01/10/2026
Semoga Pelajar mendapat Ilmu yang bermanfaat.
" doakan kami, kami bersyukur kerana terpilih dalam Tajaan TVET TAHFIZ dengan kerjasama Giat MARA Jempol "
Syukur , sebahagian anak pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Ar Razzaq terpilih mengikuti kursus bersiri di Giat MARA Jempol dalam bidang Asas kemahiran Baik pulih & rawat Kenderaan.
Sudah masuk bulan ke dua.
Dalam usaha membina jaringan pendidikan yang Holistik,
In Shaa Allah,
Maahad Tahfiz Integrasi Ar Razzaq bersedia memberikan kerjasama yang erat untuk perkembangan pendidikan penuntut ilmu bersama Agensi yang terlibat
Semoga usaha merealisasikan TAHFIZ TVET dapat dimanfaatkan oleh anak pelajar dan seterusnya boleh membina keyakinan diri pelajar yang terlibat seiring dengan kemampuan Pendidikan al Quran ( Hafazan) serta kemahiran sesuai dengan matlamat Tahfiz Tvet untuk melahirkan barisan berkemahiran berjiwa al Quran dan membawa akhlak al Quran walau di mana dan apa jua bidang kerjaya yang bakal diceburi.
**
Mahukah ibu ayah kita bersama dalam saff ukhwah pendidikan ini?
Pilihan dan alternatif untuk ibu ayah dan anak-anak. Peluang menikmati pendidikan yang bersepadu/ Holistik.
Jom bersama Maahad AR RAZZAQ β