Tadika Anakku Bestari

Tadika Anakku Bestari " Didiklah Anak-Anakmu dan Elokkanlah Adab Mereka "
1.demi masa
2.sesungguhnya manusia itu benar-be

19/05/2026

Guru bukan sekadar mengajar, tapi mendidik hati dan membina masa depan.🌷

Di sebalik kejayaan seorang murid, ada doa dan usaha seorang guru 🥰

Kerana kamu , kami digelar guru ✨💐

19/05/2026

Ya Allah, limpahkanlah rezeki, kesihatan dan kebahagiaan buat mereka yang ikhlas memberi hadiah dan menggembirakan hati guru-guru. Jadikan setiap pemberian mereka sebagai amal kebaikan yang diberkati dan pahala yang berpanjangan. Aamiin 🤍✨”

“Atas setiap keikhlasan memberi, semoga Allah membalas dengan rezeki yang melimpah, hati yang tenang dan kehidupan yang penuh keberkatan.

Jazakallahu terima kasih semua 🌹

🌼 Sambutan Hari Guru TAB 🌼Hari ini kami meraikan bukan sekadar hari guru…tetapi impian kecil anak-anak yang sedang kami ...
18/05/2026

🌼 Sambutan Hari Guru TAB 🌼

Hari ini kami meraikan bukan sekadar hari guru…
tetapi impian kecil anak-anak yang sedang kami bimbing 💛

Di sebalik gelak tawa mereka,
tersimpan cita-cita besar yang kami jaga dengan penuh kasih dan sabar…

Bukan mudah menjadi seorang guru…
Dalam senyuman, ada sabar yang dipendam.
Dalam kelembutan, ada pengorbanan yang tidak terlihat.

Hari ini, kami hanya insan biasa yang dipilih untuk menyentuh hati-hati kecil…
membimbing langkah pertama mereka mengenal dunia dan mengenal adab 💛

Terima kasih ibu bapa atas doa, kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah putus.
Sesungguhnya, itulah kekuatan kami untuk terus mendidik dengan penuh kasih sayang 🌿

Jumaat di TAB💖Bukan sekadar memberi…tetapi sedang menanam nilai dalam jiwa anak-anak 🤍Terima kasih ibu bapa,kerana melal...
15/05/2026

Jumaat di TAB💖
Bukan sekadar memberi…
tetapi sedang menanam nilai dalam jiwa anak-anak 🤍

Terima kasih ibu bapa,
kerana melalui sumbangan ini,
anak-anak belajar erti kasih sayang, syukur dan berkongsi 🌱

Semoga setiap kebaikan ini menjadi pahala yang berpanjangan 🤲

Di Tadika Anakku Bestari, kami mendidik anak-anak bahawa kasih pada ibu bukan hanya pada satu hari… tetapi sepanjang mas...
10/05/2026

Di Tadika Anakku Bestari, kami mendidik anak-anak bahawa kasih pada ibu bukan hanya pada satu hari… tetapi sepanjang masa.

Ibu adalah insan pertama yang mengajar erti cinta, sabar dan pengorbanan.
Maka kami ajar anak-anak untuk menghormati, menyayangi dan sentiasa mendoakan ibu setiap hari.

‘Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami ketika kami kecil.’ 🤲

Kerana bagi kami, anak yang beradab kepada ibu… itulah kejayaan sebenar 💛”

Alhamdulillah…Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Tadika Anakku Bestari 2026 berlangsung dengan penuh keceriaan dan kasih say...
21/04/2026

Alhamdulillah…
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Tadika Anakku Bestari 2026 berlangsung dengan penuh keceriaan dan kasih sayang 🤍🌙

Terima kasih kepada semua ibu bapa, anak-anak serta bekas anak murid serta ex guru2 tab yang sudi hadir memeriahkan majlis kami.
Kehadiran semua benar-benar menggembirakan hati kami 🌸

Melihat anak-anak yang dahulu kecil di tadika, kini kembali dengan senyuman yang lebih matang…
sungguh satu perasaan yang tidak dapat diungkap 🥹

Terima kasih juga atas segala sumbangan dan rezeki yang dikongsi.
Semoga Allah membalas dengan keberkatan yang berlipat ganda 🤲

Andai ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung, kami memohon maaf dengan setulus hati.

Semoga silaturrahim ini terus mekar dan diberkati 🌸

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
2026 Maaf Zahir dan Batin 🤍🌙

Dari anak kecil di tadika… hingga menjadi kenangan yang indah 🤍Kami menjemput semua ibu bapa & ex TAB kembali bersamamen...
18/04/2026

Dari anak kecil di tadika… hingga menjadi kenangan yang indah 🤍

Kami menjemput semua ibu bapa & ex TAB kembali bersama
mengeratkan silaturrahim di Rumah Terbuka Raya ini 🌸

Kehadiran anda adalah kebahagiaan kami 🌙

LAST DAY MARHABAN 2026 ✨📍Rumah En Abdul Mutalib sekeluarga
17/04/2026

LAST DAY MARHABAN 2026 ✨

📍Rumah En Abdul Mutalib sekeluarga

Address

1 & 3 Jalan Rekamas 3/5, Taman Rekamas 3
Simpang Rengam
86200

Telephone

0197274930

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Anakku Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category