Kesihatan dan Peradaban Kumpulan 1

Kesihatan dan Peradaban Kumpulan 1 PENGHAYATAN DAN ETIKA (MPU1022) - KUMPULAN 1 “KESIHATAN”

Nama: Afiq Akmal No Matrix: 315290Ringkasan Berita: Statistik Kesihatan Mental Malaysia 2023Laporan Tinjauan Kesihatan d...
02/06/2026

Nama: Afiq Akmal
No Matrix: 315290

Ringkasan Berita: Statistik Kesihatan Mental Malaysia 2023

Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan masalah kesihatan mental di Malaysia semakin membimbangkan.

Statistik Utama

📈 Dewasa (16 tahun ke atas)

* Kadar kemurungan meningkat hampir dua kali ganda.
* 2019: 2.3% (569,000 orang)
* 2023: 4.6% (1 juta orang)

📈 Kanak-kanak dan Remaja (5–15 tahun)

* 2019: 7.9% (424,000 orang)
* 2023: 16.5% (922,318 orang)

Faktor Penyumbang dalam Kalangan Belia

Antara punca utama masalah kesihatan mental belia ialah:

* Buli
* Tingkah laku berisiko
* Penyalahgunaan substans
* Rasa rendah diri
* Jangkaan tinggi terhadap diri sendiri
* Tekanan, keresahan dan kemurungan

Inisiatif KKM

Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memperkukuh sokongan kesihatan mental, antaranya:

* Penubuhan National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH) sebagai peneraju Dasar Kesihatan Mental Negara.
* Penyediaan Talian HEAL 15555 untuk bantuan krisis, sokongan emosi dan kaunseling.
* Pelaksanaan kempen “Let’s TALK” dan “Hentikan Stigma”.
* Kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam program advokasi kesihatan mental belia.
* Kerjasama dengan Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) bagi kajian Indeks Kesihatan Mental Belia dan pembangunan panduan bantuan krisis.

Kesimpulan

Data NHMS 2023 menunjukkan peningkatan ketara masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak, remaja dan belia. Oleh itu, usaha pencegahan awal, sokongan psikososial serta pengurangan stigma amat penting bagi memastikan kesejahteraan mental masyarakat.

Sumber rujukan : https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/02/1327335/1-juta-rakyat-malaysia-usia-16-tahun-ke-atas-alami-kemurungan

Nama : Floria UdayarNo. Matrik : 315321APA ITU KEMURUNGAN ?Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabka...
02/06/2026

Nama : Floria Udayar
No. Matrik : 315321

APA ITU KEMURUNGAN ?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

TANDA-TANDA DAN GEJALA KEMURUNGAN

🎗️Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
🎗️Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
🎗️Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
🎗️Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
🎗️Perasaan bersalah
🎗️Rasa diri tidak berguna
🎗️Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
🎗️Hilang selera makan dan penurunan berat badan
🎗️“Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
🎗️Rasa tidak tenteram dan mudah marah
🎗️Kurang daya tumpuan dan ingatan
🎗️Sukar membuat keputusan
🎗️Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
🎗️Kurang nafsu seksual
🎗️Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
🎗️Mudah cemas atau fobia

Sumber daripada infosihat dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Nama:Adelinah NasriNo Matrik:315288Poster berikut menunjukkan Prevalens KEMURUNGAN di malaysia.1 Juta rakyat malaysia be...
01/06/2026

Nama:Adelinah Nasri
No Matrik:315288

Poster berikut menunjukkan Prevalens KEMURUNGAN di malaysia.1 Juta rakyat malaysia berumur 15 Tahun ke atas yang paling ramai mengalami kemurungan.

Manakal 4.6% daripada penduduk Malaysia dilaporkan mengalami kemurungan pada tahun 2023.Apabila perempuan mempunyai kadar yang lebih tinggi 5.1% berbanding dengan remaja lelaki.

Kadar Prevalens kemurungan remaja berbeza-beza bergantung pada umur.Pada peringkat remaja,kadar kemurungan sebanding dengan orang dewasa.

