SMK Simpang Pulai

SMK Simpang Pulai Laman fb rasmi SMK Simpang Pulai ini dihasilkan untuk menguar-uarkan aktiviti semasa yang dilakukan oleh warga ESPIAN.

Diharapkan laman ini akan mengeratkan hubungan sesama ESPIAN dan juga dengan pihak luar.

19/05/2026

GEMURUH JIWA, SEMANGAT MEMBARA!

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-27 SMK Simpang Pulai kembali lagi!

Bukan sekadar sukan, tetapi medan mencipta kenangan, menguji semangat juang dan menyatukan seluruh warga sekolah.

Siapa bakal bergelar juara tahun ini?
Shark?
Rhino?
Phoenix?
Jaguar?

Jom sama-sama memeriahkan padang sekolah dan berikan sorakan paling bersemangat untuk rumah sukan masing-masing.

11/05/2026
30/03/2026

Debaran kian terasa…
Jantung berdegup semakin laju…
Langkah diatur perlahan,
namun dalam diam, seribu rasa bergelora di dada.

Hari yang dinanti bukan sekadar melihat dakwat yang tertulis di kertas,
tetapi membuka lembaran tentang segala usaha,
air mata,
dan doa yang tidak pernah putus.

Apa pun keputusannya,
ketahuilah…
kamu sudah berjuang lebih hebat daripada yang disangka. 🤍

JUMPA ESOK BATCH’08

28/03/2026

Batch’08.. Dah bersediakah anda?

11/03/2026

28/02/2026

Alhamdulillah…
Hari ini bukan sekadar majlis Aku Janji.
Hari ini adalah bukti kasih seorang ibu dan ayah.

Terima kasih ibu ayah kerana hadir,
duduk sebaris dengan anak-anak,
menjadi saksi janji dan impian mereka.

Saat mereka mengangkat ikrar,
sebenarnya doa ibu ayah yang lebih tinggi terangkat ke langit.

Pihak sekolah amat menghargai kehadiran dan kepercayaan yang diberikan.

Semoga langkah kita hari ini menjadi asbab kejayaan Batch ’09 di masa hadapan.

27/02/2026

17 tahun lalu…
Mereka hadir ke dunia ini dengan tangisan pertama,
disambut dengan air mata syukur dan pelukan penuh cinta.

Hari ini…
mereka berdiri di persimpangan masa depan.
Langkah mereka mungkin semakin jauh,
namun hati mereka masih mencari tangan yang sama..
yang dahulu memimpin mereka belajar bertatih.

Ibu dan ayah,
jangan biarkan mereka melangkah sendirian.
Saat mereka menandatangani Aku Janji,
hadirlah sebagai saksi harapan,
sebagai kekuatan yang tidak pernah goyah.

Iringilah setiap usaha mereka
dengan doa yang tidak putus,
dengan perhatian yang tidak jemu,
dengan kasih sayang yang tidak bersyarat.
Kerana kejayaan anak
bukan hanya milik mereka,
tetapi lahir daripada doa dan pengorbanan ibu ayah.

Ayuh…
kita melangkah seiring,
memimpin dan mendoakan
masa depan anak-anak Batch ’09.

Jumpa esok, 28 Februari 2026
di Dewan Millenium, SMK Simpang Pulai.

Bersama, kita bina kejayaan.

26/02/2026

Di Saat Anak Mengukir Janji,
Ibu Bapa Menguatkan Doa Tanpa Henti..
Dengan Doa dan Harapan, Anak Melangkah Penuh Keyakinan..

Ayuh bersama kami memimpin masa depan anak-anak Batch’09..
Sabtu, 28 Februari 2026
Dewan Millenium, SMK Simpang Pulai

Kehadiran ibu bapa calon SPM 2026 SMK Simpang Pulai amat kami alu-alukan..

Address

Taman Pulai Jaya
Simpang Pulai
31300

Telephone

+6053575627

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Simpang Pulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share