Etika dan Peradaban - H, Kumpulan 10

Etika dan Peradaban - H, Kumpulan 10 Pensejarahan Kedatangan Etnik Cina Di Malaysia

KESAN KEDATANGAN MASYARAKAT CINA KE TANAH MELAYUNama : Muhammad Firdaus Bin Muhd Dahlan No. Matrik : 287168 i). Kesan so...
19/06/2022

KESAN KEDATANGAN MASYARAKAT CINA KE TANAH MELAYU
Nama : Muhammad Firdaus Bin Muhd Dahlan
No. Matrik : 287168

i). Kesan sosial
- Kemas**an orang cina ke wilayah Tanah Melayu merupakan salah satu langkah pertama dalam proses untuk membentuk masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang bangsa dan agama serta akan menjadi titik permulaan kepada masyarakat yang majmuk dan akan semakin berkembang di Tanah Melayu.
- Pihak yang mempunyai kuasa tinggi seperti daripada pihak kerajaan perlu merangka langkah strategi seperti melaksanakan pelbagai langkah supaya setiap penduduk di Tanah Melayu itu tiada yang tercicir terutamanya penduduk asli di Tanah Melayu itu sendiri
- Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai strategi antaranya dasar- dasar baharu untuk memantapkan lagi dalam pelbagai aspek iaitu salah satunya daripada segi ekonomi dan supaya dapat menyeimbangkan penduduk di Tanah Melayu daripada segi hak kependudukan

ii). Kesan pendidikan
- Tanah Melayu yang sangat majmuk dengan masyarakat yang berbilang bangsa telah menyebabkan pihak kerajaan membentangkan dan memperincikan satu idea yang sangat bernas seperti dasar yang mengkhususkan kepada pendidikan
- Pihak kerajaan telah memperkenalkan dasar ini kerana pihak kerajaan mengetahui kepentingan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang berteraskan kebangsaan yang baharu iaitu lebih teratur dan dapat menggantikan sistem lama yang berteraskan penjajah bagi memenuhi kehendak semasa negara supaya masyarakat di Tanah Melayu dapat mengikut satu panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan
- Dengan adanya dasar yang telah diperkenalkan itu, maka masyarakat di Tanah Melayu dapat mengikut panduan dengan sistem pendidikan yang sama dan terselaras

KESAN KEDATANGAN ORANG CINA KE TANAH MELAYU DARI ASPEK EKONOMI DAN POLITIKNama: Ng Kar Yan KarenNo. Matrik: 287425Sebelu...
18/06/2022

KESAN KEDATANGAN ORANG CINA KE TANAH MELAYU DARI ASPEK EKONOMI DAN POLITIK
Nama: Ng Kar Yan Karen
No. Matrik: 287425

Sebelum tahun 1800, penduduk negara kita hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19, sebilangan besar orang Cina memasuki negara kita kerana banyak peluang ekonomi di Tanah Melayu. Disebabkan kesempitan hidup di negara asal, mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu. Malah British membawa orang Cina ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam industri perlombongan dan menetap secara langsung dengan kehidupan yang selesa.

Antara kesan kedatangan orang cina ke tanah melayu dari aspek ekonomi:
Kesan positif:
1. pembentukan bandar-bandar baru
Orang Cina menetap di lombong di tempat-tempat seperti Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Dengan wujudnya bandar-bandar baru ini, kerajaan British membina rangkaian jalan pengangkutan seperti jalan kereta api dan lebuh raya. Sistem jalan pengangkutan menghubungkan lombong bijih timah dengan kilang dan pelabuhan.

2. wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh.
Tumpuan masyarakat Melayu terhadap perusahaan ekonomi sara diri seperti dalam sektor pertanian dan perikanan ternyata bukan pemangkin kepada ekonomi negara. Ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih maju dan moden apabila British memperkenalkan orang Cina khususnya untuk berkhidmat kepada sektor ekonomi yang lebih komersial. Pada abad ke-19, pengeluaran ekonomi Tanah Melayu meningkat, terutamanya untuk lombong bijih timah. Kemas**an imigran Cina juga menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar bijih timah utama di dunia.

Kesan negatif:
1. pembawaan kongsi gelap cina ke tanah melayu
Banyak Kongsi Gelap di Tanah Melayu berasal dari Negara China dan dibawa ke sini oleh imigran Cina. Kongsi gelap dihubungkan dengan ajaran konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme. Penubuhan kongsi gelap ini telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan pergaduhan dan hubungan yanag tidak baik.
2. sifat kaum cina mempengaruhi masyarakat tempatan
Gejala ‘bandit sosial’ yang bermaksud penjenayah, bertindak melampau, menyamun, merompak, dan sebagainya. Keadaan yang ektremis ini kerap kali menimbulkan masalah dan keteganagan dalam masyarakat tradisional Melayu.