Golongan yang paling berisiko adalah seperti berikut:
1)Remaja 16-19 tahun sebanyak 7.9%
2)Remaja 20-29 tahun sebanyak 7.6%
3)Pelajar sebanyak 9%

Hampir separuh individu yang mengalami kemurungan pernah mempunyai pemikiran mencerderakan diri atau bunuh diri.

Sumber:
National health and morbidity Survey
Majlis keselamatan negara-Dianggarkan sejuta rakyat malaysia alami kemurungan.
Bernama-Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan.
Thestar-Significant increase in depresion among malaysian since 2019

Nama:Adelinah NasriNo matriks:315288 Terdapat beberapa jenis kemurungan utama yang mempunyai simptom,punca dan tempoh ya...
26/05/2026

Nama:Adelinah Nasri
No matriks:315288

Terdapat beberapa jenis kemurungan utama yang mempunyai simptom,punca dan tempoh yang berbeza:

1)Gangguan kemurungan Utama(Major Depressive Disorder)
Juga dikenali sebagai kemurungan klinikal.Ia melibatkan perasaan sedih,putus asa dan kehilangan minat yang teruk,berlangsung sekurang-kurangnya dua minggu dan menganggu aktiviti harian.

2)Kemurungan Berterusan(Persistent Depressive Disorder)
Dikenali sebagai Dysthymia.
Simptonjya lebih ringan daripada MDD tetapi bersifat kronik dan berlarutan untuk jangka amsa panjang,sekurang-kurangnya 2 tahun.

3)Gangguan Bipolar
Dikenali sebagai kemurungan manik.
Individu mengalami perubahan mood yang extrem secara berselang seli.

4)kemurungan perinatal dan postpartum
Berlaku semasa kehamilan(paranatal)atau bersalin(postpartum)disebabkan oleh perubahan hormon dan tekanan emosi yang mendadak.

5)Gangguan Afektif Bermusim
Berlaku pada musim-musim tertentu.(biasanya musim sejuk )dicetuskan oleh kekurangan pendedahan kepada cahaya matahari semulajadi

6)kemurungan Psikotik
Sejenis gangguan yang sangat teruk,di mana pesakit mengalami episod kemurungan yg disertai dengan gejala psikosis seperti halunisasi atau delusi(kepercayaan palsu)

Rujukan:https://ms.wikipedia.org

NAMA : MEOR ABDUL RAHMAN BIN MEOR ADNANNO.MATRIK : 308973MASALAH KESIHATAN MENTAL ANTARA PENYUMBANG UTAMA KEPADA PENINGK...
25/05/2026

NAMA : MEOR ABDUL RAHMAN BIN MEOR ADNAN
NO.MATRIK : 308973

MASALAH KESIHATAN MENTAL ANTARA PENYUMBANG UTAMA KEPADA PENINGKATAN KES BUNUH DIRI DAN JENAYAH DI MALAYSIA !

2025 TIADA PANDEMIK, TAPI KES BUNUH DIRI, BUNUH DAN JENAYAH MENINGKAT, PETANDA KRISIS KESEJAHTERAAN SOSIAL

1. Walaupun negara tidak lagi berdepan pandemik COVID-19, Malaysia kini berhadapan krisis sosial baharu yang semakin membimbangkan - peningkatan kes bunuh diri dan jenayah, termasuk jenayah bunuh dan kekerasan.

2. Statistik menunjukkan peningkatan berterusan dalam kes bunuh diri selama tiga tahun berturut-turut:

• 2022: 981 kes

• 2023: 1,087 kes

• 2024: 1,114 kes

3. Peningkatan ini menggambarkan “krisis senyap” yang berpunca daripada tekanan hidup, beban kewangan, dan kesunyian sosial pasca-pandemik. Ini isyarat jelas bahawa kesejahteraan mental rakyat semakin terjejas dan tidak boleh lagi diabaikan.

Jenayah Bunuh: Purata Lima Kes Setiap Minggu

4. Negara kini merekodkan purata lima kes bunuh setiap minggu, melibatkan punca seperti konflik keluarga, tekanan emosi, hutang, cemburu dan penyalahgunaan dadah.

