School of Computing, UUM

Directions Website Contact the school

School of Computing, UUM Official Account

UUM PACU TRANSFORMASI AKUAKULTUR PINTAR DI KUBANG PASUUUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui gabungan penye...
28/09/2026

UUM PACU TRANSFORMASI AKUAKULTUR PINTAR DI KUBANG PASU

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui gabungan penyelidik Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) yang diterajui Kumpulan Penyelidikan RG08 – AI-INNOX, dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kubang Pasu dan Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Program Pemerkasaan Komuniti Akuakultur Pintar Kubang Pasu 2026: Ke Arah Pendigitalan, Kecekapan Tenaga dan Pengurusan Kesihatan Ikan yang Mampan di Dewan Tilapia, Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra.

Program yang menghimpunkan sekitar 100 peserta ini melibatkan penternak akuakultur, wakil industri, Jabatan Perikanan Kedah serta pelajar SULAM Sesi A261 daripada program Sarjana Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang mengikuti kursus STISK3123 Social Media Data Analytics (Pensyarah: Prof. Madya Ts. Dr. Juhaida Abu Bakar) dan STTHK1013 – Interaction Design (Pensyarah: Dr. Nabilah Abdullah dan Ts. Dr. Mohd Zhafri Mohd Zukhi).

Penglibatan pelajar melalui SULAM memberi peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam konteks sebenar bersama komuniti.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu antara universiti, industri, agensi dan komuniti dalam memperkenalkan teknologi serta pendekatan moden yang dapat membantu penternak meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan mengurus ternakan ikan secara lebih cekap dan mampan.

Antara pengisian utama program ialah perkongsian mengenai inovasi nutrisi dan teknologi pemakanan ikan, penggunaan tenaga solar dalam akuakultur, serta Akuakultur Pintar berasaskan Internet of Things (IoT) dan AI. Program turut menampilkan Forum Interaktif -Masa Depan Akuakultur Pintar: Cabaran, Peluang dan Strategi Memperkasa Komuniti Penternak, yang memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, membincangkan cabaran serta mendapatkan pandangan daripada pakar.

Program ini turut mendapat perkongsian kepakaran daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara UUM, institusi pendidikan, agensi, industri dan komuniti setempat.

Pengarah Program, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Hazlyna Harun berkata, program ini merupakan usaha untuk membawa ilmu, teknologi dan kepakaran universiti lebih dekat kepada masyarakat, khususnya dalam membantu komuniti penternak menghadapi cabaran seperti peningkatan kos makanan ikan, penggunaan tenaga elektrik yang tinggi serta risiko kematian ikan akibat perubahan kualiti air dan penyakit.

Pada masa yang sama, penglibatan pelajar SULAM membolehkan proses pembelajaran diperluaskan di luar bilik kuliah melalui interaksi secara langsung dengan komuniti.

“Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar memahami keperluan sebenar masyarakat serta menggunakan kemahiran dalam bidang pengkomputeran, analitik data dan reka bentuk interaksi bagi menyokong penyelesaian yang lebih praktikal.

“Pelaksanaan program ini turut menyokong agenda pembangunan komuniti mampan dan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), antaranya SDG 2: Sifar Kelaparan, SDG 7: Tenaga Bersih dan Mampu Milik, SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat,” katanya.

Melalui program seumpama ini, UUM terus memperkukuhkan peranannya dalam membawa ilmu, kepakaran dan inovasi kepada masyarakat, di samping memperkasakan komuniti, memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman dalam kalangan pelajar serta menyumbang kepada pembangunan sektor akuakultur yang lebih pintar, cekap dan mampan.

🚀 Top Coders Malaysia 2026 is here!Ready to level up your coding skills and challenge yourself at a national stage ? Joi...
17/09/2026

🚀 Top Coders Malaysia 2026 is here!

Ready to level up your coding skills and challenge yourself at a national stage ? Join our Pre-Competition Workshop and build a solid foundation in Python programming, sharpen your problem-solving skills, and gain the confidence to tackle real-world challenges.

💻 Workshop Details:
📅 28th, 29th, 30th September & 1st October 2026
🕗 8:00 PM – 10:30 PM (via Zoom)

🏆 University-Level Competition:
📍 UUM
📅 10 October 2026 (Saturday) - An official Exemption Letter for Ko-K will be issued to students who require it.
🕐 TBC

Whether you're just starting or looking to compete, this is your chance to grow, compete, and stand out among the nation’s top coding talents.

👉 Scan the QR code or click the registration link below to register now!

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1QfEWDXo2rPXo7JrhD7B6Uio7fTU_5TzwiqnLOkUXBkFuig/viewform?usp=dialog

📌 Participation Options:
• Workshop Only (Free) : Open to ALL UUM students and lecturers . Complete at least 75% of the workshop to earn a Certificate of Completion.

• Workshop + Competition : Open to ALL UUM students ONLY . It Requires 100% attendance at the workshop. Form a team of 2 members to enter the competition.

Don’t miss this chance!

Code. Compete. Conquer.

17/09/2026

Sesi Kembara ke SOC A261

Khas untuk pelajar baharu IPTA 2026
17/09/2026

Khas untuk pelajar baharu IPTA 2026

Selamat Hari Malaysia!!
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia!!

Congratulations!!Welcome to School of Computing, UUM!!  A new journey begins, let’s learn, grow and excell together!!
14/09/2026

Congratulations!!
Welcome to School of Computing, UUM!! A new journey begins, let’s learn, grow and excell together!!

Alhamdulillah!! Tahniah  pelajar SOC, Puteri Farah Diba Natasha Zakaria atas kejayaan merangkul pingat emas bagi kategor...
31/08/2026

Alhamdulillah!! Tahniah pelajar SOC, Puteri Farah Diba Natasha Zakaria atas kejayaan merangkul pingat emas bagi kategori Taekwando +67kg Wanita SUKIPT2026

SUKIPT 2026: Puteri Farah Diba Sumbang Emas Lagi Buat UUM

Kontinjen Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mekar di Kejohanan Sukan IPT (SUKIPT) 2026 selepas atlet taekwondo, Puteri Farah Diba Natasha Zakaria, berjaya melepasi saingan sengit untuk merangkul pingat emas dalam kategori Taekwondo +67 kg Wanita.

Kejayaan cemerlang Puteri Farah Diba itu menambah koleksi emas kontinjen UUM sekali gus mengukuhkan dominasi universiti berkenaan dalam acara seni bela diri pada kejohanan edisi kali ini.

KUALA LUMPUT: 31 Ogos 2026

Salam Merdeka daripada warga SoC, UUM. 🇲🇾
30/08/2026

Salam Merdeka daripada warga SoC, UUM. 🇲🇾

Tahniah Prof. Madya Noraziah Che Pa dan ahli penyelidik!
26/08/2026

Tahniah Prof. Madya Noraziah Che Pa dan ahli penyelidik!

Congratulations to all our students and supervisors on the successful completion of the Viva Voce. Our sincere appreciat...
25/08/2026

Congratulations to all our students and supervisors on the successful completion of the Viva Voce. Our sincere appreciation also goes to the Chairpersons and Examiners for their time and expertise throughout the viva processs

Address

School Of Computing, Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when School of Computing, UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to School of Computing, UUM:

Shortcuts

Share