MPP SOE UUM

MPP SOE UUM Mendapatkan perkembangan dan info terkini mengenai MPP SOE dari semasa ke semasa.

26/12/2023
*[NOTIS PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2022/2023]*Assalamulaikum, Salam Sejahtera d...
26/12/2023

*[NOTIS PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2022/2023]*

Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia akan melaksanakan
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) sesi 2023/24 tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, MPP UUM sesi 2022/23 secara rasminya
akan dibubarkan bermula hari ini aitu 26 Disember 2023.

Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023.





*[PROGRAM PERSEDIAAN TEMU DUGA BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)]* 💼✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera & ...
05/12/2023

*[PROGRAM PERSEDIAAN TEMU DUGA BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)]* 💼✨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna 💙

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan & Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Program *Persediaan Temu Duga Bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)*.

Seramai *300 lebih peserta yang terdiri daripada pelajar dan graduan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE UUM)* telah menghadiri program ini. Kami berharap agar semua pelajar pendidikan dapat memperoleh manfaat sebagai persediaan awal sebelum menjalani proses temu duga bersama SPP.




*[PROGRAM PERSEDIAAN TEMU DUGA BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)]* 💼✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera & ...
05/12/2023

*[PROGRAM PERSEDIAAN TEMU DUGA BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)]* 💼✨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna 💙

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan & Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Program *Persediaan Temu Duga Bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)*

Seramai *300 lebih peserta yang terdiri daripada pelajar dan graduan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE UUM)* telah menghadiri program ini. Kami berharap agar semua pelajar pendidikan dapat memperoleh manfaat sebagai persediaan awal sebelum menjalani proses temu duga bersama SPP.




Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna 💙 Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan & Persatuan P...
04/12/2023

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna 💙

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan & Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) Universiti Utara Malaysia akan mengadakan Program *Persediaan Temu Duga Bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)*

Sehubungan dengan itu, kami ingin membuka peluang kepada *semua pelajar Pusat Pengajian Pendidikan (SOE UUM)* untuk menyertai program ini sebagai persediaan awal sebelum menjalani proses temu duga bersama SPP.

Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: *5 Disember 2023 (Selasa)*
🕐 Masa: *10.00 Pagi - 12.00 Tengahari*
📍Platform: *Cisco Webex*

📌 LINK PENDAFTARAN
https://forms.gle/dTyVPL7UGibdfabJ7

📌 LINK TELEGRAM
https://t.me/+2qMe33P-7XlmODk9

✅Merit Disediakan
✅Pendaftaran Percuma

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
📲 Nashirah : https://wa.me/134157166
📲 Fazilah : https://wa.me/143605968




[PROGRAM SANTUNI SISWA BERSAMA MPP SOE]Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. 💙Pada 20 November, Majlis P...
21/11/2023

[PROGRAM SANTUNI SISWA BERSAMA MPP SOE]
Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. 💙

Pada 20 November, Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) bersama Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (SOE) telah mengadakan Program Santuni Siswa yang bertempat di Foyer Pusat Pengajian Pendidikan.

Program ini berupa pemberian 100 pek sarapan percuma kepada para pelajar. Semoga dengan adanya usaha sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan MPP SOE dan Pihak Pengurusan SOE.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023



*[PROGRAM SANTUNI SISWA BERSAMA MPP SOE]*Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙Majlis Perwakilan Pelaja...
16/11/2023

*[PROGRAM SANTUNI SISWA BERSAMA MPP SOE]*

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan akan mengadakan Program *Santuni Siswa Bersama MPP SOE*.

Sehubungan dengan itu, kami akan mengedarkan 100 pek Nasi Lemak kepada para pelajar. Kehadiran anda sangat dialu-alukan ke program ini supaya pelajar dapat mengamalkan pengambilan sarapan pagi setiap hari.

