SMK Simpang, Taiping

Call Directions Contact the school

SMK Simpang, Taiping Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang komited melahirkan murid berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara

Countdown SPM 2026
21/09/2026

Countdown SPM 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Top 5 Calon Anugerah Guru Peringkat Negeri Perak! 👏✨​Setinggi-tinggi pengharga...
19/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Top 5 Calon Anugerah Guru Peringkat Negeri Perak! 👏✨
​Setinggi-tinggi penghargaan buat para warga pendidik dan pegawai daerah Larut Matang dan Selama yang telah tercalon terutama kepada:

🌟 Syamsul Asyraf bin Ahmad Sukri (SMK Simpang) – Guru Pendidikan Khas Berwibawa
Syamsul Asyraf Ahmad Sukri

Semoga semua calon terus melangkah dengan penuh keyakinan, membawa nama daerah Larut Matang dan Selama dengan penuh kebanggaan, serta memberikan yang terbaik dalam penilaian di peringkat negeri.

​Semoga pencalonan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus berbakti demi kecemerlangan anak bangsa! 💙🎓
​

INOVASI JUNIOR INNOVATHON KEBANGSAAN 2026Tahniah! 🌟✨​Syabas diucapkan kepada skuad inovasi sekolah atas penyertaan dan k...
19/09/2026

INOVASI JUNIOR INNOVATHON KEBANGSAAN 2026
Tahniah! 🌟✨

​Syabas diucapkan kepada skuad inovasi sekolah atas penyertaan dan kejayaan di Pertandingan Junior Innovathon 2026 Peringkat Kebangsaan:

​Anugerah Saguhati (Kategori Murid): Mohd Alif Hezriq bin Khairul Nizam, Mohd Akim Shah bin Amran & Muhd Afeef bin Jaudin 👏🏻

​Guru Pembimbing: Encik Abdul Shahfi bin Dahalan

​Terima kasih atas semangat, kreativiti, dan usaha gigih mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini terus membakar semangat untuk lebih berinovasi! 🚀💡

INOVASI SAMNOVA PERINGKAT KEBANGSAANTahniah! 🥉🥈✨​Syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid Program Pendidikan Kh...
19/09/2026

INOVASI SAMNOVA PERINGKAT KEBANGSAAN
Tahniah! 🥉🥈✨

​Syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Simpang yang telah mengharumkan nama sekolah di Seminar Amalan Inovasi Peringkat Kebangsaan (SAMNOVA 2026)!

​Kategori Inovasi Guru:
​Pingat Perak: Encik Syamsul Asyraf bin Ahmad Sukri 🥈
​Pingat Gangsa: Encik Abdul Shahfi bin Dahalan 🥉

​Kategori Inovasi Murid Sekolah Menengah:
​Pingat Perak: Mohd Farhan Aidil bin Mohd Fazli, Eason Shi Hao Hooi & Mohd Alif Hezriq bin Khairul Nizam (Guru Pembimbing: En. Abdul Shahfi bin Dahalan) 🥈

​Anugerah Saguhati: Shashanameham a/p Sivanathan & Nor Akmal bin Nor Arif (Guru Pembimbing: Cik Farah Hanani bt Abdul Bakri & En. Syamsul Asyraf bin Ahmad Sukri) 👏🏻

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua guru pembimbing serta peserta atas usaha, kreativiti, dan kejayaan yang luar biasa ini! 🌟🎉

Tahniah dan syabas! 🏆🎨​Sekolah membanggakan kejayaan wakil kita yang telah mencatatkan keputusan cemerlang di Karnival K...
19/09/2026

Tahniah dan syabas! 🏆🎨

​Sekolah membanggakan kejayaan wakil kita yang telah mencatatkan keputusan cemerlang di Karnival Kokurikulum dan Kesenian Peringkat Negeri Perak:

-​Naib Johan (Sport Stacking Perampuan B19): Shashanameham a/p Sivanathan 🥈

-​Tempat Ke-4 (Pertandingan Lukisan Canvas): Wayne Ong Hon Mi 👏🏻

​Terima kasih diucapkan kepada para pemenang dan guru-guru pembimbing atas dedikasi serta usaha gigih yang dicurahkan. Semoga terus berprestasi dan cemerlang di masa hadapan! 🌟

Tahniah! 🌟​Setinggi-tinggi penghargaan buat wakil Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Simpang yang telah mengha...
19/09/2026

Tahniah! 🌟

​Setinggi-tinggi penghargaan buat wakil Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Simpang yang telah mengharumkan nama sekolah di Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Daerah LMS:

—​Tempat Ke-5 Pertandingan Sajak: Khuberran A/L Chandrakumar
—​Tempat Ke-5 Pertandingan Nasyid: Kumpulan Nada Nurani

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta guru-guru pembimbing atas usaha gigih ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus cemerlang!

Bacaan IPU semakin meningkat dan berada pada tahap membimbangkan.Semua warga sekolah dinasihatkan untuk:• Kurangkan akti...
10/09/2026

Bacaan IPU semakin meningkat dan berada pada tahap membimbangkan.

Semua warga sekolah dinasihatkan untuk:
• Kurangkan aktiviti luar
• Pakai pelitup muka
• Minum air secukupnya
• Peka terhadap simptom kesihatan

Kesihatan diutamakan. Sama-sama kita ambil langkah berjaga-jaga.

💪

9 September 2026 (Rabu)Aktiviti Sukan Rakyat melibatkan permainan tradisional seperti Sepak Raga, Galah Panjang, Batu Se...
10/09/2026

9 September 2026 (Rabu)

Aktiviti Sukan Rakyat melibatkan permainan tradisional seperti Sepak Raga, Galah Panjang, Batu Seremban dan Baling Tin.

Aktiviti ini mengimbau nostalgia permainan dahulu, malah mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru melalui semangat kerjasama dan persaingan sihat. Suasana penuh gelak tawa membuktikan bahawa pembelajaran juga boleh berlaku dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Stronger Together, Success Forever 💪✨

9 September 2026 (Rabu)Aktiviti Stacking Cups telah dijalankan dengan penuh semangat dan keterujaan. Aktiviti ini menguj...
10/09/2026

9 September 2026 (Rabu)
Aktiviti Stacking Cups telah dijalankan dengan penuh semangat dan keterujaan. Aktiviti ini menguji kepantasan, fokus serta koordinasi guru pelajar dalam menyusun cawan dengan teknik yang betul.

Stronger Together, Success Forever 💪✨

Address

SMK Simpang, Jalan Matang
Simpang
34700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058471144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Simpang, Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Simpang, Taiping:

Shortcuts

Share

Category