TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu

TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu Pendidikan Awal Kanak-kanak

MESYUARAT AGUNG KALI KE 27 TAHUN 2026TABIKA KEMAS KAMPUNG BUKIT BATU 1 & 220 Mei 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tabi...
25/05/2026

MESYUARAT AGUNG KALI KE 27 TAHUN 2026
TABIKA KEMAS KAMPUNG BUKIT BATU 1 & 2
20 Mei 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Kampung Bukit Batu 1 dan 2 Tahun 2026 telah selesai dengan lancar 🀍

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang hadir serta memberikan kerjasama yang sangat baik.

Tahniah barisan AJK 2026. Semoga segala perancangan dapat dipermudahkan demi kebajikan dan perkembangan anak-anak Tabika KEMAS Kampung Bukit Batu 1 & 2.


18/05/2026

BINGKISAN HARI GURU

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pemberian kek sempena sambutan Hari Guru tahun 2026.

Satu ingatan kecil yang cukup bermakna. Terima kasih atas penghargaan dan perhatian yang diberikan kepada warga pendidik KEMAS di Parlimen Simpang Renggam 🀍

Terima kasih, MB JOHOR ❀️
Dari anak-anak TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu 🌷


GURU BITARA NADI NEGARA Tak perlu hadiah mahal pun, cukup jangan test kesabaran cikgu dah kira hadiah terbesar dah 🀭 Bel...
15/05/2026

GURU BITARA NADI NEGARA

Tak perlu hadiah mahal pun, cukup jangan test kesabaran cikgu dah kira hadiah terbesar dah 🀭

Belum mula kelas :
β€œCikgu dia ambik pensel warna saya. ”
β€œCikgu saya lapar.”
"Cikgu dia ejek saya."
"Cikgu dia tolak saya."
β€œCikgu dia tengok saya.”
"Cikgu bila nak makan."
"Cikgu." "Cikgu!" "Cikgu!!" selagi cikgu tak toleh.

Tapi itulah rutin yang buat cikgu tak pernah bosan datang sekolah. Walaupun sehari kena jawab banyak soalan random dan sebut β€œduduk” puluh puluh kali, anak-anak tetap jadi sebab Cikgu Anum, Mama Izah dan Ibu Ina happy setiap hari 🫢🏻

Terima kasih sebab sentiasa jadi punca kami gelak, penat, pening dan sayang dalam masa yang sama.

Selamat Hari Guru buat semua yang berperanan sebagai pendidik tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun ❀️


ASPIRASI PRIHATINAlhamdulillah, Aspirasi Prihatin telah berkesempatan mengunjungi keluarga adik Muhammad Ahnaf Hadif Bin...
13/05/2026

ASPIRASI PRIHATIN

Alhamdulillah, Aspirasi Prihatin telah berkesempatan mengunjungi keluarga adik Muhammad Ahnaf Hadif Bin Mohamad Badrul Sham yang baru kehilangan insan tersayang, ayahnya.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu dan meringankan sedikit beban keluarga dalam menghadapi waktu yang sukar ini.

Sama-sama kita doakan agar keluarga adik Hadif terus diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan 🀍

PELEKAT GANJARANTahun-tahun lepas guna buku ganjaran, buku tu banyak sangat drama. Sekejap hilanglah, sekejap terkoyakla...
04/05/2026

PELEKAT GANJARAN

Tahun-tahun lepas guna buku ganjaran, buku tu banyak sangat drama. Sekejap hilanglah, sekejap terkoyaklah, sekejap tertinggallah.

Tahun ni kita naik taraf guna Buku Log terus. Buku Log tu tak boleh tak dibawa, memang kena sedia jawapan kenapa tak bawa.
Terus masing-masing jadi bertanggungjawab sikit, takut tak bawa kena soal siasat 🀭

Tapi siap request p**a, β€œCikgu Anum letak sticker besar-besar tau, nak cepat penuh!” πŸ˜‚

Tahniah, Radzeen!
Belum sampai setengah tahun dah penuh belakang muka depan Buku Log. Kita sambung muka belakang p**a. Yang positifnya, kawan-kawan lain semua teruja nak jadi macam Radzeen πŸ₯°


MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KEMAS PARLIMEN SIMPANG RENGGAM30 April 2026Dewan Orang Ramai Majlis Daerah Simpang Reng...
01/05/2026

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KEMAS PARLIMEN SIMPANG RENGGAM
30 April 2026
Dewan Orang Ramai Majlis Daerah Simpang Renggam

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung KEMAS Parlimen Simpang Renggam Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Layang-layang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu atas penerimaan Anugerah Media Sosial TABIKA/TASKA Terbaik Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam mendidik dan berkarya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa serta semua yang hadir atas komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan dedikasi anda amat dihargai.






πŸ€—

30/04/2026

🎈✨ 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 π“π„πŒπ” π‰π€ππ‰πˆ πŠπˆπ“π€ π„π’πŽπŠ! ✨🎈
🌟 𝐁E𝐑I𝐓A G𝐄M𝐁I𝐑A U𝐍T𝐔K I𝐁U A𝐘A𝐇!

