06/06/2022
KEPENTINGAN KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental boleh mempengaruhi keupayaan untuk melakukan tugas harian. Ini bermakna jika kesihatan mental terjejas, ia akan menjejaskan fungsi kehidupan peribadi pada tahap tertentu. Oleh itu, kesihatan mental amat penting supaya kehidupan seseorang dapat berjalan dengan lancar. Persoalannya, apakah kepentingan kesihatan mental?
a. Minda menjadi lebih terbuka
Minda kita akan menjadi lebih terbuka dan sentiasa berasa ceria apabila mental berada dalam keadaan baik. Hal ini akan meyebabkan matlamat kita dapat dicapai dengan lebih berkesan. Dengan ini, tugasan harian dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah kerana tidak akan menghadapi masalah yang akan melambatkan masa apabila melakukan sesuatu.
b. Dapat mencegah jangkitan penyakit berbahaya
Mental yang sihat akan menjadikan tubuh badan kita lebih cergas sekaligus menolak pelbagai penyakit berbahaya seperti kemurungan, keresahan, tekanan dan sebagainya. Badan yang sihat juga membolehkan seseorang itu melakukan perkara yang telah dirancang seperti melancong ke negara lain semasa cuti.
c. Dapat menjimatkan wang
Di samping itu, seseorang individu dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berjumpa dengan doktor. Kos untuk berjumpa dengan doktor pakar sangat mahal. Hal ini akan menyebabkan penyakit mental yang dialami bertambah buruk. Oleh itu, mental yang sihat amat penting supaya dapat menjimatkan wang.
d. Mempunyai tenaga yang cukup untuk aktiviti riadah
Seterusnya, mental yang sihat membolehkan badan mendapat tenaga yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
e. Dapat memajukan negara
Rakyat merupakan tulang belakang kepada sesebuah negara. Oleh itu, rakyat yang mempunyai kesihatan mental yang sihat akan mendorong negara untuk lebih maju, aman dan harmoni. Kos untuk sektor perubatan dapat dijimatkan dan dana tersebut boleh digunakan untuk pembangunan negara.