5. Sekolah juga semakin tidak selamat hari ini. Sudah ada kes rogol berkumpulan dan perbuatan membuli berleluasa sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Kadar Jenayah Umum Terus Meningkat

6. Statistik juga menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam kadar jenayah negara:

• Jenayah Indeks (bunuh, rogol, samun, serangan): meningkat 11.1% kepada 58,255 kes pada 2024 berbanding 52,444 kes pada 2023.

• Jenayah Bukan Indeks (curi, pecah rumah, curi kenderaan): meningkat 13% kepada 72,077 kes pada 2024 berbanding 63,804 kes pada 2023.

Kerajaan Perlu Bertanggungjawab dan Bertindak Segera

7. Peningkatan ini membuktikan bahawa negara sedang berdepan krisis ketidakseimbangan sosial yang serius. Malangnya belum nampak tindakan kerajaan yang serius bagi mengatasi masalah ini.

8. PM10 dan Kerajaan madani PH-BN tidak boleh terus berdiam diri. Perlu ada satu pelan kesejahteraan sosial yang menyeluruh — meliputi dasar kesihatan mental, kestabilan ekonomi isi rumah, pendidikan nilai serta kawalan keselamatan komuniti.

9. PM10 dan kerajaan madani PH-BN juga sepatutnya segera mengkaji semula kesan dasar-dasar semasa yang menambah tekanan terhadap rakyat, termasuk isu kenaikan kos sara hidup, penarikan subsidi, serta keputusan ekonomi yang membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap dasar kerajaan mesti berpaksikan kesejahteraan rakyat, bukan semata-mata untuk memperbaiki angka fiskal atau menjaga imej politik.

DATUK TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ
KETUA PENERANGAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)
21 DISEMBER 2025

Nama:Adelinah NasriNo matriks:315288Dopamin ialah neutrotransmitter yang mengawal tingkah laku dan mood manusia.Neutrotr...
22/05/2026

Nama:Adelinah Nasri
No matriks:315288

Dopamin ialah neutrotransmitter yang mengawal tingkah laku dan mood manusia.Neutrotransmitter ini dibina daripada asid amino tirosina yang memainkan peranan penting dalam mengawal selia keinginan seseorang untuk mendapat kepuasan dan keupayaan bagi mencapai keseronokkan.

Aras Dopamin yang rendah juga boleh menimbulkan masalah berkaitan dengan memori seperti kesukaran berfikir dan menyusun maklumat dengan baik.

Ketidakseimbangan dopamin yang berlaku dalam otak boleh menyebabkan kemurungan.Mereka yang mengalami aras dopamin yang rendah akan menunjukkan pelbagai ciri seperti kelesuan(letih mental atau fizikal),kurang bertenaga,lambat berfikir dan tiada motivasi.

Kemurungan yang diakibatkan oleh kekurangan dopamin yang teruk akan membuatkan mereka merasa sangat tidak bermotivasi untuk melakukan sebarang aktiviti.

Dopamin boleh ditingkatkan dengan cara mengambil makanan yang kaya dengan tirosina(tirosina ialah blok binaan bagi dopamin)seperti pisang,coklat,daging lembu dan ayam.

Buku Kemurungan mengancam kehidupan
Dr Affizal Ahmad.
Perpustakaan negeri sabah
MAN 616.8527AFF

Nama: Fionaline AronNo. Matrik: 3153201.2 BILION MANUSIA HIDUP DENGAN GANGGUAN MENTALKajian terbaru The Lancet melaporka...
22/05/2026

Nama: Fionaline Aron
No. Matrik: 315320

1.2 BILION MANUSIA HIDUP DENGAN GANGGUAN MENTAL

Kajian terbaru The Lancet melaporkan hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia hidup dengan gangguan mental pada tahun 2023. Angka ini hampir dua kali ganda berbanding tahun 1990.

Paling banyak meningkat ialah anxiety dan kemurungan.

Lebih membimbangkan, beban gangguan mental kini paling tinggi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun. Usia yang sepatutnya sedang membina keyakinan diri, mengenal dunia dan merancang masa depan, tetapi ramai sedang bergelut dengan resah, tekanan dan rasa tidak mampu yang mereka sendiri susah nak jelaskan.

Ini bukan sekadar angka dalam jurnal.

