lelaki yang telah hancurkan hati mereka kerana memikirkan masa depan anak.
Akan wujud wanita bergelar isteri yang sanggup korbankan kebahagiaan hidup mereka demi menjaga emosi anak-anak.
Dah kawin berpuluh tahun kemudian bercerai.
Anak anak dah besar panjang dah bercucu tiba2 bercerai. Alasan??? Tidak ada sefahaman.
Kadang2 bukan sebab tak ada sefahaman tapi sebab isteri itu sudah terlalu lama memendam rasa, bertahan, berkorban demi anak2
Semoga Allah memberkati setiap rumahtangga dengan kasih sayang yang tulus, kesetiaan yang utuh, dan kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga setiap ujian yang datang menguatkan, bukan melemahkan. Dan semoga keluarga kita sentiasa dalam lindungan-Nya, hidup dalam ketenangan, keberkatan, dan cinta yang tidak pernah pudar.

ALAMAK RAYA LAGI.. 🥰Tak perlu terlalu tertekan dengan persiapan raya. Bukan jadi 1 keperluan bila kita tengah hadapi mas...
09/04/2024

ALAMAK RAYA LAGI.. 🥰

Tak perlu terlalu tertekan dengan persiapan raya. Bukan jadi 1 keperluan bila kita tengah hadapi masalah kewangan yang kritikal.

Dahulukan yang wajib, hutang-hutang kawan-kawan yang wajib kita bayar, bukan baju raya wajib kita beli.

Hutang-hutang bank wajib kita dahulukan bukan budget untuk open house.

Hutang-hutang belajar anak-anak kita dahulukan. Tak salah pun kalau tahun ni kita semua terpaksa beraya di rumah sendiri, sebab tak mampu nak balik kampung.

Kita dah merasa 2 tahun masa pkp tak balik kampung, alhamdullilah masing-masing mampu beraya dengan dengan gembira, hantar belanja raya dah hadiah sebagai penganti diri.

Mak ayah di kampung jangan terlalu bebankan anak-anak dengan permintaan yang mereka tak mampu, doakan kemudahan urusan anak-anak diperantauan, sesungguhnya anak-anak sekarang berada di zaman kemelesetan ekonomi yang sangat teruk.

Jangan sampai anak-anak terpaksa berhutang dengan "Ahlong berdaftar" semata-mata nak penuhi hasrat kita nak semua anak-anak berkumpul jugak untuk raya.

Apa nak malu kalau pakai baju raya tahun lepas? Kita nak puaskan mata orang atau nak hati kita tenang?

Ajar keluarga kita berbelanja seadanya,
Terus terang situasi kewangan depan anak-anak, supaya semua orang alert masalah yang sedang di hadapi.

Isteri dan ibu perlu main peranan dalam memahamkan anak-anak tentang situasi kewangan keluarga, jangan kita p**ak menjadi anak kecil menagis merajuk bila apa yang di rancang tak dapat dipenuhi.

Yakinlah, jika kita boleh bersyukur dan terima seadanya, Allah akan ganti nikmat berlipat ganda selepas ini.

Jum kita sama-sama doa, semoga kita semua dapat selesaikan hutang yang tertunggak, menyamput hari raya seadanya sehingga tidak membebankan pencari nafkah. Amin.

KESEDARAN GANGGUAN SEKSUALSeringkali kita dengar di corong radio dan di dada-dada akhbar mengenai pelbagai kes dan beita...
06/02/2024

KESEDARAN GANGGUAN SEKSUAL

Seringkali kita dengar di corong radio dan di dada-dada akhbar mengenai pelbagai kes dan beita mengenai gangguan seksual. Namun begitu, masih ramai yang tidak mengambil kes ganggual seksual ini sebagai suatu kes yang serius. Jadi, kami di sini ingin bersama-sama menyedarkan masyarakat bahawa kita perlu mencegah gangguan seksual ini sebelum terlambat!

[Definisi gangguan seksual]

Untuk pengetahuan anda, gangguan seksual ia adalah satu jenayah yang menjadikan seks sebagai senjata dan didorong oleh satu kemahuan untuk menguasai seseorang dengan sepenuhnya. Ini termasuklah jenayah berat seperti rogol, liwat, cabul atau seks bawah umur meskipun atas dasar s**a sama s**a.

