Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban A-Kumpulan 5

Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban A-Kumpulan 5 Tujuan halaman ini diciptakan adalah sebagai salah satu daripada tugas berkump**an kami.

Tugas ini bermatlamat memupuk semangat kenegaraan dan sayang akan negara Malaysia itu sendiri.

30/12/2020

Nama : MASITAH BINTI MAT SOH
No. Matrik : 271192
Tema : Malaysia BerDaulat
Isu : Kedaulatan dan Keselamatan Negara tanggungjawab Bersama

Kedaulatan negara turut dikaitkan dengan konsep ketinggian Perlembagaan. Ia bermaksud undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan. Perlembagaan ditakrif sebagai kump**an peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah. Fungsi perlembagaan adalah memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpadukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat.
Negara Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen yang memperoleh kuasa dari perlembagaan. Ini bermakna undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Umpamanya; dalam bidang perundangan, bidang kuasa parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang mengikut peruntukan perlembagaan. Manakala, dalam bidang kehakiman, mahkamah diberi kuasa mengistihar sesebuah undang-undang sebagai tidak sah sekiranya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen itu berada di luar bidang kuasanya.Semasa melaksanakan fungsinya bagi memastikan undang-undang dan tindakan kerajaan sah di sisi perlembagaan, kuasa kehakiman adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan.
Keadaan ini jelas menunjukan bahawa perlembagaan persekutuan disifatkan sebagai perlembagaan tertinggi di Malaysia. Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Rakyat dapat hidup dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup ,tidak dizalimi ,bebas memberi pendapat ,bebas beragama dan berpersatuan ,bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa .Oleh itu, pentingnya kedaulatan itu dalam sesebuah negara.




Abu Hassan Adam. (1994). Menebus maruah. Selangor: Kump**an Rusa Sdn. Bhd .Katni Kamsono Kibat. (1986). Asas ilmu politik. Selangor.

Nama:  Nurjilah Binti JimlahNo. Matrik: 271203Tema: Malaysia BerdulatIsu: Malaysia Tidak Beri Kewarganegaraan Dengan Mud...
20/12/2020

Nama: Nurjilah Binti Jimlah
No. Matrik: 271203
Tema: Malaysia Berdulat
Isu: Malaysia Tidak Beri Kewarganegaraan Dengan Mudah

"Malaysia adalah negara berdaulat yang tidak akan memberikan kewarganegaraan dengan mudah, termasuk anak-anak tanpa kad pengenalan, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin."

Sebagai sebuah negara berdaulat pemberian kewarganegaraan kepada rakyat haruslah berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan malaysia, iaitu berdasarkan status perkhawinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung semasa kelahiran anak tersebut selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta perundangan berkaitan.

Kelahiran di Malaysia tidak bermakna seseorang anak itu adalah warganegara malaysia dan diberi status kewarganegaraan secara automatik. Ibu bapa kepada anak atau individu yang belum mendapat status kewarganegaraan atau ditaraf hendaklah mengemukakan dokumen yang sah kepada pihak kerajaan semasa memohon atau ingin mendapatkan kewarganegaraan.

Kewarganegaraan merupakan salah satu elemen penting untuk mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab seharusnya memandang serius akan hal ini bagi memastikan kedaulatan negara Malaysia sentiasa terjamin.






Hamzah berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

Nama : Nik Nor Ainun Adabiah Binti Mohd RasidiNo. Matrik : 271637Tema : Malaysia BerdaulatIsu : Kedaulatan Negara Tanggu...
16/12/2020

Nama : Nik Nor Ainun Adabiah Binti Mohd Rasidi
No. Matrik : 271637
Tema : Malaysia Berdaulat
Isu : Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama

Patriotisme amat penting kepada rakyat setiap negara. Ia bukan sekadar luahan perasaan, tetapi menuntut penghayatan setiap warganegara. Nasionalisme p**a gerakan untuk menciptakan masyarakat lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran.

Dengan kata lain, nasionalisme itu satu semangat. Oleh itu, kebudayaan seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Perbezaan ideologi, kaum dan parti politik dalam sesebuah negara sepatutnya tidak dijadikan halangan kepada usaha memakmurkan negara. Tidak kira petani, nelayan, kakitangan awam atau buruh, semuanya perlu mempunyai semangat kecintaan menebal ke atas negara. Tanpanya, individu dan masyarakat akan berpecah belah kerana masing-masing lebih menumpukan kepada diri atau puak masing-masing dan lupa tanggungjawab terhadap negara.

Semangat patriotisme lebih penting kepada negara pada masa kini. Ini kerana negara didiami rakyat berbilang agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara. Jika rakyat meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau parti politik lebih utama daripada negara, tentulah pembangunan dan kemajuan tidak akan dapat dicapai.