Ini mungkin anak yang makin senyap di rumah. Pasangan yang nampak biasa, tetapi kepalanya tidak berhenti berfikir. Rakan sekerja yang masih datang bekerja, masih tersenyum, masih jawab “saya okay”, tetapi sebenarnya sedang memujuk diri untuk bertahan hari demi hari.

Dunia hari ini bergerak terlalu laju. Kos hidup, tekanan kerja, konflik keluarga, trauma, kesunyian, media sosial, kurang tidur dan rasa dibandingkan setiap masa - semua ini boleh menjadi beban yang tidak nampak pada wajah.

Sebab itu kita perlu berhenti menganggap masalah mental sebagai “lemah iman”, “manja”, “terlalu fikir” atau “kurang bersyukur”.

Kadang-kadang orang yang sedang bergelut bukan mahu perhatian. Mereka cuma mahu didengari tanpa dihukum. Mereka mahu ruang untuk berkata, “saya tak okay,” tanpa terus dibalas dengan ceramah.

Kalau ada orang di sekeliling kita berubah menjadi pendiam, mudah marah, hilang minat, susah tidur, terlalu cemas atau mula menjauh, jangan terus label. Dekati dengan lembut.

Tanya khabar. Duduk sekejap. Dengar dulu.

Dalam dunia yang semakin ramai orang sedang sakit dalam diam, kebaikan kecil daripada kita mungkin menjadi ruang pertama untuk seseorang rasa dia masih tidak keseorangan.




21/05/2026

Nama:Adelinah Nasri
No matrik:315288

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 1 juta rakyat Malaysia (berusia 16 tahun ke atas) atau bersamaan 4.6 peratus populasi mengalami kemurungan.

Dapatan utama statistik kesihatan mental ini termasuklah:

Prevalens: 4.6% daripada penduduk berumur 15 tahun ke atas dikesan mempunyai simptom kemurungan.

Trend Membimbangkan: Kadar ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.Kanak-kanak & Remaja:

Dilaporkan 1 daripada 6 kanak-kanak di Malaysia turut berdepan masalah kesihatan mental.Jika anda atau seseorang yang anda kenali memerlukan sokongan emosi atau bantuan lanjut, sila dapatkan perkhidmatan pakar di fasiliti kesihatan terdekat, hubungi Talian HEAL KKM di 15555, atau rujuk senarai pusat sokongan melalui portal rasmi MyHEALTH KKM.

20/05/2026

Nama: Julie Juliana
No.Matriks: 315330

Sebagai langkah proaktif menjaga kesejahteraan diri, kesedaran melaksanakan Ujian Saringan Minda amat penting. Kita harus memberi perhatian kepada kesihatan emosi dan psikologi, sama seperti kita rutin menjalankan pemeriksaan kesihatan fizikal.

Mari kita sama-sama membina budaya yang lebih terbuka dalam menjaga minda. 💙

Nama:Adelinah NasriNo matriks:315288     Kemurungan di kalangan Staf akan memberi kesan langsung yang kritikal kepada or...
20/05/2026

Nama:Adelinah Nasri
No matriks:315288

Kemurungan di kalangan Staf akan memberi kesan langsung yang kritikal kepada organisasi.Ia akan menurunkan produktiviti,meningkatkan kadar ponteng kerja akibat masalah kesihatan mental.

ia juga boleh menyebabkan kualiti kerja terjejas di mana akan berlaku peningkatan kesilapan dalam melaksanakan tugas dan staf juga tidak dapat menyiapkan kerja tepat waktu.Malah,hubungan sesama rakan sekerja juga turut terjejas kerana kehilangan suasana bekerja yang tidak harmoni,serta menjejaskan kualiti perkhidmatan pelanggan secara keseluruhan.

Organisasi perlu memandang serius isu ini dengan menyediakan atau menciptakan persekitaran kerja yang lebih harmoni.

Beri sokongan moral kepada staf yang menghadapi kemurungan.
Tiada kompromi terhadap kesihatan mental di tempat kerja.Kesihatan mental adalah hak asasi yang mutlak.

Address

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesihatan dan Peradaban Kumpulan 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category