Terdapat beberapa jenis gangguan seksual antaranya ialah secara:

🔅Lisan
🔅Isyarat
🔅Visual
🔅Psikologi
🔅Fizikal

Gangguan seksual tidak pernah mengenal mangsanya, ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja. Menurut satu anggaran yang pernah dibuat, kira-kira 1/4 wanita dan 1/10 lelaki pernah atau sedang mengalami gangguan seksual seumur hidup mereka. 28% rakyat Malaysia pernah mengalami gangguan seksual dan telah diganggu secara seksual dalam kehidupan mereka dan apa yang lebih merisaukan ialah, daripada 28% tersebut, hanya 53.4% mangsa memberitahu dan menceritakan pengalaman tersebut kepada kenalan mereka dan hanya 2.2% daripada keseluruhan kes gangguan seksual dilaporkan kepada pihak polis. Selebihnya p**a memilih untuk tidak bersuara & hanya berdiam diri dalam menerima gangguan ini.

Oleh itu, kita mestilah mengetahui punca sebenar perkara ini berlaku supaya lebih mudah untuk kita dapat menjauhi & mampu untuk mengurangkan kes ini daripada berlaku. Antara punca-punca gangguan seksual adalah disebabkan oleh:

🔅Pemilikan kuasa yang menyebabkan mangsa takut untuk bersuara
🔅Tarikan fizikal yang menarik menyebabkan dia adalah salah seorang mangsa gangguan seksual
🔅Kebebasan di media sosial hingga kebanyakan mangsa mengalami gangguan secara psikologi
🔅Masyarakat kini telah menjadikan gangguan seksual ini sebagai perkara biasa
🔅Gagal menahan nafsu dalam diri merupakan salah satu punca kes ini semakin meningkat

Setiap kali berbicara mengenai hal gangguan seksual, kita sering kali akan mengaitkannya dengan kecederaan pada aspek fizikal sahaja bukan? Namun begitu, kita juga tidak boleh mengabaikan hakikat yang gangguan seksual turut mengakibatkan kecelaruan pada aspek mental mangsa! Antara kesan-kesan gangguan seksual adalah:

🔅Memusnahkan kerjaya dan masa hadapan
🔅Membentuk psikologi negatif
🔅Meningkatkan kes bunuh diri
🔅Menjejaskan kesihatan fizikal

Oleh itu, kita harusnya lebih peka dan prihatin dengan masalah gangguan seksual. Masyarakat haruslah lebih cakna dan perlulah memainkan peranan masing-masing dalam bersama-sama membendung masalah gangguan seksual ini dari terus berlaku.

Gangguan seksual adalah jenayah dan perkara ini tidak seharusnya dinormalisasikan. Gangguan ini datang dalam pelbagai be...
14/08/2022

Gangguan seksual adalah jenayah dan perkara ini tidak seharusnya dinormalisasikan. Gangguan ini datang dalam pelbagai bentuk.

Ketahui apa itu gangguan seksual dan kenali jenis-jenisnya agar kita tidak menjadi mangsa individu berniat tidak baik.










Fenomena yang sedang ibu2 lalui di bulan ramadan ini..Seronok...walau agak penat👍👌🏼💪🏽😍Hargai pengorbanan mereka⏰ kunci j...
06/04/2022

Fenomena yang sedang ibu2 lalui di bulan ramadan ini..
Seronok...walau agak penat
👍👌🏼💪🏽
😍Hargai pengorbanan mereka

⏰ kunci jam pukul 3
😵Tersedar pukul 2
😒Termenung sekejap.
😏Nak sambung tidur takut terlajak.
😞Ralit sekejap melayan mata..
😵Aduhai.. mengantuknya!
😴Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
⏰Jam bunyi kul 3
😑mata melekat macam kena gam
😴Tutup jam, dan tutup mata semula
😱Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar!
😰Teringat nasi belum masak.
😫ting tong ting tong..kat dapur, alhamdulillah.
😅Pukul 5, siap terhidang semuanya.
😍Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.
😟memacam ragam memasing bila dipaksa bangun.
😣Aneh gak...Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan memacam kerenah.Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja...sabo je le
🤗Begitulah saban hari perjalanan Ramadhan ,rutin seorang isteri dan ibu.
💁🏻Orang lain lena tidur. 😵Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur.
😴Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
😘Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga.
🙅🏻Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
🤗Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? 🙋🏼ramadhan masuk da ni...mari tanya diri
🤷🏻‍♀sudah berapa

