SK Tuba Sebuyau

SK Tuba Sebuyau Facebook Rasmi SK Tuba. SK Tuba terletak di pendalaman daerah Sebuyau, Simunjan merupakan sebuah sebuah sekolah rendah kebangsaan

Selamat Hari Guru 2026 🌹“Guru Bitara, Nadi Negara”Di sebalik setiap kejayaan murid, ada insan hebat yang tidak pernah je...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 🌹

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Di sebalik setiap kejayaan murid, ada insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan bangsa.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pencetus harapan, pembina akhlak dan penggerak perubahan.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah.
Semoga terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

✨ Guru Bitara, Nadi Negara ✨

Selamat Hari Guru daripada seluruh warga sekolah. 💐

16/04/2026

Selaut Penghargaan, Sejuta Kenangan 🌹

Setelah 31 tahun menabur bakti, tibalah saatnya untuk kami melepaskan seorang insan yang amat berjasa, Cikgu Julis Anak Jahet, yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di SK Tuba bermula 5 Disember 1994 hingga 18 April 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau bukan sahaja menjadi pendidik yang berdedikasi, malah pemimpin yang disegani. Mengakhiri perkhidmatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), beliau telah memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kebajikan murid-murid SK Tuba.

Segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah sekolah serta di hati seluruh warga SK Tuba.

Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar dan kenangan yang tidak ternilai.
Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta serta dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Selamat Bersara, Cikgu Julis Anak Jahet
Jasamu dikenang, budimu disanjung, kenangan bersamamu akan sentiasa di hati.

Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Kebangsaan Tuba 🌼

Year 1 receiving text books for 2026
06/02/2026

Year 1 receiving text books for 2026

Year 1 with subject teachers.
06/02/2026

Year 1 with subject teachers.

Year 1 pupils and parents adjournment of transition period 2026.
06/02/2026

Year 1 pupils and parents adjournment of transition period 2026.

Year 1 transition period adjourned.
06/02/2026

Year 1 transition period adjourned.

30/01/2026




Sistem aRPH - automated Rancangan Pengajaran Harian Pemulihan Khas
23/12/2025

Sistem aRPH - automated Rancangan Pengajaran Harian Pemulihan Khas

Our 2025 year 6 batch.Funny, naughty, athletes, leaders, you name it they have it 🤣🤣🤭 Will be missing them next year 😊😊
11/12/2025

Our 2025 year 6 batch.
Funny, naughty, athletes, leaders, you name it they have it 🤣🤣🤭
Will be missing them next year 😊😊

09/12/2025

Address

Unnamed Road, Ulu Sebuyau
Simunjan
98000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tuba Sebuyau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tuba Sebuyau:

Shortcuts

Share

Category