Sekolah Kebangsaan Keniong

Sekolah Kebangsaan Keniong Inisiatif, Iltizam, Inovatif

๐Ÿ† CHAMPIONS ON THE FIELD, PRIDE OF THE SCHOOL! ๐Ÿ‘
16/06/2026

๐Ÿ† CHAMPIONS ON THE FIELD, PRIDE OF THE SCHOOL! ๐Ÿ‘

16/06/2026

๐Ÿ† CHAMPIONS ON THE FIELD, PRIDE OF THE SCHOOL! ๐Ÿ‘

A proud moment for our school! Congratulations to our Hockey Team for their outstanding achievement. Your dedication and team spirit have truly paid off. Well done, champions! ๐Ÿ‘โœจ

16 JUN 2026 | PEMILIHAN HOKI 12 TKB 7S MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN SAMARAHANSMK PAKU-  Pasukan Hoki Lelaki SK Keniong ...
16/06/2026

16 JUN 2026 | PEMILIHAN HOKI 12 TKB 7S MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN SAMARAHAN

SMK PAKU- Pasukan Hoki Lelaki SK Keniong telah muncul sebagai Juara Pemilihan Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun (12TKB) 7S Majlis Sukan Bahagian Samarahan 2026. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, jurulatih dan sokongan padu seluruh warga Keniong.

Lebih membanggakan, tiga orang murid SK Keniong telah terpilih untuk mewakili MSSB Samarahan ke peringkat Negeri Sarawak, iaitu:

โญ Adika Putra
โญ Noah Isaiah
โญ Jerrykho Darrius

Syabas dan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga murid yang telah mengharumkan nama sekolah. Semoga terus cemerlang dan memberikan prestasi terbaik di peringkat negeri.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada Jurulatih Utama, Cikgu Rosli, atas dedikasi, komitmen dan bimbingan yang telah membawa pasukan mencapai kejayaan yang membanggakan ini.




๐Ÿ“šโœจ TERIMA KASIH TEACH FOR MALAYSIA โœจ๐Ÿ“š11 Jun 2026- SK Keniong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ka...
11/06/2026

๐Ÿ“šโœจ TERIMA KASIH TEACH FOR MALAYSIA โœจ๐Ÿ“š

11 Jun 2026- SK Keniong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Teach For Malaysia atas sumbangan 10 unit tablet dan 10 unit headphone kepada sekolah kami.

Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong proses pembelajaran digital serta membantu murid-murid mengakses pendidikan yang lebih interaktif dan berkesan. Semoga kerjasama dan keprihatinan seperti ini akan terus memberi manfaat kepada warga sekolah dan meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak di SK Keniong.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan membawa impak positif kepada generasi masa depan.

28/04/2026

Hari Kedua telah pun melabuhkan tirai! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Aksi penuh semangat, saingan sengit, dan pelbagai momen menarik telah mencipta kenangan indah sepanjang kejohanan hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada lapan buah sekolah ZUS yang telah menghantar wakil dan memeriahkan sukan jemputan kali ini. Kehadiran serta komitmen anda semua amatlah dihargai.

Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna dan memberi manfaat buat semua peserta. ๐Ÿ’ชโœจ

27/04/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN & SUKAN JEMPUTAN (ZUS)
SEKOLAH KEBANGSAAN KENIONG TAHUN 2026

Hari ini berlangsungnya kejohanan yang dinanti-nantikan, menghimpunkan para atlet muda dalam pelbagai acara balapan dan padang yang mencabar serta kompetitif.

Kejohanan ini menjadi platform penting dalam mencungkil dan mengasah bakat murid, di samping memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan. Penyertaan sekolah-sekolah jemputan (ZUS) turut menambahkan kemeriahan serta meningkatkan tahap persaingan secara sihat.

Semoga kejohanan pada hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan, serta melahirkan lebih ramai bakat sukan yang berpotensi.

18/02/2026

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1447H dan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua komuniti Keniong yang beragama Islam.

Semoga setiap amal ibadah kita menjadi pintu menuju keampunan dan rahmat Allah SWT.

GONG XI FA CAI | HAPPY CHINESE NEW YEAR ๐ŸงงโœจWarga SK Keniong mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua murid, ibu...
17/02/2026

GONG XI FA CAI | HAPPY CHINESE NEW YEAR ๐Ÿงงโœจ

Warga SK Keniong mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua murid, ibu bapa dan komuniti yang meraikannya.

Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan serta kemakmuran kepada semua.

Xin Nian Kuai Le! ๐Ÿฎ๐ŸŽŠ

13/02/2026

13 FEBRUARI 2026 | CELEBRATING UNITY THROUGH ART

PUSAT SUMBER SK KENIONG - Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah juga telah menganjurkan aktiviti mewarna bertemakan Tahun Baharu Cina sebagai salah satu usaha memupuk semangat perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.
Melalui aktiviti ini, murid-murid mewarna gambar bertemakan elemen Tahun Baharu Cina seperti tanglung, angpau, bunga, pakaian tradisional masyarakat Cina serta suasana upacara makan bersama keluarga. Aktiviti seni ini bukan sahaja mencungkil kreativiti dan bakat murid, malah memberi pendedahan tentang adat dan budaya masyarakat Cina ketika menyambut perayaan.

Program ini turut menekankan nilai hormat-menghormati, toleransi dan semangat muhibah dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum. Suasana ceria dan penuh warna-warni jelas terpancar sepanjang aktiviti dijalankan.

Semoga program seperti ini terus menyemai semangat perpaduan dan memperkukuh keharmonian dalam kalangan murid SK Keniong. ๐Ÿงง๐ŸŽจโœจ

13/02/2026

13 FEBRUARI 2026 | PROGRAM PELANCARAN IHYA' RAMADHAN

PUSAT SUMBER SK KENIONG- Sekolah telah mengadakan Program Pelancaran Ihyaโ€™ Ramadhan sebagai tanda bermulanya pengisian aktiviti sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Program dimulakan dengan taklimat khas kepada semua murid mengenai perancangan dan pengisian aktiviti Ihyaโ€™ Ramadhan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Antara pengisian yang dirancang termasuklah tadarus Al-Quran, bacaan Yasin, kuiz Ramadhan, ceramah ringkas serta amalan-amalan sunat yang dapat memupuk nilai sahsiah dan meningkatkan keimanan dalam kalangan murid.

Sebagai simbolik pelancaran, telah diadakan sesi pengagihan kurma kepada semua murid SK Keniong. Sesi pengagihan kurma telah disempurnakan kepada seluruh murid SK Keniong, termasuk murid bukan Islam, sebagai lambang kebersamaan, perpaduan serta semangat muhibah dalam kalangan warga sekolah.

Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi penghayatan Ramadhan dalam diri setiap murid serta membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berilmu.

Address

D/A PPD SIMUNJAN
Simunjan
94800

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:30
Tuesday 07:30 - 13:00
Wednesday 07:30 - 13:00
Thursday 07:30 - 13:00
Friday 07:30 - 11:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Keniong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share