😂❤️
06/04/2022

😂❤️

Hubungi Talian Nur. 15999
26/11/2021

Hubungi Talian Nur. 15999

Pandemik Covid-19 di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 menyaksikan kes keganasan ru...
05/09/2021

Pandemik Covid-19 di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 menyaksikan kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak lapan peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut statistik dikeluarkan pertubuhan Sister In Islam (SIS), kes keganasan rumah tangga tahun lalu direkodkan sebanyak 23 peratus jika dibandingkan ketika 2019 yang mencatatkan 15 peratus.

Menurut kenyataan SIS, antara bentuk keganasan dialami adalah penderaan fizikal (37 peratus), penderaan psikologi (31 peratus), penderaan sosial (11 peratus), penyalahgunaan kewangan (16 peratus) dan keganasan seksual (lima peratus).

Jelas pertubuhan itu, statistik itu direkodkan menerusi perkhidmatan Telenisa yang diwujudkan pihaknya sebagai saluran aduan masalah rumah tangga yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 10 malam bermula Isnin hingga Jumaat.

“Pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial terutamanya dalam kalangan golongan wanita kerana kes keganasan rumah tangga melonjak naik sejurus PKP dilaksanakan dengan statistik ini direkodkan menerusi aduan Telenisa sama ada melalui panggilan telefon dan kiriman WhatsApp.

“Sepanjang pandemik tahun lalu, kami telah menerima panggilan melibatkan 422 individu dengan 364 daripadanya adalah klien baharu manakala 58 klien ulangan. Sejumlah 373 orang atau 88 peratus adalah jantina wanita dan 31 lelaki serta selebihnya jantina tidak dikenal pasti,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, wanita merupakan antara golongan terdedah akibat kesan pandemik Covid-19 apabila mereka berhadapan penderaan fizikal dan emosi yang berpunca oleh konflik rumah tangga.

Dalam pada sama, SIS memaklumkan, empat punca utama perceraian suami isteri tahun lalu adalah keganasan rumah tangga (23 peratus), suami tidak memberi nafkah (18 peratus), curang (14 peratus) dan poligami serta masalah kewangan (19 peratus).

“Seperti diketahui umum, ramai yang telah kehilangan punca rezeki ketika pandemik tercetus hingga menyebabkan masalah kewangan dan beban ekonomi lebih berat ke atas isi rumah.

“Malah ketika pandemik melanda, terdapat beberapa kes di mana sesetengah isteri hanya mendapat tahu suami telah mengahwini isteri baharu tanpa restu atau kebenaran mereka,” katanya.

Pada masa sama, SIS memaklumkan, penurunan statistik pertanyaan berhubung hak harta sepencarian sebanyak 17 peratus pada 2020 berbanding 27 peratus (2018) dan 20 peratus (2019) disebabkan isteri dimaklumkan oleh suami supaya tidak membuat tuntutan ke atas harta sepencarian.

Kata kenyataan itu, tindakan berkenaan menyebabkan mereka beranggapan bahawa tidak mempunyai berbuat hak sedemikian kerana tidak pernah sumbangan dalam bentuk kewangan.

SIS justeru itu menggesa kerajaan agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap suami yang gagal memenuhi tanggungjawab nafkah kepada keluarga dan menubuhkan satu agensi yang berperanan menaksir dan melangsaikan nafkah tertunggak bagi anak-anak terkesan akibat penceraian ibu bapa.

“Tujuan agensi ini adalah untuk menyediakan dana secukupnya bagi anak-anak dan menjadikan nafkah keluarga sebagai bayaran automatik dan berterusan tanpa memerlukan perintah mahkamah,” ujar SIS.

27/07/2021

Isteri dera suami bukan isu baru tapi jarang diperkatakan.

Address

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keganasan Rumah Tangga - Isteri Dera Suami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Keganasan Rumah Tangga - Isteri Dera Suami:

Shortcuts

Share