Jom mulakan langkah pertama si manja ke dunia pembelajaran yang ceria dan penuh keseronokan! πŸ§ΈπŸ“š

πŸ“… 1 Mei 2026 – 31 Julai 2026
πŸ–₯️ Mohon secara online di: ceria.kemas.gov.my
πŸ‘‰ Segalanya hanya di hujung jari! πŸ“±βœ¨

πŸ‘§πŸ‘¦ TABIKA & TASKA KEMAS Sesi 2027 bakal DIBUKA! 🌟Jom mulakan langkah pertama si manja ke dunia pembelajaran yang ceria dan penuh keseronokan! πŸ§ΈπŸ“š

πŸ‘§πŸ‘¦ Kelayakan umur:

πŸŽ“ TABIKA KEMAS (4 – 6 tahun)
πŸ’™ 6 tahun (lahir 2021)
πŸ’š 5 tahun (lahir 2022)
🧑 4 tahun (lahir 2023)

🍼 TASKA KEMAS (2 – 4 tahun)
πŸ’œ 4 tahun (lahir 2023)
❀️ 3 tahun (lahir 2024)
πŸ’› 2 tahun (lahir 2025)

πŸŽ‰ Kenapa pilih KEMAS?
🎨 Aktiviti kreatif & menyeronokkan
🀝 Guru penyayang & berpengalaman
🏫 Persekitaran selamat dan ceria

⚠️ Cepat tau ibu ayah! Tempat TERHAD!Keutamaan diberikan kepada anak berumur 5 & 6 tahun πŸ˜‰

πŸ’« Ayuh daftarkan si kecil hari ini β€” biar mereka membesar dengan penuh keyakinan, ilmu dan keceriaan bersama KEMAS!

30/04/2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π ππ„ππ“πˆππ† πŠπ„ππ€πƒπ€ πˆππ” 𝐁𝐀𝐏𝐀 / 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀

Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem EduCeria KEMAS akan dibuka bermula 1 Mei 2026.

πŸ”Ή Sistem ini boleh diakses oleh ibu bapa/penjaga untuk membuat permohonan kemasukan ke TABIKA dan TASKA KEMAS secara dalam talian.

πŸ“… Tarikh mula akses: 1 Mei 2026
🌐 Layari: ceria.kemas.gov.my

TASKA KEMAS
2–4 Tahun

TABIKA KEMAS
4–6 Tahun*

π‘²π’†π’–π’•π’‚π’Žπ’‚π’‚π’ 5–6 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 | 4 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 π’•π’†π’“π’•π’‚π’Œπ’π’–π’Œ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’Œπ’†π’Œπ’π’”π’π’π’ˆπ’‚π’

⚠️ Perhatian: Sistem hanya akan mula dibuka pada tarikh yang dinyatakan.

Jom daftar anak anda bersama KEMAS bermula 1 Mei ini!

π™†π™šπ™§π™–π™£π™– π™†π™€π™ˆπ˜Όπ™Ž, π˜Ώπ™ž π™¨π™žπ™£π™ž π™—π™šπ™§π™’π™ͺ𝙑𝙖...

SALAM PENUTUP SYAWAL 1447H ✨ Indah tersusun kenangan raya,Tawa dan senyum jadi cerita,Terima kasih hadir mencipta rasa,A...
18/04/2026

SALAM PENUTUP SYAWAL 1447H ✨

Indah tersusun kenangan raya,
Tawa dan senyum jadi cerita,
Terima kasih hadir mencipta rasa,
Aidilfitri kita maafkan semua.

Semoga ikatan silaturahim yang terjalin pada hari ini akan terus kekal dan kukuh dari semasa ke semasa.
Sampai bertemu di Syawal 1448H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan batin 🀍

Ikhlas,
Pengerusi dan barisan AJK TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu 1 & 2
Simpang Renggam, Johor

πŸ€—

12/04/2026

PROGRAM RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR
12 April 2026
Dewan Terbuka Kampung Bukit Batu, Machap

Raya Sekampung Bangsa Johor, terasa indah suasana,
Bukan sekadar program, tapi tempat menyatu rasa,
Silaturahim terjalin erat penuh makna,
Perpaduan dipupuk tanpa mengira siapa,

Bila semua berkumpul, meriah jelas terasa,
Gelak tawa bergema menceriakan desa,
Sekampung Bangsa Johor jadi bukti nyata,
Kita semua akhirnya satu keluarga 🫢

Tahniah warga Kampung Bukit Batu, Machap.
Tahniah anak-anak TABIKA dan ibu ayah.

Tinggi terbang si burung merpati,
Hinggap tadi di dahan sena,
Aidilfitri datang menyatukan hati,
Bertemu lagi di lain suasana.

πŸ€—

Address

Jalan Utama, Kampung Bukit Batu, Machap
Simpang Renggam
86200

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to TABIKA KEMAS Kampung Bukit Batu:

Shortcuts

Share

Category