Oleh itu dalam situasi masyarakat sebegini, keperluan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat begitu penting. Semangat patriotisme akan menghalang rakyat Malaysia bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum, agama mahupun ideologi parti yang berbeza dengan mereka.




www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/726223/malaysia-prihatin-kedaulatan-negara-tanggungjawab-bersama

Patriotisme amat penting kepada rakyat setiap negara. Ia bukan sekadar luahan perasaan, tetapi menuntut penghayatan setiap warganegara.

Nama: Cheah Zhi ChingNo. Matrik: 271573Tema: Malaysia BerdaulatIsu: Kepercayaan kepada Tuhan bentuk rakyat, Malaysia ber...
13/12/2020

Nama: Cheah Zhi Ching
No. Matrik: 271573
Tema: Malaysia Berdaulat
Isu: Kepercayaan kepada Tuhan bentuk rakyat, Malaysia berdaulat

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukun Negara mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Setiap prinsip mempunyai matlamat tertentu dan maksud tersirat yang harus dihayati dan dipraktikkan oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Prinsip-prinsip teras yang terkandung dalam Rukun Negara bersifat sejagat dengan merentasi nilai-nilai murni semua bangsa, agama serta berupaya menjadi panduan hidup sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka.

Kepercayaan Kepada Tuhan dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara untuk rakyat berpegang teguh kepada kepercayaan masing-masing demi kebaikan bersama untuk membina negara Malaysia yang berdaulat. Ini membolehkan Malaysia dipandu ke arah sebuah negara bertaraf maju dan lebih berdaya saing. Selain itu, pegangan agama masing-masing dan berpandukan kepada prinsip Kepercayan Kepada Tuhan telah membentuk rantaian kasih sayang dalam kalangan rakyat negara ini tanpa mengabaikan hak seseorang.

Percayalah, sekiranya Rukun Negara diamalkan dengan baik, diamalkan dengan cara mengikuti prinsip-prinsipnya untuk mencapai segala matlamat Rukun Negara, Malaysia pasti akan menjadi lebih baik.




KUALA LUMPUR - Setiap prinsip terkandung dalam Rukun Negara sebenarnya mempunyai matlamat tertentu dan maksud tersirat yang harus dihayati dan dipraktikkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

NAMA : LISHALINI DEVI A/P VADIVELOONO MATRIK : 271445TEMA: MALAYSIA BERDAULATISU: PENGEKALAN IDENTITI BUDAYA BANGSAKedau...
10/12/2020

NAMA : LISHALINI DEVI A/P VADIVELOO
NO MATRIK : 271445
TEMA: MALAYSIA BERDAULAT
ISU: PENGEKALAN IDENTITI BUDAYA BANGSA

Kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Pada zaman ini, kedaulatan amat dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara mode. Pertahanan kedaulatan negara bergantung kepada rakyat negara Malaysia . Antara peranan rakyat adalah mengekalkan identiti budaya bangsa.

Identiti budaya bangsa boleh dikatakan sebagai pengiktirafan tingkah laku seseorang berdasarkan latar belakang budaya yang dibawa berdasarkan tempat asal individu itu. Hal ini juga dikaitkan dengan sosio budaya dan keselesaan persekitaraan. Malaysia mempunyai kump**an masyarakat dari pelbagai agama dan kaum iaitu dari kaum minoriti dan majoriti. Namun begitu, rakyat malaysa percaya hal ini membawa kegemilangan kepada pemerintahan Malaysia. Berbilang budaya bangsa di Malaysia ini dapat disatukan dengan membina identiti bangsa Malaysia. Pada zaman pandemik ini, kita dapat saksikan pengekalan identiti bangsa di negara ini. Masyarakat saling bantu membantu dari segi memberi rawatan, dana kewangan dan makanan serta sokongan moral tanpa mengira kaum dan agama. Hal ini dapat diamalkan kerana rakyat Malaysia percaya mereka semua adalah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Setiap kaum di negara ini telah menyumbang tenaga, masa dan bakti untuk Malaysia. Berbilang kaum merupakan identiti yang sangat istimewa bagi negara ini. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu sentiasa Bersama tanpa mengira kaum dan agama untuk mengekalkan identiti bangsa budaya. Rakyat negara ini perlu membuktikan bahawa mereka tidak berpengaruh kepada mana-mana isu negatif yang menyentuh sentiviti kaum. Hal ini boleh mencerobohkan kedaulatan negara.

https://www.sinarharian.com.my/article/97835/KHAS/Pendapat/Pelihara-identiti-bangsa-Malaysia