Antara kesan kedatangan orang cina ke tanah melayu dari aspek politik:
1. Pertubuhan parti politik cina
Kehidupan kampung baru Cina yang semakin merosot telah menarik perhatian parti politik, pemerintah dan pembangkang, yang ingin membantu, terutamanya menjelang pilihan raya umum. Politik orang Cina boleh beralih dari menyokong parti seperti Malaysian Chinese Association (MCA) kepada parti pembangkang seperti Socialist Front dan People’s Progressive Party (PPP) pada masa itu. Hal ini disebabkan pada tafsiran penduduk Cina kampung baru, pemimpin yang sah adalah yang boleh membantu menyelesaikan masalah kehidupan kampung yang berkaitan isu sosioekonomi tempatan.

2. Budaya politik kaum cina
Masyarakat cina, terdapat tiga teras utama yang sangat berpengaruh dalam membentuk sikap dan pendirian politik mereka dan dianggap sebagai the three pillars of Chinese identity in Malaysia (Tiga Teras Identiti Cina – TTIC) iaitu Pendidikan Cina; Media Cina dan Huatuan (Pertubuhan Cina). Sikap semula jadi kaum yang minority perlu bersatu untuk memastikan kepentingan mereka tetap terjamin dengan budaya politik Cina yang sentiasa menyintai ruang dan peluang, membuat persediaan

3. Penglibatan kaum cina dalam pentadbiran kerajaan
Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pengambilan pekerja sektor awam (pegawai) telah diselaraskan semula dengan mengambil kira penyertaan semua kaum termasuk Cina. Saya bukan sahaja dapat mewujudkan suasana keharmonian dalam pentadbiran negara, malah dapat menambah baik dan mengeratkan ikatan perpaduan antara parti-parti khususnya selepas tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

MAKANAN TRADISI ORANG CINANama : Sharivin A/L ThiaguNo. Matrik : 287116Kaum Cina tidak pernah melupakan asal usul sepert...
16/06/2022

MAKANAN TRADISI ORANG CINA
Nama : Sharivin A/L Thiagu
No. Matrik : 287116

Kaum Cina tidak pernah melupakan asal usul seperti tradisi makanan mereka selepas kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu. Terdapat pelbagai makanan tradisi yang kini diamalkan oleh kaum Cina! Dalam poster tersebut, kami ingin berkongsi empat makanan tradisi yang kini diamalkan oleh kaum Cina.

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH ETNIK CINANama : Lee Min YiNo. Matrik : 287331Selepas kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu, ...
12/06/2022

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH ETNIK CINA
Nama : Lee Min Yi
No. Matrik : 287331

Selepas kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu, kaum Cina tidak pernah melupakan asal usul seperti perayaan mereka. Adakah anda tahu bahawa kaum Cina juga menyambut perayaan yang lain selain daripada Tahun Baru Cina? Dalam poster tersebut, kami ingin berkongsi lima perayaan yang disambut oleh kaum Cina.

REKOD KEDATANGAN ORANG CINA SEJAK ABAD KE 15Nama : Nur Aina Syahirah Binti Abdul MalekNo. Matrik : 287307Migrasi besar-b...
10/06/2022

REKOD KEDATANGAN ORANG CINA SEJAK ABAD KE 15
Nama : Nur Aina Syahirah Binti Abdul Malek
No. Matrik : 287307

Migrasi besar-besaran masyarakat Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar abad ke 19.
Walau bagaimanapun, ada direkodkan antara kedatangan orang Cina terawal ke Tanah Melayu sudah pun berlaku lebih awal pada abad ke 15 dengan kedatangan Laksamana Cheng Ho yang cukup terkenal namanya.

Berikutan mahu mewujudkan hubungan ekonomi yang lebih akrab dengan Kesultanan Melayu Melaka pada zaman tersebut, Maharaja China ketika itu mengahwinkan puteri beliau Puteri Hang Li Poh seterusnya memulakan kewujudan komuniti orang Baba dan Nyonya yang ada, di mana masyarakat Cina berasimilasi mengamalkan corak kehidupan orang Melayu.

Walaupun begitu, hubungan rapat dua kerajaan itu tetap tidak mewujudkan jumlah komuniti masyarakat Cina yang besar jumlahnya. Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku pada abad ke 19 apabila kumpulan-kumpulan besar orang Cina tiba di Pulau Pinang atau Singapura, sehingga menyebabkan jumlah mereka naik berkali ganda.

