Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang Official

Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang Official Sebuah sekolah yang aman dan damai..

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—˜π—–π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—”π—›π—¦π—œπ—”π—› π—¦π—˜π—žπ—’π—Ÿπ—”π—› π—₯π—˜π—‘π——π—”π—› π—¦π—ž π—žπ—”π— π—£π—’π—‘π—š π—¦π—˜π—₯π——π—”π—‘π—š, π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—¦β£β£13 FEB 2024, PERLIS - Di bawah Program Kece...
15/02/2024

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—˜π—–π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—”π—›π—¦π—œπ—”π—› π—¦π—˜π—žπ—’π—Ÿπ—”π—› π—₯π—˜π—‘π——π—”π—› π—¦π—ž π—žπ—”π— π—£π—’π—‘π—š π—¦π—˜π—₯π——π—”π—‘π—š, π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—¦β£
⁣
13 FEB 2024, PERLIS - Di bawah Program Kecemerlangan Pembangunan Insan (PKPI) tajaan YPM, sejumlah RM3,000 telah disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Kampong Serdang, Perlis bagi pelaksanaan Program Kecemerlangan dan Sahsiah Sekolah Rendah SK Kampong Serdang. Program ini telah berlansung selama sehari melibatkan 69 orang pelajar Tahun 6 bertempat di Hotel Putra Regency, Kangar.⁣
⁣
Pelajar telah diberi pendedahan berkenaan tips menjadi pelajar cemerlang dan juga tips membina sahsiah pembentukan diri yang telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Ustaz Azizul bin Mokhtar @ UAM. Diharapkan program seperti ini dapat membantu membina jati diri pelajar disamping membuat persediaan dari segi mental dan rohani pelajar untuk menempuh alam persekolahan Tahun 6 yang dijangka lebih mencabar pada bulan Mac akan datang.⁣
⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣
⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

Tak lama dah na.... Jangan lupa pakatΒ² Mai bagi ramai...... Banyak aktiviti & pameran yang menarik menanti anda......
19/01/2024

Tak lama dah na.... Jangan lupa pakatΒ² Mai bagi ramai...... Banyak aktiviti & pameran yang menarik menanti anda......

❀️ ASSALAMUALAIKUM β€οΈπŸ”Š JOM RAMAI-RAMAI HADIR BAGI MEMERIAHKAN πŸ†…οΈŽπŸ…ΎοΈŽπŸ†‚οΈŽπŸ…΄οΈŽπŸ†οΈŽπŸ…³οΈŽπŸ†‚οΈŽ  πŸ…³οΈŽπŸ…°οΈŽπŸ†ˆοΈŽ πŸ”ŠπŸ—“οΈ Tarikh : 31 JANUARI 2024πŸ•’ Masa ...
03/01/2024

❀️ ASSALAMUALAIKUM ❀️
πŸ”Š JOM RAMAI-RAMAI HADIR BAGI MEMERIAHKAN πŸ†…οΈŽπŸ…ΎοΈŽπŸ†‚οΈŽπŸ…΄οΈŽπŸ†οΈŽπŸ…³οΈŽπŸ†‚οΈŽ πŸ…³οΈŽπŸ…°οΈŽπŸ†ˆοΈŽ πŸ”Š

πŸ—“οΈ Tarikh : 31 JANUARI 2024
πŸ•’ Masa : 7.30 pagi - 5.00 ptg
πŸ“Œ Lokasi : SK KAMPONG SERDANG PERLIS

πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti yang anda lihat pada poster yang diiklankanπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ

☎️ Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pihak sekolah @ PIBG .

πŸ”΄ Harus dingatkan, penjualan sepanjang VOSERDS DAY ini hanyalah menggunakan πŸ…šοΈŽπŸ…€οΈŽπŸ…ŸοΈŽπŸ…žοΈŽπŸ…οΈŽ πŸ…’οΈŽπŸ…οΈŽπŸ…—οΈŽπŸ…οΈŽπŸ…™οΈŽπŸ…οΈŽ . Kupon akan dijual pada hari berkenaan.

28/11/2023

PERTANDINGAN ULASAN BUKU PERINGKAT NEGERI PERLIS.

πŸ›‘NUR FAKHIRA BT RIZAL YUSRI

πŸ“™ MENCERNA IMPIAN πŸ“™




🌹MAJLIS PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN SK KAMPONG SERDANG🌹Tarikh: 30 Oktober 2023Masa: 7.45-9.30 pagiTempat: Sura...
31/10/2023

🌹MAJLIS PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN SK KAMPONG SERDANG🌹

Tarikh: 30 Oktober 2023
Masa: 7.45-9.30 pagi
Tempat: Surau dan Dewan Terbuka

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan rasmi berkenaan pelaksanaan minggu solidariti Palestin di bawah semua institusi Pendidikan KPM. Minggu Solidariti Palestin bermula dari 30 Oktober sehingga 3 November 2023 sebagai tanda sokongan warga KPM dalam menyokong nilai kemanusiaan peringkat antarabangsa.

Program KPM ini melibatkan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan, termasuk sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, dan institut pendidikan guru di seluruh negara. Isu melibatkan kemanusiaan adalah sangat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat, baik bermula dari akar umbi. Diharapkan usaha ini mendapat sambutan dan liputan yang meluas.

OBJEKTIF PROGRAM :

πŸ’š Memberi sokongan kepada saudara muslim di sana yang kini menanggung derita akibat serangan ketenteraan Israel.

πŸ’š Mengutip sumbangan sukarela sebagai tanda usaha untuk memberi bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang terjejas.

πŸ’š Menimbulkan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin.

πŸ’š Meningkatkan kesedaran keamanan dan kemanusiaan.

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SK KAMPONG SERDANG SESI 2023-20...
31/10/2023

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SK KAMPONG SERDANG SESI 2023-2024

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Akmal binti Mat Rata pada 31 Oktober 2023.

Majlis turut dihadiri oleh ayah angkat PDRM sekolah dan YDP PIBG SKKS.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Batrisyia binti Baharudin dari kelas 5 Inovatif kerana dipilih menjadi Duta Sekolah. Beliau juga diminta menyampaikan mesej berkaitan buli dan gangguan seksual di sekolah. Semoga Batrisyia menjadi murid contoh kepada rakan-rakan di sekolah.

30/10/2023

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK KAMPONG SERDANG 2023/2024

Perkhemahan melibat 4 Unit Badan Beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Berlangsung selama 2 Hari 1 Malam bermula 27 Oktober 2023 hingga 28 Oktober 2023.

Berikut aktivit yang berlangsung bagi hari pertama. Pelbagai aktivit yang menarik dan mencabar telah dilakukan.

Address

Jalan KAMPONG SERDANG
Simpang Empat
02700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang Official:

Shortcuts

Share