SMK Sindumin Sipitang, Sabah

SMK Sindumin Sipitang, Sabah PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA SMK Sindumin Sipitang merupakan sebuah sekolah baharu siap dibina.

SMK Sindumin terletak 17 kilometer dari Pekan Sipitang. Sekolah ini dibina untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang semakin bertambah terutama yang tinggal jauh dari pekan Sipitang. Jarak dari Pekan Sindumin 0.3 Kilometer. Kewujudan SMK Sindumin sinonim dengan kewujudan beberapa buah sekolah di Daerah Sipitang. SMK Sindumin telah memulakan sesi persekolahan pada 03 Januari 2011. Pada awal pen

ubuhan SMK Sindumin hanya menumpang sementara di SK Sindumin. Sesi persekolahan adalah pada sidang petang. Hal ini berlaku kerana bangunan asal SMK Sindumin masih belum dibuka lagi disebabkan kelulusan pembinaan bangunan tersebut belum diperolehi oleh pihak kontraktor dan Jabatan. Pada tarikh 09 Mei 2011 murid-murid dan guru berpindah dari SK Sindumin ke Bangunan Baru SMK Sndumin. Bangunan SMK Sindumin yang baru mula beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dari segi kemudahan peralatan pengajaran dan pengajaran. Guru-guru dan murid-murid generasi pertama bertungkus lumus membersihkan bangunan dan membuat persiapan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Pada masa kini SMK Sindumin mempunyai 15 orang guru termasuk Pengetua (Hjh Norulashikin Hj Mohd Taib), Penolong Kanan Pentadbiran (En Kula Haji Mamit), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (D Rahmah Amp Ismail), Penolong Kanan Ko-kurikulum (En Joshua Tuah), Ketua Bidang Kemanusiaan (En Muhamad Nor Mohamad), Ketua Bidang Sains Matematik (Pn Mainah Gintanga). Terdapat 66 orang pelajar yang menjadi pelajar sulung SMK Sindumin dalam tingkatan 1 telah mendaftar di sekolah ini sehingga bulan Mei 2011. Dijangkakan pada 10 Jun 2011 SMK Sindumin akan membuka pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 2. Pada masa ini pelajar-pelajar tersebut masih berada di sekolah-sekolah menengah yang terdapat di Daerah Sipitang.
:-madnorm 17/05/2011

📊 **ANALISIS PRESTASI SPM 2025 – SMK SINDUMIN (XEA6203)** 🎓Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh warga SMK Sindumin a...
01/04/2026

📊 **ANALISIS PRESTASI SPM 2025 – SMK SINDUMIN (XEA6203)** 🎓

Alhamdulillah dan tahniah kepada seluruh warga SMK Sindumin atas pencapaian yang membanggakan! 🌟

✨ **Pencapaian Utama:**
📈 Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat sebanyak **+0.30**
(2024: 5.86 ➡️ 2025: 5.56)

🥇 **Subjek dengan peningkatan tertinggi:**

* Pendidikan Islam (+2.12)
* Reka Cipta (+1.35)
* Sains Komputer (+1.30)

📚 **Subjek teras turut menunjukkan peningkatan konsisten:**
BM, BI, Sejarah, Matematik & Sains semuanya meningkat! 💪

👏 **Syabas kepada semua guru dan pelajar!**
Usaha, komitmen dan kerjasama anda semua membuahkan hasil. Teruskan kecemerlangan menuju kejayaan yang lebih gemilang! 🚀

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

✨ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐈, 𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐔𝐀𝐋 & 𝐊𝐎𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨02 Mac 2026 | Dewan Terbuka, SMK ...
02/03/2026

✨ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐈, 𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐔𝐀𝐋 & 𝐊𝐎𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨

02 Mac 2026 | Dewan Terbuka, SMK Sindumin

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Kempen Hentikan Buli, Hentikan Gangguan Seksual dan Kotak Suara Murid peringkat SMK Sindumin bagi tahun 2026.

Program ini merupakan satu inisiatif berterusan pihak sekolah dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk buli serta gangguan seksual.

Melalui pelancaran ini, warga sekolah diberi penegasan bahawa:
✅ Buli bukan budaya kita
✅ Gangguan seksual tidak akan dikompromi
✅ Setiap suara murid adalah penting dan dihargai

Kotak Suara Murid diperkenalkan sebagai medium selamat untuk murid menyuarakan pandangan, aduan dan cadangan secara berhemah dan beretika.

Semoga kempen ini menjadi titik tolak kepada pembinaan sahsiah, keberanian bersuara serta budaya saling menghormati dalam kalangan warga SMK Sindumin.

💜 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐢. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐦𝐚𝐫𝐮𝐚𝐡. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭.





🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Saya,Pengetua Hj Adnan bin Othman, in...
18/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya,Pengetua Hj Adnan bin Othman, ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa.

Semoga bulan penuh keberkatan ini meningkatkan ketakwaan, kesabaran dan keikhlasan kita dalam setiap amanah.