Dalam rekod individu Cina di Pulau Pinang pada tahun 1812, dilaporkan hanya berjumlah 7,500 orang namun angka itu naik kepada 36,000 orang pada tahun 1860. 30 tahun kemudian pada tahun 1891, sensus masyarakat ketika itu mencatatkan wujud 86,000 orang Cina di Pulau Pinang hampir menyamai masyarakat Melayu seramai 92,000 orang.

Jumlah orang Cina di negeri-negeri selat termasuklah Singapura meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun dari tempoh 1871 hingga 1891. Ini sekaligus menunjukkan wujud situasi yang dilihat menggalakkan orang Cina berpindah ke Tanah Melayu, khasnya mereka yang tinggal di Selatan China dari daerah Guangzhou, Fujian, Foochow dan Guangdong.

KEHIDUPAN ETNIK CINA DI MALAYSIA.Nama : Ong Poh YeeNo. Matrik : 287216Pendatang etnik cina ini bekerja di lombong bijih ...
08/06/2022

KEHIDUPAN ETNIK CINA DI MALAYSIA.
Nama : Ong Poh Yee
No. Matrik : 287216

Pendatang etnik cina ini bekerja di lombong bijih timah, ladang lada hitam, dan ladang getah.
Ternyata kehidupan mereka sesudah tiba di tanah “Nanyang” bukanlah mudah seperti yang diharapkan oleh mereka.
Sebaliknya adalah indah khabar dari rupa.

KEDATANGAN ETNIK CINA KE MALAYSIA PADA ZAMAN MELAYU MELAKA.Nama : Aqilah Izzah Binti ArshadNo matrik : 28707228 Oktober ...
07/06/2022

KEDATANGAN ETNIK CINA KE MALAYSIA PADA ZAMAN MELAYU MELAKA.
Nama : Aqilah Izzah Binti Arshad
No matrik : 287072

28 Oktober 1403- Perjanjian antara Raja Melaka dengan Maharaja China
Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming yang memerintah dari tahun 1402 - 1424 merupakan pemerintah yang bijak dan terkenal. Di antara bulan Oktober 1402 hingga awal Oktober 1403, Maharaja Yung Lo telah mengadakan hubungan dengan negeri-negeri di Asia Tenggara seperti Annam, Champa, Siam, Jawa, Majapahit, dan Acheh. Sejak itu utusan-utusan China sentiasa berulang alik dan mengadakan lawatan ke negeri-negeri di Asia Tenggara. Hasil dari laporan lawatan tersebut, Maharaja Yung Lo mengetahui akan wujudnya Kerajaan Melayu Melaka. Berikutan itu, pada hari ini dalam tahun 1403, Yin Ch’ing pun dihantar untuk menemui Parameswara dengan membawa hadiah-hadiah yang mahal seperti emas, payung dan kain sutera. Parameswara menyambut baik kedatangan utusan China itu dan meminta supaya Melaka menjadi naungan China.

Faktor kedatangan etnik cina secara besar-besaran (abad ke 19)

1.Kesengsaraan ekonomi dan sosial.
China mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Ini menjadikan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin terhad. Keluaran pertanian yang dapat dihasilkan untuk keperluan makanan semakin berkurangan sehingga menimbulkan masalah kebuluran. Akibat pelbagai masalah sosial dan ekonomi yang melanda, taraf hidup semakin merosot dan hal ini memaksa mereka untuk berhijrah ke negara lain bagi memulakan kehidupan baharu. Kerajaan China memberi galakan kepada rakyatnya berhijrah ke negara lain untuk mencari kehidupan baharu yang lebih baik.

2.Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.
Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing menjelang pertengahan abad ke-19 turut menarik minat penghijrah China untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Pada ketika itu, ekonomi Tanah Melayu sedang berkembang pesat ekoran pelaburan modal British dalam perusahaan bijih timah dan getah. Selain itu, saudagar Cina juga sudah lama bertapak di Negeri-negeri Selat dan mereka berminat untuk melabur dalam perusahaan bijih timah dan getah. Kehadiran pemodal asing, terutamanya dalam perusahaan bijih timah merupakan antara faktor penting yang menjadi daya tarikan kepada penghijrahan beramai-ramai buruh asing Cina ke Tanah Melayu menjelang pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Akibat perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain, permintaan terhadap bijih timah semakin bertambah. Ini menyebabkan lebih banyak lombong baharu dibuka dan semakin ramai tenaga buruh diperlukan.

Cara kedatangan etnik cina pada abad ke 19
1.Sistem tiket kredit
Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek s**a. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang

2.Sistem pengambilan rumah kongsi
Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika dan Peradaban - H, Kumpulan 10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category