15/04/2021
NAMA : SHAANTHA A/P PERUMAL
NO MATRIK : 280865
TAJUK : KESAN-KESAN NEGATIF APABILA MEMBUNUH DIRI
Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan atau menghilangkan riwayat atau nyawa diri sendiri. Apabila perbuatan negatif itu gagal, ianya dipanggil sebagai cubaan membunuh diri. Bunuh diri boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu dengan cara fizikal luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali. Contoh bunuh diri dengan mengikut cara luaran iaitu membakar diri sendiri. Manakala, bunuh diri dengan mengikut cara dalaman adalah seperti menyuntik racun ke dalam badan sendiri. Penamatan nyawa ini berlaku kerana individu tersebut berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani dalam sepanjang hayat mereka. Walaubagaimanapun, membunuh diri sendiri itu adalah bukan salah satu penyelesaian sempurna untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mangsa individu bak kata pepatah “bunuh diri ialah penyelesaian tetap untuk masalah sementara”.
Terdapat beberapa kesan-kesan atau impak negatif akan muncul apabila membunuh diri sendiri. Antara kesan bunuh diri adalah kematian melalui bunuh diri dianggap sebagai satu dosa besar yang dimaksudkan dengan mangsa bunuh diri akan berkekalan di dalam neraka selama-lamanya. Walaupun tiada jasad tetapi jiwa atau nyawa mangsa itu tetap menghadapi pelbagai cabaran dan kesan di neraka. Semua kaum di Malaysia mempunyai agama dan kitab yang sama bahawa bunuh diri membawa dosa kepada individu tersebut. Bunuh diri menentang kecenderungan semula jadi manusia untuk memelihara dan mengekalkan hidupnya serta menentang kasih sayang kepada diri sendiri. Ia juga menyinggung dan mecetuskan kasih sayang dengan keluarga, negara, dan masyarakat lain. Bunuh diri adalah bertentangan dengan kasih sayang kepada Tuhan yang mencipta kita sebagai manusia. Menurut semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik dan dosa. Malah, menurut kitab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Kristian dan Yahudi membunuh diri adalah satu dosa yang besar yang akan mendatangkan pelbagai kesan terhadap nyawa atau jiwa individu di neraka nanti.
Kesan seterusnya adalah kejadian bunuh diri bukan sahaja melibatkan individu kerana nyawa yang terkorban menyebabkan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran juga akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Jelaslah, bahawa kejadian bunuh diri turut memberi kesan kepada masyarakat sekeliling serta penglibatan semua pihak bagi membantu. Kes bunuh diri memberikan kesan negatif kepada individu lain turut mencetuskan keinginan sama. Keinginan membunuh diri sebenarnya bermula dengan masalah kecil dan semakin lama hingga sukar dikawal. Individu yang membuat cubaan untuk membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Ia mungkin menimbulkan perasaan emosi seperti perasaan bersalah dan marah. Kejadian bunuh diri boleh mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan dan tidak boleh dilupai oleh keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, jelaslah bahawa jika masyarakat sekeliling terutama ibu bapa, adik-beradik, saudara dan rakan-rakan mengabaikan individu yang menghadapi masalah mental dan emosi akan menghadapi cabaran besar sebegini iaitu individu tersebut ada peluang tinggi untuk membunuh diri sendiri tanpa fikir.
Selain itu, impak negatif terhadap individu yang membunuh diri akan meninggalkan nama buruk dan menjatuhkan imej dan maruah diri dan keluarga. Hal ini kerana, individu yang membunuh diri dipanggil sebagai orang pengecut yang tiada berani dan semangat untuk menghadapi cabaran kritikal dalam kehidupan mereka. Apabila keluarga tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap individu yang ingin mencuba untuk membunuh diri, masyarakat sekeliling akan mengumpat buruk tentang mangsa keluarga. Justeru itu, walaupun individu tersebut membunuh diri tetapi meninggalkan kesan-kesan negatif terhadap keluarga di mana menjatuhkan imej dan maruah keluarga tersebut.
Tambahan p**a, kesan negatif yang dihadapi oleh individu yang mencuba untuk membunuh diri adalah akan mengalami pelbagai kesakitan dalam anggota badan jika mangsa gagal dalam percubaan bunuh diri dan masih hidup. Individu tersebut akan mengalami kesakitan anggota badan seperti sakit perut, kecederaan, sakit pada leher, pemikiran otak mungkin berubah dan masalah pengaliran darah akan berlaku dalam badan. Pelbagai kesakitan akan alami jika individu tersebut gagal dalam percubaan untuk membunuh diri sendiri. Individu tersebut akan mengambil masa yang lama untuk keluar dari kejadian bunuh diri itu supaya meneruskan kehidupan dengan aman dan harmoni.
Bukan itu sahaja, mangsa yang membunuh diri sendiri itu akan menghadapi impak negatif walaupun nyawa telah ditamatkan oleh diri sendiri. Kesannya adalah, walaupun jasad sudah tiada namun roh itu tidak akan ditempatkan di syurga dan tidak hidup dengan aman kerana individu itu tidak menyempurnakan matlamat kehidupan yang sempurna. Sebagai contohnya, individu tersebut mempuyai pelbagai cita-cita, matlamat dan tanggungjawab untuk menjaga ahli keluarga supaya menempuh kejayaan dalam kehidupan. Dengan adanya pelbagai cita-cita, matlamat dan tanggungjawab, individu tersebut mengambil keputusan untuk membunuh diri tanpa menggunakan pemikiran dengan sewajarnya serta akan membahayakan diri sendiri dan keluarga. Hal ini disebabkan oleh, keinginan yang tidak terpenuhi akan menyebabkan roh individu tidak hidup dengan aman di syurga, malah akan berasa rindu, bersalah dan menyesal terhadap keputusan yang diambil oleh individu secara tidak rasional.
Secara keseluruhannya, terdapat kesan-kesan negatif yang akan menyebabkan individu, keluarga dan masyarakat sekeliling tidak dapat hidup dengan aman dan tenteram. Keputusan yang tidak wajar dan tidak rasional akan meninggalkan beberapa impak negatif tersebut. Pendek kata, membunuh diri adalah bukan satu etika dan menyebabkan kehilangan prinsip moral, nilai akhlak dan nilai-nilai kepimpinan yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kump**an manusia.