Ramadan Kareem. 🌙

🌟 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐔𝐌𝐈𝐍 🌟Program ini bertujuan menyemai nilai kebaikan, kasih sayang, be...
10/02/2026

🌟 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐔𝐌𝐈𝐍 🌟
Program ini bertujuan menyemai nilai kebaikan, kasih sayang, belas kasihan serta sokongan komuniti, di samping mengeratkan kolaborasi antara pihak sekolah dan keluarga dalam membantu golongan yang memerlukan.

🗓 Tarikh: 9 Februari 2026
📍 Tempat: Dewan Terbuka, SMK Sindumin

Setiap sumbangan yang dihulurkan adalah tanda keprihatinan dan harapan.
Bersama kita berkongsi rezeki, bersama kita membina kesejahteraan.

✨ Bersama Kita Prihatin, Bersama Kita Sejahtera ✨




SMK Sindumin menyahut amanat Rancangan Pendidikan Malaysia (2026–2035) dengan komitmen memperkasa kualiti pendidikan, me...
28/01/2026

SMK Sindumin menyahut amanat Rancangan Pendidikan Malaysia (2026–2035) dengan komitmen memperkasa kualiti pendidikan, memperkukuh kompetensi guru dan membentuk murid berdaya saing, berfikiran kritis serta berakhlak mulia selaras aspirasi pendidikan .

𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏𝒄𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑨𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 2026📅 Tarikh: 26 Januari 2026 (Isnin)⏱ Masa: 7:00 Pagi🏫 Tempat: Dataran Meng...
26/01/2026

𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏𝒄𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑨𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 2026

📅 Tarikh: 26 Januari 2026 (Isnin)
⏱ Masa: 7:00 Pagi
🏫 Tempat: Dataran Mengalong, SMK Sindumin Sipitang, Sabah
👨‍🏫 Dirasmikan oleh: Tuan pengetua, Ayahanda Tuan Hj. Adnan bin Hj. othman

📍Mentor- Mentee
📍Sambutan Hari Lahir
📍Selamat datang ke sekolah
📍Ziarah cakna
📍 Penghargaan murid

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis penluncuran sekolah penyayang 2026.. 👏👏

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua warga SMK Sindumin.. ⭐️⭐️





🌟 Selamat Kembali ke Sekolah 2026🌟Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya mengalu-alukan kehadiran semula seluruh warga...
11/01/2026

🌟 Selamat Kembali ke Sekolah 2026🌟

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mengalu-alukan kehadiran semula seluruh warga SMK Sindumin ke sesi persekolahan tahun 2026.

Semoga tahun ini menjadi medan untuk kita terus melangkah maju, membina kecemerlangan dan membentuk sahsiah unggul demi masa depan yang gemilang.
Selamat kembali menuntut ilmu dan menjalankan amanah dengan penuh iltizam.

"Spirit Of Sindumin"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Saya dengan rendah hati ingin merakamkan ucapan Selamat M...
03/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya dengan rendah hati ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh warga pendidik, murid-murid, ibu bapa, alumni serta rakan strategik sekolah.

Tahun baharu ini hadir sebagai lembaran baharu untuk kita terus melangkah dengan azam, semangat dan komitmen yang lebih kukuh dalam memperkasakan kecemerlangan akademik, sahsiah murid serta kualiti pengurusan sekolah. Marilah kita bersama-sama memperteguh budaya kerja berpasukan, inovasi dan integriti demi merealisasikan aspirasi pendidikan yang holistik dan berimpak tinggi.

Semoga tahun 2026 membawa keberkatan, kesejahteraan serta kejayaan berterusan kepada seluruh warga SMK Sindumin.

Sekian, terima
"Spirit Of Sindumin”

Ikhlas daripada,
Tn. Hj. Adnan Bin Othman
Pengetua
SMK Sindumin




✨ Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 ✨Warga SMK Sindumin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh war...
03/01/2026

✨ Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 ✨

Warga SMK Sindumin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni serta komuniti setempat.

Semoga tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup serta kejayaan berterusan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Marilah kita melangkah ke tahun ini dengan semangat perpaduan, iltizam yang tinggi dan komitmen berterusan demi kecemerlangan pendidikan serta pembentukan generasi masa hadapan yang berdaya saing.

Terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama berterusan daripada semua pihak.

" Spirit Of Sindumin "




🎄 Selamat Menyambut Hari Krismas 🎄Warga SMK Sindumin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua murid, ibu ...
25/12/2025

🎄 Selamat Menyambut Hari Krismas 🎄

Warga SMK Sindumin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua murid, ibu bapa, guru-guru dan staf yang beragama Kristian.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian, kasih sayang serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga sekolah kita.

Merry Christmas and may this festive season bring joy and peace to all.
-ADMIN-

Address

Jalan Sindumin-Siputol
Sindumin
89859

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6087811766

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sindumin Sipitang, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sindumin Sipitang, Sabah:

Shortcuts

Share