27/07/2026
27.07.2026
反霸凌与防范性骚扰讲座
Ceramah Antibuli dan Kesedaran Gangguan Seksual
诚挚感谢 学校警官(PPS)Siti Rabiaatul Adawiah Binti Ibrahim 女士 及 学校副警官(Penolong PPS)Basrunizan Bin Ismail 先生 莅临本校,为学生主讲 “反霸凌与防范性骚扰” 讲座。
讲座中,学生不仅深入了解了什么是霸凌、霸凌行为的种类及面对霸凌时应采取的正确应对方式,也学习了什么是性骚扰、常见的性骚扰行为,以及如何保护自己,在遇到相关情况时勇于拒绝并及时向可信任的成年人求助。
通过此次讲座,进一步提升了学生的自我保护意识、尊重他人的观念,以及对校园安全的认识,共同营造安全、友善、和谐的学习环境。
携手拒绝霸凌,尊重彼此,共创和谐校园。
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SJK(C) Simpang Empat, Puan Siti Rabiaatul Adawiah Binti Ibrahim serta Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah (Penolong PPS), Encik Basrunizan bin Ismail atas kesudian hadir ke sekolah untuk menyampaikan "Ceramah Antibuli dan Kesedaran Gangguan Seksual" kepada murid-murid.
Melalui ceramah ini, murid-murid dapat memahami maksud buli, mengenali pelbagai bentuk perlakuan buli serta mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa buli. Selain itu, murid juga diberi pendedahan tentang maksud gangguan seksual, contoh-contoh perlakuan gangguan seksual serta langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri dan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai sekiranya berdepan situasi tersebut.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan kesedaran murid untuk saling menghormati, menjaga keselamatan diri serta bersama-sama mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.
Bersama Hentikan Buli, Cipta Sekolah Harmoni.