NAMA: SYAHROLNIZAM BIN NOR SHAHNO MATRIK: 271310TEMA: MALAYSIA BERDAULAT ISU: Negara Maju Jika Perpaduan Dikekalkan Bagi...
05/12/2020

NAMA: SYAHROLNIZAM BIN NOR SHAH
NO MATRIK: 271310
TEMA: MALAYSIA BERDAULAT
ISU: Negara Maju Jika Perpaduan Dikekalkan

Bagi mencapai negara maju, sesebuah negara itu perlu mempunyai perpaduan yang kukuh dan ianya perlu dikekalkan. Dengan adanya, perpaduan dikalangan rakyat negara berkenaan, isu keamanan dapat dikecapi lantas mampu membawa negara kearah negara maju.

Seperti yang sedia maklum, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati, kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera. Malah rakyatnya juga sentiasa mengutamakan perpaduan dan keamanan negara.

Berdasarkan konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama pelbagi kaum merupakan kunci utama bagi menghadapi pelbgai ancaman dan cabaran supaya negara kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Perasan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suata perkara yang asing. Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 63 tahun, namun dalam soal perpaduan dikalangan masyarkat berbilang kamu masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.

Persoalannya, bagaimanakah kita dapat tangani masalah berikut tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara?

Selanjutnya boleh didapati di:

http://bit.ly/3gbtp70

NAMA: NOR SYAKINAH BINTI BANG BANG ARDIANSJAHNO MATRIK: 271630TEMA: MALAYSIA BERDAULAT ISU: ISU PELARIAN MENGIMBANGI KED...
03/12/2020

NAMA: NOR SYAKINAH BINTI BANG BANG ARDIANSJAH
NO MATRIK: 271630
TEMA: MALAYSIA BERDAULAT
ISU: ISU PELARIAN MENGIMBANGI KEDAULATAN NEGARA

Masca menyuarakan kebimbangan dalam perdebatan terkini mengenai isu pelarian mengimbangi hak kedaulatan negara Malaysia dan tanggungjawab negara terhadap pelarian, khususnya kump**an Rohingnya. Kami berpandangan ada keperluan yang mendesak untuk kesemua rakyat memahami apa sebenarnya berlaku supaya tidak timbul kebencian melulu berdasarkan berita palsu.

Masca percaya, penyelesaian yang baik adalah untuk kerajaan memperjelaskan polisi dan tindakan yang diambil berkenaan dengan pelarian Rohingya. Penjelasan ini dapat menghuraikan bahawa polisi Malaysia bukanlah untuk memberikan kerakyatan dan mahu mereka p**ang ke negara asal mereka, pada akhirnya. Dalam perkara ini, kerajaan kini berpegang kepada prinsip “non refoulment” di bawah undang-undang antarabangsa. Mereka ini dip**angkan apabila keadaan mereka selamat dan terma-terma penghantaran balik dipersetujui oleh kedua pihak.

Kedua, Masca mengambil maklum tentang berapa insiden yang menunjukkan sesetengah pelarian Rohingya tidak mmengamalkan kebersihan yang baik dan ada yang berseteru terhadap rakyat Malaysia. Hal yang berlaku sedemikian, ia tidak mewajarkan prejudis menyeluruh digunapakai ke atas semua kaum Rohingya.


Link: https://www.editormalaysia.com/14717/

30/11/2020
Name: Chong Yan Yi Matric No: 271207Theme: Sovereignty of Malaysia Issue: Respectation of Jalur GemilangThe Flag is a sy...
29/11/2020

Name: Chong Yan Yi
Matric No: 271207
Theme: Sovereignty of Malaysia
Issue: Respectation of Jalur Gemilang

The Flag is a symbol of leadership, a symbol of honour, dignity and sovereignty of a country. Every country has its own national flag that is distinctive to create a sense of pride in the country. The flag is defined as a piece of cloth exhibited to show the sign that is also known as the flag and torch. The flag in the Malaysia culture is usually associated with the status of the Royal Rulers.

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, who was then Prime Minister, had carved another historical moment when he announced a new name for the Malaysia flag, JALUR GEMILANG.

There are 14 red and white equal strips with the red band on top and ends with the white band at the bottom. These strips mark the membership of the 13 states and a Federal Territory namely Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Penang, Sabah, Malacca, and Federal Territory(Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya). The red strips indicate heroic bravery and the white strips on the other hand mean purity. The yellow of the crescent and star is the Royal colour of the Malay Rulers. The combination of three primary colours which are red, white, and blue represent the unity of Federal Malay states (Persekutuan Tanah Melayu) and the United Kingdom and the unity of Malay(Tanah Melayu) with the Commonwealth countries.