🗒 Tarikh: 20 November 2023 (Isnin)
🕐 Masa: 9:00 pagi
📍Tempat: Foyer Pusat Pengajian Pendidikan



*[Hasil Perjumpaan MPP SOE Bersama Dekan SOE]*1.  Perbincangan mengenai program yang akan dilaksanakan pada awal bulan D...
16/11/2023

*[Hasil Perjumpaan MPP SOE Bersama Dekan SOE]*

1. Perbincangan mengenai program yang akan dilaksanakan pada awal bulan Disember.

2. Pelaksanaan program Santuni Siswa Bersama MPP SOE pada minggu hadapan.

3. Sijil penghargaan akan diberikan kepada ketua kohort.

4. Perbincangan mengenai Food Bank yang akan diwujudkan semula bagi membantu dan menjaga kebajikan pelajar SoE.

*[Hasil Taklimat daripada Penyelaras Praktikum Pusat Pengajian Pendidikan]*1.  Praktikum Minor bagi semua pelajar semest...
27/06/2023

*[Hasil Taklimat daripada Penyelaras Praktikum Pusat Pengajian Pendidikan]*

1. Praktikum Minor bagi semua pelajar semester enam akan ditangguhkan ke semester lapan.

2. Praktikum Minor pada semester ini tidak akan dilaksanakan kerana tempoh masa cuti tidak dapat menampung tempoh praktikum minor.

3. Pemilihan sekolah bergantung kepada kekosongan dan keperluan sekolah pada masa tersebut.

3. Cadangan tarikh bagi Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) adalah pada 3/9/2023 sehingga 12/10/2023 bagi negeri Johor, Kedah Kelantan, Terengganu. Bagi negeri lain, ROS akan bermula pada 4/9/2023 sehingga 13/10/2023.

4. Jika terdapat sebarang pertukaran sekolah yang ingin menjalankan ROS perlu dibuat sebelum tarikh 2/7/3023.

5. Pelajar yang ingin menjalankan ROS perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu.

6. Elaun tidak dibayar oleh pihak Universiti Utara Malaysia khususnya SOE kerana dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

*[Hasil Perjumpaan dan Kunjungan Hormat Bersama Dekan SOE]*1.  Perbincangan mengenai perkara-perkara yang terkandung di ...
26/06/2023

*[Hasil Perjumpaan dan Kunjungan Hormat Bersama Dekan SOE]*

1. Perbincangan mengenai perkara-perkara yang terkandung di dalam Praktikum, ROS/LI.

2. Pelaksanaan program kolaborasi yang berimpak tinggi untuk semua pelajar SoE.

3. Penulisan Ilmiah tidak dapat dijalankan pada semester 8 kerana pelajar perlu memberi tumpuan penuh kepada sesi praktikum.

4. Sijil penghargaan akan diberikan kepada ketua kohort.

5. Perbincangan mengenai bilik yang sesuai untuk dijadikan ruang rehat pelajar (student lounge).

6. Buku panduan praktikum sedang dalam proses mengemaskini.

7. Tingkatkan peraturan etika pemakaian bagi pelajar SoE.

8. Perbincangan mengenai Food Bank yang akan diwujudkan semula bagi memberi jaminan dan menjaga kebajikan pelajar SoE.

*[SELAMAT HARI GURU 👩🏻‍🏫🧑🏻‍🏫]*Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Peng...
16/05/2023

*[SELAMAT HARI GURU 👩🏻‍🏫🧑🏻‍🏫]*

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.

Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (MPP SOE UUM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga Pusat Pengajian Pendidikan dan seluruh insan yang bergelar Pendidik.

Semoga terus cekal dalam mendidik anak bangsa demi mencapai kejayaan.

Tema Hari Guru 2023 🧑🏻‍🏫
*"Guru Insani Pemangkin Generasi Madani"*

Selamat Hari Guru! Jasamu dikenang sepanjang hayat. Terima kasih Cikgu.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada:
Hazirah & Masturina
Majlis Perwakilan Pelajar
Pusat Pengajian Pendidikan
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2022/2023



Address

Pusat Pengajian Pendidikan Dan Bahasa Moden, Universiti Utara
Sintok
06010

Telephone

+601126556098

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP SOE UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category