The Jalur Gemilang embodies everything we love about our country. Flags are a unique representation of a country, often flown majestically in international events and treated with the utmost honour and respect by its citizens.
source: malaysia.gov.m/portal/content/138




Link: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/27/maba-apologises-for-jalur-gemilang-blunder

NAMA         : PRIYA DARSINI A/P SUBRAMANIAM NO MATRIK : 271092TEMA         : MALAYSIA BERDAULAT ISU             : SEJAU...
26/11/2020

NAMA : PRIYA DARSINI A/P SUBRAMANIAM
NO MATRIK : 271092
TEMA : MALAYSIA BERDAULAT

ISU :

SEJAUH MANA RAKYAT MALAYSIA MENGHORMATI LAMBANG-LAMBANG NEGARA?

Malaysia telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka hampir 60 tahun. Negara ini telah bangkit dari zaman penjajahan yang penuh kemunduran untuk menjadi sebuah negara yang maju dan progresif seperti mana ianya sekarang. Dakwaan skandal rasuah, salah guna kuasa, pentadbiran yang tidak telus yang rata-ratanya disebar melalui media sosial hampir setiap hari telah melahirkan kegusaran pihak-pihak tertentu terhadap hala tuju masa depan negara. Kadang-kadang, sebaran berita ini tidak diselidiki dahulu dan dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa. Akhirnya, negara diburuk-burukkan bukan sahaja di dalam Malaysia, malah juga di luar.

Keadaan-keadaan ini mungkin telah menyebabkan beberapa individu terutamanya daripada golongan generasi muda bertindak melulu tanpa menunjukkan rasa hormat terhadap lambang-lambang negara seperti penghinaan terhadap lagu kebangsaan, penghinaan terhadap Jalur Gemilang, institusi kesultanan dan yang terbaharu dan penghinaan terhadap institusi Yang DiPertuan Agong.

Jalur Gemilang, Bahasa Malaysia, Negaraku dan Institusi YDPA wajib dihormati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, bangsa dan agama.




Link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perspektif-sejauh-mana-rakyat-menghormati-lambang-lambang-negara-126194

Nama: Tang Shi HuiNo. Matrik: 271540Tema: Malaysia BerdaulatIsu: Kedaulatan dan Pengiktirafan LuarPengiktirafan atau puj...
22/11/2020

Nama: Tang Shi Hui
No. Matrik: 271540
Tema: Malaysia Berdaulat
Isu: Kedaulatan dan Pengiktirafan Luar

Pengiktirafan atau pujian tidak akan diperoleh sekiranya kedaulatan tidak wujud . Dengan adanya kedaulatan, Malaysia dikenali di mata dunia. Perlantikkan Malaysia ke Majlis Keselaman PBB merupakan kejayaan yang diperoleh dengan sokongan kuat dari negara-negara yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia. Dirasakan untuk terpilih ke Majlis Keselamatan itu pastilah memerlukan penghormatan negara luar kepada negara kita .Yang paling membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia ialah perlantikkan Dato’ Seri Dr . Mahathir sebagai pengerusi sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pertubuhan Komanwel ini dari segi peranan dan tanggung jawabnya menempuh dekad 1990-an dan akan datang.

Kepentingan kedaulatan adalah untuk mengekalkan kewujudan negara bangsa . Hidup sesuatu bangsa tidak hanya bergantung kepada bangsa itu sahaja. Hidup rakyat Malaysia bergantung kepada ketahanan dan sejauh mana kita boleh mengukuhkan kedudukan dan bertahan daripada pengaruh luar yang boleh meruntuhkan.

Selain itu , kepentingan kedaulatan adalah negara itu bebas dari kongkongan atau ancaman luar. Negara yang berdaulat adalah negara yang bebas dari sebarang kongkongan atau ancaman negara luar. Negara berdaulat tersebut memerintah atas paksi sendiri. Oleh itu ,rakyat dan negara melaksanakan apa jua kegiatan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Bebas dari kongkongan negara luar akan melancarkan perjalanan jentera pentadbiran. Oleh itu kedaulatan adalah penting untuk negara bebas dari menjadi wilayah jajahan .




Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) & Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Malaysian Armed Fo...

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna. Kami merupakan pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil subjek M...
23/10/2020

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna.

Kami merupakan pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil subjek MPU1013 Penghayatan Etika & Peradaban A - Kump**an 5.

Tujuan diciptakan halaman ini adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia akan pentingnya menjaga kedaulatan dan kesejahteraan negara Malaysia🇲🇾 daripada anasir-anasir luar👮

Diharap apa yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan manfaat bersama.



Address

Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban A-Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category